Where it all comes

10 0 0
                                    

Knock! Knock! 

Pintu diketuk dengan berhemah. Tanpa menunggu respon dari aku, pintu tersebut sudah dibuka tandanya dia sudah masuk. Mendengar sahaja derapan kasut tumit tinggi itu, aku sudah tahu itu siapa. Itu Chaehyun, sekretari aku. Appa terpaksa mengambil sekretari untuk aku kerana aku tidak boleh bekerja seorang. Dahulu aku tidak boleh berjalan dengan baik, aku tidak boleh memandu dan aku tidak boleh bertindak seorang. Dengan kehadiran Chaehyun, segala-galanya mudah bagiku. Dia memimpin aku ketika aku ingin pergi kemana-mana, dia membantu aku ketika aku sedang bekerja dan dia selalu menemani aku. Tapi aku tidak pernah tahu bagaimana wajahnya, apa reaksi dia ketika dia bersama aku dan bagaimana perasaannya. Mendengar dari suaranya, aku yakin dia pasti cantik sekali. 

"unnie, lunch nanti Daepyo-nim nak berjumpa dengan unnie", lembut sahaja suaranya ketika bercakap dengan aku. Oh, Daepyo-nim yang dimaksudkan itu adalah appa aku. 

"Dimana dia ingin jumpa saya?", wajahku diangkat sedikit untuk aku melihat bayangannya yang berdiri di hadapan mejaku.

"di company, unnie", jawabnya. 

"arasseo, thank you Chaehyun", aku mengangguk kecil tanda aku setuju dan dia sudah boleh pergi. 

Pintu kedengaran sudah ditutup, itu bermaksud yang tinggal aku seorang sahaja di dalam bilik tersebut. Bilik ini... cuma aku, appa dan omma dan Chaehyun yang tahu. Tiada siapa yang dibenarkan masuk kecuali mereka. Bilik ini agak privasi kerana tiada siapa yang tahu keberadaan bilik ini di library yang appa bina untuk aku. Aku seorang penulis novel jadi library adalah comfort place dimana aku akan mencari sumber idea melalui buku-buku yang sudah aku baca. Aku tidak boleh melihat wajah orang tetapi aku boleh melihat tulisan. Identiti aku sebagai penulis novel sudah diketahui ramai tetapi identiti aku sebagai orang yang tidak boleh melihat tidak pernah diketahui oleh sesiapa kecuali family aku dan Chaehyun. 

Apple's Building

Apabila sampai sahaja, Chaehyun membukakan pintu kereta untuk aku dan memimpin aku masuk ke dalam bangunan tersebut. Appa aku adalah CEO kepada syarikat telefon pintar yang sedang popular sekarang. Kedengaran pekerja-pekerja yang ada di dalam bangunan tersebut memberi salam hormat kepada aku. Chaehyun memimpin aku sehingga masuk ke dalam lift. Lift tersebut bergerak naik hingga ke tingkat 15. Apabila pintu lift terbuka, aku dipimpin lagi sekali oleh Chaehyun ke bilik kerja appa. Aku tidak apa tujuan appa meminta aku datang berjumpa dengan dia. 

Pintu diketuk perlahan dan Chaehyun membukakan pintu apabila appa menyuruh kami masuk. Perlahan-lahan Chaehyun membawa aku duduk ke sofa milik appa. Jika aku tahu keberadaan appa sekarang dimana di dalam bilik ini, sudah tentu aku akan memeluk dia dahulu. Tetapi aku tidak boleh. 

"thank you, Chaehyun. You can go now", ucap appa pada Chaehyun sebaik sahaja aku selamat sampai disitu. Chaehyun beransur keluar dari bilik tersebut meninggalkan aku dan appa sendirian. Aku melihat bayangan appa sudah duduk berdepan dengan aku. Dia memakai sut hitam. 

"kamu sudah makan, Jiwon?", soalan pertama yang appa ajukan pada aku. Itulah yang selalu ditanya ketika berjumpa dengan aku. 

"belum appa, Jiwon tiada selera makan lagi", jawabku. 

"ini sudah hari kedua appa tengok kamu langsung tak berselera makan. Kamu sakit ke?", nada suaranya seperti membimbangkan aku. Dan, itu memang betul. Appa sangat menjaga aku sejak dari kecil sebab aku mudah sakit dan kerana penglihatanku. 

"appa jangan risau, malam nanti kan kita ada family dinner. Jiwon akan makan banyak-banyak", aku cuba menenangkan hatinya yang dilanda kerisauan. Aku hanya mampu tersenyum kecil. Tiada balasan dari dia. 

"ada apa appa nak jumpa Jiwon?", aku mula membuka perbualan yang sepatutnya kami bualkan. 

Dia menarik nafas sekejap. "appa nak bincang sesuatu dengan kamu. Boleh kan?", aku mengangguk laju. Sepertinya hal serius. 

"Jiwon, appa harap kamu dapat terima cadangan appa ini. Novel kamu sudah makin banyak yang terjual dan ramai yang suka membacanya. Semua orang teringin untuk mengenali kamu jadi appa rasa inilah masanya untuk kamu menjadi inspirasi kepada orang lain", jelasnya tanpa satu pun maksud yang aku faham. 

"apa maksud appa?"

"appa teringin nak buat dokumentari tentang kamu..."

"ha?!? untuk apa itu appa?", aku terkejut sekali dengan permintaan appa itu. Dan aku tak faham apa tujuan dia buat semua itu. Dokumentari???! Aku tak pernah terfikir. 

"appa nak kamu menjadi inspirasi kepada orang lain. Kamu boleh bagitahu yang karakter dalam novel itu adalah kamu. Masih ramai yang memerlukan kekuatan seperti itu, Jiwon", jelasnya panjang lebar sambil dia meyakinkan aku. Aku jadi terkedu tak tahu nak jawab apa.

"appa, saya tak layak jadi sumber inspirasi pada orang lain. Saya tak layak untuk ada dokumentari sendiri. Lagipun saya taknak orang lain tahu identiti saya yang sebenar", aku mempertahankan penolakan aku. Aku tak pernah terfikir untuk menjadi seperti itu dan memang betul aku adalah karakter dalam novel tersebut, jadi aku tak sanggup melihat reaksi orang ramai apabila mereka tahu yang aku tak boleh melihat.

"Jiwon, tak salah untuk orang tahu identiti kamu yang sebenar. Kalau mereka boleh menerima karakter dalam novel tersebut, bagaimana pula mereka tak boleh menerima identiti kamu? Tiada apa yang salah dalam diri kamu, Jiwon. Kamu tak salah..."

"beri saya masa, appa"

I Can See You [FanFiction]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن