Arraz' Irham [COMPLETE]

Oleh rraiqah

868 123 5

' protective man of love ' Writter : Rraiqah Apa itu erti sahabat jika cinta yang kurasa? Aku bahkan tidak ta... Lebih Banyak

𝐓𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒💌
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
bab 11
Bab 12
Bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
Bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
EPILOG

Bab 8

34 5 0
Oleh rraiqah

      Sejak tamat menduduki peperiksaan SPM, kami sering menghabiskan waktu bersama. Tidak ada lagi halangan waktu dan untuk sekarang kami sedang menunggu masa untuk mendapat keputusan sambung kuliah. Semalam Arqel memberitahuku untuk keluar makan bersama di I.S CAFE  makan malam di sana dan aku menyetujuinya.

Aku mempercepatkan langkah kerana tidak mahu membiarkan Arqel lama menunggu. Ketika hampir sampai aku melihat Arqel yang sedang duduk menungguku.

     "Lamanya kau nak ke sini ya, macam lah jauh sangat" Tanya Arqel sebaik sahaja aku duduk kerusi di hadapannya.

"Hehe.. sorry jalan jem dekat traffic light tadi tu yang lambat sampai" Alasan jujurku.

Aku melihat meja yang sudah dipenuhi dengan makanan seafood di atas meja, telan air liur apabila dapat mencium aroma dari makanan tersebut. Tanpa berkata panjang tanganku cepat mengapai nasi dan lauk-pauk yang sudah di hidangkan.

     Selepas keluar dari cafe tersebut kami terus menuju ke ICT mall yang tidak terlalu jauh dari cafe singgahan kami tadi, jadi lebih baik berjalan kaki daripada menaiki kenderaan kerana jalan raya juga kelihatan sesak pada malam itu.

Kami berjalan santai sambil berborak kosong tentang sesuatu yang pernah kami lalui semasa zaman kanak-kanak dahulu.

"Dulu masa Arqel darjah 2 pernah terkuncil dalam rumah hantu, lepastu mama marah, nasib mama Arqel ada bawa seluar lebih"

"Harap je badan sado, rupanya penakut juga"

"Halah itu Arqel yang lama, look now better than before,HAHAHA"

Mereka berdua tergelak halus dan akhirnya berjalan beriringan menuju ke tempat yang dituju.

     Malam itu, Lia merasakan yang dia dan Arqel sedang diperhatikan. Serta-merta dia merasa kurang selesa. Dia merasa dalam keramaian itu ada sesuatu yang sedang mengikuti mereka. Aku melihat di sekeliling mencari apa sebenarnya yang membuatku rasa janggal, dan mataku membulat apabila melihat sosok pria yang mengenakan jaket berwarna hitam dan penutup muka yang sedang memandang ke arah kami yang berada dalam kedai buku popular itu.

"Uit! Nak beli buku tak?Asyik termenung je" Tegur Arqel yang melihatku memandang ke arah luar kedai.

"Nak lah, nak pilihlah ni" Kembali sedar apabila di tegur, Aku lihat lagi ke arah luar lelaki yang berjaket tadi namun kelibatnya sudah tidak kelihatan. Aku rasa hairan kenapa lelaki berjaket itu memandang kami dengan pandangan yang menakutkan. Apa mungkin itu hanya firasatku?.

     Lia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg galas dan membuka screen telefon untuk melihat jam, 8.45. Sebelum balik Lia dan Arqel terlebih dahulu singgah ke surau untuk menunaikan solat isya.

Kami berjalan menuju gerbang utama mall itu sambil melihat ke arah gerai-gerai yang masih buka.

"Lia nak balik ke? Awal lagi ni, apa kata kita tengok wayang dulu? "

"Tak naklah, Lia rasa macam penat sikit harini jadi nak balik, rehat tidur " Alasanku. Padahal aku nak je tengok wayang ditambah lagi film yang sedang hangat di pawagam sekarang dimainkan untuk beberapa minit sahaja lagi, namun aku berfikir selamat dahulu daripada berseronok, aku masih berfikir dengan sosok pria yang berjaket tadi, aku takut ada yang berniat jahat pada kami.

Selesai aku mengisi perut dan mencari buku, sudah masanya untuk aku pulang dengan membawa perut yang sudah berisi ini bersama satu coklat dan buku novel di tangan yang diberi Arqel untuk dibawa pulang.

                                  🌹

     Sesampai sahaja dirumah Lia terus membersihkan diri. Rutin malam sudah dilaksanakan. Dia melabuhkan badan di atas katil dan membuka screen telefon. Lia memeriksa telefon bimbitnya. Tiba-tiba matanya tertacap pada satu pesan mesej yang masuk. Lia menekan screen mesej tersebut dan melihat sebuah pesan mesej daripada Arqel.

"Assalamualaikum, Lia" #Arqel

"Waalaikumusalam Arqel, ada apa mesej malam-malam ni? " #Lia

"Esok jangan lupa datang rumah sambut birthday Arqel, mama jemput Lia untuk sambut sekali" #Arqel

"Special day for us tomorrow, so pakai cantik-cantik esok" #Arqel

"Okey, InshaAllah Lia datang"  #Lia

"Alright..I hope you come to my special day for us, goodnight " #Arqel

For us? Apa yang di maksudkannya? Dia memandang jam dinding yang menunjukkan pukul 12 malam lalu mata mula sayup melihat dan akhirnya mataku lenyap tidur di atas katil.

                                  🌹 

     Gadis itu mengenakan gaun hitam bermanik putih di sekitarnya. Gaun yang cantik sangat sesuai untuk tubuhnya. Seperti yang dijanjikan semalam, aku akan pergi bertemu dengan Arqel, dan aku pasti di sana pasti ramai yang menghadiri majlis untuk menyambut hari lahir Arqel.

Anak mata gadis itu ditenung dalam-dalam. Arqel melihatku dari bawah hingga atas.

     "You're beautiful angel tonight "
Pandangan dialihkan pula pada bibirku.

     "Jomlah kita sambut birthday, mesti ramai kan yang datang, Lia tak sabar nak sambut" Kataku bagi mengalihkan pandangannya.

     Aku menaiki tangga rumahnya, kata Arqel ruang majlis malam ini berada di balcony tingkat 2 rumahnya. Aku melihat sekeliling ruang yang besar sederhana balcony itu, aku mulai berfikir kebinggungan, di manakah semua orang? Yang ku lihat hanyalah meja bulat kecil dan satu lilin di tengahnya.

"Sit here beautiful "Pelawanya.

Aku menduduki bangku berhadapan dengan Arqel, makanan dan minuman sudah tersedia di atas meja.

"Mana yang lain?" Soalku.

"only us here" Jawabnya.

"But why? "

"Don't ask to much, just celebrate, nikmati hidangan yang saya masak ni and teman Arqel healing dengan Lia malam ni, okey? " Aku hanya mengangguk perlahan dengan katanya yang mencengkam suasana malam itu.

Selepas makan kami menikmati seluruh pemandangan langit malam yang dihiasi bintang di balcony itu. Kami saling melihat ke arah langit.

"Patutlah dia sayang sangat Lia" Dibalik suasana yang sepi aku mendengar dia berkata dengan suara yang sayup-sayup kendengaran di telingga ku. Aku tidak pasti apa yang ia bicarakan tadi tapi aku menangkap itulah kata yang keluar dari mulutnya.

"Arqel cakap apa tadi? "Aku memandangnya.

"Takde apalah, jom Arqel hantar Lia balik, dah lewat malam ni nanti papa Lia marah" Aku hanya mengangguk lantas mengikutinya dari belakang untuk turun ke bawah.

Macam biasa ia menghantarku dengan motor y15zr. Dia menyarungkan helmet berwarna hitam di kepalaku dan kami menuju ke rumahku.

"Thanks dah teman sambut birthday Arqel, walau sederhana tapi sangat bermakna bagi Arqel bila Lia ada untuk sambut" Dia melemparkan senyuman manisnya padaku.

"My pleasure. Happy birthday Arqel Daniel, semoga cepat kahwin HIHI" Usikku nakal. Arqel juga tertawa mendengar usikkanku.

Aku berganjak dari situ namun satu suara masih kendengaran perlahan menusuk telinggaku yang baru sahaja berganjak dua meter darinya.

"Aku tahu sebab apa Irham sayangkan kau, dan aku pun sayang kau" Setelah nama itu kedengaran walau tidak berapa jelas aku tetap menolehkan kembali ke arah Arqel untuk memastikan apa benar nama sosok pria itu disebut olehnya tadi? Namun belum sempat aku bertanya Arqel sudah terlebih dahulu menghidupkan enjin motornya dan pergi dariku. Namun aku tetap ingin berfikir bahwa apa yang ku dengar hanyalah hayalan. Mungkin aku mendengar namanya sebab aku terlalu penat.

                                   🌹

     Kami berdua sibuk menolong mama di dapur, entah terhantuk mana kepala belakang Si Tinggi ni tiba-tiba je nak tolong mama masak. Pada awalnya dia mengajakku untuk keluar makan bersama, tetapi aku menolaknya kerana mahu membantu mama menyiapkan makanan untuk saudara jauh kami yang akan datang ke sini sebab itu Si Tinggi ni boleh ada di dapurku.

Sejuk juga mata apabila aku memandang Arqel yang rajin membantu, bila tengok dia potong bawang sambil menangis lucu juga rupanya.

"Pandai Arqel memasak ya, untung siapa dapat jadi isteri kamu, ni ha Lia tengok Arqel. Kalau nak cari suami tu biarlah yang pandai menolong di dapur barulah hidup kamu tu tak jadi beban sangat kan" Mama menjeling ke arah kami berdua dan aku pula melihat Arqel yang sedang tersenyum macam kerang busuk.

"Ishh mak ni, kesitu pulak, Lia taknak kahwin, malas fikir benda macam tu"

"Hurmm jangan percaya dia auntie,  Lia ni gatal orangnya" Guraunya.

"Ishh Ma.. Tengok Arqel ni!" Aku mula mencemik. Arqel hanya senyum memandang Lia yang sedang menjelingnya. Datin Roziah hanya menggeleng-geleng dan berlalu dari dapur.

Beberapa minit selepas itu mama kembali datang ke dapur. Lia dan Arqel masih sibuk memasak.

"Lia..Arqel.. Jomlah ke depan, diorang dah sampai" Ujar Datin Roziah pada anak daranya dan Arqel.

     Lia menghulurkan tangannya untuk bersalam dan Arqel juga turut sama. Hadirnya sepasang suami isteri dalam lingkungan 40-an iaitu uncle Yasid, auntie Fatimah dan anak sulongnya abang Irfan yang berumur 21 tahun.

Datin Roziah menyuruh mereka untuk duduk dahulu di sofa manakala anak gadisnya sedang menyiapkan air untuk tetamu.

"Lia, aku nak tanyalah, yang lelaki tu siapa nama dia? Umur dia berapa? Kahwin dah ke? " Berkerut kening Arqel memandang Lia.

"Oh..lelaki tu nama dia Irfan, umur dia 21 and dia bujang" Jawabku sambil mengacau air di dalam jag.

"Arqel tak suka la tengok dia tersenyum macam kerang busuk pandang Lia aje"

"Dahtu kau nak dia pandang kau sambil senyum? Kang lain pula" Lia tersenyum sambil bibirnya dijuihkan ke arah Arqel.

"Ish bukanlah, dia tu macam senyum yang suka"

"Jadi Encik Arqel Daniel sekarang awak tengah cemburu ke? " Lia bertanya sambil tersenyum memandang Arqel. Wajah lelaki itu yang agak kemerahan menahan malu mendengar pertanyaan itu.

     Lia yang sedari tadi melihat keluarga auntie Fatimah sibuk berbual dengan Datin Roziah, lantas dia menarik baju Arqel bagi mengikutinya dari belakang dan jag yang berisi air anggur di letakkan di atas meja ruang tamu itu.

"Ha.. Roziah siapa pula menantu kau ni, kacak juga orangnya" Auntie Imah bertanya sambil memandang kami yang sedang berdiri.

"Haishh kau ni Timah.. Ni kawan dialah, namanya Arqel, baik budaknya, kawan anak aku juga si Imah tu" Ujar mama.

"Lah anak Imah, kacak orangnya" Tak dinafikan lagi, rupa Arqel memang kacak ditambah lagi tubuhnya yang tinggi membuatkan sesiapa sahaja yang mengenalnya akan mengatakan ketampanannya itu.

"Hye Lia. Lama tak jumpa kan, makin cantik" Abang Arqel bersuara.

"Memanglah cantik, tengoklah siapa sebelah dia ni" Arqel menyampuk kata abang Irfan. Dapat kulihat pandangan mereka berdua saling bertatapan dengan tajam. Aku lihat tangan Arqel yang digengam kuat sehingga menimbulkan urat di tangannya. Geram sangat nampaknya menahan cemburu.

Sesi makan tengahari sudah selesai, sesi berbual ramah bersama keluarga uncle Yasid pada hari ini. Jujur aku sangat suka dengan keluarga mereka, selain ramah mereka juga melayanku seperti anak mereka sendiri.

Kami berempat melambaikan tangan ke arah kereta honda civic berwarna putih itu yang berlalu pergi dari kami. Saudara jauhku yang datang dari sabah sudahpun pulang, kata auntie Fatimah mereka akan terus bergerak ke KLIA dan akan pulang ke sabah untuk melawat pula saudara mereka yang berada di sana.

"Well thanks Arqel sebab tolong Lia, uncle sangat suka dengan masakkan kamu berdua" Kata papa sambil melabuhkan punggung di sofa.

"You're welcome uncle. Uncle, auntie, Arqel balik dulu ya" Kata Arqel, lalu berizin pergi dari rumah kami.

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

166K 10.6K 32
Adam Hirdy | Azalea
1.8M 61.7K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
1.6M 52.2K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
95.6K 4.8K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...