I Can See You [FanFiction]

By icedtoicey

56 1 0

Pure love between a shy and unique woman with charming stranger. "The only person that I can see clearly is... More

Prologue
Where it all comes
I Couldnt Show It
I Can See You
Curiousity

His Sister

6 0 0
By icedtoicey

"appa! kenapa selalu buat keputusan tanpa persetujuan Jiwon dulu!!?"

Sebaik sahaja appa mengangkat panggilan aku, terus aku lemparkan soalan aku dengan geram, Chaeyun yang berada disebelah aku hanya berdiam sahaja. Aku sangat marah sekarang kerana ini bukan kali pertama appa berbuat sebegini. Sudah banyak kali dan aku tidak tahan lagi. Aku juga punya hak untuk memilih kenapa harus melakukannya tanpa pengetahuanku?

"apa yang kamu maksudkan tu, Jiwon?", soal appa dengan nada yang clueless sekali dan itu buat aku lagi geram. 

"boleh pula appa tanya mcam tu?!"

"betul, dear appa langsung tak tahu apa ynag kamu maksudkan sekarang ni", jelas nadanya seolah-olahnya dia langsung tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. 

"appa kan yang sign contract untuk projek documentari tu???"

"bila masa?? bukan appa, sayang", dia cuba mengelak lagi.

Aku mendengus geram. "Habistu siapa?"

"OMMA...."

________________________________________________________________________________

Aku diam, tidak berkata apa-apa. Omma sedang menyediakan makanan untuk aku. Memang sudah menjadi tabiat dia setiap kali lunch, dia akan datang ke office aku untuk makan bersamanya. Dia tidak pernah langsung terlepas makan siang aku. Bagaimana kalau aku makan? Aku bukan la orang cacat, aku boleh makan sendiri tanpa sesiapa tolong aku. Hidu dari bau aku tahu ini kimchi fried rice, kesukaan appa.

"tadi kamu cakap apa dengan appa kamu?", pmma mula bersuara.

"pasal dokumentari Jiwon", jawab aku berharap yang dia sebenarnya tahu perbualan aku dengan appa tentang apa.

"jadi kamu setuju?"

"jadi omma setuju?", tanya aku dengan sarkastik tanpa melihat lagipun aku memang tak boleh pun. Ada jeda sekejap sebelum dia menjawab soalan aku. Aku sangat speechless, kebiasaanya omma la yang sentiasa dengar pendapat aku tapi kenapa kali ini...

"omma kenapa tak tanya pendapat Jiwon dulu?"

"dan pendapat kamu tetap sama? Kamu takkan terima kan?", nada omma sedikit tinggi kali ini, dia pasti kecewa dengan keputusan aku.

"tapi omma patut tanya Jiwon dulu", menegakkan pendapat aku semula.

Kali ini, omma tidak membalas. Suasana menjadi sunyi. Aku mengeluh kecil. Aku langsung tak faham kenapa aku harus lakukan perkara seperti itu dan kenapa mesti sekarang?

"Jiwon... omma mimpi kamu boleh melihat semula"

"itu takkan terjadi, omma"

"tak, Jiwon kali ni omma mimpi seperti yang halmeoni kamu cerita sebelum ini kamu-"

"yang akan ada seorang lelaki sahaja yang Jiwon boleh lihat?", aku sangat marah sehingga aku tak sedar aku potong percakapan omma. Sudah banyak kali omma mimpi seperti itu tapi itu cuma mimpi, tiada apa yang akan berubah.

"JIwon, omma yakin-"

"OMMA, Jiwon bukan budak kecil lagi untuk percaya semua itu"

Keadaan menjadi hening mungkin kerana nada aku yang agak lain. Aku berasa sangat marah bila omma selalu mengharapkan sesuatu yang dia tahu tidak akan berlaku. Tiba-tiba aku dengar suara pintu dibuka dan bayangan omma di hadapan aku sudah tiada. Dia pergi. Aku mengenggam kuat tangan aku. Aku tak boleh...

THROWBACK

"Halmeoni, kenapa halmeoni suruh Jiwon baca puisi yang halmeoni buat?". Aku dapat melihat bayangan halmeoni yang berada di hadapan aku sedang membaca buku. Sekarang ini, halmeoni sedang mengawasi aku supaya aku tidak lari daripada membaca. Aku rasa ini sudah kali ke-7 aku bertanya soalan pada halmeoni tapi halmeoni langsung tidak menjawab. 

Disebabkan dia tidak menjawab satu pun soalan aku, jadi aku terus bertanya supaya halmeoni penat dengar. Tetapi itu semua tidak berjaya, halmeoni masih fokus membaca buku di tangannya. Aku mengeluh berfikir untuk putus asa.

Tiba-tiba, ada seekor rama-rama hinggap di meja belajar aku. Aku jadi tertarik padanya. "Halmeoni! Ada rama-rama cantik hinggap di sini! Warnanya ada dua la!", seolah-olah ini adalah pertama kali aku melihat rama-rama. Mataku hanya tertacap pada haiwan terbang itu. 

"Jiwon... apa warna rama-rama itu?".

"warna biru dan hitam, halmeoni", tanpa aku sedar aku menjawab soalan halmeoni yang lama mendiamkan diri. Aku berasa ingin menyentuhnya tapi aku tidak boleh kerana dia akan terbang dan mungkin aku takkan boleh melihat dia lagi.

"Jiwon...kamu boleh lihat rama-rama itu dengan jelas...?", buku di tangan terus di letak tepi dan halmeoni mendekati aku. Aku jadi pelik. 

"Jiwon, ini tandanya yang kamu boleh melihat satu hari nanti", kata halmeoni dengan nada kegembiraan. Kedua tanganku digenggam erat. Aku masih cuba untuk memahami apa yang halmeoni katakan. 

END OF THROWBACK

Itu adalah kali pertama dan terakhir aku dapat melihat dengan jelas. Kata-kata halmeoni pada hari itu terus bermain di kepala aku tapi aku tidak tahu sama ada aku harus terus berpegang pada kata-kata itu atau tidak. Selepas halmeoni pergi tinggalkan kami, kejadian seperti itu tidak pernah terjadi lagi tetapi kali ini, aku boleh melihat wajah manusia. Sesuatu yang tidak pernah aku lalui seumur hidup aku. Adakah ini yang halmeoni maksudkan, petanda yang aku boleh melihat lagi?

"Unnie, kita sudah sampai", aku tersedar dari renungan ku apabila Chaehyun menyentuh tanganku. 

Selain daripada aku suka membaca dan menulis, aku juga suka menanam bunga. Jadi hasil daripada jualan novel aku, aku buka sebuah flower shop. Shop ini bukan sahaja untuk menjual bunga-bunga tetapi untuk aku menghilangkan stress. Pekerja-pekerja disini adalah remaja-remaja yang pernah membantu aku, aku berhutang jasa dengan mereka. Mereka juga tahu identiti aku sebagai penulis dan kebenaran yang aku tidak boleh melihat. Aku selalu datang menjenguk keadaan mereka dan bunga-bunga di sini. 

"Liz unnie, sudah lama unnie tidak datang ke sini", salah seorang pekerja disitu menyapa aku. Chaewon memusingkan badan aku ke arah pekerja tersebut supaya aku dapat berdepan dengan dia.

"Maaf, saya baru ada masa. Kamu Jung Mina kan?", aku bertanya untuk kepastian. Aku kenal itu suaranya tapi manatahu aku tersalah.

"Iya unnie, saya Jung Mina", jawabnya dengan nada yang baik. Aku tersenyum kecil bila tekaan aku betul. 

"Liz unnie!", seorang pekerja lagi memanggil.

"iya, Minju. Ada apa?", aku dapat melihat bayangan nya sedang berdiri di hadapan aku. 

"haritu ada seorang budak sekolah datang ke sini untuk mencari kerja tapi saya kata kami tidak terima pekerja yang masih bersekolah. Tapi sudah dekat 4 hari dia datang ke sini untuk merayu dan hari ini dia datang lagi", adunya. 

"bawak dia berjumpa dengan saya sekarang", arah aku ke padanya.

_______________________________________________________________________________

Aku menunggu kedatangan di meja menunggu. 

"Anneyounghaseyo!", aku terus memaling ke arah suara itu datang. Aku melihat bayangan nya sedang berdiri di hadapan aku. Aku menyuruhnya duduk berhadapan dengan aku dan dia akur. Aku harus berlakon seperti aku dapat melihatnya dengan normal kerana dia adalah orang luar. 

"Anneyounghaseyo, nama saya Choi Minji", nada suaranya semangat sekali. Aku boleh rasa yang dia memang masih bersekolah lagi. 

"Minji-shi, kamu ingin bekerja disini?", aku terus melompat ke tujuan perbualan kami. 

"iya, walaupun saya masih bersekolah tapi saya boleh bahagikan masa saya untuk bersekolah dan bekerja. Unnie, boleh kah saya bekerja disini?", jelasnya dengan nada yang merayu walaupun aku belum berkata apa-apa lagi. Aku senyum padanya.

"boleh saya tahu kenapa kamu ingin bekerja? bukan kah kamu perlu fokus belajar?", soalku lagi.

"Saya tidak punya omma dan appa. Saya tinggal dengan oppa saya sejak dari kecil lagi. Tapi oppa saya selalu tiada di rumah kerana bekerja. Jadi saya bosan kerana tidak punya sesiapa untuk berbual, mungkin dengan bekerja saya boleh cari kawan untuk berbual", jawabnya dengan lancar sekali. Jawapannya buat aku tergelak kecil. Aku ingatkan dia ingin meringankan beban oppanya, rupanya dia hanya ingin mencari kawan berbual.

"Jujur sekali jawapan kamu, Minji. Baiklah, kalau begitu saya benarkan awak bekerja di sini tapi ingat utamakan sekolah awak dahulu baru la awak fikirkan kerja", jelasku padanya.

"Betul ke ni, unnie? saya boleh bekerja disini?".

Aku mengangguk sambil tersenyum. Dia terus melompat kegembiraan. Menarik sungguh personalitinya, seorang yang jujur dan happy-go-lucky

"Unnie, terima kasih sangat sebab dah terima saya. Saya janji akan ingat pesanan unnie dan ingat jasa baik unnie". 

Alangkah bagusnya jika aku boleh melihat reaksi wajahnya. Pasti dia sangat gembira.


Continue Reading

You'll Also Like

150K 11K 60
BOOK #2 They say love heals scars, but Seokmin's scars were lessons-bitter reminders that twisted him into a creature of darkness. His life was a ser...
81.3K 2.3K 38
Francesca Astor came to Love Island to find her soulmate, and once she sets her eyes on him, she's never letting go. Rob Rausch x Fem!oc #1 robertrau...
785K 47.2K 119
Y/N L/N is an enigma. An outgoing, cheerful, smiley teenage boy. Happy, sociable, excitable. A hidden gem in the rough of Japan's younger soccer pl...
1.5M 26K 53
What if Aaron Warner's sunshine daughter fell for Kenji Kishimoto's grumpy son? - This fanfic takes place almost 20 years after Believe me. Aaron and...