RARE HUSBAND || C

By Nrlynnjla

2.3M 93.6K 5.8K

Nadiem Zhafran X Aulia Malaikha (sweet romance) Aulia Malaikha seorang yang happy go lucky. Dia tidak meranca... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42 โ€ข Puasa
Chapter 43 โ€ข Puasa
Chapter 44 โ€ข Puasa
Chapter 45 โ€ข Puasa
Chapter 46 โ€ข Puasa
Chapter 47 โ€ข Puasa
Chapter 48 โ€ข Puasa
Chapter 49 โ€ข Raya
Chapter 50 โ€ข Raya
Chapter 51 โ€ข Raya

Chapter 31

54.5K 1.7K 105
By Nrlynnjla

Berhati-hati Aulia membawa dulang ke bilik. Kali pertama dia masak bubur nasi. Harap-harap sedap lah. Aulia tersenyum lihat Nadiem masih baring di atas katil. Nama je ada 'bin' tapi manja mengalahkan perempuan. Aulia meletakkan dulang di atas meja.

Aulia duduk di sisi Nadiem. Tangan Aulia diletakkan di dahi Nadiem. Dah kurang sikit panasnya. Betul lah tu demam rindu. Hehe. Kelakar lah abang ni.

Pipi Nadiem digomol untuk mengganggunya tidur. Mata Nadiem yang masih tertutup dipaksa buka. Terkejut Aulia kerana hanya nampak mata putihnya. Dia masih nyenyak tidur kerana terdengar dengkuran ya perlahan.

Aulia menggoncang bahu Nadiem perlahan.

"Abang, bangun"

Nadiem yang mendengar suara Aulia terus tersenyum. Mata yang masih tertutup tapi tangannya meraba mencari tangan Aulia. Tapak tangan itu dicium lalu digigit sedikit. Mulutnya seperti mengunyah.

Aulia nak tergelak. Apa yang suaminya mimpikan tu?. Shawarma semalam ke?

"Abang!"

Terbeliak biji mata Nadiem

"Kenapa? Kenapa?"

Nadiem terus duduk dari baringannya. Seluruh tubuh Aulia diperhatikan. Pipi Aulia ditekan dan kepala itu dipusing ke kiri dan ke kanan. Takut ada cedera di mana-mana.

"Tadi abang cium dan gigit tangan sayang. Sayang baru lepas cuci tandas tadi lupa nak basuh tangan" Tipu Aulia

Membulat mata Nadiem. Mulutnya ditutup tak percaya. Naik loya tekaknya. Berair matanya menahan muntah. Tadi dia mimpi tengah makan shawarma yang penuh dengan isi ayam dan daging, rupa-rupanya itu bukan shawarma tapi...... Fikirannya tiba-tiba terfikir tandas.

"Sayang...."

Samar-samar suara Nadiem kerana dia menutup mulutnya menahan muntah. Aulia mendekatkan telinga di mulut Nadiem untuk mendengar dengan jelas.

"Kenapa sayang tak basuh tangan?"

Aulia ketawa. Tangan Nadiem yang menutup mulut itu ditarik untuk membuka mulutnya.

"Sayang gurau je lah. Sayang baru lepas masak bubur untuk abang. Mesti lah dah basuh tangan. Masih bau sabun lagi. Cuba bau"

Aulia menyuakan tangannya. Teragak-agak Nadiem nak menghidu. Boleh percaya ke isteri aku ni. Kembang kempis hidungnya menghidu tangan Aulia. Bibirnya terukir senyuman bila bau sabun tangan menyapa hidungnya, bukan bau sabun cuci tandas. Hilang terus rasa nak termuntah.

Nadiem kembali baring dan menutup mukanya dengan bantal. Mata dilelapkan semula. Boleh pula Aulia ni main-main.

"Aloooo. Abang marah ke? Sorry laa."

Diam

"I love you, you love me, okey now you're my bestie" Aulia menyanyi. Satu kucupan diberikan di dada Nadiem. Nak cium pipi tapi terlindung dengan bantal, dada pun jadilah.

Nadiem tersenyum dengan hadiah yang Aulia bagi pagi ni. Dia menggeliat semahunya. Rasa macam tak nak bangun.

"Kiranya abang dah jadi bestfriend sayang lah?"

Aulia menggeleng

"Bestfriend sayang hanya Sofeya. Selamanya Sofeya"

"Habis tu abang apa?" Nadiem menutup mukanya semula dengan bantal.

Aulia mengintai muka Nadiem disebalik bantal. Mukanya masam mencuka. Nadiem menjeling Aulia. Padu punya jelingan.

"Abang bukan bestfriend tapi abang besthubby, buddy, baby sayang"

Aulia tersenyum bila Nadiem mengalihkan bantal yang menutup mukanya. Dia juga tersenyum. Kepalanya dialih ke peha Aulia. Mukanya digesel-geselkan di peha itu. Ni nak sambung tidur dekat peha aku pulak ke? Mula lah tu mood manja dia dah 'on'.

Aulia menolak perlahan kepala Nadiem sampai terjatuh semula kepalanya ke bantal.

"Jangan nak sambung tidur dah. Bangun sekarang! Makan bubur ni. Lepastu kita ambil angin dekat luar. Biar badan abang tu segar sikit."

Nadiem menggeleng. Dia nak duduk dalam bilik je! Tak nak keluar ke mana-mana. Abang nak sayang je!

Aulia menarik tangan Nadiem sampai dia duduk. Dulang tadi di ambil diletakkan depan Nadiem. Pandangan mata Aulia menyuruh Nadiem makan bubur. Silih berganti pandangan Nadiem pada muka Aulia dan bubur. Kenapa kalau demam je makan bubur. Cubalah buat chicken chop ke, spaghetti ke, baru lah best!

"Makan" Aulia memeluk tubuh.

Nadiem menganga minta disuap. Aulia menggeleng.

"Tangan abang tak sakit kan?"

"Adududuh! Tangan abang lenguh lah sayang."

Papp!! Aulia menepuk tangan Nadiem yang dikatakan lenguh sangat tu. Nadiem menggosok tangannya. Ni betul-betul sakit ni.

"Makan. Lepas tu mandi. Sayang tunggu dekat bawah" Aulia terus bangun dan keluar dari bilik itu.

Muka Nadiem jelas kecewa. Nadiem menekup mukanya dengan bantal. Dia menjerit nama isterinya sekuat hati. Aulia yang mendengar dari luar bilik hanya menahan ketawa.

****

Aulia menghayunkan tangannya ke depan dan ke belakang. Seronok dapat hirup udara pagi macam ni. Nadiem yang tertinggal di belakang terus mengejar Aulia. Amboi, laju betul jalan. Nadiem terus memegang erat tangan Aulia. Ni kalau biar silap-silap sampai negeri lain perginya. Nadiem menghayunkan tangan mereka yang sudah bersatu. Sesekali tangan Aulia dicium.

"Sayang perasan tak hari ni macam tak ramai orang dekat taman ni"

Nadiem memandang sekeliling. Hanya ada beberapa orang saja yang sedang jogging. Selalunya penuh orang bawa anak-anak bersiar-siar.

"Abang, hari ni kan hari Rabu. Semua budak sekolah and mak ayah diaorang semua kerja. Abang tu je yang ponteng kerja"

"Eh mana ada abang ponteng. Abang mc tau sebab demam rindu dekat isteri abang"

Aulia menjulingkan mata ke atas

"Sekarang nak salahkan sayang lah ni?"

Nadiem mengangguk. Aulia terus menarik tangannya yang berada digenggam Nadiem. Dia jalan meninggalkan Nadiem di situ. Salahkan aku pulak.

Cepat-cepat Nadiem mengejar Aulia. Tangan itu kembali dibawa dalam genggamannya.

"Tak payah nak merajuk sangat lah sayang. Abang campak dalam tasik karang. Ya, memang abang yang mengada-ngada rindukan sayang. Orang tu tak rindu kita pun" Nadiem mengaku. Mukanya berubah sedih, kecewa semua ada.

"Awww! Sayang pun rindu abang lah!" Aulia memeluk Nadiem. Tangan kirinya berada di atas perut suaminya. Mukanya didongakkan memandang wajah Nadiem yang cemberut. Jarinya bermain-main dipipi Nadiem.

Nadiem kalah. Dia tersenyum. Tak boleh nak merajuk lama-lama. Comel sangat kalau Aulia dah start bermanja.

Dari jauh Aulia nampak taman permainan. Tak ada orang! Aulia menarik tangan Nadiem yang dari tadi mengibas-ngibas bajunya. Berpeluh.

"Okey, disebabkan abang demam abang kena ikut apa yang sayang buat. Supaya abang berpeluh. Abang tak boleh lembik! Kena tendang demam tu jauh-jauh. Dush! Dush!" Aulia membuat gaya seperti bergusti

"Memang pun baju abang basah dari tadi ni sebab abang mandi dekat tasik tu" perli Nadiem

Aulia tidak mempedulikan perlian itu.

"Itu baru sikit. Kena basah kuyup baru lah hot and spicy"

Nadiem ketawa. Nakalnya isteri aku ni.

"Ikut apa yang sayang buat tau"

Nadiem hanya mengangguk. Dia ikutkan saja kepala isterinya ni.

Aulia mengangkat kaki kanan 90° ke depan. Lurus. Nadiem ternganga melihat Aulia buat begitu.

"Abang buat!"

"Sayang, abang mana boleh buat gitu. Sayang flexible boleh lah. Abang buat 45 darjah je lah eh"

Nadiem mengangkat kaki kanannya 45°.

"Herm lemah!"

Nadiem ketawa. Haih lah bini aku ni. Kalau aku buat 90 darjah, ada yang balik pakai daun pisang nanti. Seluar yang aku pakai ni dah lah fit sikit. Jangan macam-macam sayang.

Aulia mengangkat kaki kirinya pula. Kiraan sampai 8 dikira dalam hati. Kedua tangan pula diangkat tinggi ke atas. Nadiem hanya ikut cikgu pendidikan jasmani yang tak bertauliah dia ni. Tangan Aulia dibawah ke depan pula.

"Okey, abang stay posisi tangan abang sekarang"

Nadiem terkebil-kebil. Kenapa pula ni? Dah macam hantu cina dah tangan macam ni. Aulia memusing-musing sekeliling Nadiem seperti sedang memeriksa posisi Nadiem tu betul atau salah. Tangannya diletakkan di dagu. Ni bersenam sayang, bukan kawad.

"Okey, abang lulus"

Nadiem menurunkan tangan bila mendengar perkataan lulus. Entah apa yang isterinya periksa. Yang pasti dia mesti sudah melepasi satu peringkat. Peringkat apa? Entahlah.

"Eh, siapa suruh abang turunkan tangan!"

Cepat-cepat Nadiem mengangkat tangannya semula dan kembali ke posisi tadi.

Aulia tersenyum. Tangan Nadiem ditarik ke sesuatu tempat. Kedua tangan Nadiem disuruh memegang rantai besi buaian. Aulia pula duduk di buaian itu. Nadiem pasrah dengan isterinya. Kenapalah sayang tak bagitahu dari tadi nak suruh abang buaikan. Aduhai isteri.

"Cepat abang! Buai laju-laju! Baru abang berpeluh"

"Abang selalunya workout sayang. Bukan buaikan orang macam ni"

"Ni cara baru lah abang. Tak kan abang tak tahu. Cepat! Cepat!"

"Baik tuan puteri"

Nadiem menghayunkan buai itu perlahan dan semakin laju. Terkekek Aulia ketawa. Dah lamanya tak main buaian macam ni. Alang-alang tak ada orang sekarang kita jadi budak-budak sekejap. Sorry abang kena layan sayang.

"Seronok ke sayang?"

"Seronok! Macam tengah terbang!"

"Abang pun nak try jugak lah"

Nadiem terus duduk buaian disebelah Aulia. Nadiem menghayun sendiri dengan kakinya. Makin lama makin laju. Betullah. Seronok!. Tambah lagi permandangan depan mereka adalah tasik. Dengan suasana pagi lagi. Memang feel betul.

Nadiem menoleh pada Aulia. Mata mereka bertembung. Pecah tawa mereka. Dua-dua macam kanak-kanak ribena.

"Sayang!"

Nadiem yang masih menghayun buaiannya menghulurkan tangan kirinya. Aulia menyambut tangan itu. Mereka menghayun buaian seiringan sambil berpegangan tangan.

Nadiem dan Aulia jalan sambil merangkul pinggang masing-masing. Dah puas main buaian, sekarang masa untuk balik. Matahari pun dah semakin terik ni. Aulia berlindung dibawah tangannya sendiri. Nadiem yang melihat isterinya terus mendepakan lengannya untuk lindung isterinya dari terik matahari.

Aulia tersenyum

"Terima kasih abang"

"Sama-sama sayang"

****

Nadiem dan Aulia sama-sama merebahkan badan ke sofa. Tangan mereka masih saling berpegangan. Keluhan mereka sama-sama dilepaskan. Penat berjalan. Walaupun taman yang mereka pergi dekat dengan rumah, tapi disebabkan dah lama tak jalan kaki rasa penat sangat.

Aulia memalingkan mukanya ke arah Nadiem di sebelah. Kebetulan Nadiem dari tadi sudah memandang Aulia. Mata mereka bertembung. Lama. Sama-sama tak mahu mengalihkan pandangan.

"Esok abang rasa dah kena masuk kerja" Nadiem memulakan perbualan. Dia rasa badannya dah okey. Tak boleh cuti lama-lama. Nanti makin bertimbun kerja dekat office tu.

Muka Aulia berubah

"Esok? Abang kan tak sihat lagi" Aulia memegang dahi, pipi dan leher Nadiem. "Hermm. Dr Aulia kata panas lagi ni. So, saya bagi awak mc lagi untuk esok"

Nadiem ketawa. Tak bagi abang pergi kerja lah tu. Aku kena pujuk isteri aku ni supaya aku dapat pergi kerja esok. Kalau tak, mahu aku tidur office seminggu. Nadiem membuka t-shirt nya. Mata Aulia terus menoleh pada roti bun suaminya yang sedang berpeluh itu. Nadiem terus menarik Aulia dapat pelukannya. Tangannya merayap pada roti-roti itu.

Nadiem tersenyum. Macam menjadi je cara ni untuk pujuk isteri aku yang comel ni. Mengada eh sayang.

"Sayang, abang kena kerja. Untuk sayang jugak. Nanti kalau abang dah banyak duit, sayang nak apa-apa je abang boleh bagi"

"Sayang tak nak pun duit abang tu. Bukan boleh bawak underground pun. Ustaz kata kalau kebahagiaan isteri tu antara salah satu punca rezeki suami tu dipermudahkan, tau"

"Perghh ayat dia. Sejak bila pandai cakap macam ni"

Hidung Aulia ditarik manja

"Sejak abang sibuk nak pergi kerja."

Nadiem fikir. Cara apa lagi eh nak buat? Tangan kanan Nadiem memegang perut Aulia. Aulia memandang perutnya.

"Cuba sayang bayangkan nanti rahim sayang dah ada penghuni. Abang mesti nak bagi terbaik untuk dia. Nak bagi dia dengan mummy dia hidup senang. Nak bagi dia sekolah yang baik. Kalau boleh dalam sekolah tu ada anak abang sorang je. Biar cikgu boleh fokus dekat dia. Pelajar lain semua abang halau."

Nadiem memandang Aulia. Harap cara ni menjadi. Aulia juga memegang perutnya. Anak? Jujur Aulia tak sedia lagi untuk jadi seorang ibu. Rasa tak layak lagi. Tak sedia lagi nak pegang tanggungjawab tu. Mata Aulia beralih pada suaminya.

"Abang, kita baru je kahwin. Tak sampai dua bulan pun lagi. Abang dah nak ada anak ke? Anak tekak abang tu pun sayang tak terjaga, apa lagi nak jaga anak sendiri"

Aulia tertunduk

"Hey, sayang percaya dengan rezeki kan? Kalau satu hari nanti kita betul-betul ada baby, maksudnya tuhan dah bagi kita rezeki tau. Rezeki yang sangat besar."

Aulia memandang ke dalam mata Nadiem. Memang betul apa yang dikatakan suaminya. Tapi aku tak sedia.

"Abang rasa kahwin ni untuk apa?" Tanya Aulia. Dia ingin menjelaskan kenapa dia tak sedia untuk jadi seorang ibu. Tapi soalan ini diajukan terlebih dahulu.

"Buat anak?" Spontan jawapan dari Nadiem. Nadiem ketawa.

Terbeliak biji mata Aulia mendengar jawapan dari suaminya. Dia juga ketawa. Jawapan apa ni suami! Aulia jadi terlupa apa yang ingin dia jelaskan.

Nadiem memeluk Aulia lebih erat dalam pelukannya. Tawanya masih belum berakhir. Dahi Aulia dicium berkali-kali. Abang tak kisah pun kita ada baby ke tak. Anak bukan lah segala-galanya. Cukup sayang ada dengan abang, dah buat abang bahagia. Tapi kalau diberi rezeki, abang terima je. Kata Nadiem sendiri dalam hati.

****

Selepas solat zohor, Aulia turun mencari sosok tubuh suaminya. Dekat atas tak ada. Turun saja ke bawah, hidungnya menangkap bau masakan. Sedapnya! Aulia terus menuju ke dapur. Aulia mendengar satu suara sedang menyanyi di dapur.

Papa tolong lah,
Mama tolong lah,
Aku sedang mabuk cinta,
Dengan si dia
Si jantung hatiku, yang ku puja ku jatuh cinta selalu~
Sayang oh sayang,
Ku sayang kepadamu, Muah!
Sayang ku cintakan dirimu,
Rindu oh rindu,
Ku rindu kepada, Muah!
Jangan lah kau pergi dariku

Aulia menutup mulut menahan ketawa. Sempat Aulia merakam Nadiem sedang khusyuk menyanyi. Bila part 'muah', Nadiem membuat flying kiss. Kelakar lah! Dengan apron ada gambar pandanya.

Telefon diletakkan di atas meja. Tubuh suaminya dipeluk dari belakang. Aulia mengintai muka suaminya. Nadiem yang sedang mengacau lauk di dalam kuali tersenyum.

"Orang tua-tua kata jangan menyanyi dekat dapur. Nanti dapat suami tua" kata Aulia

"Betul lah tu. Sayang memang dapat suami yang tua dari sayang pun sekarang ni. Your senior right?"

Aulia mengangguk.

"Kenapa abang masak? Abang kan tak sihat lagi"

"Abang dah sihat lah sayang"

Nadiem mengambil sedikit kuah ayam butter chicken itu menggunakan sudu dan menyuakan ke mulut Aulia untuk dirasa. Aulia terus merasa. Beberapa saat Aulia berfikir. Apa yang kurang ya?

"Kurang garam, abang"

"Okey!"

Nadiem menambah secubit garam ke dalam kuali.

Pergerakan mereka sama-sama terhenti bila mendengar jiran belakang rumah memasang lagu kuat. Sampai boleh dengar dengan jelas lagu shalala yang sedang dimainkan.

"Kuatnya dia pasang lagu" kata Aulia sambil memandang tingkap di dapur

"Itulah. Sebab tu abang menyanyi tadi. Dengar lagu yang dia pasang tu kuat sangat. Syok jugak ada radio free"

Aulia ketawa. Bukan main. Tangan Aulia yang melilit pinggang Nadiem dari belakang dieratkan lagi. Kakinya mengikut rentak muzik. Tengah tunggu nak masuk lagu. Nak nyanyi sekali.

There's a boy in my mind and he knows I'm thinkin' of him,
All my way to the day and the night the stars shine above me,
He's been gone for some time but I know I truly love him,
And I'm singing a song, hoping he'll be back when he hears it,

Nadiem tersenyum gembira mendengar suara Aulia menyanyi. Tambah lagi maksud lirik itu sendiri. Abang terharu sayang! Nadiem terus menutup api. Dia pusing menghadap Aulia. Tangan Aulia dibawa ke dadanya dan pinggang Aulia ditarik rapat dengannya. Dia menyatukan dahi mereka. Kakinya bergerak mengikut rentak lagu ke kiri dan ke kanan. Aulia hanya mengikut. Sesekali Aulia memusingkan badannya.

Giliran abang pulak menyanyi

My heart goes shalala lala, shalala in the morning,
Shalala lala, shalala in the sunshine,
Shalala lala, shalala in the evening,
Shalala lala shalala lala just for you.

"I love you sayang" ayat itu keluar daripada mulut Nadiem selepas lagu habis

Aulia tersenyum bahagia

"I love you more abang"

****

Aulia duduk di depan tv. Cerita apa entah yang dia pasang ni. Mulutnya ralit mengunyah coco crunch. Nak mogok punya pasal, semua benda tak nak buat! Puas dah pujuk Nadiem untuk tak pergi kerja. Tapi dia tetap nak pergi kerja. Hari ni je pun!

"Sayang, mana baju abang?!" Jerit Nadiem dari tingkat atas. Puas dah dia cari baju yang sudah siap bergosok. Tapi tak ada.

"Tak tahu!"

Keadaan menjadi sepi seketika kerana Aulia menutup tv.

"Sayang, mana semua stoking dengan tie abang?!"

"Tak tahu!"

Aulia tersenyum sinis. Keluar sedikit ketawa jahat dari mulutnya. Memang sengaja Aulia menyorokkan semua stoking dan tie dia. Biarkan dia cari sampai esok.

Apabila Aulia mendengar tapak kaki Nadiem turun, cepat-cepat Aulia membetulkan kedudukannya. Mukanya diubah menjadi sirius dan matanya hanya memandang telefon.

"Sayaanngggg~" panggil Nadiem dengan nada merungut

Aulia memandang dengan anak mata. Aulia mengetap gigi menahan ketawa. Mana taknya, baju kemeja pink berkedut, seluar track suit, stoking pula bercorak beruang yang dipakai. Itu stoking tidur aku tu.

Aulia menahan dirinya dari ketawa. Jangan ketawa Aulia.

"Sayang jangan lah macam ni. Abang dah lambat dah ni. Ada meeting pukul 10 nanti"

"Jangan cakap dengan sayang. Kita tak kawan hari ni" Aulia memeluk tubuh dan memalingkan muka ke arah lain.

"Alaaaa sayang. Jangan macam ni. Nanti hujung minggu kita spend time sama-sama. Please sayang. Hari ni bagi abang pergi kerja." Rayu Nadiem

Muka Nadiem macam nak menangis dah. Berkali-kali dia melihat jam. Kalau dia tak keluar sekarang, memang dia akan terlepas meeting tu. Dengan nak hadap jem lagi.

Kesian pula Aulia tengok Nadiem. Kali ni dia mengalah. Aulia bangun dengan muka selamba dan terus mengambil baju, seluar, tie, dan kod di dalam bilik tetamu di tingkat bawah itu. Awal lagi Aulia dah siapkan bajunya tapi sebab tak nak bagi dia pergi kerja, Aulia sorok di bilik bawah.

Nadiem tersenyum melihat bajunya di tangan Aulia. Dia terus membuka kemeja pinknya disitu juga. Aulia membantu Nadiem menyarungkan kemeja berwarna hitam dibadannya. Nadiem berura-ura seperti ingin menukar seluarnya disitu.

"Haip! Jangan mengada nak tukar dekat sini. Pergi tukar dekat bilik tetamu tu"

Nadiem ketawa

"Baru nak buat free show"

Nadiem terus berlari ke bilik tetamu. Cepat-cepat dia menukar seluar. Dia berlari keluar mencapai briefcase, clutch bag dan kunci keretanya. Dia tak fikir pasal sarapan. Dia kena berkejar ke office sekarang juga. Nadiem terus keluar memasuki perut kereta.

Aulia hanya melihat dari muka pintu. Memang dia dah tak ingat aku dekat sini ke? Tiba-tiba Nadiem keluar semula dari perut kereta dan menghampiri Aulia.

"Abang lupa sayang"

Dahi Aulia dicium. Aulia tersenyum gembira. Ingatkan dah lupa. Aulia terus mengambil tangan kanan Nadiem untuk dicium. Kod di tangannya dihulurkan.

"Abang dah kiss sayang. Mana abang punya pulak?"

"Perlu ke?"

"Semestinya perlu. Nanti abang lemau je dekat tempat office"

Aulia menjulingkan mata ke atas. Mengada betul. Aulia menjengket sedikit. Bibirnya mendarat di pipi Nadiem kemudian dihujung bibir Nadiem.

"Mission accomplished!" Kata Aulia

Muka Nadiem berubah ceria. Rasa bersemangat nak pergi kerja. Aulia melihat pakaian Nadiem dari atas sampai bawah. Macam ada benda yang tak kena.

"Eh, abang.... Tu....."

"Bye sayang!"

Tak sempat Aulia nak bersuara Nadiem sudah masuk ke dalam perut kereta Audinya. Laju kereta itu meninggalkan perkarangan rumah mereka. Haih abang ni.

****

Sementara Nadiem menunggu lift terbuka, kod disarungkan ke badan. Semua mata memandangnya. Tahu lah aku lambat harini. Selama ni aku bos terpaling awal tau.

Bahu Nadiem ditepuk dari belakang. Nadiem menoleh. Muka yang sirius berubah menjadi ramah bila orang yang menyapanya itu adalah Imran. Mereka bersalaman sebelum melagakan bahu.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Nadiem

"Aku kebetulan ada kerja area sini. So, aku singgah lah nak jumpa kau sekejap. Lagipun aku ada benda nak cakap dengan kau"

Nadiem melihat jam tangannya. Sempat lagi ni kalau nak keluar minum dengan Imran sebelum meeting kejap lagi.

"Jom lah kita minum dulu" pelawa Nadiem

"Boleh jugak"

Mereka sama-sama pergi ke cafe berdekatan officenya.

"Kau nampak bahagia lepas kahwin ni"

Nadiem tersenyum. Memang bahagia. Bahagia sangat. Kalau aku tahu kahwin ni seronok, dari dulu aku terima dia. Air coffee diteguk sedikit. Pahit! Air apa yang aku pilih ni. Perit Nadiem nak menelan.

"Bahagia lah Im. Nak tidur ada bantal peluk, bangun tidur ada orang dekat sebelah. Kalau serabut dengan kerja ada comfort place nak pergi. Kalau....."

"Dah. Dah. Cukup. Tak payah nak melebih. Hormat sikit aku ni. Jodoh aku masih sesat lagi ni"

Nadiem ketawa

"Yang paling penting kalau penat ada orang belai" Makin menjadi-jadi tawa Nadiem. Suka dia menyakat Imran.

Muka Imran berubah. Pasrah dengan kawannya ni. Memang dari dulu suka menyakat.

"Suka sangat kena belai sampai pergi office pun pakai selipar dengan stoking bear ke?. Sejak bila jadi papa bear ni?" Imran pula ketawa

Nadiem mengintai kakinya di bawah meja. Ya tuhan! Macam mana boleh lupa nak tukar stoking dengan kasut tadi. Nadiem menepuk dahi. Tak tahu nak ketawa ke nak kecewa. Tak kan nak pakai macam ni masuk meeting kejap lagi.

"Eh, sekarang stoking bear ni tengah trend tau. Kau je yang tak tahu." Nadiem membuat muka bangga. Tak nak lah nampak sangat dia terlupa nak tukar stoking. Kakinya disorok sedikit supaya orang sekeliling tak nampak.

Imran hanya menggeleng. Haih, makin menjadi-jadi perangai kau lepas kahwin. Makin tak betul.

"Kau nak cakap apa dekat aku?"

Imran menelan air kopi yang baru sahaja diteguk.

"Hana"

"Kenapa dengan Hana?"

"Dia jumpa aku. Tanya pasal kau dengan wife kau. Macam-macam dia cuba korek pasal wife kau. Tapi aku macam biasa lah. Aku kata lah aku tak tahu sangat. Aku bukan nak fitnah dia tapi aku tetap nak fitnah. Aku rasa dia ada niat tak baik. Macam kau tak kenal Hana tu. Better kau jaga wife kau and rumah tangga kau baik-baik"

Nasihat dihujung ayat Imran itu cuba disimpan sebaik mungkin. Nadiem juga perasan bila Hana sibuk nak hantar dia balik masa dekat Pahang haritu. Katanya ada kerja dekat KL dan nak kenal-kenal dengan wife aku. Lain macam.

"Okey bro. Don't worry"

Nadiem termenung seketika. Abang akan cuba sedaya upaya untuk tak akan menduakan sayang. Abang cintakan sayang seorang je.

****

Aulia mengangkat timbunan baju yang sudah dilipat untuk disusun di dalam almari. Tiba-tiba tangan Aulia tersentuh satu kotak dalam almari. Mengganggu betul. Aulia mengeluarkan kotak itu. Kejap! Ni kotak yang Sofeya bagi sebelum kahwin haritu! Macam mana boleh ada dekat sini. Aku tak bawak balik sini.

Aulia membuka kotak itu. Aulia nak tergelak melihat night dress satin itu. Macam nak try! Aulia melihat jam di dalam telefonnya. Baru pukul 12.30 tengah hari. Nadiem balik lambat lagi. Hehe. Aulia menukar bajunya disitu juga. Wow! Baju itu menampakkan peha Aulia yang putih. Patut lah semua lelaki tergugat bila perempuan pakai baju macam ni. Aulia memperagakan baju itu depan cermin. Rambut yang tadinya diikat dilepaskan. Dia buat gaya seksi gitu.

"Sa....."

Tiba-tiba Nadiem masuk ke bilik. Nak terkeluar anak tekak Nadiem melihat isterinya berpakaian begitu. Apa yang dia boleh katakan sekarang adalah MENGANCAM dan MENGGUGAT. Rahang Nadiem terbuka luas. Mata tak berkedip walau sesaat.

"Abang! Bila abang balik! Pusing! Jangan pandang!"

Cepat-cepat Aulia memusingkan badan suaminya ke belakang. Aulia juga berpaling ke belakang. Nadiem kaku disitu. Terkejut, teruja, yang paling penting bergetar tulang rusuk. Kepalanya gatal nak menoleh.

"S-sayang..... Abang balik sebab nak ajak sayang makan tengah hari. Lepastu abang nak tukar stoking. Kejap lagi nak masuk office balik"

Aulia mengangguk faham. Aduh! Dan dan pula dia nak balik. Aulia melihat baju nya berada di depan Nadiem.

"Abang, tolong ambilkan baju sayang atas lantai tu. Sayang nak tukar baju semula"

Nadiem tersenyum nakal. Inilah masanya nak usya isteri dia dekat belakang. Nadiem mengambil baju Aulia dan menoleh ke belakang. Dia menelan liur melihat belakang Aulia.

"Nah sayang"

Baru saja Aulia nak mengambil, sengaja Nadiem melepaskan baju itu jatuh ke lantai. Hehe. Dia mengambil baju itu tapi matanya tertumpu pada kaki Aulia yang putih. Ya tuhan! Isteri aku! Dia ketawa sendiri dalam hati.

"Apa abang ni! Sengaja je! Benci!"

"Mana ada. Memang nak terjatuh"

Cepat-cepat Aulia mengambil bajunya. Dia berpaling ke belakang semula. Tiba-tiba dia terasa tubuh suaminya merapat dibelakangnya. Lengan Aulia diusap lembut. Aulia menjadi kaku disitu. Kaki dan tangan seperti di gam. Rambut Aulia diselitkan ke belakang telinganya supaya Nadiem boleh meletakkan mukanya dibahu Aulia. Nafas Aulia pula rasa tersangkut apabila tangan Nadiem kini merayap di dalam baju Aulia. Perut Aulia diusap.

"Kenapa sayang nak tukar baju? Sayang dah cantik dah macam ni"

Tangannya menjalar pula di badan atas Aulia. Tolong! Aulia betul-betul rasa sesak nafas. Nadiem yang melihat isterinya pelik terus melepaskan isterinya. Dia menapak selangkah ke belakang.

"Kenapa berhenti?" perlahan suara Aulia. Dia seperti tidak mahu Nadiem mendengar

Tapi telinga Nadiem dapat menangkap suara itu. Dia ketawa kecil.

"Kalau abang teruskan, nanti ada yang tak cukup oksigen. Tak pasal-pasal kena pergi emergency"

"Abang dengar?"

"Mesti lah dengar sayang. Even suara hati sayang pun abang boleh dengar."

"Abang ke yang bawak kotak ni balik sini?"

"Haah. Abang nak suruh sayang pakai tapi takut sayang tak nak. Abang tak nak paksa sayang."

Aulia tertunduk. Dia pusing menghadap Nadiem. Aulia agak terkejut bila Nadiem juga sedang memandangnya. Perlahan-lahan Aulia menapak mendekati suaminya. Kini tangan Aulia pula nakal membuka butang kemeja Nadiem dan dia tangannya bermain di roti-roti itu.

"Woo woo. Nakalnya tangan dia." Kata Nadiem

Aulia terus menjauh. Dia baru teringat yang kejap lagi Nadiem nak masuk office semula. Butang baju Nadiem kembali dibutang. Dia mengemaskan kemeja itu. Bos kan. Kena lah kemas.

"Haish! Dia berhenti pulak. Teruskan sayang."

"A-abang kan nak masuk office balik"

"Tak nak. Kerja abang dekat rumah ni lagi urgent berbanding dekat office"

Nadiem mengambil tangan Aulia bawa ke butang baju kemejanya.

"Buka sayang"

Aulia akur. Dia membuka butang baju kemejanya satu persatu. Tangan Nadiem melingkar di pinggang ramping Aulia. Matanya tidak lepas memandang Aulia. Baju kemeja dicampak ke tepi. Dagu Aulia dibawa untuk memandang wajahnya.

"Sayang, apa pun jadi lepas ni, abang bukan nak ambil kesempatan atas sayang. Tapi, ini bukti abang sayang dan cintakan sayang. Abang harap lepasni walau apapun yang datang dalam hubungan kita, sayang tetap percayakan abang. Because I need your trust. Selagi kepercayaan antara kita masih kuat itu bermakna cinta antara kita juga kuat. Okey sayang?"

Panjang lebar Nadiem menutur kata-katanya. Aulia mengangguk perlahan.

Aulia memandang ke dalam anak mata suaminya. Sayang percayakan abang. Selagi abang jujur dengan sayang, selagi tulah sayang percayakan suami sayang ni dan sayang akan sehabis baik pertahankan rumahtangga kita.

Tangannya memaut leher Nadiem. Nadiem tersenyum nakal. Badan kecil Aulia diangkat dan dibawa ke katil.

"Tapi abang, hari masih siang ni"

"Kalau tutup lampu dan langsir gelap jugak jadinya."

Nadiem ketawa nakal. Langsir ditarik kuat. Sabar abang, sabar. Tercabut langsir tu nanti.


















Lagu first - "muah!" by Suzanne
Lagu second - Shalala lala by Vengaboys

Continue Reading

You'll Also Like

3.6K 304 41
FIRST STORY <3 Disebabkan janji yang telah di janji oleh dirinya sendiri, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dal...
286K 10.7K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1M 47.6K 67
Kepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati...
1.5M 74.3K 58
[๐‚๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐“๐„] " ๐’๐ก๐ž'๐ฌ ๐€๐ž๐๐ž๐ง'๐ฌ, ๐ญ๐จ๐ฎ๐œ๐ก ๐ก๐ž๐ซ ๐š๐ง๐ ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ฅ๐ฅ ๐๐ž๐š๐ฅ ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐ฆ๐ž " - Tengku Aeden Shauqeen " ๐ˆ'๐ฆ ๐ญ๐ก๐ž ๏ฟฝ...