JEJAKA TERISTIMEWA

By afiadz

3.5K 388 32

Izinkan aku menjadi tempat untuk kau berteduh, Layla - Qays More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 13
BAB 14
BAB 15

BAB 12

135 18 2
By afiadz

DI dalam makmal, Layla membuka komputer ribanya lalu menyiapkan tesis. Pengenalan, metodologi kajian, keputusan dan diskusi telah pun selesai ditulis. Sekarang hanya tinggal abstrak. Walaupun abstrak ni paling pendek, tapi dia jugalah yang paling susah untuk disiapkan. Segala informasi tentang kajian yang dijalankan perlu disimpulkan dalam 200 patah perkataan.

Kepala yang berdenyut sakit dipicit perlahan. Layla mendecit perlahan.

Perhatian Qays pada skrin komputer ribanya terganggu. Qays menoleh ke arah Layla yang duduk tak jauh daripadanya.

"Kenapa?" soal Qays pendek.

"Abstrak ni. Susah betullah nak buat," adu Layla. Minyak cap kapak dikeluarkan dari beg lantas diurut pada pangkal hidung. Bau semerbak minyak itu memenuhi ruang zarah di dalam makmal tersebut.

Qays berdiri lalu menarik kerusinya mendekati Layla. Kedudukan mereka rapat. Haruman minyak wangi yang dipakai oleh Qays menerjah rongga hidung.

"Bak sini nak tengok," pinta Qays. Layla menolak komputer riba miliknya ke arah Qays.

Pandangan Qays jatuh pada skrin. Cermin mata di pangkal hidung dibetulkan kedudukannya. Anak tekak dibetulkan.

Bebola matanya bergerak ke kiri dan ke kanan membaca satu demi satu baris ayat yang ditulis oleh Layla. Mak aih, budak ni tulis abstrak atau karangan?

"500 patah perkataan, Layla? Panjangnya," gumam Qays. Kepalanya berpaling ke arah Layla.

Layla pula merenung Qays. Kedudukan mereka rapat. Qays meneguk air liur. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Aku dah cuba untuk pendekkan. Tapi tak boleh. Semua info aku rasa penting. Kalau aku buat pendek sangat, nanti orang tak faham kajian aku mengenai apa," ujar Layla sambil memeluk tubuh. Terdapat debaran di dadanya apabila berada dalam kedudukan yang sebegitu rapat dengan Qays.

"Okey, macam ni. Abstrak ni umpama sebuah ringkasan cerita. Kita kena pastikan apabila pensyarah atau orang lain baca sekali lalu, mereka sudah faham dan tahu keseluruhan kajian kita mengenai apa." Memandangkan sudah bertahun lamanya Qays menjadi seorang mahasiswa, jadi dia sudah mahir selok-belok menghasilkan sebuah tesis. Ilmu itulah yang cuba diturunkan kepada Layla.

Wanita itu mengangguk-angguk kecil.

"Cuba tengok apa yang kau tulis ni." Qays dan Layla sama-sama fokus pada abstrak di hadapan mata.

"Terdapat banyak kelebihan madu kelulut dalam produk kosmetik. Antaranya dapat melindungi kulit daripada radikal bebas, dapat memberikan kelembapan yang berpanjangan apabila madu meresap ke dalam kulit, serta madu berpotensi untuk menghalang pertumbuhan sel kanser.

Nampak tak, panjang berjela. Kalau orang baca ni, orang tahu kau cuba nak fokuskan pada manfaat madu. Tapi tak ke terlalu banyak info yang kau ketengahkan?" Qays memandang Layla sambil menjongket sebelah keningnya.

"Okey apa tu. Kalau dia orang baca ayat aku, confirm mereka tertarik untuk beli produk," ujar Layla dengan penuh yakin.

"Ya, betul. Tapi sekarang ni kau nak buat abstrak. Kalau ayat panjang berjela macam ni, kau letaklah dekat bahagian diskusi," bidas Qays.

"Aku betulkan boleh?" Qays meminta izin lantas Layla menganggukkan kepala. Tetikus dicapai lalu digerakkan untuk menhighlight lalu memadamayat yang ditulis oleh Layla.

"Kau tulis macam ni." Lalu jari-jemari Qays mula bergerak pada papan kekunci.

"Antara keistimewaan madu kelulut dalam produk kosmetik adalah berfungsi sebagai antioksidan, antikanser dan pelembap kulit." Sambil menulis, mulut Qays terkumat-kamit membacakan ayat tersebut.

"Nampak tak perbezaan ayat kita? Maksud yang sama, tapi ayat kau panjang berjela. Ayat aku pula ringkas dan padat." Qays menegakkan tubuh. Terasa lenguh urat sarafnya kerana menghadap komputer tiba sedari pagi.

"Nampak." Mata Layla bercahaya. Sekarang barulah dia faham maksud Qays. Sekali lagi dia membaca abstrak yang ditulisnya. Betullah, ayat yang dikarang panjang-panjang belaka. Patutlah cecah 500 patah perkataan.

"Untuk abstrak, kau tak perlu pun buat ayat berbunga-bunga. Lagi pendek lagi bagus. Asalkan mudah difahami dan memberi maksud yang tepat. Faham?"

"Faham, Dr Qays." Nampak kacak bukan nama itu? Layla tersenyum sendiri.

"Belum lagi. Soon to be," sangkal Qays. Berkerut dahinya apabila melihat Layla senyum seorang diri. Dia buat lawak ke?

Dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, pengajian doktor falsafah Qays akan menemui penamat. Setelah itu, dia akan menyandang gelaran seorang Dr hasil penat lelahnya selama bertahun-tahun.

"Thank you. Pergi sambung kerja sana," halau Layla. Dia menjauhkan kerusinya daripada Qays.

Qays mendengus. Eh, halau kita pula?

Tanpa sebarang kata, Qays meneruskan kerjanya yang tergendala.

Dalam diam, Layla curi-curi pandang ke arah Qays. Qays nampak...

Kacak.

Dengan spek mata, dengan rambut yang disikat rapi, berbaju kemeja dan seluar slack, tampak begitu kemas.

Qays terasa dirinya diperhatikan, senyuman senget terlakar di wajah, "Tak elok curi-curi pandang anak teruna orang. Kang tumbuh ketumbit dekat mata."

Dengan sepantas kilat Layla mengalihkan pandangannya. Malu apabila ditangkap oleh Qays, "Perasan betul kau ni. Orang gila je teringin nak tengok muka kau"

"Kau la orang gila tu," selar Qays.

"Isy." Layla menghentak tangan ke atas meja tanda protes. Dia terkena balik.

Qays tahan senyum. Comel betul.

Jarum jam bergerak dengan begitu cepat sekali. Sedar-sedar hari sudahpun menjelang petang. Layla mengemas-ngemas barangnya untuk pulang ke kolej. Qays juga begitu.

"Jom aku hantar kau balik." Beg sandang di tangan Layla diambil lalu disangkut ke bahu.

"Eh apa kau ni?" Terkejut Layla apabila Qays bertindak sedemikian rupa.

"Kenapa? Kita kan nak balik. Aku tolong hantar kau ke kolej. Tak nak?"

Tanpa menanti jawapan daripada Layla, Qays mengatur langkah keluar dari makmal. Terkocoh-kocoh Layla mengejar langkah Qays. Sudahlah kaki lelaki itu panjang, langkahnya juga besar. Jika hendak dibandingkan dengan Layla, jauh berbeza sekali.

Laila cuba merebut kembali beg sandang miliknya. Terjengket-jengket dia cuba mencapai beg tersebut.

Qays ketawa besar. Tak sedar diri tu pendek. Tangan Layla ditepis oleh Qays, "Biarlah aku yang bawa. Beg ni berat. Risau aku muda-muda tulang belakang kau jadi bongkok. Kang dipanggil nenek-nenek si bongkok tiga."

Layla beralah. Penat nak bergaduh dengan Qays.

"Aku nak tanya ni," kata Layla sambil berjalan di sebelah Qays.

"Apa?" balas Qays pendek.

"Kau okey, kan? Ke kau kena sampuk dengan mana-mana hantu dekat makmal tadi? Tiba-tiba baik semacam. Seram sejuk pula aku." Tiba-tiba bulu roma Layla tegak sendiri. Dia yang cakap, dia pula takut.

"Aku okey je lah. Tak payah nak buat pelik. Lepas ni mungkin kita dah tak akan jumpa lagi. Jadi apalah salahnya aku buat baik dengan kau," bidas Qays.

"Ha, sedar pun. Mesti kau serba salah sebabnya banyak kau susahkan aku selama ni, kan?" Sinis Layla berkata.

"Aku dah minta maaf, kan?" Tidak selesa apabila Layla membangkitkan hal-hal yang lepas, sedangkan mereka punya hubungan semakin baik.

Tiba di kereta Qays, seperti biasa Qays akan membukakan pintu kereta untuk Laila sebelum Layla sempat melakukannya. Layla perasan akan sifat budiman Qays itu sejak dari awal mereka bertemu. Sedangkan Layla tak pernah meminta untuk dilayan sebegitu.

"Tak perlulah bukakan pintu kereta untuk aku. Aku tahulah buka sendiri."

"Suka hati akulah nak bukakan ke nak tutupkan ke. Tangan aku. Tenaga aku. Tak kacau hidup kau pun," bidas Qays.

"Eh, mestilah ganggu hidup aku."

"Bla... bla... bla..." Qays buat muka malas nak melayan. Kemudian dia masuk ke tempat duduk pemandu lantas menghidupkan enjin kenderaan dan memacu kereta tersebut meninggalkan bangunan fakulti.

"Lepas habis PhD, kau jadi pensyarah ke?" Entah mengapa ringan saja mulut Layla bertanya.

"Mungkin. Aku ada plan macam tu juga. Tapi tengok lah rezeki macam mana. Kalau tak jadi pensyarah, aku nak buka farmasi sendiri." Qays memberitahu rancangan masa hadapannya.

Kepala Layla terangguk-angguk kecil.

"Kau pula? Habis degree ini nak buat apa?" Qays memandang Layla yang berada di sisi.

Layla terdiam sejenak. Fikirannya menerawang jauh. Ingatannya penuh dengan wajah berharap mak yang beria menyuruh Layla pulang ke kampung untuk menjadi peneman mak. Sedangkan Layla yakin, peluang pekerjaan di bandar jauh lebih cerah berbanding di kampung. Tapi Layla tidak tergamak nak hancurkan harapan mak.

"Balik kampung. Tolong mak jual nasi lemak dan kuih-muih," kata Layla tanpa selindung.

"Tak nak kerja di farmasi?" Kening Qays bertaut.

"Tengoklah. Lagi 6 bulan mungkin aku cuba minta untuk jadi pegawai farmasi di hospital. Tapi aku kena tanya mak dulu. Kalau mak beri izin, aku pergi." Jari-jemari bertaut antara satu sama lain. Layla membuang pandang ke luar tingkap.

"Syukur kau masih ada mak. Selagi hayat masih ada, bahagiakan orang tua kau. Syurga kau."

Jeda.

"Bukan macam aku. Mak bapak aku dah mati. Aku langsung tak dapat peluang untuk bahagiakan dia orang." Semakin perlahan suara Qays menyusun kata. Layla antara dengar dan tidak dengar sahaja.

"Sejak bila?" soal Layla pendek. Teringin dia tahu sejarah hidup Qays. Namun, dia tak punya keberaniaan untuk bertanya lebih-lebih.

"Dari aku umur 2 tahun. Mereka meninggal dalam kebakaran. Hanya aku je yang terselamat." Anak mata Qays terasa berpasir. Meskipun kejadian itu sudah berpuluh-puluh tahun berlalu, wajah ibu bapanya masih terakam kemas dalam kotak memori.

"Kau tinggal dengan siapa sekarang?"

"Paksu," ringkas jawapan Qays.

Sepi antara mereka.

"Bapak kau ada lagi?" soal Qays pula. Dia selalu mendengar Layla menyebut perihal emaknya sahaja. Tak pernah lagi wanita itu menyentuh tentang bapanya.

"Dah mati." Kasar nada suara Layla.

"Bila?"

"Aku tak ingat." Muka Layla berubah tegang. Qays menyedari akan perubahan tingkah laku Layla. Jadi dia memutuskan untuk berdiam diri sahaja.

Suasana yang rancak berubah sunyi seperti di tanah perkuburan. Kereta Qays dipandu sehinggalah tiba ke kolej yang Layla diami.

Selepas memberi salam dan mengucapkan terima kasih, Layla pun turun dari kereta dan berjalan ke lif.

Tanpa sedar, permata jernih bergulir jatuh menodai pipi Layla. Dia mengesat kasar dengan jari-jemarinya. Cakap pasal bapak, hatinya terasa ngilu yang amat.

Qays nampak dari dalam kereta. Rasa serba salah menghimpit dada kerana membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesedihan buat Layla.

Layla, tidakkah engkau tahu bahawa kita berkongsi rasa yang sama? Kau dan aku, kita berdua pernah merasa kehilangan. Sakitnya, hanya Tuhan sahaja tahu. Hendak diluah, tiada manusia yang akan mengerti.

Dalam diam, Qays turut menangis sama. Dia sudah biasa bersendiri. Tangisannya akan reda sendiri. Rajuknya tiada siapa yang akan pujuk.

Kalau mama dan papa masih ada lagi saat ini, adakah dia tidak berasa keseorangan seperti ini?


Continue Reading

You'll Also Like

872K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
822K 84.3K 72
โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
604K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
42.8K 5.1K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...