JEJAKA TERISTIMEWA

By afiadz

3.5K 388 32

Izinkan aku menjadi tempat untuk kau berteduh, Layla - Qays More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15

BAB 6

151 23 1
By afiadz

HARI ini Layla pergi ke ladang ternakan untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh minggu lepas. Dia tak mahu tumpang Qays lagi. Dia paksa Dee menghantarnya ke tempat tersebut dengan menggunakan motor Fiz. Mujurlah Dee mempunyai lesen motosikal.

"Terima kasih tau Dee sebab tolong hantarkan aku kat sini. Kalau tak ada kau, mungkin aku kena jalan kaki. Esok pun belum tentu aku sampai." Helmet ditanggalkan dari kepala. Tudung yang terkelepet Layla betulkan. Siapa suruh pakai tudung bawal, kan dah rosak awning. Lepas ni dia kena pakai selendang setiap kali datang ke sini.

"Tak ada hal lah. Kau bukan orang lain pun, sahabat baik aku dunia akhirat. Kebetulan aku memang tak ada kelas hari ini, jadi bolehlah tolong hantarkan kau." balas Dee. Dia membetulkan rambutnya yang kusut masai akibat tiupan angin yang kuat ketika memandu kenderaan pacuan dua roda itu.

"Kejap aku nak lap hingus." Laila pura-pura menggosok hidungnya menggunakan hujung baju. Tapi dia memang terharu pun dengan Dee.

"Eleh, mengada betul yang kau ni." Dee memutarkan bebola matanya ke atas.

"Aku rasa serba salah dengan kau sebenarnya." Belum sempat Layla menghabiskan ayat, bahunya ditampar kuat. Dee mengesat peluh di dahi, kemudian dilap pada hujung hidung Laila.

Automatik Layla menepis tangan Dee, "Ee, busuk la. Bau kepam. Tak senonoh betul." Muka Layla cemberut.

"Tu balasan untuk kau. Sekali lagi aku dengar kau cakap macam tu, aku humban kau dalam kolam ikan belakang fakulti tu," ugut Dee.

"Oh, dah tak sayang aku dah sekarang." Layla cekak pinggang.

"Mestilah sayang. Gila ke tak sayang? Kau kawan paling busuk aku pernah ada. Tak bau sehari, tak lena aku tidur." Dalam memuji, sempat Dee mengutuk rakannya itu.

Layla pasrah. Susah dapat kawan yang tak pernah nak serius ni.

"Dahlah aku masuk dulu. Nanti lambat Prof bising pula." Helmet dihulurkan kepada Dee.

"Yalah, nanti kalau kau nak balik, call je aku. Sepantas kilat aku sampai. Kalau aku tak sampai, maksudnya aku dah Inilillah." Dee tayang sengih umpama kerang busuk. Helmet yang dipakai oleh Layla diletakkan di atas bakul.

"Isy, mulut kau ni. Cakap tu baik-baik, jangan doa bukan-bukan. Kalau jadi apa-apa kang menyesal." Layla memberikan peringatan kepada Dee. Mata dijegilkan.

"Baiklah ustazah Layla. Dahlah aku gerak dulu. Nak pergi cari lunch. Aku lapar ni." Dee buat memek muka macam orang kebulur tak makan sebulan sambil memegang perut yang berkeroncong sedari tadi. Layla rasa nak lempang muka itu.

"Buruk roman. Elok-elok balik tu. Assalamualaikum."

"Baik. Waalaikumussalam." Setelah menjawab salam, Dee memecut motosikalnya pergi. Laila pula mengatur langkah ke ladang ternakan. Teringat kejadian di mana dia dikejar oleh sekawan lebah. Rasa fobia pun ada juga. Tapi mahu atau tidak, dia tetap perlu kembali ke sini semula demi menyelesaikan projek tahun akhir. Sepanjang seminggu ini jugalah Layla tidak bertemu empat mata dengan Qays.

Dia sebolehnya mahu melarikan diri daripada lelaki itu. Sewaktu datang ke makmal, dia akan memastikan bahawa Qays tidak berada di situ pada waktu yang sama.

Mail yang ternampak kelibat Layla pantas menegur, "Assalamualaikum cik Layla. Baru sampai ke?" Senyuman tak lekang dari wajah lelaki yang berumur sekitar 30-an itu.

"Waalaikumsalam Encik Mail, saya baru je sampai ini. Prof dah tiba ke?" Layla berjalan mendekati Mail yang sedang memegang bekas yang berisi madu lebah.

"Belum lagi. Prof kata hari ini dia lambat sikit sebab ada miting mengejut." Mail menyampaikan pesanan yang dititipkan oleh majikannya pagi tadi.

"Tak usah la panggil Encik Mail. Panggil awak-saya pun dah cukup. Gelar Mail pun boleh. Lagipun saya ni tak adalah tua mana." Meskipun usia Mail boleh dikatakan sesuai untuk jadi bapa orang, tapi jiwanya masih muda.

"Ha yelah. Saya panggil Mail je la macam tu," putus Layla.

"Tak ada pula Prof bagitahu saya yang dia ada miting. Tapi tak apalah saya tunggu. Sambil-sambil tu boleh tak Mail bawa saya berjalan-jalan di sekitar ladang? Itupun kalau Mail free lah." Layla menayangkan barisan giginya yang putih. Berharap agar Mail sudi bawa dia meneroka ladang ini.

"Eh, mestilah boleh. Apa pula tak boleh. Dengan berbesar hatinya saya sanggup berpanas untuk bawa Layla berjalan. Tapi bahang sikit sebab matahari dah terpacak atas kepala. Layla okey ke?" Mail memang suka berkongsi maklumat dengan orang luar tentang lebah madu dan kelulut. Bidang itu sangat diminatinya. Mana taknya, sudah berbelas tahun dia bekerja di situ, sejak menamatkan pengajian SPM.

"Jom ikut saya," ajak Mail. Topi di atas kepala dibetulkan sedikit kedudukannya. Menghalang matahari daripada terus membakar roman kulitnya.

Layla membuntuti Mail walau ke mana sahaja lelaki itu pergi.

"Boleh Mail ceritakan serba sedikit tentang tempat ini?" tanya Layla dengan penuh minat. Buku nota di tangan dibuka. Pen juga dikeluarkan bagi mencatat segala maklumat penting yang bakal diterima. Informasi inilah yang bakal digunakan semasa membuat kertas kajian.

"Okey, kalau awak nak tahu, pada awalnya ladang madu ni diusahakan oleh Prof Mansur dan sahabat baiknya. Mereka mengembangkan bisnes ini bersama-sama. Tapi kawan baiknya meninggal dunia dalam kebakaran. Saya tahu kisah ni pun daripada pekerja lama. Kalau nak tahu lebih, kena tanya Prof sendiri."

Layla menganggukkan kepala. Dia tidak menyoal lanjut.

"Ladang ni terbahagi kepada dua bahagian. Satu, ladang ternakan lebah madu. Seperti yang awak lihat di sebelah sana." Mata Layla mengikut jari telunjuk Mail yang terarah ke tempat yang dimaksudkan. Di situlah tempat di mana Layla diserang hendap minggu lepas.

"Satu lagi ladang kelulut. Tapi kalau nak ke sini, kita kena naik hilux. Sebab tempatnya jauh ke dalam hutan." Mulut Layla terlopong. Luas rupanya tanah yang dikerjakan oleh Prof Mansur ini.

"Lebah madu ni tak banyak pun. Ada lebih kurang sepuluh sarang je. Tapi kalau kelulut ada banyak. Sekrang ada 100 sarang."

Wow! Banyaknya. Mata Layla membulat. Mulutnya juga terlopong.

Mail tergelak melihat reaksi wanita muda itu.

"Kenapa bela kelulut lebih banyak daripada lebah madu?" soal Layla ingin tahu.

"Antara lebah madu dan kelulut, kelulut mempunyai saiz yang lebih kecil, membolehkan haiwan ini menyedut nektar dari bunga atau batang pokok sehingga ke dasar. Jadi akan terhasillah madu kelulut yang bermutu tinggi berbanding madu lebah yang lain. Lagipun madu kelulut mempunyai lebih banyak khasiat dan keistimewaan. Antaranya dapat mencegah kanser dan penyakit jantung, melegakan batuk, dan banyak lagi." Setiap perkataan yang keluar dari mulut Mail Layla catat satu-persatu. Dia mendengar dengan penuh minat.

"Prof." Cerita Mail terhenti apabila kelibat Prof Mansur muncul bersama-sama Qays. Layla langsung tak pandang mamat tu. Dia hanya menyapa pensyarahnya sahaja.

"Ha, Mail. Dah sediakan hilux nak bawa budak-budak ni masuk ke hutan?" tanya Prof Mansur setelah Mail berdiri di hadapannya.

"Dah, Prof."

"Kalau macam tu, kita pergi sekarang la," putus Prof Mansur. Yang lain hanya bersetuju. Mail mengambil kenderaan yang akan digunakan untuk pemanduan lasak dari bangsal, lalu menyuruh mereka bertiga menaiki hilux.

Mail jadi pemandu, manakala Prof Mansur duduk bersebelahan dengannya. Qays dan Layla duduk di bahagian penumpang belakang. Awal-awal lagi Layla sudah meletakkan beg sandang miliknya antara dia dan Qays, sekali gus mencipta jurang buat mereka. Sejak tadi mereka berdua langsung tidak bertegur sapa. Layla malas nak tegur Qays, Qays juga buat tak peduli.

"Layla, saya nak kamu ambil tahu tentang semua proses penghasilan dan pengesktrakan madu kelulut dari awal sampai ke akhir. Nanti kamu masukkan dalam metodologi kajian. Bila dah selesai part itu, nanti saya nak kamu cari kaedah yang digunakan untuk menghasilkan barang kosmetik. Kamu dah tentukan produk kosmetik apa yang kamu nak buat?" Prof Mansur memandang Layla melalui cermin pandang belakang.

"Mungkin lipstik. Tak pun skincare." Bahan yang akan dimasukkan ke dalam produk-produk ini adalah madu. Secara tak langsung, pengguna produk akan mendapat khasiat daripada bahan tersebut.

"Good idea. Nanti bentangkan pada saya minggu hadapan."

"Baik, Prof," sahut Layla.

"Kamu Qays, tolong Layla. Saya tahu kamu dah mahir tentang semua ini. Kalau ada apa-apa yang Layla tak tahu, beri dia tunjuk ajar," pesan Prof Mansur kepada murid PhDnya itu.

"Okey, Prof. Kalau dia perlukan pertolongan, cepat-cepat saya bantu. Sekelip mata saya dah muncul depan dia." Qays menoleh sekilas Layla di sebelahnya. Sombong, langsung tak pandang aku. Mungkin Layla masih marah dengan kejadian yang berlaku minggu lepas.

"Amboi, Qays. Pandai mengayat anak dara orang. Aku kena belajar dari kau ni." Mail menyampuk perbualan mereka.

"Tak adalah Mail. Aku biasa-biasa je," dalih Qays.

Layla membuang pandang ke luar tingkap. Dia buat muka menyampah. Cepat-cepat tolong konon. Bila tengok aku menjerit melolong depan dia minggu lepas, dia bantai ketawa sakan. Tak gentleman langsung! Layla mengutuk Qays dalam hati.

"Aku dah lama perhati budak berdua ni, Mail. Tak lama sangkut la tu," usik Prof Mansur.

"Kalau dengan mamat hati kering ni, tak mahu la saya Prof. Kalau tinggal sorang je lelaki dalam dunia ni dan orang itu ialah dia, saya lebih rela mati," bangkang Layla. Pedas sungguh kata-kata yang keluar dari bibir mungil itu.

"Eleh, ingat orang nak sangat dekat dia." Qays panas. Dia pun tak ingin la jadikan Layla sebagai teman wanita apatah lagi isteri.

"Jangan benci sangat, lama-lama boleh jadi cinta." Mail sengaja menghangatkan suasana.

"Betul tu, Mail. Dulu saya dengan isteri belajar dalam satu kelas yang sama. Hari-hari kami bertekak. Alih-alih hati berpaut. Sekarang dah ada anak 3 orang." Prof Mansur membuka kisah cinta antara dia dan isteri tercinta. Siapa sangka, insan yang tak pernah terlintas untuk menjadi isteri itulah akhirnya menjadi peneman hidup sehingga tua.

"Kita tengoklah nanti macam mana, Prof," ujar Mail penuh makna.

Mail dan Prof berpandangan sesama sendiri. Hanya mereka berdua sahaja faham apa yang tersirat.

Layla buat-buat tak dengar perbualan lelaki-lelaki itu. Dia dan Qays bercinta? Minta simpang. Lebih rela kena sengat lebah hari-hari berbanding menghadap muka Qays.

Hilux diberhentikan oleh Mail di satu kawasan lapang. Kemudian, mereka berempat berjalan ke sarang kelulut yang berjarak lebih kurang dua meter antara satu sama lain.

Prof dan Mail sudah jauh melangkah ke hadapan. Layla pula tegak berdiri, langsung tidak bergerak walau seinci. Kepala dipusing ke kiri dan ke kanan mencari sesuatu.

"Cari apa? Nak pakai protection ke?" Qays pandang wajah Layla yang merah menahan panas.

Tanpa menunggu jawapan daripada Layla, Qays dapat agak apa yang ingin Layla katakana lalu berkata, "Tak payah pakai la. Kelulut ni tak sengat orang dan tak membahayakan pun. Yang hari tu kau kena sengat tu, lain. Lebah madu namanya."

Layla memeluk tubuh tanpa memandang Qays. Dia tak nak percaya. Nanti kena sengat lagi. Tak sanggup.

"Qays, Layla. Marilah ke sini. Buat apa dekat situ?" laung Prof dari jauh. Bergema suaranya dalam hutan itu.

"Jom la. Prof panggil tu." Qays pandang Layla yang langsung tidak mempedulikan kata-katanya. Layla langsung tak berganjak dari situ.

"Cepat." Geram dengan kedegilan Layla, Qays menarik hujung lengan baju Layla.

"Isy, apa ni paksa-paksa orang. Tak sukalah," bentak Layla. Namun, dia tetap mengekori langkah Qays pada akhirnya.

Mereka berdua berhenti betul-betul di hadapan pensyarah dan pekerja itu.

Qays pandang Layla. Kasihan pula tengok wanita itu menahan panas. Dicabut topi dari kepalanya lalu dipakaikan ke atas kepala Layla.

Layla mendongak sambil mencari anak mata Qays. Manakala, Qays pula ukir senyuman manis. Qays sebenarnya hendak minta maaf atas kejadian yang menimpa Layla pada minggu lepas, namun tak terluah di mulut.

Pandangan hangat dihantar. Terkedu Layla hendak berkata-kata.

Qays membuat isyarat mata mengatakan bahawa jangan melawan, pensyarah mereka tengah pandang.

"Ehem." Dehaman Mail menghentikan aksi renung-merenung antara seteru itu.

Prof menyeringai. Macam la dia tak pernah bercinta zaman muda-mudi dahulu. Terkilat saja ikan di air, sudah tahu jantan betina.

"Okey, dekat ladang ni kita ternak dua jenis kelulut. Cuba kamu sebut, Qays." Semua mata jatuh kepada Qays. Prof Mansur mula masuk mood mengajar.

"Geniotrigona thoracica dan heterotrigona itama. Mereka dapat dibezakan dengan melihat muncung dan juga sarang yang dihasilkan. Sarang propolis untuk geniotrigona thoracica keras, manakala sarang propolis heterotrigona itama lebih lembut," terang Qays sambil menunjukkan ke arah sarang-sarang kelulut yang dimaksudkan.

Layla melihat dengan matanya sendiri. Betullah apa yang dikatakan oleh Qays. Layla sendiri pegang dan rasa tekstur sarang propolis itu. Perasaan kagum

"Propolis terhasil daripada getah tubuhan yang diperoleh daripada badan kelulut. Ia telah pun bercampur dengan enzim serta zat dalam badan haiwan itu. Propolis sifatnya melekit untuk berfungsi sebagai sokongan dan juga berguna untuk mengekalkan kelembapan serta melindungi koloni kelulut daripada perubahan cuaca ekstrem. Selain itu, fungsi propolis juga penting dalam melindugi koloni kelulut daripada ancaman musuh." Meskipun Layla masih marah dengan Qays, namun dia tetap kagum melihat kepetahan lelaki itu berkata-kata.

"Saya bagi kamu sepuluh markah." Prof Mansur menepuk tangan. Tak sia-sia ilmu yang diturunkan kepada Qays. Berguna akhirnya.

"Mail, nanti kamu terangkan kaedah bagaimana madu dihasilkan," arah pensyarah itu.

Mail angguk kepala.

"Macam kelulut dekat sini, spesial sikit. Duduknya dalam hutan. Kelulut ni akan ambil nektar dari pokok akasia. Sebab itulah madu yang terhasil berkualiti tinggi. Selepas menghisap nektar, kelulut akan kembali ke sarang lalu memuntahkan segala nektar dalam badan mereka." Dan Mail menerangkan dengan panjang lebar mengenai proses yang terlibat dalam penghasilan madu. Sedikit pun Layla tidak mengantuk, malahan dia suka mendengar informasi yang baharu diterima itu.

Menjelang petang, Layla dan Qays dibenarkan untuk pulang. Prof Mansur menghadiahkan mereka berdua botol madu kelulut. Disuruhnya mengambil satu sudu madu setiap pagi demi mengekalkan kesihatan badan.

Apabila Dee tiba dengan motosikal yang dipinjam daripada Fiz, Prof turut menghadiahkan Dee makanan tersebut. Kemain seronok Dee. Orang kata, rezeki jangan ditolak. Sebotol madu ini harganya lebih kurang RM50. Siapa nak bagi.

Maka, malam itu Layla berhempas pulas menyiapkan tesisnya. Semakin banyak maklumat yang diterima, makin banyak jugalah yang dia perlu tulis. Mujurlah Prof banyak memberi tunjuk ajar dan tidak lokek ilmu.

Selesai kerja, Layla menutup komputer riba yang hampir sepuluh tahun usianya. Inipun beli secondhand daripada jiran sebelah rumah. Hendak kata canggih, jauh sekali. Cukuplah untuk dia gunakan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan pensyarah.

Layla menguap. Jam dinding dikerling. Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Dia membaringkan tubuh ke katil. Tak sampai beberapa saat, Layla berdengkur halus.

Dee terjaga dari lena apabila terdengar bunyi dari katil sebelah. Dia bangun lalu menyelimutkan tubuh Layla yang nampak sangat keletihan.

Komputer riba Layla dimasukkan ke dalam beg laptop. Lampu meja Layla ditutup oleh Dee. Itulah rutin kebiasaan Layla. Tapi mungkin malam itu Layla terlupa sebab mengantuk.

Kemdudian, Dee menyambung kembali tidurnya.

Continue Reading

You'll Also Like

75.5K 1.4K 7
Pertengkaran sepasang suami isteri akhirnya membawa kepada penyelesaian yg tidak dijangkakan
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
894K 36.3K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
673K 24.6K 61
❗️Tiada perubahan Adam Zayn Maccalen x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. ❗️Typo alert. (Tengah...