His Precious Wife

By starlenenyx

1.1M 51.6K 1.7K

ִֶ ✧ HIS SERIES BOOK ONE ˖ ࣪ ᥫ᭡ Dingin dan sombong sifatnya. Berjumpa saat gadis polos itu tida... More

✧ His Series ✧
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
lene's
Special Chapter I
Special Chapter II ( last )

15

24.8K 1.1K 13
By starlenenyx

"Abang! Bagilah tahu. Abang cakap apa tadi?" Soal Haura sedikit menjerit kerana kebisingan di Pasar Malam ni.

Kaki tidak lupa untuk berjalan mengekori di manapun Farel pergi.

"Mana ada cakap apa." Farel sendiri pun  masih tidak bosan mengusik isterinya.

Lagi suka adalah

"Abang ni, ke abang memang tak sayang Haura?" Soalnya lagi. Kini nada suaranya kedengaran sedih.

Biarlah Farel nak cakap dia cengeng sekali pun.

Tak kisah

"Kalau tak sayang, tak adanya bawa precious pergi beli itu ini harini."

Bibir Haura naik sembunyi senyum. Kan kita dah kata, cik suami sayang kitalah!

Hshshsh

"Ye ke? Kalau macam tu bagilah tahu abang cakap apa tadi." Haura mencuba sekali lagi. Dah kali keberapa dah dia suruh Farel mengulangnya.

Harap-haraplah kalini dia bagitahu

"Hmm nak dengar sekarang ke?" Soal Farel dulu. Nak main tarik tali lagi.

Dia kan suka kacau Haura.

"Nak! Bagilah tahuu." Pujuknya. Perasaan ingin tahunya membuak-buak keluar.

"Nanti lah."

"Abang!" Haura menghentakkan kakinya seperti kanak-kanak yang tak dapat apa yang diinginkan.

Masyarakat yang turut ada di situ dia abaikan. Tak kisah langsung dengan mata-mata yang memandang.

"Malam nanti. Sekarang Abang nak precious pilihkan abang makanan."

Farel memaut tangannya dan tangan Haura kemas. Tangan kanan Haura yang tersarung cincin perkhawinan mereka Farel cium sekilas.

Bau tangan isterinya menenangkannya. Wangi.

Wangian Vanilla

"Sayang nak beli apa?"

"Nak beli kasih sayang abang."

Ingat Farel je ke yang pandai sweet-sweet?

Dia pun tahulah!

"Kemain eh. Kasih sayang abang mahal. Sanggup ke Haura usaha dapatkan kasih sayang abang?"

Farel menguji. Mahu lihat sejauh mana usaha isterinya.

"Sanggup! Saya akan kuis sikit-sikit."

"Alahai main kuis-kuis pula. Kalau precious kuis sikit-sikit, nanti kalau ada orang ambik abang macam mana?"

Sambung berjalan. Mata melilar mencari gerai makanan yang menarik.

"Oh, ada niat nak pasang dua ya. Kalau ada yang ambil abang dari Haura, tunggulah Haura celup scandal abang dalam sup daging!"

Ugutnya. Ingat dia takut? Tak kisahlah sepupu sekalipun, memang kena kalau ada niat nak rebut laki orang!

"Jangan cuba-cuba nak ada orang lain ya. Abang tak sempat nak kahwin dengan dia kat Thailand lagi, Haura dah rebus future wife abang dalam sup."

Lengan Farel dicubitnya kuat. Malas dah dia nak layan Farel. Sakit hati. Terus langkah kaki makin laju meninggalkan Farel di belakang.

Malas mahu layan. Nanti-nantilah kuis kasih sayang Farel!

"Assalamualaikum." Haura masuk ke dalam rumah kayu itu.

Senyum diukir untuk Puan Halimah dan  Encik Rosli yang sedang menonton televisyen.

Tengok drama tv3 mungkin.

"Waalaikumussalam."

"Haura masuk dalam dulu eh." Terus dia memboloskan diri masuk ke dalam bilik tidur tanpa menunggu Farel.

Biar je dia!

Mereka menghantar pemergian Haura dengan ekor mata. Kembali menumpu perhatian pada televisyen.

"Assalamualaikum! Haura mana?" Soal Farel dengan nafas yang termegah-megah.

"Haura ada dekat dalam. Kenapa kamu sampai berpeluh macam tu?" Encik Rosli bersuara. Pelik dia dengan Farel.

"Okay." Terus dia meluru masuk ke dalam bilik.

Penat dia mencari Haura tadi. Sewaktu dia berjalan dengan Haura tadi, tiba-tiba Haura hilang.

Lepas membebel terus hilang.

Continue Reading

You'll Also Like

488K 38.2K 36
# 2nd Hello Mister! Series •He's one kind of a man who can bring hell and heaven to you. | High Master × Enchantress | QARYA. Hidupnya penuh dugaan d...
2.5M 160K 71
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
375K 2.3K 7
Enjoy the storyy Edyran eskandar : bengis dan dingin ?. Riana kaysara : Cantik dan manja ?. Kaysara diluluskan berkerja di satu syarikat besar, ter...
44.3K 4.3K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...