Arraz' Irham [COMPLETE]

By rraiqah

868 123 5

' protective man of love ' Writter : Rraiqah Apa itu erti sahabat jika cinta yang kurasa? Aku bahkan tidak ta... More

𝐓𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒💌
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
bab 11
Bab 12
Bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
Bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
EPILOG

Bab 7

31 6 0
By rraiqah

     Buaian diayun perlahan sambil menikmati udara segar di pantai pada pagi hari. Sebetulnya aku lebih menikmati udara pantai pada petang hari tetapi aku lebih suka jikalau dapat singgah di pantai pada pagi hari kerana tidak terlalu banyak orang yang hadir ke sini. Secara umumnya pantai pada petang hari lebih ramai yang mengunjungi menikmati udara di pantai dan melihat langit senja.

Bila main buaian, teringat pula waktu bersama Irham dahulu. Masih ingat ketika hujung minggu kami akan pergi pantai bersama dan aku pasti akan mengajak Irham untuk bermain buaian meskipun Irham tidak mahu tetapi aku selalu memaksanya dan dia tetap turuti kemahuanku, dia benar-benar memahamiku dan memberikan apa sahaja yang aku mahu. Kami hanya remaja biasa yang hanya rapat sebagai seorang sahabat, namun aku yakin di balik rasa sayang terselit perasaan cinta yang selalu di tutupi oleh kata 'kasih sayang'.

"Lia, nak aiskrim tak, Arqel nak pergi beli jap dekat gerai depan sana" Jari telunjuknya di arahkan pada gerai kecil yang agak jauh dari kami. Aku menganggukan kepala tanda setuju. Arqel senyum padaku lalu mengehentikan buaiannya, kakinya berlabuh ke atas tanah pantai itu dan pergi melangkah menuju gerai aiskrim tersebut.

Bila aku fikir balik macam mana aku boleh rapat dengan dia? macam mana aku boleh ada rasa untuk menjadikannya sebagai teman? Walhal sebelum kedatangan Arqel aku sangat enggan menerima teman, tidak mahu mempunyai kawan walaupun ada yang mengajakku untuk berteman. Sejak kehadiran Arqel tiada lagi aku merasa kesepian seperti dahulu.
 

                                  🌹

     Aku menuruni motor, membuka kancing helmet berwarna hitam dan memberikannya kembali kepada pemiliknya.

"Terima kasih sebab hantar Lia" Aku tersenyum lebar memandangnya di balik helmet yang menutupi wajahnya.

"Always welcome, Sleep well baby, you have to rest" Suaranya lembut. Seketika aku malu mendengar kata itu, tidak pernah Arqel memangilku selembut itu. Suasana berubah sunyi tanpa kata, kami berdua terdiam aku dapat melihat mata Arqel menatapku dengan pandangan yang lembut meskipun di liputi dengan kaca helmet namun tak menjadi penghalang untuk aku melihat pandangan sejuk matanya itu. Wajahnya sedikit menunduk memandangku yang lebih rendah darinya dan aku pula menatapnya dengan dagu yang di angkat sedikit melihat Arqel yang lebih tinggi dariku. Tidak tahu apa yang kami rasakan pada waktu itu seolah di pukau untuk terus menatap kedua benak matanya.

'MEOW' Pandangan kami dialihkan pada suara kucing yang berada di hadapan rumahku. Tanpa menghiraukan Arqel yang masih belum berganjak dariku, aku tidak lagi pedulikannya apabila melihat seekor kucing berwarna putih berbulu tebal.

"Uteh, cantiknya bulu awak, awak duduk mana" Aku bertanya pada kucing itu sambil membelai lembut bulu halusnya, namun jawapan kucing itu semestinya cuma mengiau. Tak dihiraukan lagi Arqel yang masih belum beredar dari hadapan rumahku. Aku tahu dia masih menunggu untuk memberi kata sebelum dia pergi, tapi kalau bab kucing ni badai melanda pun belum tentu aku sedar, lalai bermain dengan makhluk ciptaan Allah yang comel ini.

"Ehemm..Tak peduli dah ke yang disini" Tegurnya tangan pula di silangkan pada dadanya. Kalau sudah macam ini gayanya aku dapat cam yang wajahnya di sebalik helmet tersebut sedang mencemik dengan muncung itiknya.

"Hehe, sorry, okeylah Lia masuk dulu ya" Senggehku.

"Baiklah Tuan Puteri cik prince pergi dulu ya" Enjin motor di nyalakan dan menghilang dari pandangan. Tetapi aku masih di luar pagar bermain dengan kucing putih tersebut.

                                 🌹

     Ruang perpustakaan pada minggu ini sangat padat, bahkan ada yang duduk di bawah lantai kerana tidak cukup kerusi untuk duduk. Maklumlah seminggu sahaja lagi semua pelajar tingkatan 5 akan menghadapi ujian sebenar perperiksaan spm. Bulan ini juga aku sangat jarang bertemu dengan Arqel sebab masing-masing berfikir untuk study sendiri. Kami berdua membuat keputusan begitu supaya dalam masa mengulang kaji kami tidak berbual kosong dan menghabisi waktu dengan sia-sia, bila dah sekepala susah nak belajar bersama kadang-kadang ada sahaja topic nak di jadikan cerita sehinggakan buku yang berada di hadapan mata tak lagi dihiraukan.

Mataku mencari seseorang dan aku melihatnya di meja paling belakang yang terletak pada perpustakaan di blok 1. Perpustakaan di blok 1 hanya di khaskan untuk pelajar tingkatan 5 membaca buku dan mengulang kaji di sini. Manakala perpustakaan di blok 2 dikhaskan untuk pelajar selain tingkatan 5. Bagus juga bila di fikirkan balik cara sekolah ini mengasingkan setiap apa sahaja untuk memberikan tumpuan pada pembelajaran spm. Misalnya kelas juga di asingkan, pelajar tingkatan lima berada di blok C yang terletak agak jauh dari bangunan tingkatan lain. Dengan cara ini pelajar spm akan lebih fokus dan tidak terganggu semasa waktu pembelajaran di sekolah.

"Hye, lama tak nampak" Tegur Lia sambil melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan pria yang sedang sibuk membaca buku.

"Memanglah buzy, tak ada masa nak layan budak mata empat " Sempat dia memerliku, sebelum membuka buku pelajaran aku terlebih dahulu menjeling ke arahnya terus dilanjutkan dengan membaca buku dan mengulang kaji.

40 minit kami menghabiskan masa mengulang kaji bersama di dalam perpustakaan. Sepanjang aku berada satu meja dengan Arqel aku tahu orang di sekelilingku memerhatikan setiap percakapan dan tingkah laku kami terutamanya para gadis yang berkenan dengan Arqel. Aku jadi segan, namun kuatkan diri untuk tidak menghiraukan orang yang berada di sekelilingku.

Pembelajaran di mulakan seperti biasa selepas habis rehat. Dalam kelas semua hanya diam tiada suara yang di lontarkan oleh pelajar semuanya sibuk memandang papan putih dan hanya suara guru yang kedengaran. Hari ini kami semua di berikan tugas sekolah secara berkumpulan untuk minggu ini. Kesemua pelajar di dalam kelas mempunyai seramai 25 pelajar dan tugasan di bahagikan kepada 5 kumpulan 5 ahli. Tugasan kali ini ialah setiap ahli perlu membuat satu lukisan dan quote untuk lukisan yang di lukiskan.

Team kami hanya mempunyai 4 orang iaitu Damia, Qistina, Arqel dan Lia. Seorang lagi pula tidak dapat mengerjakan tugas bersama kerana cuti sakit di dalam wad.

Aku memberikan cadangan kepada ahli kumpulan untuk melukis pantai untuk tugas minggu ini. Kelas pertama sememangnya tidak mempunyai kelas seni tetapi untuk pelajaran bahasa Melayu kali ini kami diarahkan melakukan tugas seni menggunakan tangan dan mencari quote untuk tugasan tersebut. Mereka menyetujui dengan cadanganku untuk melukis sebuah potret pemandangan pantai pada waktu senja. Kami juga bercadang untuk berkumpul pada cuti minggu ini untuk melakukan tugas tersebut.

Terpinga-pinga aku mencari ahli kumpulanku. Di hujung pantai kelihatan seolah ada salah seorang ahli kumpulanku namun tidak pasti jika itu mereka. Semakin aku mendekati mereka sudah semakin dapat ku duga bahawa itu sosok tubuh Damia dan Qistina yang sedang membelakangi ku. Sambil menunggu seorang lagi ahli kumpulan. Kami bertiga menyempatkan diri untuk mengambil gambar di pantai. Kata Damia untuk post dekat Instagram, Facebook, dan story Whatsapp. Damia memang seorang yang aktif dalam dunia maya, kalau nak dikatakan semua benda dia nak letak dalam phone. Dari jauh kami melihat Arqel yang sedang melambai-lambaikan tangan ke arah kami, dan kami terus naik menuju ke arahnya.

Di antara kami berempat hanya aku dan Qistina yang mahir dalam seni. Jadi aku di tugaskan Arqel untuk melukis bersama Qistina dan dia bersama Damia mencari idea quote untuk lukisan.

Pantai luas itu sudah bertukar menjadi pemandangan cantik pada senja hari dan kami mula melakukan tugas masing-masing. Lia dan Qistina mengeluarkan alat lukisannya dan tangan mula berkerja di atas kertas lukisan. Manakala Arqel dan Damia berjalan di sekitar kawasan pantai untuk memikirkan quote yang sesuai untuk lukisan yang bakal kami persiapkan nanti.

Entah kenapa mataku tidak hanya memandang kertas lukisan dan juga pantai yang berada di hadapan tetapi arah mata juga jauh memerhati Arqel dan Damia yang sedang berjalan beriringan nampak gayanya tengah bermesra. Mereka fikirkan quotes atau sibuk dating dekat pantai?,

"Lia.. Lia.. Kau jeles ke Arqel dengan Damia" Lia melihat pula ke arah Qistina yang sudah tersenyum mengusiknya.

"Ishh, mana ada takkanlah aku nak jeles, bukannya aku sukakan dia pun" Lia ketawa perlahan mendengar kata Qistina, walau sebenarnya dia tahu dirinya sedang cemburu melihat mereka bersama walau hanya sekadar ingin berbincang tentang tugas sekolah.

"Tak jeles sebab Lia cintakan Irham? " Aku terdiam. Senyum yang diukir tadi kembali dingin. Tangan yang tadinya bergerak laju melukis terhenti apabila mendengar nama pria itu di sebut. Sejak dua tahun yang lalu Irham menghilang, dan hampir tiga tahun hari ini baru aku mendengar nama itu di sebut pada mulut orang lain selainku. Pandangan ku hanya tertuju pada kertas lukisan di hadapanku. Apa yang aku rasa saat itu.. Masih sedihkah aku atas hilangnya dia? Aku masih tidak tahu apakah diriku mencintainya? Sungguh hatiku perih mengenangkan pria yang bernama 'Arraz'Irham'.

"Sorry Lia.. Qis tak bermaksud nak sakitkan hati Lia. Qis tersasul cakap.. " Tangannya di usap pada belakangku. Air mataku mulai bertakung dan jatuh jua mengalir di atas pipi.

"Qis tak salah pun, Lia je yang cenggeng"

"Lia minta sangat-sangat tolong rahsiakan siapa Irham dekat Arqel dan Damia. Lia tak nak diorang tahu pasal benda yang dah lama berlalu"

"Baiklah Lia..Qis faham.. " Qistina mengusap air mataku dengan tangannya lalu tubuhku di peluk untuk memberi sokongan pada badanku yang mulai lemah. Hampir semua dah tahu yang aku dahulu sangat rapat dengan Irham, apatah lagi Irham adalah pelajar yang terkenal dan diminati oleh ramai gadis. Tidak heran jika Qistina tahu tentang Lia dan Irham, tetapi mereka berdua Arqel dan damia belum sempat berada di zaman aku dan Irham masih bersama, untuk itu aku tetap dengan pendirian untuk merahsiakan siapa Irham di dalam hidupku.

                                  🌹

     Setelah selesai menjawab kertas terakhir peperiksaan SPM, semua pelajar tingkatan 5 keluar daripada dewan besar itu. Aku memerhatikan di sekelilingku ada yang bermasam muka dan ada juga yang tersenyum ceria. Mungkin kerana ada yang rasa tidak puas hati dengan soalan di kertas terakhir tadi, jujur memang agak merungsingkan fikiran untuk menjawapnya tapi aku rasa lega, waktu yang ku tunggu sudah pun selesai diharugi. Segala bahagia dan kesedihan yang aku lalui sewaktu di alam remaja hampir berakhir, tidak lama lagi aku akan pergi dari sekolah ini, jujur ada terselit rasa hampa untuk meningalkan zaman remaja kerana aku tahu zaman dewasa yang akan aku lalui lebih banyak dugaannya.

Dari jauh aku melihat pria bertubuh tinggi lampai dan berkulit sawo matang di luar pagar sekolah. Lia menghampiri pria tersebut dan betul firasatnya bahawa pria itu ialah Arqel yang sedang menunggunya untuk pulang bersama seperti biasa Arqel menjadi driver tak berbayar untuk Lia.

Continue Reading

You'll Also Like

8.9M 577K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
689K 39.7K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
371K 23.1K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
39.1K 1.8K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...