JEJAKA TERISTIMEWA

By afiadz

3.5K 388 32

Izinkan aku menjadi tempat untuk kau berteduh, Layla - Qays More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 14
BAB 15

BAB 13

165 19 7
By afiadz

HARI ini hari terakhir Layla berada di kampus. Jerih perih yang dia dan rakan-rakannya lalui selama 4 tahun menuntut ilmu di situ bakal menjadi kenangan yang akan terabadi dalam ingatan. Sewaktu di tahun satu, dia masih ingat bagaimana dia dan Dee menangis kerana merasakan bahawa mereka tersalah memilih kursus. Berkali-kali mereka berdua ingin berhenti belajar. Perangai cengeng itu dibawa sehingga ke tahun akhir. Tahu-tahu sahaja mereka telah pun berjaya menempuh segala kesusahan itu.

Kertas terakhir subjek applied therapeutics in hematopoiesis, neurology and psychiatry telah dijawab semalam. Maka secara tidak rasminya tamatlah pengajian ijazah sarjana muda bagi mahasiswa fakulti farmasi tahun akhir. Seawal Subuh, ibu bapa Dee telah menjemputnya pulang. Fiz pula awal-awal lagi sudah balik semalam semalam sebaik sahaja peperiksaan tamat. Masing-masing teruja apabila tamat belajar kerana tidak perlu lagi berasa stres mengejar deadline assignment dan sebagainya.

Usai menjawab kertas subjek killer semalam, sempatlah tiga sekawan itu berjumpa buat kali terakhir sambil bermandikan air mata. Macam-macam ucapan serta amanat terakhir keluar dari bibir.

"Jangan lost contact."

"Nanti roger kerja dekat mana."

"Rajin-rajinlah call dan mesej selalu bertanyakan khabar."

"Kahwin nanti jangan lupa jemput."

Dan berjela pesanan lain yang diterima. Sedih? Semestinya. Selepas ini, entah bila mereka semua akan bertemu setelah membawa Haluan masing-masing. Mana tidaknya, seorang tinggal di Barat Daya, seorang di Selatan manakala seorang lagi di Pahang.

Inilah realiti yang perlu dihadapi. Sakitnya sebuah perpisahan. Bertemu kerana pelajaran, berpisah kerana kerjaya.

Layla pulang di malam hari dengan menaiki bas kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Sebenarnya selepas kejadian di mana ada cecair yang keluar dari puting payudaranya, Layla perasan terdapat perubahan pada bentuk asetnya itu. Kulitnya seakan-akan menggerutu di kawasan tersebut. Jadi dia memutuskan untuk pergi sendiri ke unit kesihatan bagi memberitahu keadaannya kepada ahli yang lebih pakar. Doktor di unit kesihatan terkejut mendengar cerita Layla. Dan dia bertanya kepada Layla kenapa Layla lambat berjumpa dengan doktor setelah perasan ada perubahan pada tubuh badannya. Layla memberitahu bahawa dia sibuk kerana dia merupakan pelajar tahun akhir. Sementelahan dia juga takut.

Kemudian, doktor bertugas membuat surat referral kepada doktor pakar di hospital. Ke klinik kesihatan sehinggalah temujanji di hospital, semuanya Layla uruskan sendiri tanpa meminta bantuan daripada sesiapa. Setelah menjalani beberapa ujian seperti mamografi dan biopsy tisu untuk pengesahan, hari ini keputusan bakal dikeluarkan.

Jadi Layla pergi ke hospital seorang diri dengan debaran yang menggila di dada. Bagaimana sekiranya keputusan yang bakal diterima itu bakal meranapkan sekeping hatinya? Kalau betul dia ada kanser, apa yang perlu dia lakukan?

Tapi mujurlah segala kos ujian pengesahan ditanggung oleh pihak universiti. Jadi Layla berasa sedikit lega kerana dia tidak perlu membayar apa-apa.



PETANG itu, suasana amat suram dan mendung. Awan hitam berarak menandakan tak lama lagi hujan akan turun.

Sedang Layla berjalan, hujan turun dengan sangat lebat. Setitik demi setitik air mata Layla gugur. Langkahnya lemah longlai. Saat itu, hati Layla cukup terluka.

Kenyataan yang baru dikeluarkan oleh doktor pakar sakit puan, Doktor Aira benar-benar membuatkan jantung Layla hampir berhenti berdegup.

Dia disahkan menghidapi kanser payudara tahap 2.

Ujian yang datang terasa berat hendak dipikul. Layla tidak tahu ke mana kakinya melangkah. Dia hanya membiarkan dirinya tenggelam dalam emosi. Tuhan, dia penat.

Pada usia semuda itu, Layla disahkan menghidapi penyakit kronik. Arwah neneknya dahulu meninggal dunia kerana kanser payudara tahap 4. Jadi, adakah kesudahannya juga sama? Apakah nasibnya dan arwah nenek akan menjadi serupa?

Pelbagai persoalan mengasak benak fikiran. Layla menangis dan terus menangis. Hatinya dihimpit rasa ngilu yang maha hebat.

Mengapa aku diuji begini, ya Allah? Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Aku tak ada duit. Macam mana aku nak beli ubat dan dapatkan rawatan? Rintih Layla pilu. Dia mengadu sambil tengadah ke langit.

Langit, kenapa engkau menangis? Adakah engkau turut bersedih seperti mana aku rasakan saat ini?

Doktor kata sel kanser telah merebak ke kedua-dua belah payudara Layla. Jadi rawatan pembedahan tidak akan berkesan. Doktor menyarankan agar Layla membuat rawatan kemoterapi untuk mematikan sel kanser. Sewaktu doktor bertanya sama ada Layla ingin memulakan rawatan atau tidak, Layla hanya diam seribu bahasa.

Dia tidak punya jawapan. Kerana dia merasakan bahawa dia seolah-olah berada di alam mimpi. Mimpi ngeri yang akan hilang sebaik sahaja dia membuka mata.

Namun, sangkaan Layla meleset. Dia tidak bermimpi atau berangan-angan. Dia memang sakit.

Tapi perlukah dia berhabis duit bagi mendapatkan rawatan sekiranya dia bakal mati macam arwah neneknya? Ada harapankah untuk dia sembuh?

Layla mengetuk-ngetuk kepalanya yang berdenyut sakit. Hatinya apatah lagi, seakan ditoreh dengan belati yang sangat tajam.

Perhatian Layla jatuh pada sebuah tasik di hadapannya. Seakan-akan ada sesuatu yang memanggilnya untuk ke sana. Dia berjalan dan terus berjalan.

Sehinggalah Layla berhenti betul-betul di hujung tebing.

Air mata mengalir dengan semakin lebat. Guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung membuatkan trauma Layla kembali menyerang.

"Kau dan mak kau patut mati!"

"Hidup tahu menyusahkan aku je."

"Mati! Mati!"

Kata-kata bapak sepuluh tahun lepas terngiang-ngiang dalam kepala Layla. Perbuatan bapak memukul mak dengan batang besi terlayar semula dalam ingatan.

Layla ketawa. Semakin lama semakin kuat.

Mati? Apakah rasanya sebuah kematian? Bagaimana jika dia mati sahaja? Bukankah lebih baik. Tak perlu dia fikirkan segala masalah yang menimpa. Tak usah dia serabut untuk mencari duit bagi mendapatkan rawatan.

Kewarasan akal Layla semakin hilang. Tanpa sedar, dia membiarkan kakinya mara ke hadapan sehinggalah tidak lagi menjejak tanah.

'Gedebush!'

Tasiknya dalam. Kaki Layla tidak sampai ke dasar. Dia tidak tahu berenang.

Layla tersedar ke alam nyata. Tangannya tergapai-gapai ke permukaan air untuk bernafas. Namun, semuanya sudah terlambat. Air memasuki ke rongga peparu dan saluran pernafasan dengan begitu banyak.

Nafas Layla terasa sesak. Dia semakin lemas.

Bau hanyir tasik menyengat deria bau.

Layla membuka mata lalu mengukir satu senyuman bahagia. Mungkin untuk kali yang terakhir.

Tuhan, bukankah kematian itu lebih indah berbanding hidup tapi merana dan terseksa?

Saluran nafas terasa sempit. Lama-kelamaan, mata Layla semakin terpejam. Denyutan nadinya kian lemah.

Dunianya bertukar gelap.

Selamat tinggal.



SEDARI tadi, Qays mengikuti langkah seorang gadis. Gadis itu berjalan dalam kelebatan hujan. Langsung tidak peduli dengan baju yang kebasahan serta kedinginan yang mencucuk sehingga ke tulang sulbi. Gadis itu seakan-akan menanggung beban masalah yang begitu berat.

Gadis itu tidak sedar akan kehadiran kereta milik Qays yang mengekori sejak kelibat itu keluar dari pintu hospital. Qays berkira-kira hendak pulang ke rumahnya, namun dia tertarik hendak mengikuti gadis itu. Teringin benar dia tahu apa sebenarnya yang merobek ketenangan gadis itu.

Dia lihat gadis itu berjalan terus ke sebuah tasik. Pandangannya sangat kosong. Lalu Qays memutuskan untuk memberhentikan keretanya tidak jauh dari tempat gadis itu berdiri. Hati Qays dipagut kerisauan apabila melihat gadis itu berdiri betul-betul di hujung tebing.

Sekejap dia lihat gadis itu menangis melalak, sekejap dia lihat gadis itu ketawa macam orang kurang siuman.

Namun, Qays hanya diam memerhati tanpa melakukan sebarang tindakan. Dia sudah siap sedia sekiranya apa-apa jadi. Dia akan terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan gadis tersebut.

Tepat jangkaannya, tak lama selepas itu bunyi yang kuat menerjah gegendang telinga. Kelibat gadis itu hilang dari pandangan. Qays bergegas keluar dari kereta. Tidak dipedulikan baju yang basuh kuyup dek kerana titisan hujan yang turun.

Dia lihat tangan itu tergawang-gawang ke udara. Tanpa berfikir panjang, Qays terjun ke dalam tasik. Dia berenang ke arah Layla yang sudah tidak sedarkan diri. Qays memarahi dirinya kerana tidak bertindak dengan lebih awal.

Tubuh Layla yang tidak sedarkan diri itu didukung lalu dibawa ke tebing. Qays membaringkan Layla lalu menepuk-nepuk pipi wanita itu perlahan sambil memanggil-manggil nama Layla. Malangnya, tiada respons diterima.

Qays cepat-cepat telefon panggilan kecemasan.

"Layla, please wake up," lirih suara Qays berkata.

Tiada cara lain yang dapat difikirkan, maka Qays memutuskan untuk melakukan CPR ke atas Layla.

Qays mendongakkan kepala Layla untuk membuka ruang pernafasan.

Telinga Qays dirapatkan ke mulut Layla untuk merasa sama ada Layla masih bernafas atau tidak. Tiada nafas. Dada Layla juga tiada pergerakan turun dan naik.

Rescue breath dilakukan.

Bibir Layla dan Qays bersatu.

Ciuman pertama Qays telah dicuri. Dan Layla juga mungkin sama.

Hidung Layla ditutup sepenuhnya lalau Qays menghembuskan nafasnya ke dalam mulut Layla sehingga dada Layla ternaik.

Jari telunjuk dan jari tengah diletakkan pada leher Layla. Tiada denyutan nadi dikesan.

"Please... I don't want to lose you."

Qays menangis.

Compression pada tulang sternum dada dilakukan sebanyak 30 kali. Bibir didekatkan. Rescue breath dibuat sekali lagi.

Dan air keluar dari dari mulut Layla. Layla terbatuk-batuk kecil. Cepat-cepat Qays mengubah posisi Layla kepada mengiring.

Mata Layla perlahan-lahan tercelik. Dia melihat kelibat lelaki yang dikenalinya itu dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Qays nampak sangat takut.

"Layla." Tanpa sedar, Qays menarik Layla ke dalam pelukannya. Dia tenggelam dalam emosi. Tolonglah...

Dia takut untuk kehilangan lagi...

Layla seperti tersedar daripada mati. Dia ingatkan nyawanya sudah dicabut oleh malaikat maut.

Layla mendengar esakan kecil yang keluar dari mulut Qays.

"Kenapa kau buat macam ni? Kalau ada masalah sekalipun, jangan pilih mati. Tolonglah." Suara Qays bergetar memarahi Layla dalam tangisan.

Tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat di langit. Layla menggigil ketakutan. Suara kematian memanggilnya lagi dan lagi.

"Tolong... peluk kuat lagi..." pinta Layla. Dia cuba menepis suara-suara jahat yang yang cuba menghasutnya.

Qays hanya mengikut. Layla turut membalas pelukan Qays.

"Aku ada, Layla. Aku ada..." pujuk Qays. Air mata Layla dikesat oleh Qays.

Mereka tahu perkara itu salah tetapi...

Kedua-dua manusia itu tenggelam dalam lautan emosi yang begitu dalam.

Layla dan Qays menangis. Berkongsi rasa yang sama.

Seorang takut kehilangan, seorang lagi impikan kematian.

Pelukan semakin kejap.

"Please stay."

Dan itulah kali terakhir Layla dan Qays bertemu. Hanya mereka berdua tahu apa yang terjadi. Kenangan itu kekal tersemat dalam ingatan masing-masing.

Continue Reading