MAFIA GAME

By kenhendri

11.1K 2.2K 560

Tanpa sedar, mereka telah memilih untuk bertarung nyawa dalam permainan maut MAFIA GAME demi memenangi wang k... More

MAFIA GAME'S RULES
Prolog: Enter
Jilid 1: Detektif
Bab 1: The Key
Bab 2: Trust
Bab 3: No One
Bab 4: Traitor
Bab 5: Among Us
Interlude Chapter: Begin
Jilid 2: Mayor
Bab 6: Revenge (Part 1)
CHARACTERS POSTER
Bab 6: Revenge (Part 2)
Bab 7: The Other Roles
Bab 9: The Lost Leader (Part 1)
Bab 9: The Lost Leader (Part 2)
Bab 9: The Lost Leader (Part 3)
Bab 10: One Night Long (Part 1)
Bab 10: One Night Long (Part 2)
Bab 10: One Night Long (Part 3)
Jilid 3: The Joker
Bab 11: Kill Or Be Killed
Bab 12: The Only Wish (Part 1)
Bab 12: The Only Wish (Part 2)
Bab 13: "Ash Kill" (Part 1)
Bab 13: "Ash Kill" (Part 2)
Bab 14: Jester
Bab 15: No More Dream
Interlude Chapter: End
Jilid 4: The Eyes Of Truth

Bab 8: Promise

385 75 15
By kenhendri

Cahaya lampu menerangi bilik. Pintu bilik sudah dikunci rapat. Eden duduk di birai katil. Dahinya berkerut seribu. Tangan kiri menakup dahi. Gigi dikatup rapat. Senyum sinis terlukis di bibirnya. Luas mata menatap sepucuk pistol pada tangannya.

'Diorang dah tahu ke aku ialah Mafia? Dah malam ... siapa yang aku patut bunuh? Harisya? Tak! Kalau aku bunuh dia, dah tentu diorang tahu. Aku kena bunuh orang yang penting bagi diorang. Tapi, siapa? Tak guna!' fikir Eden.

'Aku dah jadi pembunuh ke sekarang? Haha ... kalau boleh aku tak nak bunuh sesiapa tapi ni dah jadi tugas aku! Bukan aku yang pilih nak jadi Mafia! Tapi, kalau aku tak bunuh diorang, aku yang akan mati. Aku tak nak mati! Aku akan keluar dari tempat ni hidup-hidup! Aku masih ada janji yang kena tunai!' bisik hatinya lagi.

*****

Aku bertemu dengan seorang gadis ketika berumur 18 tahun. Di dalam kelas, dia dipinggirkan tanpa rakan. Aku hairan. Kenapa? Aku tidak aku.

Aku pelajar pindahan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Tapi, tatkala aku diserbu rakan sekelas untuk berkenalan, mata aku tidak lepas pandang ke arahnya.

Apa yang dia buat?

Dia hanya melihat ke luar jendela. Tapi, apa yang dia lihat? Setiap kali waktu rehat, dia tidak berganjak dari kerusi. Matanya masih lagi memandang ke luar tingkap. Apa yang dia tatap? Burung? Pokok? Awan? Langit? Aku hairan.

Dia sentiasa bersendirian tanpa rakan untuk berbual.

Aku fikir, mungkin aku patut berkenalan dengan dia. Hanya namanya seorang saja yang aku tidak tahu. Lagipun, kami rakan sekelas. Aku ingin berkenalan dengan semua rakan sekelas aku.

Ketika waktu pulang, aku ke tempat duduknya. Tapi, ingin sahaja aku membuka mulut, dia bangun dari kerusi dan berlalu pergi, keluar dari kelas.

Aku fikir ... mungkin dia tidak ingin bercakap dengan aku?

Tapi, entah kenapa ... aku ingin tahu. Ingin tahu, kenapa dia tidak bergaul dengan orang lain? Kenapa dia tidak fokus ketika belajar dan hanya melihat ke luar tingkap? Aku ingin tahu.

Setiap kali waktu pulang tiba, aku ke tempat duduknya. Cuba berbicara tetapi dia laju pergi meninggalkan aku. Sehingga pada ketika, seseorang menegur tindakan aku.

Katanya, aku tidak patut berbual dengan gadis itu.

"Kenapa?" soalku.

"Aku tak tahu tapi dia budak pelik," balasnya.

Adakah aku patut membiarkan dia bersendirian? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Aku cuma, tidak ingin melihatnya bersendirian. Aku tahu ... dari raut wajahnya ... dia juga tidak ingin bersendirian. Dia nampak ... murung. Tapi, kenapa?

Aku tidak berputus asa. Setiap hari, setiap kali waktu pulang aku ke tempat duduknya, menegurnya dan cuba memulakan perbualan tetapi dia sentiasa pergi meninggalkan aku tanpa sepatah kata.

Sehinggalah pada suatu hari, dia membuka mulut tatkala aku mendekati tempat duduknya.

"Tolong, jangan ganggu aku lagi," katanya sebelum berlalu pergi.

Ya. Aku tidak akan ganggu dia lagi tapi ... kenapa? Kenapa saat kau berbicara, kau nampak sedang terseksa? Kau nampak murung? Kau nampak sedih? Apa yang kau sedang sembunyikan? Adakah kau perlukan bantuan?

Aku tidak peduli. Aku mengikutinya dari belakang, pulang ke rumah tanpa dia perasan. Tapi, bukan rumah yang dia singgah melainkan hospital berdekatan.

Mungkin ... ahli keluarganya sedang sakit? Mungkin ... sebab itulah dia nampak murung?

Aku mengenakan baju hud, melindungi wajah dan baju sekolah. Cuba mengekorinya secara senyap sehingga masuk ke ruang kaunter menunggu hospital. Dia pula masuk ke sebuah bilik pesakit berdekatan.

Tanpa mempedulikan sesiapa, aku ke bilik itu. Berdiri di samping pintu untuk mendengar segala perbualannya dengan doktor.

"Loreley, awak pasti ke? Tak nak beritahu mak dan ayah? Kalau apa-apa yang jadi..."

"Tak apa, doktor. Saya ... tak nak susahkan sesiapa."

"Tapi, kalau tak buat apa-apa..."

"Saya tetap akan mati. Jangan risau doktor, saya akan makan ubat yang doktor bagi. Terima kasih sebab panggil saya ke sini."

Dia keluar dari bilik pesakit tanpa menyedari aku di sisi pintu, sedang menundukkan wajah. Bukan kerana ingin menyembunyikan diri, tetapi terkejut. Terkejut kerana selama ini, dia menyimpan sebuah khabar sakit. Aku pula menyimpan seribu satu persoalan dalam fikiran setelah mendengar khabar itu.

Aku masih mengikutinya sehingga ke perhentian bas berdekatan. Dia bersendirian duduk di bangku, menatap langit yang sudah mendung. Menunggu waktu meluahkan sejuta air mata dari awan berat.

Sedar tidak sedar, hari sudahpun hujan.

Aku mengetap gigi, menggenggam buku lima. Menyoal akal sendiri, kenapa dia tidak beritahu mak dan ayahnya? Kenapa dia tidak mendapatkan rawatan? Adakah hanya dengan makan ubat, dapat menyembuhkan penyakitnya?

Adakah hanya aku yang tahu perkara ini? Kalau ya, apa yang patut aku buat? Apa yang patut aku buat untuk menyelamatkan dia? Kalau aku beritahu yang aku ingin tolong, apa yang dia akan cakap? Sudah tentu dia akan tanya dari mana aku tahu semuanya!

Tapi, kalau aku berdiam ... dia akan ...

Haish!

Aku mengeluh panjang seraya melihat langkahnya memasuki bas yang sudah berhenti di hadapan tanpa aku perasan.

Loreley.

Ya, itulah namanya. Nama seseorang yang akan aku ingat sebagai orang yang memberi sebuah penyesalan dalam hidup aku jika aku tidak menolongnya. Aku menatap wajahnya yang tertunduk, duduk di sebalik tingkap bas. Bas itu berlalu pergi, meninggalkan aku sendiri.

"Bodoh sangat ke aku? Seorang pembuli macam aku nak tolong orang? Are you joking?"

Yeah, I'm joking. I am a joker after all. I am a fool. A fool who still thinking about changing. Does it make you feel better? Saving her? How? I don't care! What I care is I will do what I want to do!

Aku ingin menyelamatkan dia. Ini adalah 'hutang' yang aku perlu bayar balik setelah apa yang aku buat di masa lalu!

Setiap kali pulang sekolah, aku cuba bercakap dengan dia. Tapi, dia masih tidak membalas kata. Setiap kali pulang juga, aku mengikutinya secara senyap sehingga ke perhentian bas. Melihatnya berlalu pergi seperti hari-hari yang lain.

Tapi, semuanya berubah. Aku melihatnya melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Dia berjalan ke tempat duduk paling belakang, sendirian. Aku memberanikan diri, mendekatinya.

"Hey ... kau masih tak pedulikan aku?"

Dia tidak menjawab.

"Aku ... nak tolong kau. Aku tahu ... kau ada penyakit."

Luas matanya, tajam menatap wajah aku. Dia nampak terkejut.

"Macam mana kau tahu? Aku tak pernah beritahu sesiapapun. Mak dan ayah aku pun tak tahu pasal ni."

Aku sudah agak.

"Semua tu tak penting. Sekarang, kau cakap ... apa yang aku..."

Pang!

Tangannya singgah di pipi aku. Aku terkesima. Tanganku mengusap pipi kiri yang pedih. Dia pula berlalu pergi, membawa diri dengan perasaan yang bercampur-baur.

Aku sudah agak perkara seperti ini akan berlaku. Tapi, aku tidak peduli. Aku tidak peduli pipi aku yang sakit. Aku peduli ... dia yang sakit.

Aku mengikuti langkahnya sehingga ke taman sekolah. Dia duduk di bangku. Nafasnya tercungap-cungap seperti keletihan. Dari pandangan aku dari belakangnya, dia mengeluarkan sepapan ubat. Dua butir ubat diambil lalu ditelan bersama seteguk air.

Aku mendekatinya.

"Aku minta maaf."

Dia senyap seketika sebelum membalas, "Maaf untuk?"

"Aku ... ikut kau ke hospital. Aku dah dengar perbualan kau dengan doktor. Aku dah tahu semuanya. Maaf. Aku bukan nak sangat buat macam tu tapi ... aku hanya nak tahu kenapa kau selalu bersendirian. Sekarang, aku dah tahu kenapa."

"Aku tak pernah ceritakan penyakit aku kepada sesiapa. Mak ayah aku pun tak tahu. Doktor saja yang tahu."

"Tapi, kenapa kau tak beritahu diorang? Kalau kau beritahu, mungkin..."

"Diorang dah bercerai. Ayah aku dah kahwin lain, mak aku pun sama. Aku tinggal dengan nenek aku tapi nenek aku dah terlalu tua untuk tahu pasal penyakit aku. Aku tak nak susahkan semua orang."

Aku terdiam.

"Aku ada penyakit ni dari kecil lagi. Aku tak tahu kenapa aku masih hidup sampai sekarang. Mak dan ayah aku asyik bertengkar sehinggallah dua tahun lepas, diorang bercerai. Aku pula duduk dengan nenek aku. Aku tak nak berkawan dengan sesiapa pun. Aku tak nak diorang ada kawan macam aku. Aku tak suka susahkan orang."

"Tapi ... kau susahkan diri kau."

"Aku tak peduli pasal tu. Aku memang dilahirkan macam ni."

"Jadi, kau nak putus asa macam tu je? Kau nak hidup kau sia-sia macam tu je?"

Aku meninggikan suara.

"Aku tahu, kau pun nak hidup gembira macam orang lain. Aku tahu, kau pun nak ada kawan yang pedulikan kau. Kau fikir, hidup kau menyusahkan orang lain? Kau silap, kalau kau asyik fikir macam tu, kau takkan ke mana!"

"Kau takkan faham!" Dia pula membentak.

"Aku faham! Kau nak tahu? Aku ni pembuli! Aku kaki pukul! Sejak masuk sekolah menengah lagi aku suka buli orang! Pukul orang yang tak bersalah! Semua orang takutkan aku! Semua orang tak nak berkawan dengan aku! Sampailah aku dibuang sekolah. Aku dah susahkan mak dan ayah aku. Aku dah susahkan semua orang. Aku pindah ke sekolah ni untuk mulakan hidup baru dan aku rasa, aku tak terlambat untuk berubah. Tengoklah sekarang, aku dah ada ramai kawan. Dan, kau pun kawan aku. Aku nak tolong kau."

"Tolong macam mana? Kau fikir, kau boleh tolong sembuhkan penyakit aku? Kau fikir, kau boleh buatkan aku gembira macam orang lain? Ya, aku pun nak hidup macam orang lain tapi kau ingat dengan keadaan aku sekarang kau boleh ubah? Aku dah penat terseksa macam ni. Aku dah penat. You thought ... you can change everything?" katanya seraya mengalirkan air mata.

Aku berjalan ke bangku, duduk disebelahnya.

"I can't."

"Jadi, apa yang kau nak?"

"I can't change everything but I can make you happy. I will make sure you smile again. After all, this is my karma from my past."

"Aku tak faham," balasnya dengan tangisan.

"Aku tak kisah kau faham ke tak. Tapi, aku nak tolong kau. Aku nak tolong kau sembuhkan penyakit kau. Aku nak gembirakan kau."

"I'm still don't understand."

"Aku janji, akan sembuhkan penyakit kau dan gembirakan kau. Itu janji aku. Kau layak untuk tersenyum macam orang lain."

"Kau janji?"

"Ya, aku janji," balasku seraya menunjukkan jari kelingking.

Lama dia menatap tanganku sebelum dia tersenyum. Dia menyambut jariku dengan kelingkingnya. Tanda janji kami.

Ya, akhirnya dia tersenyum juga. Senyuman manis. Tapi, itu bukanlah senyuman gembira. Aku tahu. Senyuman tidak semestinya menggambarkan kegembiraan, ia juga bermaksud seseorang itu sudah kuat menahan kesedihan.

"Aku rasa ... tak perkenalkan diri aku lagi. Lepas apa yang dah jadi, ni waktu yang sesuai."

"Ya. Maafkan aku sebab tak pedulikan kau sebelum ni. Nama aku, Loreley."

"Aku pula, Eden."

Sejak hari itu, kami berkawan rapat. Kami sentiasa meluangkan waktu bersama setiap kali pulang dari sekolah. Habiskan waktu dengan menyiapkan kerja sekolah bersama. Ke taman tema bersama. Ke pusat karaoke bersama. Menikmati hidup ini dengan kegembiraan tanpa memikirkan hari esok. Ya, dia nampak gembira. Aku juga turut tersenyum melihat senyumannya.

Sehinggalah penyakitnya semakin teruk. Dia jatuh pengsan tatkala kami dalam perjalanan pulang dari sekolah.

"Loreley! Loreley!"

Aku memanggil namanya tatkala dia dibawa ke bilik kecemasan oleh petugas. Mataku sudah berkaca. Mulutku masih menyebut namanya. Berharap agar suaraku didengarinya.

Aku duduk di ruang menunggu. Berkali-kali juga aku cuba menghubungi mak dan ayahnya menggunakan telefon Loreley tapi tidak diangkat.

Dia tidak sedarkan diri. Masih terlantar di katil pesakit. Kata doktor, penyakitnya semakin parah. Dia memerlukan rawatan segera. Ya, aku tahu itu. Tapi, siapa yang akan tanggung kos rawatannya?

Mak dan ayah dia? Nenek dia yang sudah nyanyuk? Jangan bergurau!

Aku sanggup buat apa sahaja untuk selamatkan dia!

Aku berhenti sekolah. Mak dan ayah aku pula yang pinggirkan aku sebab keputusan aku untuk berhenti sekolah walaupun aku sudah beri seribu satu sebab. Aku sudah tidak kisah apa nasib pelajaran aku. Apa yang aku peduli hanyalah nyawa Loreley.

Aku mencari kerja. Cuba membuat dua kerja dalam satu sama. Ya, aku tahu. Aku terseksa tapi ini adalah janji aku. Aku sudah berjanji akan bahagiakan dia! Kalau dia terlantar, bagaimana dengan janji aku? Sebab itulah aku perlukan duit.

Setiap kali pulang kerja, aku melawat biliknya. Dia masih tidak sedarkan diri.

"Hey, Loreley? Sampai bila kau nak tidur? Cepat ... sedar. Kalau kau tak sedarkan diri, macam mana dengan janji aku? Bukan ke sebelum ni kau cakap, kau nak ke taman tema? Tempat yang paling kau suka?"

Aku memegang tangannya yang masih hangat. Berharap agar suatu hari nanti dia akan sedar. Berhatap agar dia sedar dengan senyuman.

Ketika itu juga, muncul iklan aneh di skrin telefon aku. Ya, iklan Mafia Game. Aku sudah terdesak. Aku perlukan duit. Aku perlukan duit itu untuk rawatan Loreley. Jadi, aku daftarkan diri dalam Mafia Game tanpa aku tahu yang ia adalah sebuah Permainan Maut.

*****

Bunyi tapak kaki memadati ruang koridor. Harisya mengikuti langkah Mikhail dengan buta. Tidak tahu lelaki itu hendak ke mana. Namun, dia yakin, Mikhail sudah mengetahui identiti Mayor. Tapi, bagaimana?

Langkah kaki Harisya terhenti tatkala Mikhail melangkah masuk ke dalam Kafeteria. Matanya menatap Ivan yang sedang bersendirian di meja. Dia mengetap gigi sebelum menyambung langkah.

Mikhail duduk di kerusi hadapan, menghadap Ivan yang sedang tertunduk termenungkan sesuatu. Dia menongkat dagu. Harisya pula laju melangkah ke arah Ivan. Laju tangannya meragut kolar baju Ivan, mematikan menungan. Merah padma wajahnya menatap tajam mata Ivan.

"Kau tahu kan sebab apa kami jumpa kau?" soal Harisya dengan nada keras.

"Oh, kau dah tahu identiti dia, Harisya? Aku tak buka mulut lagi," celah Mikhail sambil tersenyum sinis.

"Apa yang ... kau cakap ni? Lepaskan aku la!" balas Ivan.

"Kau tahu apa yang aku cakap kan?"

Mata Ivan beralih ke arah Mikhail. Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman sinis seraya melemparkan pandangan serius. Ivan pula mengetap gigi, geram.

'Dia ni ... macam mana dia tahu identiti aku?' soal akal Ivan.

"Beritahu aku sekarang ... apa identiti kau?" soal Harisya lagi.

Ivan berdecit sebelum membuka mulut, "Ya ... aku ialah Mayor yang kau cari."





















promise: the lost leader

Continue Reading

You'll Also Like

184K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐑𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐑𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐑𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐑�...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

730K 30.9K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
20.9K 1.1K 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story...
345K 13.2K 61
🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...