FARREL'S BOO©️

nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... Еще

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘52∘∘°

54.3K 2.8K 125
nabilllss

"Bawa balik Aisy dulu, Tok Ma." Khalaf mengangkat beg-beg baju sebelum dibawa ke arah kereta.

"Ada masa mai jenguk Tok lagi nah." Hajah Rossila mengukir senyuman nipis. Matanya ralit memerhatikan Khalaf.

"Della dengan mama tak balik?" Soal Aisy melihat Fredella bersama ibu mertuanya masih menunggu dia bersama Khalaf selesai pulang.

"Della nak drive malam. Mungkin akan sampai lewat sikit." Laju Fredella menjawab.

"Elok-elok bawa kereta tu ya Farrel. Apa-apa beritahu mama." Tengku Rossa menghadiahkan kucupan pada pipi Airis. Wanita itu memulangkan bayi tersebut kepada Khalaf.

"Harizz, kita jumpa dekat rumah mama okey nanti.." Aisy merendahkan tubuh bagi memudahkan pergerakan Harizz memeluknya.

"Okey kakak—" Senang mendengar nada suara budak lelaki itu menjawab.

Sampai juga perjalan mereka pulang ke rumah agam. Kelibat anak buahnya terlebih dahulu dicari.

"Sayang?"

"Jangan turun dulu—" Cepat-cepat Khalaf menghentikan langkah Aisy. Isterinya itu baru saja hendak turun dari perut kereta.

"Kenapa saya tak boleh turun?" Soal Aisy. Dia perhati Khalaf yang sedang melebarkan bukaaan pintu kereta.

"Kau kan pakai kain batik. Terselak karang tak ke susah aku. Aaren dah la ada dekat luar." Khalaf memuncungkan bibirnya seperti memberi isyarat yang anak buahnya sedang tercegat diberlakang kereta.

"Aku angkat."

Tanpa menunggu Aisy membalas terus dia mencempung tubuh wanita itu keluar dari kereta.

Mulut Aisy terkunci sebaik sahaja suaminya mula mengatur langkah ke arah pintu utama. Anak matanya menatap rahang tajam Khalaf.

"Airis macam mana?" Aisy mula menyoal apabila dapati yang anaknya masih berada didalam newborn car seat.

"Nanti aku suruh Aaren bawa naik atas." Khalaf meneruskan langkah menaiki anak tangga. Bilik tidur mereka dituju.

"Mana jantan-jantan tu semua pergi harini? Aku bukan lama sangat pun dekat kampung."

Khalaf menyambut Airis yang baru saja selesai dibawa naik ke aras tiga oleh Aaren.

"Oh—"

"Fareez dengan Qay ada dekat ZM. De-dengan abang aku." Jawab Aaren. Dia mengatur nafas yang tidak teratur. Ketar lutut pegang baby naik tiga kali tangga.

"Ev pun dekat sana?" Khalaf merenung lama wajah Aaren.

"Haah. Diorang tunggu Tuan Muda datang sana. Urgent katanya." Tenang Aaren menjawab. Sekilas dia memandang Airis yang berada dalam pelukan Khalaf.

"Hm."

"Takpa lah. Biar aku pergi sana sendiri." Khalaf terus melangkah masuk kedalam bilik tidurnya. Dia biarkan saja anak buahnya diluar sebelum pintu kembali ditutup rapat.

"Sayang.." Khalaf menyapa isterinya lembut.

Aisy terus mengiringkan badan menghadap Khalaf. Dia menepuk lembut ruangan disebelah yang masih kosong, menyuruh agar Khalaf turut rehat bersama. Khalaf hanya akur sebelum naik ke atas katil.

Perlahan dia menyandarkan tubuh pada kepala katil. Kedua-dua wajah permata tersayangnya itu dipandang silih berganti. Aisy dan Airis.

"Farrel baring lah. Lama awak bawa kereta tadi." Aisy masih menunggu suaminya meletakkan kepala.

Bibir Khalaf mengukir senyuman nipis. Dia meletakkan Airis bersebelahan dengan baringan isterinya.

Usai itu Khalaf menurunkan wajah lebih mendekat dengan Aisy. Sengaja dia merapatkan jaraknya bersama wanita itu. Rambut keperangan isterinya disentuh lembut.

"Aku tak penat. Yang penat tu mesti kau kan boo?" Perlahan nada suara lelaki itu bertutur. Dapat dia lihat bibir si isteri yang masih kering. Mata pula tampak lebam akibat kurang tidur menyusukan Airis.

"Hm.." Aisy mengaku yang dia penat. Kepala diangguk setuju. Lama anak mata mereka bertembung.

"Uppsss.." Secara tiba-tiba Khalaf teringat akan sesuatu. Dia mula memincingkan mata membalas renungan Aisy.

"Ke-kenapa Farrel?" Soal Aisy tertanya-tanya.

"I think it's the right time, baby."

"Masa sesuai? Se-sesuai untuk apa awak ni??" Automatik ternaik alis keningnya mendengar kata-kata itu.

"Nothing lah sayang. Masa sesuai untuk kita tukar panggilan."

"Cuba sebut 'abang'—" Khalaf sengaja semakin merapatkan jarak wajahnya bersama Aisy. Tidak sampai seinci puncak hidung mereka boleh tersentuh.

"Farrel.." Sehingga sesak nafas Aisy akibat tindakan suaminya itu. Hilang terus apa yang didengari sebentar tadi. Apa benda dia kena sebut tadi?

"One more time, sayang. Salah panggil juga aku tak kisah kalau Airis ada dekat sini sekali pun." Ulas bibir Aisy diusap bersama jari kasarnya.

Khalaf tidak mahu ulang apa yang disuruhnya tadi. Dia ingin Aisy ingat sendiri.

"Aa-Abang..." Akhirnya terkeluar juga perkataan bagaikan emas itu dari mulut Aisy.

"Good." Khalaf kembali menjauhkan jarak. Barulah rasa oksigen disedut oleh isterinya. Kalau boleh rasa degupan jantungnya tadi macam baru lepas hiking.

"Abang keluar kejap boleh? Jumpa Ev."

"Mengada lah Farrel ni—" Pantas saja wanita itu menjawab. Amboi laju betul buat kerja. Dah menggedik bukan main lama lepastu minta izin nak keluar.

"Say it again? Farrel?"Khalaf mengukir senyuman nakal. Belum sempat bibir dia menghinggap ke bibir Aisy, terlebih dahulu dadanya ditolak. Tindakan Aisy itu buatkan pergerakannya terbatas disitu.

"Lama ke aa-abang.." Masih Aisy menahan dada sasa Khalaf sambil cuba menyebut tanpa gugup.

"Ma-maksud Aisy, abang keluar lama ke?"

"Sekejap, tak lama. Aida ada dekat bawah dengan Aaren. Abang keluar pun sebab ada hal penting." Khalaf mengalihkan pandangan sekilas ke arah Airis yang masih lena dibuai mimpi.

"Okey.." Balas Aisy lembut. Asalkan suaminya beritahu dulu, bukan terus hilang tak nampak batang hidung.

"Take a nap then. I love you, as always boo."

"Kau cakap kau tak dapat apa-apa pun Ev?"

"Habistu buat apa aku datang sini. Baik aku balik—" Khalaf menyilangkan tangan memeluk tubuh. Wajah Evren direnung tajam.

"Sombong betul sejak dapat title baru. Bagi aku cerita sampai habis dulu lah sengal." Evren mengeluh berat apabila penjelasannya masih belum habis didengar oleh Khalaf.

"Like what Fareez had told you. Aku tak main-main. Muka dia sebijik macam kau." Tambah Evren lagi.

"Dia cari aku dengan papa?" Soal Khalaf teringat akan apa yang diberitahu Fareez kelmarin.

Laju Evren mengangguk kepala. Bersungguh-sungguh dia ingin membuktikan apa yang disampaikannya itu benar.

"His name?"

"Kau tahukan aku tak suka orang buat kerja separuh-separuh ni. Cuba bagitahu full information." Khalaf masih memperagui sahabatnya.

"That's the problem bro. Lepas je aku beritahu dia yang papa kau dah takda, dia blah macamtu je." Evren memandang sekeliling diruangan itu bagi mencari kelibat Qayyum.

"Qay!"

"Come—" Evren melambai tangan kanannya ke arah lelaki itu. Kebetulan pula Qayyum lalu pada waktu itu.

"Ada apa Tuan Ev?" Qayyum mengangkat kening. Menunggu arahan dari Evren. Sekilas wajah beku Khalaf dipandang.

"Can you help me? A very mysterious guy." Evren mengengsot ke ruangan duduk disebelah. Memberi ruang agar Qayyum boleh duduk bersebelahan dengannya.

"Tuan Muda Khalaf." Qayyum menunduk wajah meminta izin untuk duduk. Khalaf mengangguk perlahan.

Hampir 30 minit Khalaf dan Evren menyepi, memberi ruang pada Qayyum untuk menghadap laptopnya.

Sungguh tekun mata lelaki itu menatap skrin laptop, sekilas membaca maklumat didalam hati tanpa mengeluarkan suara. Khalaf yang merenung anak buahnya seorang itu sedikit hairan. Selama ini apa saja arahan yang diberi buat Qayyum bagaikan dihujung jari saja dapat diselesaikan.

"I'm sorry. I can't find anything." Qayyum mengurut pelipis dahinya. Tak pernah dia rasa sulit seperti ini dalam menyelesaikan kerja. Khalaf dan juga Evren dipandang silih berganti.

"Maksud kau?" Evren menyoal.

"Macam ni. Aku boleh dapatkan semuatu, tapi bagi masa."

"As soon as possible, aku terus sampaikan dekat Tuan Muda dengan kau, Tuan Evren." Qayyum meminta agar dia diberikan masa. Sekurang-kurangnya kalau tak dapat banyak maklumat, sikit pun jadilah.

"How many days?" Khalaf menegakkan tubuhnya kehadapan.

"Tak lama, 3 hari. Atau Tuan Muda Khalaf boleh bagi masa untuk aku seminggu? Mungkin full information aku akan bagi." Qayyum meyakinkan permintaannya.

"Okay, I keep your words." Tegas dan padat kata-kata Khalaf itu.

Evren menghembus nafas berat. Tidak pernah dia bersungguh-sungguh mahu tumpang sekaki mencari maklumat perkara yang sulit begini. Moga apa yang dia sampaikan itu bukan hanya info palsu semata-mata.

Продолжить чтение

Вам также понравится

Adrasta

Фэнтези

5.9K 449 33
No. 1 in #Toxic No. 1 in #Bucin Adrasta. Sebut saja namanya pasti digeruni semua pelajar-pelajar di SMK Bima Sakti. Layaknya seorang Ketua Geng Motor...
Demi Bahagia Mu rose

Любовные романы

84.6K 3.9K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
ID untuk Hawa [C] ✅ B U N G A 8 🌸

Любовные романы

121K 7.5K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...