His Precious Wife

Por starlenenyx

1.1M 50.2K 1.7K

ִֶ ✧ HIS SERIES BOOK ONE ˖ ࣪ ᥫ᭡ Dingin dan sombong sifatnya. Berjumpa saat gadis polos itu tida... Más

✧ His Series ✧
01
02
03
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
lene's
Special Chapter I
Special Chapter II ( last )

04

25.1K 1.3K 33
Por starlenenyx

Selesai sahaja Haura menunaikan solat fardu subuh, Haura terus menyandarkan badanya di kepala katil.

Hatinya dari tadi tidak tenang. Rasa gelisah.

Dia menguap perlahan. Rasa mengantuk makin menebal dalam diri. Salah dia juga kerana tidur lambat. Salah satu sebab dia tidur lambat kerana rasa sebersalahnya pada Yang Maha Esa.

Dia rasa sebersalah kerana terlalu lalai dengan dunia yang hanya sementara ini.

Selepas solat Maghrib semalam, Ain terus mengajarnya tentang solat. Walaupun awalnya dia tidak faham, tapi lama kelamaan akan faham juga.

Tapi berbagai persoalan yang bermain di mindanya

Adakah Allah akan menerima taubatnya?

Adakah Allah akan memaafkannya yang sudah melupakan hampir semua tentang Islam?

Haura teringat tentang apa yang terjadi bertahun-tahun yang lalu. Pada waktu yang sama juga dia dan ibu bapanya sama-sama menunaikan solat fardu subuh berjemaah.

Saat itu dia gembira. Kerana ada Ibu Bapa disisi. Tapi lain pula harini. Dia berseorangan. Kini dia ialah Haura Iryana. Seorang Anak yatim piatu.

Jika dahulu, Mama dan Papa akan menasihati dirinya jika dia buat kesalahan. Tapi sekarang tiada lagi Mama Papa yang akan menasihatinya.

Dan saat dia sudah tumbuh menjadi seorang wanita dewasa, Allah hadirkan Ain untuk menjadi keluarganya walaupun tidak lahir dari rahim yang sama.

Apabila dia sudah kembali pada jalan yang benar, di situlah dia tahu yang hati manusia itu kosong saat tiada Allah dalam hatinya.

Tidak rugi jika taat pada Allah, kerna Allah tidak sama dengan manusia yang menabur janji kosong. Janji Allah itu semuanya benar belaka.

Dan ingatlah kepada-ku dan aku juga akan ingat kepada-mu. Bersyukurlah kepada-ku dan janganlah kamu ingkar kepada-ku.
(2:152)

Tok Tok Tok

Bunyi ketukan pintu menyentakkan Haura yang baru mahu melelapkan matanya.

Dengan malas Haura bangun dari pembaringan membuka pintu untuk Ain.

Haura memulas tombol pintu biliknya dan terpampang jelas wajah kawan baiknya yang sedang terukir senyuman manis.

"Nak pergi mana?"

"Kerja. Haura, nanti kita pergi makan tengah hari sama-sama boleh? Ke you ada nak pergi mana-mana?"

"Tak ada."

Bibir Ain naik mengukir senyuman.

"Kalau macam tu, nanti you datang tempat kerja I ya. Nanti I share location."

Haura mengangguk faham.

Setelah itu, mereka berdua turun ke bawah untuk bersarapan ala kadar dan Haura menghantar pemergian Ain hanya dengan ekor matanya.

Apabila Ain sudah pergi, Haura naik ke atas untuk membersihkan diri.


Enjen kereta dimatikan. Dia keluar dari perut kereta. Rambutnya yang berserabai dibetulkan supaya kemas.

Tanpa menghirau mata-mata yang memandangn, terus dia melangkah masuk ke dalam bangunan yang besar gah itu.

Beberapa staff di bangunan tersebut menundukkan sedikit tanda hormat pada Anak kepada Pemilik Bangunan ini.

Office miliknya dituju. Saat dia sampai di Malaysia lagi, Dato Nazri dari awal sudah memaklumkan padanya tentang ini.

Disebabkan Farel merupakan Anak Sulung dari 2 adik beradik, Farel tidak mempunyai pilihan lain melainkan setuju dengan cadangan Dato Nazri untuk menjadi penerus.

kerana Adiknya iaitu Fadrel sedang belajar di Turki. Manakala Dato Nazri menguruskan syarikat mereka yang terletak di Singapore.




Farel duduk di atas sofa yang terletak cantik di biliknya. Matanya dipejam sebentar. Penat.

Bunyi ketukan pintu membuka kembali mata Farel yang baru sahaja mahu tidur.

"Yes?"

Dia yang berada di luar itu menguak pintu kaca itu dan selamat masuk ke dalam office Farel.

"Tuan sekarang dah masuk waktu makan tengah hari, Tuan tak pergi makan ke?"

Farel panggung kepala. Matanya hanya memandang ke bawah. Mengelak dari memandang si wanita.

"

Tak. Kamu pergilah."

"Oh, kalau macam tu, Tuan ada nak kirim apa-apa ke? Saya boleh tolong belikan."

Ain ikhlas mahu menolong. Dia tidak menganggap Farel lebih dari seorang Tuan.

Farel menggeleng lagi. Tidak mahu.

Sejurus itu, Ain terus meminta untuk diri untuk keluar dari ruangan tersebut. Tidak mahu berlama-lama di situ.

"Sorry, lama ke tunggu?"

Bibirnya naik senyum sebersalah. Dia tak sengaja. Memang betul tak sengaja.

"Eh mana ada lama. I pun baru sampai. Lambat 10 minutes je."

"Lamanya, 10 minit. Bukannya 1 minit!"

"Tak apa. I boleh tunggu."

Haura memanggil pelayan di restoran yang mereka duduki. Selesai memesan yang diinginkan, pelayan itu pergi.

"Ain, tempat kerja you, ada jawatan kosong tak?"

"Hmm....I pun tak pasti. Why you ask?"

"Sebenarnya now I tengah cari kerja."

"Oh, I pun tak tahu ada atau tak. Tapi I boleh tolong tanyakan. I rasa ada je jawatan kosong. Punyalah besar bangunannya, takkanlah tak ada. Kan?"

Haura angguk setuju. Selalunya kalau bangunan tu besar, mestilah perlukan rama pekerja kan?

Haura senyum manis. Sekurang-kurangnya ada juga sedikit harapan.

"Don't worry, I kan ada. Pasal duit tu, You boleh pinjam dengan I dulu."

Dia tahu yang Haura memerlukan uang untuk memberikan pada Neneknya yang tinggal di kampung.

"Tapi, I dah banyak kali pinjam duit you. Tak terkira tahu tak?"

"Tak apa, You kan kawan I. Apa salahnya."

Ain tersenyum manis ikhlas. Tidak salah jika kita saling membantu saudara seislam jika mereka dalam kesusahan.

Harta yang ada padanya ini hanya sementara. Jika Tuhan berkehendak, sekelip mata saja harta yang ada dengannya sekarang ni lenyap.


Seguir leyendo

También te gustarán

7.9K 260 16
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 " 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 " Rahsia. Semua manusia yang berada di atas muka bumi ini pa...
448K 50.7K 54
[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan naman...
940K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.4K 236 12
❝Lacuna is officially back in track.❞ - Lacuna Lacuna merupakan sekumpulan ejen muda dari agensi rahsia, Beta Intelligence Agency. Setiap dari mereka...