The Zakiff Haikal Desire

By Fiezajungkookie

39.2K 2.9K 577

Zakiff membuka paksa pintu penumpang depan lalu mendorong tubuh Lyne masuk sehingga terduduk. " Awak ni dah... More

Pengenalan
Part 1
Part 3
Part 4

Part 2

5.6K 544 99
By Fiezajungkookie

Hye abang, harini kita lunch sama sama nak? Kita lunch dekat restoran favourite abang. Lyne tunggu abang dekat sini. Abang datang okay.


Seperti itulah mesej yang Lyne Isabella kirimkan kepada Zakiff. Dia sendiri teruja dalam berharap Zakiff akan datang untuk makan tengah hari bersama dirinya. Sudah kerap kali ditolak namun ia tetap tidak mematahkan semangat Lyne. Dia dah cakap yang dia sukakan Zakiff. Jadi dia tetap akan ambil hati lelaki tersebut.

Senyuman mekar dibibirnya sendiri. Menolak lupa yang Zakiff tidak pernah mengajaknya untuk keluar makan barang sekali pun. Dia menyimpan buku ke dalam begnya lalu bangun dan segera pergi dari situ. Untuk pengetahuan semua, Lyne merupakan salah satu pelajar di sebuah university swasta.

" Dah kemas. Jom kita balik ". Muncul suara perempuan iaitu Aresyah anak kedua Harris dan Intan mengajak Lyne pulang bersama memandangkan mereka berdua sebaya. Lyne dan Aresyah sudah berkawan rapat sejak di sekolah menengah lagi.

" Dah dah jom tapi nanti aku nak lunch dengan abang Zakiff tahu". Lyne memberitahu sambil mereka beriringan berjalan menuju ke arah luar. Aresyah membuat wajah malasnya mendengar kawannya asyik menyebut nama abang sedaranya itu setiap hari.

Nota penting— Setiap hari Lyne sebut nama Zakiff depan dirinya. Entah apa yang kawannya itu suka sangat tentang Zakiff. Dahlah muka datar je plus antara keluarga Zarif Haikal tu. Bagi Aresyah, Zakiff lah paling sombong. Nak tegur pun macam pandang sebelah mata.

Kerek je lebih.

" Tak habis dengan abang Zakiff kau tu. Kau tak serik lagi ke? Tak ingat dua minggu lepas apa yang jadi? Tak ingat ". Balas Aresyah sedikit keras. Dia bukan tak sukong Lyne suka atau cinta mati dekat Zakiff tu. Cuma kesian je tengok layanan Zakiff terhadap Lyne. Bukan main tak suka lagitu.

Lyne tidak menjawabnya melainkan memilih berdiam diri mengatup rapat bibirnya. Mereka sampai di kereta milik Aresyah. Memang setiap kali kelas Lyne menumpang Aresyah je sebab senang sekali jalan lagipun sekelas semua. Lyne pun ada kereta juga tapi dia jarang guna.

Mendengar balasan Aresyah tadi membuatkan minda Lyne menerawang ke dua minggu lepas. Mengulang tayang di mana Lyne mengajak Zakiff untuk lunch. Puas dia tunggu dekat restoran kegemaran Zakiff namun hampir jam dua petang batang hidung mancung lelaki itu tidak kelihatan.

Bukan setakat batang hidung. Bayang pun tak ada. Mematahkan semangat tapi ingat semangat Lyne tinggi dan kuat. Selagi dia bersemangat dia akan tetap pikat Zakiff walau macam mana cara sekali pun.

" Nak masuk ke tak nak? ". Dalam keadaan pintu kereta terbuka dan Aresyah separuh masuk dia menegur Lyne yang tidak bergerak beberapa saat tadi. Lyne tersentak dengan lekas dia masuk ke dalam. Aresyah mengeleng perlahan.

###

Dentingan berasal daripada telefon mahal Zakiff berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Mesej yang Lyne hantar tidak berapa lama tadi. Zakiff meletakkan gelas minuman yang dia hirup tadi lalu mengambil telefonnya.

Sekarang Zakiff berada di rumah papa mamanya. Jarinya menolak skrin telefon dan membaca mesej yang tertera di sana. Dia tidak beriak walau selepas membacanya sehingga habis. Telefon kembali di letakkan ke atas meja. Tidak berminat untuk membalas atau melayan gadis bernama Lyne tersebut.

Dia bersandar di balkoni biliknya, sebaik mendengar suara riuh kembarnya dan Zariel yang sibuk bermain bola sepak. Zariel ingin merampas bola pada kaki abangnya tapi tidak berjaya. Zafril terlalu mahir mengelak. Seketika, satu idea nakal berunsur jahatnya terbit.

Bibirnya menyunggingkan senyuman sinis berlalu turun ke bawah menemui kedua adiknya. Sampai saja di bawah sana Zakiff menyeru.

" Zafril. ". Kedua manusia yang bermain bola sepak tadi berhenti serta mengalihkan pandangan kepada Zakiff. Zafril menaikkan keningnya seolah bertanya kenapa kembarnya itu memanggilnya tadi. Merasakan Zakiff nak bercakap dengan Zafril.

Zariel menolak bola menggunakan kakinya dan pergi dari situ. Itu bukan hal dia. Pelik kenapa dia boleh ada sekali padahal sepatutnya dia ada dekat sekolah. Jawapan mudah je, Zariel malas sekolah jadi dia ponteng jelah. Mama papa tak ada. Jadi tak jadi masalah. Kecuali kalau mama tahu memang kena lah dia nanti.

" Tolong aku sekejap. ". Ujar Zakiff kepada Zafril yang menatapnya. Zafril menggerakkan dagunya bermaksud apa yang nak di tolong. Jarang Zakiff nak minta tolong macam ni kalau bukan ada sesuatu. Sesekali, Zakiff mengerling Zariel yang membawa bola di sana.

Bagaikan ada satu tali menghubungkan kedua fikiran kembar itu. Zafril tergelak sendiri melihat senyuman penuh makna yang terlakar di muka Zakiff. Entah kerana kembar jadi mereka mudah berkomunikasi tanpa bicara. Zafril melagakan penumbuknya dengan Zakiff.

Keduanya menahan senyuman di bibirnya. Terutamanya Zafril, nampaknya akan ada drama lah sekejap lagi.





Lyne menanti di sebuah meja setelah bersiap sesuai kebiasannya. Menunggu kedatangan Zakiff dengan setianya tidak merungut walau sekali. Dalam hatinya penuh memohon agar Zakiff datang makan tengah hari bersama dia. Sekali pun dah cukup buat hati Lyne gembira.

Lima minit berlalu..

Sepuluh minit berlalu..

Lima belas minit berlalu...

Lyne masih menunggu dengan tenangnya. Kepalanya tidak henti menoleh ke arah luar restoran. Menunggu susuk tubuh Zakiff datang tapi sampai sekarang tak nampak pun. Jangan kata perkara dua minggu lepas berulang lagi harini. Tertunduk Lyne sebentar menahan perasaan kecewa.

Dia memeriksa telefon berfikir akan ada satu mesej daripada orang yang dia cintai. Kosong.. Tiada satu pun mesej yang masuk. Tanpa sedar Lyne menolak jarinya turun, melihat setiap mesej yang dia hantar. Zakiff tak pernah balas mesej dia langsung. Satu patah perkataan pun tak ada.

Titik pun tak ada. Hanya ada tulisan read sahaja. Menandakan Zakiff membacanya tapi tidak membalas. Jarinya beralih menekan tombol off. Dalam sekelip mata, skrin terpadam menjadi hitam. Di balik skrin yang gelap terlihat wajahnya yang berubah muram.

Tahu tak macam mana sakitnya hati Lyne sekarang. Sakit sangat tapi tak mampu dia gambarkan. Kepalanya makin jatuh menunduk. Apa yang kau harapkan Lyne?

Semua fikiran Lyne mendadak pecah terhapus apabila mendengar bunyi kerusi bergeser kerana ditarik dan orang yang Lyne nantikan sejak tadi sudah duduk di depannya. Tanpa boleh di kontrol, senyuman gembira Lyne terbit menghias wajahnya.

Seluruh wajah Zakiff menjadi renungan gembira Lyne. Termasuk coat biru yang tersarung muat pada badan lelaki itu tidak lepas daripada mata Lyne. Sumpah dia teruja sangat. Mimpi apa dia harini sampai harapan dia di kabulkan. Zakiff benar benar datang!

" A-Abang datang? ". Entah itu soalan yang patut Lyne tanya ataupun tidak. Dah jelas jelas Zakiff ada depan mata dia. Tanya lagi. Lelaki di depannya menjeling sesaat sebelum menghentikan tatapan pada mata Lyne.

Membekukan badan gadis tersebut seketika. Tidak tahan di pandang seperti itu, pantas Lyne melarikan matanya membuka buku menu yang ada di atas meja. Salah tingkah dia dibuat oleh Zakiff. Selama ni, Zakiff tak pernah pandang dia bila pertama kali bersuara ketika bertemu.

Sekejap— tadi Zakiff pandang lurus ke anak mata Lyne bukan? Lyne menurunkan buku menu yang digunakan menjadi penghalang antara dia dengan Zakiff. Mencuri lihat di balik buku menu dan tubuhnya kembali menegang kerana Zakiff masih memandangnya.

" Abang n-nak makan apa? ". Sambil menyemak isi menu Lyne bertanya masih tak berani menatap Zakiff terus. Ada rasa janggal dengan sikap Zakiff sekarang ni.

" Aik, tak akan tak tahu aku selalu makan apa. ". Sahut Zakiff lalu kemudian tingkah mengejutkan Lyne terjadi lagi. Zakiff menarik kasar buku menu yang di pegang oleh Lyne lalu membacanya dengan santai. Seolah perlakuan dia tadi tidaklah bermasalah.

Sementara Zakiff melihat lihat menu selama itulah Lyne memberanikan diri menatapnya. Memerhatikan seluruh tubuh lelaki di depannya ini. Kedengaran suaranya sedikit berlainan atau Lyne yang salah dengar? Laju Lyne melarikan matanya sebaik Zakiff mengangkat kepala.

Mereka memesan makanan sesuai yang mereka mahukan. Selepas pemergian pelayan tadi yang cukup mengenali siapa Zakiff. Situasi menjadi hening. Lyne mengenggam beg tangannya erat, mengawal rasa takut dan rasa janggal dalam hatinya.

" Kenapa abang nak datang lunch den—gan Lyne? ". Sambil menunggu makanan mereka tiba. Lyne mengajak berbual, dia agak malu berbual berdua dengan Zakiff. Tapi dia kuatkan hatinya agar Zakiff melayannya dengan baik.

Zakiff dah datang kiranya satu langkah yang maju kan? Sekali lagi Zakiff menatap Lyne membuatkan wajah gadis itu berubah merah padam dengan cepatnya. Terdengar hembusan nafas daripada Zakiff sebelum lelaki itu marah meletakkan siku ke atas meja.

" Dah kau memekak mesej aku. Aku datanglah. Nanti menangis tak berhenti pulak. ". Zakiff mengeraskan suaranya dengan melontarkan perlian kepada Lyne yang tertunduk malu. Tak perlu masa yang lama, makanan mereka segera sampai menghapus tapak kosong di atas meja.

Sebelum mula menjamah selera, Lyne mendongak memandang Zakiff yang menyentuh sudu. Rambut tertata kemas Zakiff cantik terletak. Lyne mengenggam erat hujung bajunya menahan nafas sesaat.

" Abang.. ". Baru je Lyne memanggil dia dah kena marah dengan Zakiff serta pandangan tak suka tersebut wujud.

" Apa lagi?! ". Zakiff membentak perlahan. Lyne menahan perasaannya sendiri, menghadiahkan senyuman tipisnya. Rasanya dia mula curiga dan dapat tangkap sesuatu. Tapi dia nak kepastian yang lebih mendalam lagi tentang lelaki di hadapannya ini.

Lyne mengemam bibirnya, mengambil masa panjang. Zakiff melahap makanan terlebih dulu tanpa menghiraukan Lyne yang menunduk sendiri. Sepatutnya, Zakiff peka dengan perasaan Lyne bukannya layan macam ni. Sekali je, Lyne harap sekali je Zakiff layan dia dengan baik.

" Te-Terima kasih abang... ". Ucap Lyne ikhlas kerana Zakiff sudi datang walaupun tak suka dengan dirinya. Tangan yang bergerak memegang sudu terhenti, Zakiff mengerling wajah redup Lyne sekejap. Pelbagai hal dia dapat simpulkan dari reaksi muka tersebut.

" Whatever, makan lah tu. Kau tenung je buat apa. ". Zakiff kembali menyuap makanan ke dalam mulut manakala Lyne makin terasa hati. Dia menaruh sudu yang baru dia sentuh tadi. Hatinya semakin sakit. Satu hal terakhir, Lyne memeriksa dari tempat duduknya.

Memeriksa leher Zakiff dengan mata yang semakin kabur. Senyuman hambar kembali terlukis lagi. Perasaan dia berkecamuk bercampur aduk antara gembira, sedih dan marah. Marah dengan penipuan ini. Dia dah rasa pelik sejak awal Zakiff membuka mulut.

Dan rupanya inilah makna daripada kejanggalan tersebut.

" Mana Zakiff? Awak bukan Zakiff— tapi Zafril ". Ungkap Lyne selepas berdiam agak lama, serta merta lelaki yang dikatakan bukan Zakiff tadi menaikkan mukanya dengan riak terkejut tidak dapat ditutupi. Lyne menarik nafasnya panjang. Beberala kali memejamkan mata supaya tidak kabur.

Zakiff yang Lyne katakan sebagai Zafril tadi menelan air liurnya keras. Dia melepaskan sudunya dari tangan kemudian bersandar pada kerusi mendakap tangan ke dadanya. Memeluk badan. Lyne hanya memandang dengan suasana hati yang rapuh dan berkecai.

" Macam mana kau tahu aku bukan Zakiff? ". Zafril tertanya-tanya sendiri selepas lakonan dia tamat dalam waktu yang sekejap. Ya sebenarnya yang datang dan duduk di depan Lyne bukanlah Zakiff melainkan Zafril. Inilah pertolongan yang Zakiff minta tadi.

Menyamar sebagai kembarnya itu dan menemui Lyne. Zafril mengaru belakang lehernya yang tidak gatal. Penipuan dia dah terbongkar. Lyne merendahkan wajahnya, mengawal air mata yang cepat saja nak mengalir. Dia kelipkan matanya sambil melihat ke bawah.

Tepat itu air mata Lyne jatuh menitis terkena pada ribanya. Lyna memberikan tawa rendah yang menyakitkan. Lyne rasa lebih baik Zakiff tak datang daripada buat macam ni seakan mempermaikan dirinya yang sudah berharap. Apa yang diharapkan tak sesuai kenyataan.

" Zakiff tak ada tahi lalat dekat leher". Serentak itu, tangan Zafril naik menekup tahi lalat berukuran kecil yang ada pada lehernya. Haah dia lupa akan perbezaan tersebut. Zakiff leher dia bersih tanpa secalit benda. Tapi Zafril mempunyai sebuah tahi lalat di leher.

" Sampai macam tu sekali kau tengok Zakiff. Kau boleh bezakan aku dengan Zakiff dalam waktu singkat macam ni je Lyne ". Tidak pasti itu pujian ataupun sebaliknya. Zafril yakin kalau orang melihat dia dengan Zakiff. Mesti orang tersebut akan cakap, diorang tak ada beza langsung.

Dari segi bentuk muka, potongan rambut dan posture badan pun lebih kurang sama. Tapi Lyne mampu membandingkan dengan hanya menggunakan tahi lalat. Wow teliti betul anak Uncle Irfan ni. Dia menghelakan nafasnya sebaik melihat kesedihan terpancar di wajah Lyne.

Nak buat macam mana dah Zakiff tak nak datang lepastu suruh dia berlakon. Dia ikut jelah daripada tak buat apa apa tapi sekarang dia pulak yang rasa kesian.

" Terima k-kasih sebab sudi datang sini— Zafril.. Lyne minta diri dulu.. ". Lyne segera bangun membawa begnya berura-ura ingin melangkah pergi. Baru beberapa langkah kakinya bergerak, suara Zafril menghentikan pergerakan dia. Zafril terbangkit dari duduknya.

" Lyne! I'm sorry. ". Zafril rasa kesian dengan binar sedih dalam mata Lyne tadi. Lyne mengeleng kepalanya mengukirkan senyuman tipis sebelum menjauh pergi. Zafril terduduk kembali, meraup mukanya sendiri. Kadang kadang Zafril sendiri geram dengan kembarnya itu.

Kadang kadang Zakiff boleh jadi macam asshole.

Dua kali lima je dengan Zafril.








TZHD
———
Author update ni hoho. Mekasih 2 chap lepas dpt 3.4k reads 😭 korang ni awesome lah 🥺💜

Thankyouu 💜💜💜 kalau ade typo mention author 👌

Zakiff Lyne

Or

Zafril Lyne.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 111K 96
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
1.3M 67K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
3M 95.7K 28
"Stop trying to act like my fiancΓ©e because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
465K 26.3K 44
The story continues to unfold, with secrets unraveling and new dangers lurking in the shadows. The Chauhan family must stay united and face the chall...