JEJAKA TERISTIMEWA

By afiadz

3.5K 388 32

Izinkan aku menjadi tempat untuk kau berteduh, Layla - Qays More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14

BAB 15

514 24 5
By afiadz

SEDANG menonton filem Mat Kilau di televisyen, sofa terhenyak apabila sosok pak su melabuhkan punggung di situ. Kepala Qays tertoleh ke arah pak su. Tadi pak su keluar membeli makanan, tidak perasan pula bila masa lelaki itu pulang.

"Termenung apa Qays? Pak su tengok tv yang tengok kamu, bukan kamu tonton tv." Sejak lima minit tadi dia berdiri di sebelah Qays, namun anak buahnya itu langsung tidak menyedari kehadirannya.

"Tak ada apalah, pak su," dalih Qays.

"Rindukan orang jauh ke?" usik pak su. Bahu Qays disenggol.

"Orang mana ni?" Dahi Qays berkerut.

"Entah, mana pak su tahu. Entah-entah kamu ada kekasih hati, tapi tak bagitahu paksu." Tangan disilang ke dada. Epul tiada anak kerana isterinya meninggal selepas sebulan mereka menikah kerana jangkitan kuman dalam darah. Qays ditatang bagai minyak yang penuh dan dianggap seperti anak sendiri setelah abang dan kakak ipar Epul meninggal dunia.

Qays menyeringai. Wajah seseorang terlayar di ingatan. Namun, cepat-cepat diusir bayangan itu pergi.

"Pak su nak tanya kamu ni." Paha Qays ditepuk perlahan.

"Apa dia, pak su?" Qays memusingkan badan menghadap pak su.

"Kamu masih mencari siapa yang menyebabkan kematian mama dan papa kamu?" Sudah lama soalan itu ingin diajukan, namun Epul diamkan sahaja. Dia menanti Qays membuka mulut, tapi sampai ke sudah bibir itu hanya membisu.

Lambat-lambat Qays mengangguk.

"Pak su ingat tak kita pergi ke balai polis untuk suruh mereka buka semula kes kebakaran yang berlaku, tapi mereka kata yang kes itu telah ditutup. Hendak dicari failnya, mungkin agak sukar kerana kejadian itu telah berlaku kira-kira 25 tahun yang lalu."

"Pak su masih ingat apa yang pihak polis cakap." Masakan tidak, dialah yang menemani Qays ke balai polis. Masih ingat lagi bagaimana dia dan Qays cuba menyelongkar kebenaran.

"Saya tak sedap hati. Saya rasa kejadian tu bukan kemalangan, tapi kes pembunuhan. Cuma bila polis tak cuba siapa suspek yang terlibat, mereka tutup kes itu sampai sekarang," ujar Qays dengan nada kecewa. Dia masih berharap agar ada keadilan untuk kematian kedua ibu bapanya.

"Jadi saya pergi ke kawasan perumahan tempat kami tinggal dulu. Kebanyakan jiran sudah berpindah. Tapi ada seorang mak cik tua ni ada maklumat tentang suspek." Qays masih ingat perjumpaannya dengan seorang wanita berusia yang mahu dirinya digelar Mak Som.

"Apa Mak Som cakap?" tanya pak su dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

"Dia cakap malam tu dia nampak seseorang yang mencurigakan berlegar-legar sekitar rumah kami. Tak lama lepas tu, kebakaran pun berlaku. Mak Som tinggal di Kampung Hulu sebelum berpindah ke kawasan rumah kami. Katanya lelaki itu merupakan penduduk di kampung sebelah, Kampung Hilir. Tapi dia ingat-ingat lupa wajah lelaki itu, cuma dia tahu orang panggil lelaki itu Mat. Mak Som ada beritahu ciri-ciri lelaki itu, tinggi dan kurus keding." terang Qays panjang lebar. Meskipun klu yang terakhir itu tidak dapat membantu kerana barangkali fizikal lelaki itu sudah berubah, Qays tetap menanggap maklumat itu penting.

"Mak Som tak bagitahu maklumat ni pada pihak polis?"

"Dah. Tapi suspek berjaya lari. Jadi sampai sekarang polis tak jumpa lelaki tu," beritahu Qays.

Epul menghela nafas berat. Sejak hari itu pencarian mereka menemui jalan buntu.

"Tapi Mak Som bagi alamat kampung dia. Sekejap." Telefon bimbit di dalam poket seluar dikeluarkan. Aplikasi nota dibuka lalu disuakan gadget tersebut kepada pak su.

Alamat kampung yang pernah diduduki Mat suatu ketika dahulu tercatat di situ.

"Bila kamu nak pergi sana?" Sudah tahu apa yang direncanakan oleh Qays, laju soalan itu meluncur keluar dari mulut Epul.

"Mungkin minggu depan."

"Pak su tak ada minggu depan. Kena pergi ke Penang sebab ada kerja." Seminggu dia tidak akan berada di rumah.

"Tak apa, pak su. Saya pergi sendiri. Plannya nak cuba tanya orang-orang kampung dekat situ. Kut ada yang kenal ke." Walaupun Qays tak yakin yang dia akan berjumpa dengan suspek pembunuhan ibu bapanya, tapi dia tetap ingin mencuba. Mana tahu dapat juga klu atau maklumat yang penting.

"Yalah. Kamu hati-hati pergi ke sana. Apa-apa telefon je pak su." Hendak menghalang, anak buahnya itu kelihatan bertekad.

"Okey, pak su." Qays merapatkan ibu jari dan jari telunjuknya membuat tanda 'okey'.

"Jom makan. Pak su ada belikan makanan," ajak pak su. Dia bingkas berdiri lalu berjalan ke ruang makan.

Langkahnya dibuntuti oleh Qays, "Jom. Pak su macam tahu-tahu je Qays dah kebulur." Tawa kecil terletus dari bibir Qays.

"Pak su besarkan kamu dari kecil. Kenal sangat dah fi'il kamu." Hujung bibir melengkung ke atas.



PAGI itu, Layla menyediakan bahan serta memasak seorang diri. Kelibat mak langsung tidak kelihatan. Malas mahu mengejutkan mak, jadi Layla biarkan sahaja mak tidur. Adit pula langsung tak jejak kaki ke rumah malam semalam. Peduli apa Layla fasal lelaki itu.

Apabila azan Subuh berkumandang, Layla menjadi semakin pelik kerana mak masih belum bangun. Jarang-jarang mak terlajak tidur. Layla sudah selesai memasak. Lepas Subuh, dia dan mak akan pergi berniaga di gerai.

Langkah diorak ke bilik mak. Pintu diketuk sebelum melangkah masuk.

Jantung Layla bagai direntap tatkala melihat sekujur tubuh mak terbaring di atas lantai.

Lekas Layla berlari ke arah mak.

"Mak. Mak." Pipi mak ditepuk perlahan berulang kali. Lama-kelamaan mata mak tercelik.

Pandangan anak beranak itu bersatu.

"Apa jadi ni, mak?" Bertambah terkejut Layla apabila melihat bibir mak menjadi senget sebelah.

"Aaa... aaa... aaa..." kata mak dengan susah payah.

"Mak, kenapa ni?" Suara Layla bertukar risau. Dia langsung tidak faham butir bicara mak.

"Mak boleh bangun?" Layla lihat mak mengangguk. Tapi tiada sebarang pergerakan yang dilakukan oleh mak.

Pegangan Layla pada tangan mak terlepas. Ya Allah, jangan cakap mak kena strok.

Melihat air mata yang berjuraian turun dari tubir mata mak, mata Layla berkaca bening.

"Mak, cuba mak angkat kaki." Terketar-ketar Layla memberikan arahan.

Kaki mak tidak bergerak.

"Cuba mak lambai tangan." Tangan mak langsung tidak berganjak dari kedudukan asal.

Esakan Layla semakin kuat. Dia dapat merasakan telahannya benar.

Layla melakukan teknik F.A.S.T untuk mengetahui sama ada benar atau tidak mak diserang strok.

F - Face drooping. Adakah sebelah mulut pesakit jatuh ke bawah dan senget?

A - Arm weakness. Adakah tangan pesakit boleh diangkat?

S - Speech difficulty. Adakah percakapan pesakit lancar?

T - Time to call 999.

Layla bingkas bangkit dari duduk. Air mata dilap kasar, "Mak tunggu sini kejap. Layla panggil Cik Nah." Dengan susah payah Layla mengangkat tubuh mak ke atas katil. Badannya yang kecil membuatkan dia sukar untuk melakukan perkara tersebut.

Dapat Layla lihat anggukan kecil daripada mak sebelum dia berlari bagai lipas kudung ke rumah Cik Nah yang jaraknya selang beberapa rumah dari rumah Layla.

"Assalamualaikum. Cik Nah."

"Oh, Cik Nah." Pintu diketuk berkali-kali dengan debaran yang menggila di dada.

"Cik Nah, Layla ni." Tiada sebarang jawapan.

Layla kian gusar.

"Waalaikumussalam Layla." Pintu terbuka dari dalam. Wajah tua Cik Nah menghiasi pandangan.

"Maaf, tadi aku dalam tandas. Sakit perut," ujar Cik Nah sambil memegang perutnya. Melihat wajah Layla yang seperti tidak tentu arah dan berpeluh-peluh, dahi Cik Nah berkerut. Dapat dia rasakan ada sesuatu perkara yang buruk berlaku.

"Kau ni kenapa? Berpeluh macam orang baru lepas berjoging." soal Cik Nah.

"Mak... mak..." Tak terkeluar kata-kata dari mulut Layla.

"Kenapa dengan mak kau?" Laju mulut Cik Nah menyoal.

"Dia terkana strok. Boleh tak Cik Nah bawakan mak ke hospital?" pinta Layla penuh mengharap.

"Allahuakbar. Sekejap aku ambil tudung dekat dalam." Terkocoh-kocoh Cik Nah berlari ke dalam bilik lalu mencapai tudung sarung. Kunci kereta yang sudah 20 tahun usianya dicapai.

"Mari naik kereta, Layla." Layla dan Cik Nah membolos masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda itu.

Setibanya di rumah Layla, Layla dan Cik Nah bekerjasama mengangkat mak Layla ke dalam kereta. Lalu Cik Nah memandu ke hospital di bandar yang terletak lebih kurang 40 minit dari kampung mereka. Meskipun Cik Nah kian dimamah usia, tenaganya masih kuat seperti orang muda.

Mak dibawa ke unit kecemasan untuk berjumpa dengan doktor.

Layla dan Cik Nah menanti dengan penuh berdebar di ruang menunggu. Cik Nah ialah mak saudara Layla, kakak kepada mak. Dia dan suaminya berkahwin tetapi mereka tiada anak. Suami Cik Nah meninggal dunia tahun lepas.

Hubungan Layla dan Cik Nah rapat kerana itulah satu-satunya famili yang dia ada. Sewaktu kejadian 10 tahun lepas, Cik Nah la yang menelefon polis apabila bapak mendera dan memukul mak dan Layla separuh mati. Cik Nah jugalah yang bantu Layla untuk tengok-tengokkan mak sewaktu ketidakberadaan Layla di kampung.

"Layla, kamu jangan risaulah. Insya-Allah mak kamu tak ada apa-apa." Tangan Layla yang dingin seperti ais digenggam oleh Cik Nah. Dia tahu Layla susah hati, dia juga begitu. Namun, Cik Nah tahu dia perlu beriak tenang di hadapan Layla. Kalau tak, anak muda itu pasti bertambah khuatir.

"Layla takut..." adu Layla dengan suara yang bergetar. Bibirnya menggigil.

Solat Subuh telah ditunaikan di surau yang berada dalam hospital.

Air mata mengalir ke pipi. Dugaan apakah lagi yang Engkau turunkan kepada aku, Ya Allah? Dada Layla dihimpit rasa pilu yang amat dahsyat. Sungguh, dia lelah.

Tubuh Layla ditarik Cik Nah ke dalam pelukan. Belakang badan Layla diusap perlahan. Kasih sayangnya menggebu buat anak muda itu, "Jangan takut, Allah ada. Cik Nah pun ada juga," pujuk Cik Nah lembut demi menenangkan hati Layla.

Tak lama selepas itu, doktor yang merawat mak pun keluar dari bilik rawatan.

"Anak Puan Maryam, ya?" soal doktor tersebut saat Layla dan Cik Nah menghampiri.

"Ya, saya," sahut Layla.

"Saya nak maklumkan yang Puan Maryam disahkan menghidapi strok. Kemungkinan untuk dia sembuh sangat tipis. Tapi jangan risau, pihak hospital akan memindahkan Puan Maryam ke wad untuk mendapatkan rawatan lanjut."

"Allahuakbar." Layla terduduk ke lantai. Cik Nah pantas menyambut tubuh Layla yang sudah lembik.

"Kita sama-sama berdoa agar Allah beri kesembuhan kepada Puan Maryam, ya. Saya minta diri dulu." Usai berkata, doktor pun berlalu pergi.

Layla meraung di situ tanpa mempedulikan orang di sekeliling.

"Layla, sabar ya nak. Syhhh... syhhhh..." pujuk Cik Nah. Dia juga tidak dapat menahan air matanya daripada gugur. Dia baru sahaja kehilangan arwah suaminya tahun lepas, dia belum bersedia untuk menghadapi kehilangan satu-satunya adik yang dia ada.

"Mak..." Layla merintih pilu.

"Bangun mak. Jangan tinggalkan Layla sendiri..."

Cik Nah turut berasa sebak mendengar rintihan Layla. Beratnya dugaan yang dipikul oleh Layla.


Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 294K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
46.5K 4.7K 25
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
108K 10.1K 50
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
250K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...