[Stand alone series]
"To--tolong saya" - DANEEN YADAWIYYAH
"Shh don't cry, I will help you..." - PRINCE AIZACK
PRINCE AIZACK - Jejaka yang berkacukan Turkey dan berusia 28 tahun. mempunyai paras yang tampan dan mampu menarik perhatian sesiapa pun. s...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
5 Tahun kemudian
Suasana disebuah halaman rumah mewah dipenuhi dengan orang-orang yang kelihatan khusyuk memasang itu ini. Ada yang menyusun kerusi ada yang memasang kain dikerusi. Ada juga yang kelihatan beberapa orang membuat pelamin dan menghias dengan belon-belon. Kesemua orang disitu kelihatan sangatlah sibuk. Masing-masing ada kerja yang perlu diselasaikan.
Halaman rumah itu sudah dipenuhi dengan bermacam-macam benda. Meja yang disediakan untuk meletakkan segala lauk. Kerusi yang sudah mula tersusun cantik dan mengelilingi meja bulat ditengah.
Nampak gaya memang akan membuat parti besar-besaranlah.
"Wah..." Keluar saja kehalaman rumah mereka matanya dihiasi dengan pelbagai hiasan dihadapannya. Terpegun melihat suasana dihadapannya. Matanya yang hijau persis papanya membesar. Betul-betul terpegun melihat keadaan dihadapannya.
"Dahlan suka?" Terpusing kepala dia apabila disoal oleh suara lembut milik wanita kesayangannya. Tersenyum lebar dia kearah wanita kesayangannya itu. Tidak menunggu lama laju dia mengangguk tanda suka.
"Dahlan suka mummy. Cantiknya..." Jawabnya dengan teruja. Kepala kembali dipaling kehadapan kini tumpuan dia sudah memandang penuh minat kesatu arah.
"SPIDERMAN!"
Pekerja menoleh kearah seorang budak yang sudah menjerit teruja itu. Masing-masing hanya tersenyum.
"Yes spiderman sayang." Daneen perlahan menjatuhkan tubuhnya menyemai ketinggian anaknya. Senyuman lebar terhias. Tangannya naik mengusap perlahan kepala anak lelakinya.
Prince Dahlan.
Satu-satunya anak yang mereka ada.
"Suka?"
"Suka sangat!" Siap terlompat kecil menjawab. Tangan kecilnya naik bertepuk. Daneen semakin tersenyum. Lega melihat keterujaan anaknya. Bahagia apabila melihat anaknya yang kelihatan betul-betul suka dengan apa yang mereka cuba persiapkan.
Esok adalah hari lahir anaknya ini yang kelima tahun. Dahlan peminat kepada spiderman makanya tema majlis birthday party untuk esok adalah spiderman.
Dipeluk mummy nya tetapi mata masih tidak mengalihkan daripada terus memandang spidermannya.
"Jom tengok."
Daneen bertindak mengangkat anaknya kesian pula dia. Tengok tak lepas dah budak ni. Daneen mula berjalan ditengah itu sambil mengangkat anaknya. Matanya melihat sekeliling mereka. Tidak dinafikan tapi hasil pekerjaan mereka kelihatan rapi. Dan dia puas hati melihat itu. Belum siap sepenuhnya tapi dah boleh agak nanti macam mana hasil dia.