πŒπ‘.πˆπ™π‘π€πˆπ‹ π‹π”π‚πˆπ€οΏ½...

By amiieya

300K 15.2K 588

"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan k... More

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 1
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 3
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 4
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 5
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 6
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 7
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 8
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 9
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 10
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 11
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 12
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 13
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 14
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 15
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 16
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 17
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 18
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 19
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 20
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 21
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 22
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 23
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 24
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 25
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 26
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 27
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 28
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 29
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 30
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 31
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 32
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 33
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 34
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 35
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 36
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 37

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 2

14.3K 703 32
By amiieya

TAHUN ganti tahun, beberapa bulan pun telah berlalu. Gadis lima tahun lalu itu masih sahaja terbayang di fikirannya. Tidak ada sesaat pun dia melupakan gadis itu.

Lukisan potret yang pernah dilukis oleh orang suruhannya itu masih lagi tersimpan rapi di dalam bilik tidurnya. Hanya itu yang dapat dia lakukan agar terus mengingati wajah bidadari yang diturunkan menjadi penyelamatnya.

"Surprise" terjah Fawish daripada belakang dan membuatkan Izrail terhenti daripada lamunannya.

"Ini kalau pistol aku ni letak dekat kepala kau mahu berkecai otak kau dekat sini!" Pistol yang ada berada di tangannya diajukan ke arah Fawish.

"Alahh aku panggil dari tadi tak dengar! Entah apa yang kau berangan terus gue yang dimarahin"

"Ini mesti kes perempuan yang kau anggap bidadari itukan? Gadis yang berjaya buat kau jatuh hati selepas kau bercerai betul tak?" kening Fawish dinaikkan.

Fawish ataupun nama panjangnya adalah Fawish Harry. Dia merupakan orang kanan tertinggi dalam The Demon's dengan gelarannya "Villain". Anak kepada Dato' Khusyairi Airee merupakan rakan perniagaan papa Izrail , Tan Sri Razil ataupun Gavier Luciano.

"Diam ahh kau! Bila kau sampai? Dah tiga tahun kau tak balik Malaysia semenjak ada bisnes dekat Itali. Apa mimpi kau balik sini?", soal Izrail lalu berjalan menuju ke sofa dan duduk bertentangan dengan Fawish.

"Adik aku baru balik dari Turki, itu yang aku kena ikut balik sekali. Lama pula tak jumpa dia semenjak dia belajar dekat sana siap dah kerja pun sekarang."

"Kerja dekat mana adik kau?"

"Jangan terkejut kalau aku bagitahu"

"Kau nak cakap ke tak nak? Kalau tak nak jangan duduk sini", kata Izrail. Fawish mencebik. Perangai tak pandai berubah! Sikit-sikit nak marah.

" Hospital The Lucian' "

"Hospital aku?" tanya Izrail kembali untuk kepastian.

"Habis tu mana ada hospital lain yang ada nama macam tu? Mampus orang tu kau buat kalau ada yang tersama"

"Eh, nak marah aku pula! Lempang kang!"

"Haa, aku ada bisnes boek punya ni! Mashyukk!". Fawish maju sedikit ke hadapan.

"Apa dia?"

"Kau nak tak dengan adik aku?". Berkerut kening Izrail mendengar kata-kata kawan baiknya itu. Ini bukan bisnes namanya tapi nak jual adik sendiri ni! Nasib baik kawan kalau tidak mahu kena penampar.

"Taknak aku! Jumpa adik kau pun tak pernah bukan main selamba kau nak bagi dekat aku!", bantah Izrail.

"Apa pun aku tetap tak nak dekat adik kau! Even adik kau cantik sekali pun aku tetap tak nak!" sambung dia kembali sebelum melepaskan coat hitam yang digunakannya itu.

Fawish mencebik. Jual mahal pula lelaki ni. Kalau terus macam ni sampai ke tua si dia ni menduda agaknya.

"Kau jumpalah dengan adik aku dulu. Mana tahu kau berkenan boleh juga aku rembat kereta kau yang berlambak dekat rumah tu."

"Amboi, engkau! Bukan sebelum ni kau pun main rembat kereta aku ke ?" Fawish dijeling. Memang betul apa yang dikatakan oleh Izrail itu. Dialah selalu "menghilangkan" kereta Izrail jika sudah menjejakkan kaki di rumah agam miliknya itu.

"Alaa macam tak biasa. Eh mana si budak comel tu?", soal Fawish yang menyedari jika kelibat anak lelaki Izrail yang berumur lima tahun itu tidak kelihatan sama sekali. Entah ke mana budak tu pergi, orang tengah rindu ni!

"Ada tadi dekat luar, kalau tak nampak adalah dia dekat library. Habis tu mana lagi anak aku tu nak pergi"

"Kau ni tak kesian ke tengok anak kau yang memerlukan kasih sayang seorang emak begitu? Bukankah begitu sahabat?"

Haaa kann mulalah perangai mamat seekor ni. Izrail menatapinya dengan tajam. Dia memang suka mengusik sahabatnya itu kerana dia tahu lelaki itu akan selalu membantah untuk diperkenalkan dengan mana-mana gadis selagi dia tidak berjumpa kembali dengan gadis yang dia cari selama ini.

"Kau ni jangan sampai aku kahwin dengan adik kau! Asyik sebut benda sama berkali-kali, macam tak ada topik lain!"

"Itu aku setuju! Bukan setakat setuju, sangat sangat setuju", jawab Fawish dengan teruja dan mengeluarkan senyuman nakalnya.

"Hello my brotherss!!", sapa satu suara sebaik sahaja pintu ruangan Izrail dibuka. Perbualan tadi diberhentikan. Suara itu sungguh tidak asing bagi mereka.

Okay the drama begin.

"Weyy, broo! Kharl the handsome guy ? and Danial our hottest boy? Come to baba baby!"

Dua orang lelaki itu terus berlari ke arah Fawish dan memeluknya. Izrail yang melihat perangai mereka bertiga itu pun terasa geli.

Macam gay aku tengok padahal baru dua bulan lepas dorang ni meeting sama. Dasar drama guy!

"I miss you baba!" , kata Kharl.

"I miss you too baba!" , sambung Danial pula.

EHEMM!!!

"Hehehehe... Hello big boss duda pujaan wanita" perlahan Kharl melepaskan pelukkan dengan Fawish.

Kharl ataupun Kharl Xavier dengan gelarannya "Assasin" dalam The Demon's. Kharl merupakan sepupu Izrail dan begitu juga dengan Danial ataupun namanya Danial Cailix. Gelaran bagi Danial dalam kumpulan mereka adalah "Venom" .

"Enough with yours drama, dude!" , dengan nada yang tegas dia berkata.

"Tengok si Tuan Muda ni bukan main maghoh dia nah", perli Fawish.

Tiga lelaki ini kalau dah bergabung kadang-kadang sel otak mereka tidak pernah berhubung ada sahaja kelakuannya yang membuatkan Izrail naik darah melihatnya.

"Eh, aku dengar adik kau dah balik? Cantik, gila adik kau! Tadi aku tengok ig story dia. Bagi aku boleh?", tanya Danial yang tiba-tiba teringat akan adik Fawish, si gadis yang cantik mata biru itu sambil mengedipkan matanya.

"Ish, tak ingin kalau kau jadi adik ipar aku! Kau tu playboy, ingat aku ni senang diperbodohkan? Takda takda! Itu Izrail punya, betulkan Rael?"

Aku baru kata kadang sel-sel otak mereka tak pernah bersatu. Dia hanya diam membisu melihat perangai ketiga lelaki itu.

"Apa kata kau bawa adik kau pergi sini?", cadang Danial. Mereka memandang satu sama lain.

"Bijak! Kau memang smart, Danial!", puji Fawish.

"Kau bertiga jangan nak mengada! Kharl, Danial pergi meeting sekarang!"

"SIAPP BOSSS!!!", dengan serentak Kharl dan Dania berkata lalu berkawad menuju ke bilik mesyuarat. Fawish hanya tergelak melihat tingkah laku mereka berdua itu. Ada sahaja kelakuannya.

Semut berkawad satu horaa horrey!

Semut berkawad satu horaa horrey!

Nyanyi Danial dan Kharl sambil berkawad menuju ke ruangan mesyuarat. Izrail mengeluh. Kadang-kadang perangai sepupunya itu lebih susah untuk di kawal berbanding anak lelakinya.

"Kau bila nak balik?" tanya Izrail.

"Aku nak santai luh kat sini! Sementara pujuk kau jadi adik ipar aku" sakat Fawish lalu terus merebahkan dirinya di atas sofa untuk baring di situ.

"Lama-lama aku layan kau makin menjadi perangai gila kau ni! Dah aku nak pergi meeting nanti tolong tengokkan anak aku". Pesan dia sebelum beredar meninggalkan Fawish seorang diri.





"Whatt??" tersembur air kopi yang baru sahaja ingin ditelan oleh Fawish apabila mendengar yang dikatakan oleh salah satu anak buah mereka itu.

"Tuan Harry kena tolong kami carikan Ayder"

"Macam mana Ayder boleh hilang? Apa yang kami upah kau semua untuk buat? Sekadar makan gaji ke?Dah nak mampus agaknya kamu semua ni!", marah Fawish. Dia tahu jika Izrail yang mendengar berita ini dahulu sebelum dia semestinya ramai anak buah mereka itu dah ke alam barzakh sekarang.

"Ka-kami tak perasan yang Hayder lari macam tu jer daripada library. Seluruh bangunan kami dah cari tapi tak jumpa pun kelibat Ayder"

"Aku nak semua berpecah. Aku nak arahkan Raffael tapi ini sekarang bukan waktu dia bekerja. So, setengah ikut aku setengah lagi cari tempat lain!"

"Tuan Harry, kita tak jumpa Hayder dekat resort ni dan juga bangunan lain" kata salah seorang anak buahnya. Pening kepala Fawish dibuatnya. Kemanalah budak kecil itu pergi. Bahaya jika dia berada di luar resort itu sekarang. Disebabkan buntu, Fawish memberi arah untuk mencari Hayder di kawasan luar.








"Daddy! Tolong Ayder" rintih Hayder di dalam hati. Tercungap-cungap dia berlari. Sekumpulan lelaki dewasa sedang mengejarnya daripada belakang. Dia tercari-cari kepada siapa dia perlukan bantuan. Namun tiada satu pun yang boleh dia percayai untuk membantunya.

Mata Hayder terpanah akan seorang perempuan dewasa yang sedang berdiri di sebuah kafe yang tidak jauh daripadanya. Segera langkah kakinya berlari ke arah wanita itu.

"Eh bila kau sampai, Qai?", soal Alesya yang melihat sahabatnya sedang terpacak di hadapan kafe itu menunggunya.

"10 minute, Alesy! I wait for you here" kata Qaira lalu menunjukkan riak wajah yang tidak puas hati.

"Amboi , marah! Kau ni dari dulu tak habis dengan baran kau , mana taknya kau tak kahwin sampai sekarang" pipi gebu Qaira itu dicubit-cubitnya.

"Tapi marah pun aku tetap rindukan kau! Makin cantik kau sekarang!",puji Qaira.

"Kau pun apa kurangnya. Sekarang dah bergelar doktor ye kawan aku ni."

"Nanti, aku kalau sakit aku pergi jumpa engkau je lah senang. Dapat aku jumpa abang kau tiap hari"

"Pandai gatal dah kau sekarang? Aku bagitahu mama aku", ugut Qaira lalu memberikan senyuman nakal kepadanya.

"Eh, gatal sikit! Jangan bagitahu mama kau, malu aku!"

"Dah jomlah masuk."

Belum sempat mereka melangkah masuk ke dalam kafe itu, seorang budak lelaki dengan sengajanya melanggar Qaira. Langkah mereka berdua dihentikan.

"Mommy, tolong Ayder". Tersentak Qaira dibuatnya. Mommy? Siapa mommy budak ni? Tak akanlah aku kot, mungkin dia silap orang ni. Mereka berdua memandang satu sama lain. Bingung.

Ya, budak itu adalah anak lelaki Izrail yang tengah dicari oleh kumpulan The Demon's yang baru sahaja menghilang secara mengejut.

"Mommy?". Dia mengangguk. Qaira masih lagi buntu dia tidak tahu kenapa Hayder masih memanggil diri dia mommy.

"To-to-tolong.. Ay-ayder" tercungap-cungap dia berkata. Basah lecun budak dihadapannya itu kerana kesan peluh. Boleh tahan jauh dia lari agaknya kalau berpeluh macam ini.
"Kenapa ni adik?" soal Qaira dengan lembut lalu mengeluarkan sapu tangan yang berukiran bunga itu untuk mengelap peluh budak tadi.

"Ada bad guy kejar Ayder", jawab Hayder lalu menunjuk ke arah sekumpulan lelaki sedang berlari ke arah mereka.

"Aku rasa kita bawa budak ni lari dulu. Banyak sangat tu, Qai" cadang Alesya. Qaira hanya menganggukkan kepalanya dan terus mendukung Hayder, nasib baik budak itu tak seberat mana.

Mereka berlari sekuat mungkin untuk hilang daripada pandangan lelaki yang mengejar mereka tanpa lelah itu. Namun pada akhirnya jalan mati juga di pergi. Tiada cara lain selain menghadap mereka.

Aku baru nak enjoy jumpa pula dengan jantan-jantan ni memang hilang aura ayu aku yang comel.







"Tuan!Tuan!" bahu Fawish di tepuk berkali-kali.

"Kau kenapa? Nak makan penampar aku?" dengan nada yang marah dia berkata.

"Maaf, tuan. Itu bukan Hayder ke yang dengan perempuan tu?". Jari telunjuknya menunjukkan ke arah sebuah lorong mati.

"Fermati(stop)!" dengan serta merta kereta itu diberhentikan secara mengejut oleh anak buahnya di pinggir jalan. Tajam matanya memandang tepat ke arah sekumpulan lelaki yang sedang bergelut dengan seorang wanita. Manakala wanita yang ada di belakangnya sedang memeluk erat tubuh anak lelaki kecil.

"Qaira? Alesya? Hayder?" Fawish mengerutkan keningnya. Tiga kali dia menggosok mata untuk memastikan dia tidak tersilap orang. Ternyata betul dugaannya apabila sebaik sahaja dia melihat lokasi iPhone milik adiknya berada di kawasan itu.

"Prendili! Quella è la mia sorellina. Assicuratevi che uno di loro possa prenderlo! (Tangkap mereka! Itu adik aku. Pastikan semua dapat tangkap salah satu daripada mereka)", kata Fawish dengan nada yang tegas sebelum pintu kereta itu di buka luas olehnya.

"Oi!!" teriak Fawish. Semua mata tertumpu ke arahnya.

"Villain? Itu Villain. Lebih baik kita berambus awal daripada sini". Salah seorang daripada sekumpulan lelaki tadi bersuara sebaik sahaja melihat Fawish bersama anak buahnya menuju ke arah mereka.

"Blah, blah".

"Nanti kita tangkap budak tu. Lepaskan dia, cepat blah!" Tergesa-gesa sekumpulan lelaki tadi melarikan diri daripada di tangkap dan kena tahan dalam markas mereka itu. Sempat salah satu geng kumpulan lelaki tadi menusuk pisau setajam itu ke perut Qaira.

Qaira menahan kesakitan. Darah yang banyak mengalir keluar daripada perutnya.

"Qaii!!" teriak Alesya yang melihat Qaira sudah terjatuh lemah di hadapannya.

"Qai, ja-jangan tutup mata kau!" tergagap-gagap Alesya berkata apabila melihat Qaira hampir memejamkan mata. Qaira di pangku atas ribanya. Hayder hanya membatu berdiri di situ.

"Sayang juga kau dekat aku. Apa kata kau telefon ambulans nanti aku mati kau sedih" gurau Qaira.

"Abang Fawish!", teriak Alesya yang melihat Fawish sedang berlari menuju ke arah mereka.

"Qai...Arghh, tak guna! Cepat bawa aku pergi markas sekarang!" Arah Fawish sebaik sahaja melihat keadaan adiknya yang paling dia sayangi itu sedang mandi berlumuran darah. Qaira di bawa masuk ke dalam kereta Range Rover hitam milik kumpulan mereka dan segera menuju ke markas mereka.

"Uncle Awish, mommy okay?" tanya Hayder. Mata Fawish membulat. Terkejut dia mendengar apa yang dikatakan oleh anak lelaki sahabatnya itu. Semua orang tahu bahawa Hayder bukan seorang yang suka dengan orang luar dan buat kali pertamanya dia menyatakan semua itu.

"Mo-mmy?".

"Yes, uncle Awish! She's my mommy!",jawab Hayder lalu memegang tangan Qaira. Sungguh hangat pegangan tangan Hayder ketika itu hingga membuatkan Qaira membuka matanya dengan perlahan lalu tersenyum.

Entah kenapa saat melihat Hayder, dia berasa dia sangat dekat dengan budak lelaki itu.

"Kenapa , Ayder kata aunty ni mommy?", tanya Fawish sekali lagi.

"Oh, nama dia Hayder..." kata Alesya di dalam hati sambil mengangguk kepalanya.

"Ayder rasa yang aunty ni mommy Ayder. Daddy dekut tak nak tunjuk muka mama kandung Ayder, huh" Fawish terdiam. Memang betul apa yang dikatakan oleh Hayder tu. Sebelum ini tiada siapa pernah tahu siapa isteri pertama Izrail. Apa yang mereka tahu seperti yang dikatakan oleh Izrail mereka telah bercerai akibat daripada perbuatannya sendiri.

Pernikahan Izrail yang pertama juga tidak sah kerana dia menikahi gadis itu di atas untuk memenuhi kemahuan mereka masing-masing. Mereka berdua berkahwin di luar negara tanpa ada saksi. Keluarga Izrail juga tidak mengenali siapa isteri pertamanya. Perkahwinan yang sungguh dirahsiakan oleh Izrail sendiri.

Alesya hanya mendiamkan diri ketika duduk di hadapan namun matanya curi-curi memandang Fawish. Siapalah yang tak suka satu kereta dengan crush sendiri walaupun dalam hatinya tengah risau dengan keadaan sahabatnya itu.

Rael, abbiamo bisogno di te a markas in questo momento! Qualcuno ci attacca! ( Rael, kita perlukan kau dekat markas sekarang! Ada orang serang kita)

Bicara Fawish apabila sebaik sahaja nama Izrail ditekan pada skrin telefon pintar miliknya.

Okay!

Continue Reading

You'll Also Like

93.7K 4.7K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
935K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
160K 10.2K 32
Adam Hirdy | Azalea
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...