[C]✓Prince Aizack

By Faijaa

3.8M 173K 12.9K

[Stand alone series] "To--tolong saya" - DANEEN YADAWIYYAH "Shh don't cry, I will help you..." - PRINCE AIZAC... More

PROLOG
AIZACK-DANEEN | 1
AIZACK-DANEEN | 2
AIZACK-DANEEN | 3
AIZACK-DANEEN | 4
AIZACK-DANEEN | 5
AIZACK-DANEEN | 6
AIZACK-DANEEN | 7
AIZACK-DANEEN | 8
AIZACK-DANEEN | 9
AIZACK-DANEEN | 10
AIZACK-DANEEN | 11
AIZACK-DANEEN | 12
AIZACK-DANEEN | 13
AIZACK-DANEEN | 14
AIZACK-DANEEN | 15
AIZACK-DANEEN | 16
AIZACK-DANEEN | 17
AIZACK-DANEEN | 18
AIZACK-DANEEN | 19
AIZACK-DANEEN | 20
AIZACK-DANEEN | 21
AIZACK-DANEEN | 22
AIZACK-DANEEN | 23
AIZACK-DANEEN | 24
AIZACK-DANEEN | 25
AIZACK-DANEEN | 26
AIZACK-DANEEN | 28
AIZACK-DANEEN | 29
AIZACK-DANEEN | 30
AIZACK-DANEEN | 31
AIZACK-DANEEN | 32
AIZACK-DANEEN | 33
AIZACK-DANEEN | 34
AIZACK-DANEEN | 35
AIZACK-DANEEN | 36
AIZACK-DANEEN | 37
AIZACK-DANEEN | 38
AIZACK-DANEEN | 39
AIZACK-DANEEN | 40
AIZACK-DANEEN | 41
AIZACK-DANEEN | 42
AIZACK-DANEEN | 43
AIZACK-DANEEN | 44
AIZACK-DANEEN | 45
AIZACK-DANEEN | 46
AIZACK-DANEEN | 47
AIZACK-DANEEN | 48
AIZACK-DANEEN | 49
AIZACK-DANEEN | 50
AIZACK-DANEEN | 51
AIZACK-DANEEN | 52
AIZACK-DANEEN | 53
AIZACK-DANEEN | 54
AIZACK-DANEEN | 55
EPILOG
🦋
LAST

AIZACK-DANEEN | 27

66.5K 2.9K 252
By Faijaa

Aizack dan Daneen berpimpinan tangan melangkah keluar dari rumah, Langkah dibawa mendekati sebuah kereta mewah yang sudah tersedia menunggu lama disitu.

"Don't naughty-naughty Daneen, Apa-apa hal call aku." Pesan Aizack apabila mereka sudah sampai dihadapan kereta mewah tersebut, Malah jelas si pemandu kereta sedang memerhati mereka dari dalam.

"Aye, Aye captain." Tangan dinaikkan gaya tabik, Lalu Daneen tergelak kecil, Geli hati dengan gelagat diri sendiri. Aizack pula menahan senyum.

See? Daneen tak pernah tak menjentik hati dia. Ada je telatah budak ni.

Tangan diturunkan sebelum tangan kekar milik suaminya dicapai lalu dikucup lembut, Sengihan dia terukir apabila dia kembali mengangkat kepalanya dan memandang wajah tampan suaminya.

Aizack tersenyum.

Kepala wanita itu pula ditariknya mendekat sebelum satu kucupan lembut dilabuhkan didahi licin itu, Rutin harian mereka berdua setiap hari.

"I have to go." Kata Aizack apabila kucupannya dilepaskan, Tangannya sudah mengusap kepala isterinya yang elok dibaluti tudung sarung itu.

Seketika kepala mereka berdua dikalihkan menghadap sipemandu kereta yang sedari tadi menunggu mereka apabila lelaki itu bertindak menghonkan kereta berkali-kali.

"That's enough, It's time to go Tuan Muda Prince Aizack." Kini gerangan itu menjegulkan kepalanya keluar tingkap kereta, Apalah nasib, Pagi-pagi dah nampak drama depan mata.

Ini semua sebab meeting tak guna tu, Tak pasal-pasal awal pagi dia terpacak dekat depan rumah Tuan Mudanya, Senang kerja mereka kalau naik bersama kesana. Tak sangka pula pagi dia dah rosak sebab melihat adegan tak berbayar kedua pasangan itu.

Sakit mata.

Aizack mengecilkan matanya kearah orang kanannya itu, Suka hati je nak arah-arah dia. Manakala Daneen sudah tersenggih tangan naik menggaru hujung keningnya, Lupa dengan Khalif yang berada didalam kereta itu.

"Dah awak cepat pergi, Kesian Khalif tunggu." Tubuh sasa itu Daneen pusingkan sebelum dia berusaha menolak perlahan dari belakang, Aizack hanya pasrah senyuman senget terukir.

Pintu belakang kereta milik Khalif Daneen bukakan sebelum dia menarik pula tubuh tegap itu supaya masuk kedalam, Nasib baik Aizack beri kerja sama, Ikut je lelaki itu.

"Bye awak." Satu senyuman manis dilemparkan kearah Aizack sesaat apabila lelaki itu sudah selamat naik kedalam perut kereta, Sebelum Daneen menutup tanpa sempat lelaki itu membalasnya.

Daneen berginjak kedepan pula sebelum tingkap kereta bahagian hadapan diketuk, Tidak menunggu lama cermin kereta itu Khalif turunkan.

"Jaga suami saya elok-elok tau encik Khalif." Khalif tersenggih mendengar pesanan Puan Mudanya, Dia mengerlingkan matanya kearah Tuan Mudanya yang hanya beriak tenang dibelakang seakan tidak terkesan saja.

"Baiklah Puan Muda, Nanti kalau Tuan Muda nakal-nakal saya terus roger..." Khalif turut mengikuti rentak wanita itu sebelum keduanya tergelak.

"Ehem."

Daneen mengemam bibirnya apabila mendengar dehaman daripada suaminya, Khalif turut terdiam.

"Bye Khalif, Hati-hati drive." Laju Daneen melangkah pergi meninggalkan kedua lelaki itu, Nak selamatkan diri sendiri dulu.

Khalif kembali menaikkan cermin tingkap keretanya sebelum dia memerhati kelibat Tuan Mudanya dicermin kereta hadapannya.

"So Tuan Muda Aizack are you--"

"Diam, Diam, Jalan je jangan bising." Khalif terus mencebik apabila terus dibidas oleh lelaki itu, Kelihatan Tuan Muda nya itu sudah berpeluk tubuh sebelum memejamkan kelopak mata.

Eleh orang tua ni.

Daneen menuruni tangga satu persatu, Salah satu pembantu rumah memberitahu dia bahawa ada tetamu yang datang, Dan sudah menunggu diruang tamu.

Siapa agaknya ye.

Daneen terus mengatur langkah kearah ruang tamu sebelum kening dia berkerut apabila melihat ada seorang gadis yang sedang membelakanginya dan elok saja duduk disofa ruang tamu rumah mereka.

Kening sempat digaru sebelum dia mendekati gerangan tersebut.

"Assalamualaikum." Ramah suara Daneen kedengaran memberi salam terhadap si tetamu itu, Dan terus gadis itu bertindak memalingkan kepala kearahnya. Semakin berkerut Daneen apabila melihat wajah gadis dihadapannya, Macam pernah jumpa tapi dia tidak tahu dimana.

"Walaikumsalam." Apabila perasan dengan kelibatnya gadis itu pantas berdiri dari duduknya.

"Eh takpela Cik duduk je." Ujar Daneen sedikit kekok apabila gadis itu menyusahkan diri lagi berdiri deminya, Dia tidak kenal tapi terasa macam pernahlah pula jumpa.

Tapi siapa ye perempuan ni? Kawan Aizack ke? Keluarga ke? Ke kekasih!

Hoi jauh sangat otak dia pergi melayang ni.

Tiada bantahan gadis itu kembali melabuhkan punggungnya, Dan Daneen tidak menunggu lama turut mengambil tempat dihadapan gadis itu.

"Just Irish, I Irish Arfabella sepupu Aizack." Tidak sempat bertanya lebih lanjut wanita itu terlebih dahulu memperkenalkan diri, Mulut Daneen berbentuk O kecil.

Lah sepupu.

"Ah sepupu? Err maaflah Irish, Tapi Aizack takde sekarang dia kerja." Kata Daneen lagi, Satu senyuman paksa dimaniskan, Kenapa datang waktu tengah hari macam ni? Datanglah malam ke pagi ke, Takpun hari minggu, Sebab Aizack selalu cuti ahad saja. Ha takpun datang tempat kerja Aizack terus.

Jahat.

"I datang sini bukan nak jumpa Aizack, Tapi you." Daneen terdiam, Matanya terkedip sekejap, Cari dia? Aik. Dah kenapa cari dia pula.

"Ah nak jumpa I, Eh Saya." Daneen menggigit bibir bawahnya, Dah kenapa dengan dia nak ikut gadis dihadapannya main I,You dah buang tebiat ke apa kau ni Daneen.

Buat malu saja.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" Soal Daneen lembut kearah gadis dihadapannya, Irish cantik, Mungkin lah mungkin gadis ini lebih tua dari dia, Sebab aura gadis dihadapannya lebih kepada kakak-kakak macam tu, Kotlah, Selalunya orang muka je tua tengok-tengok diri ini lebih tua.

"I nak bagitahu you something, About me and Aizack." Mendatar saja suara Irish kedengaran, Dan dalam diam matanya menjalar diseluruh wajah polos isteri kepada lelaki idamannya.

Jujur dia katakan, Wanita dihadapannya sangatlah cantik, Putih mulus lagi-lagi mata bulat itu. Dan semestinya ada tahi lalat kecil tepi mata bahagian bawah. Menambahkan lagi aura kecantikkan wanita itu.

Kali ini Daneen betul-betul terdiam, Pasal gadis ini dengan Aizack? Kenapa dia tiba-tiba rasa lain?.

"We're both grow together, Habis study pun bersama, Senang cerita I ada bersama dia susah dan senang, I tahu semua masalah dia, Pasal dia, Everything..."

"And of course I have feeling toward him bukan sekejap tapi waktu kami masih kecil lagi."

"He said to everyone yang dia takkan pernah kahwin, I can't do anything waktu dia bercakap macam tu, I sanggup tunggu dia bertahun-tahun, I tolak semua lelaki yang nakkan I sebab-sebab nak tunggu dia tukar pikiran, But semuanya sia-sia apabila you hadir." Tidak menunggu untuk wanita itu membenarkan dia bercerita, Irish terus saja meluahkan kesemuanya dihadapan wanita itu, Dan matanya menatap lembut anak mata milik wanita itu yang jelas sudah terkedu. Panjang lebar dia bercakap pasal masa-masa kecil mereka.

"I yang tunggu dia berpuluh tahun kalah dengan you yang entah baru berapa lama dia jumpa, It's really hurt me apabila dia berkahwin dengan you dan bukannya I." Satu senyuman hambar terbit dibibir Irish, Jelas kini reaksi wajahnya sedang rapuh, Masih sakit dan semakin sakit apabila lelaki yang dicintai sudah menjadi milik orang lain.

Dan orangnya sudah pun berada dihadapannya. Dia tidak kisah dengan apa yang wanita ini rasakan selepas dia meluahkan kesemuanya, Hati dia lagi sakit.

Daneen terkelu mendengar luahan gadis dihadapannya, Jantung dia sudah berdegup laju, Kenapa dia merasakan yang dia sudah merampas kebahagiaan orang lain?

Berpuluh-puluh tahun?

Gadis ini menunggu Aizack berpuluh-puluh tahun tetapi lelaki itu lebih memilih untuk berkahwin dengannya yang langsung tidak pernah pun lelaki itu kenali.

Ya Allah apa ni?

Sumpah dia hilang kata-kata, Terasa diri dia sudah merampas milik orang lain, Tapi dia tidak tahu langsung pun.

Liur ditelan dan pandangan dia semakin mendalam menatap mata gadis dihadapannya, Apa yang perlu dia buat?.

Kenapa sakit eh?

Dia merampas hak orang lain ke?

Kalau betul dia merampas, Apa yang perlu dia buat?

Ya Allah apa ni...

To be continued

Asyik sweet je rasalah pula
pahitnya🤣

Continue Reading

You'll Also Like

56.4K 5.2K 6
A spin-off: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband Fathi Gabrielle | Clarissa Arabella Start: 27/12/2023 End: - All right reserved @nssignature ©NSSIGN...
35.5K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
1.1M 57.8K 130
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
650K 55.2K 30
(On Hold) Cerita manis tanpa cornflakes. Blurb di dalam.