Tiga Jejaka, L.A.D. (COMPLETE)

Por smiley_qazwanie

125 21 0

[SHORT STORY] Tiga lelaki yang berteman baik. Mereka bertiga mempunyai karakter yang berbeza tetapi 'sekepala... Más

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9

Bab 10

15 2 0
Por smiley_qazwanie

TIGA minggu pun berlalu sejak kejadian itu berlaku. Pak imam membuat majlis kenduri doa selamat untuk anak-anak yang hilang tempoh hari.

Afeef, walaupun kepalanya masih belum sembuh sepenuhnya dia tetap Afeef.

"Eii, budak cengeng, budak cengeng!" usik Afeef yang berdiri di sebelah Najla ketika Najla sedang memotong bawang sewaktu berada di dapur yang ramai dengan mak cik - mak cik.

Najla diam memotong bawang di sebelah dapur gas. Dia berasa bengang dengan Afeef jadi dia memotong bawang itu dengan geram. Tak lama kemudian air bawang terpercik ke dalam matanya.

Laju Najla meletakkan pisau di atas papan hiris itu.

"Argh! Sakit!" jerit dia dengan kuat. Mata Afeef terjegil, terkejut dia apabila Najla tiba-tiba menjerit.

"Ibu!" Dia memanggil ibunya yang berada di luar tetapi ibunya tidak dapat mendengarnya.

"Tolong panggilkan cikgu dekat luar." Suruh seorang mak cik yang sedang memotong bahan-bahan di atas tikar bersama mak cik-mak cik yang lain, kepada anaknya.

"Afeef, bawa dia ke sinki. Tolong basuhkan mata dia tu." Arah seorang lagi mak cik di situ. Afeef hanya menurut.

Dia menolak perlahan bahu Najla yang berlapik, dengan hujung jarinya untuk membawa Najla ke arah sinki kerana Najla tidak boleh membuka mata. Lalu dia membuka paip air.

Najla mendekatkan kepala ke arah air yang mengalir itu lalu mula membilas matanya yang terasa pedih.

Afeef pula tolong pegangkan hujung tudung Najla yang hampir terkena air paip.



===


DAHIN mengacau gulai di dalam kawah besar di luar rumah pak mam. Sementara itu Laila diarahkan oleh kakak Dahin untuk masukkan bahan-bahan ke dalam masakan itu.

"Awak!" panggil abang Laila kepada kakak Dahin. Mereka bertiga serentak berpaling ke arah lelaki itu.

Kakak Dahin berpaling kembali ke arah mereka berdua.

"Laila, kamu pakar dalam sukat perasa, kan? Akak serahkan itu pada kamu. Abang awak dah panggil tu. Akak pergi kejap, ye." Ujar kakak Dahin lalu melangkah ke arah abang Laila.

Laila terus masukkan garam dan secukup rasa ke dalam kawah itu tanpa ragu-ragu.

"Amboi, makin tak boleh berenggang sejak dah jadi tunang!" seloroh Laila sewaktu masukkan sedikit lagi garam. Dahin tersenyum kecil.

Laila berpaling memandang Dahin yang ralit mengacau gulai itu.

"Tak lama lagi kita jadi saudara iparlah, kan?" ucap Laila sambil tersenyum ceria.

Dahin berpaling memandang gadis yang berdiri di sebelahnya.

"Mmm..." Gumamnya ringkas.

Laila membuat muka.

"Kacau tu, boleh kuat sikit tak? Nanti hangit bahagian bawah." Ujar Laila dengan geram apabila melihat Dahin semakin perlahan.

"Banyak cakaplah kau ni. Kau buatlah sendiri, bukan senang tau." Keluh Dahin dengan marah.

Laila tergelak sinis.

"Kalau dah letih tu tak payah nak cover sangat. Nak suruh orang buat kerja dialah tu. Hei, cakap jelah yang kau tu lembik. Dah, sana biar aku yang buat!" ejek Laila. Dahin yang mendengar kata-kata gadis itu memandang Laila dengan wajah berang.

"Tak payah! Aku kuat apa. Aku lagi kuat daripada kau. Aku atlet sekolah kita tau. Kau jangan lupa tu!" kata Dahin tidak mahu kalah.

Laila silang tangan. Dia buat muka menyampah.

"Hey, anak-anak... Macam mana gulainya?" soal mama Dahin yang datang ke tempat mereka dengan ibu Laila.

Pantas mereka menarik senyuman.

"Cantik. Sedap. Cukup rasa!" komen Dahin lancar. Dia mengacau dengan lebih kuat berbanding tadi. Caranya seperti dia yang memasak gulai itu seorang diri.

Laila memandangnya atas bawah dengan riak menyampah. Lalu dia beri senyuman kepada mama Dahin dan ibunya.

"Gulainya okey je. Kena biarkan menggelegak dulu then dah siap!" beritahu Laila pula.

Mama Dahin mengangguk sambil tersenyum. Dia berlalu pergi bersama ibu Laila. Mereka berdua serentak ketawa kecil selepas berjalan melepasi anak-anak mereka.

Dahin dan Laila melepaskan keluhan.

"Kacau elok-elok!" arah Laila sambil menunjuk ke arah gulai itu. Dahin memandangnya dengan tajam.




===




KHAYLA duduk di atas buaian yang tergantung di pohon besar belakang rumah pak imam.

Hari sudah semakin gelap. Dia memandang ke langit yang dipenuhi dengan bintang. Dia mengeluh perlahan. Kepalanya masih terasa pening sedikit.

Khayla baru saja selesai mencuci pinggan mangkuk yang banyak di dalam sinki yang terletak di belakang luar rumah itu.

Dia mendengar dengan jelas ketika Najla menjerit tadi. Disebabkan risau, dia dengan pantas pergi ke arah pintu dapur yang berada tidak jauh dari tempatnya ketika itu. Dia diam berdiri di muka pintu saat melihat Afeef membantu Najla. Siap tiupkan mata lagi!

Khayla tergelak kecil apabila teringatkan hal itu.

Luwai yang baru hendak memanggil Khayla di sinki luar rumah terhenti apabila tidak nampak sosok Khayla di situ. Dia memerhati sekeliling mencari Khayla, setelah nampak gadis itu berada di atas buaian, dia tersenyum.

Cantik gadis itu mengenakan baju kurung moden berwarna ungu lembut bercorak bunga berwarna ungu gelap. Bertambah ayu apabila dipasangkan dengan tudung.

"Amboi, mengintai anak dara orang!" sergah papa Khayla dari belakang. Luwai tersentak. Dia tersenyum malu.

"Banyak kenangan pahit yang dilalui oleh Khayal." Beritahu papa Khayla tiba-tiba. Luwai hanya mendengar.

"Bila dia berumur 10 tahun, dia hampir dibunuh oleh seseorang yang dengki terhadap dia. Orang tu hampir menoreh muka Khayla sebab nak rosakkan hidup Khayla. Tapi nasib baik anak pak cik tu sempat gigit tangan orang tu."

Papa Khayla memandang Luwai.

"Disebabkan kejadian tu Khayla banyak bersendirian dan lebih berhati-hati dengan orang sekeliling." Jelas papa Khayla.

"Kenapa pak cik beritahu saya? Khayla tak marah ke nanti?" soal Luwai risau.

Papa Khayla tersenyum kecil.

"Tak. Sebab dia percayakan kamu." Ucap lelaki itu lalu beredar.

"Pak cik ni comel betul. Aku memang tak boleh jangka langkah dia." Komen Luwai lantas ketawa kecil.

Seorang mak cik meletakkan dulang makanan yang perlu dicuci di dalam sinki.

"Khayla!" panggilnya. Khayla tersentak. Dia melangkah ke arah sinki itu untuk menyambung kerjanya.

"Maaflah tak dapat tolong kamu. Kami sibuk uruskan makanan. Nanti mak cik upah kamu lebih, ye." Kata mak cik itu sambil memegang lengan Khayla ketika berkata.

Khayla hanya tersenyum.

Dia mula memakai sarung tangan getah apabila mak cik itu beredar. Dia membasuh dulang itu dengan bersih.

Tak lama kemudian, dua orang lelaki membawa sebuah besan yang besar berisi beberapa dulang makanan. Mereka meletakkannya di sebelah sinki.

Luwai yang masih tercegat di pintu dapur berjalan mendekati Khayla. Sarung tangan getah yang berada di sebelah Khayla dia capai. Hampir saja badannya terkena Khayla. Khayla menjauhi lelaki itu.

"Apa kau buat ni?" soal Khayla apabila melihat lelaki itu memakai sarung tangan getah.

"Basuh pinggan." Balasnya ringkas lalu mengambil sebuah dulang seraya itu dia mencapai span dari tangan Khayla dan mula mencucinya.

"Eh, tak payahlah. Aku buat je. Kau pergi tolong Afeef buat air." Tegah Khayla.

"Najla dah tolong." Balasnya pendek lalu dia memandang Khayla. Dia membuat isyarat dengan matanya untuk Khayla sambung mencuci. Khayla turutkan saja.

Mereka diam membasuh dulang-dulang itu.

Luwai membasuh dengan pantas sehingga terpercik air ke wajah Khayla. Luwai gelabah.

Tanpa berfikir panjang dia cepat-cepat lap muka Khayla dengan lengan baju melayu dia. Khayla menjauhkan diri.

Luwai terkaku.

"Ah, maaf." Ucap Luwai dengan wajah serba salah. Khayal berkerut dahi.

"Baju kau kotor. Aku nampak kau lap peluh dengan lengan baju tu." Usai berkata, Khayla membuka sarung tangan kemudian mencuci wajahnya dengan air paip.

Luwai rasa bersalah. Berkerut dahinya apabila terdengar tawa Khayla.

Khayla ketawa geli hati tatkala melihat wajah cemas Luwai itu tadi.

Luwai pun ikut ketawa melihat wajah ceria gadis itu.


-TAMAT-

Seguir leyendo

También te gustarán

55.1M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
Lucent Por ads ¡¡

Novela Juvenil

172K 3.9K 17
lucent (adj); softly bright or radiant ✿ ✿ ✿ My brother's hand traces the cut on my right cheek for some minutes. I have no idea how a cut can b...
11.1K 676 20
+Seorang gadis diganggu oleh bekas teman lelakinya yang terlalu obses mengenainya. "I will make you mine" - Hoseok Don't play with someone heart, de...
191M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...