Tiga Jejaka, L.A.D. (COMPLETE)

By smiley_qazwanie

129 21 0

[SHORT STORY] Tiga lelaki yang berteman baik. Mereka bertiga mempunyai karakter yang berbeza tetapi 'sekepala... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10

Bab 8

6 2 0
By smiley_qazwanie


DAHIN mengeluh perlahan. Dia lupa nak bawa kerja sekolahnya ke rumah kawan mamanya. Padahal dia sudah kemaskan satu beg untuk bukunya. Macam mana dia boleh terlupa.

"Haih, dahlah duduk sini tiga hari." Keluhnya. Dahin duduk berbaring di kerusi malas depan rumah kawan mamanya.

Laila keluar dengan bergumam ceria. Dia memandang ke arah Dahin ketika duduk memakai kasut sukannya di lantai. Dahin yang berbaring di kerusi malas di sebelah pintu masuk dia tegur.

"Dahin, nak ikut aku pergi sungai tak? Sungai yang kau hampir jatuh tu. Yang aku pegang kolar kau bila nak selamatkan kau tu. Ingat tak? Ingat tak?" ajak Laila dengan riang.

Tanpa membuka mata Dahin membalas.

"Tak nak. Aku nak rehat." Balasnya ringkas.

"Okey, aku pergi dululah. Bye!"  Laila terus melangkah dengan ringan untuk menuju ke sungai.

Laila tidak ambil peduli jika Dahin tidak mengikutinya kerana dia faham yang Dahin penat. Sejak dari semalam Dahin tidak berhenti menolong atuknya menanam pokok dan mengutip buah dekat dusun milik atuk Laila.

Laila tiba di sungai, dia mengutip batu-batu kecil untuk dibaling ke dalam air sungai. Tetapi pergerakkan terhenti apabila terdengar perbualan beberapa orang lelaki.

Laila duduk menyorok di sebalik semak.

"Aku nampak budak perempuan yang cantik tadi lari masuk hutan." Kata seorang lelaki yang baring di situ.

"Kaulah ni. Takutkan dia tu, kenapa? Kan dia dah lari. Tulah, aku nak ajar kau pikat awek kau tak nak." Ujar seorang lagi lelaki yang menghisap plastik berwarna hitam kepada lelaki yang sedang minum kopi tin.

Lelaki itu berhenti minum. Dia memandang ke arah lelaki yang menghisap plastik tu dengan pandangan menyampah.

"Kau pun tak ada siapa yang nak. Nak mengajar orang. Haktuih!" ludah lelaki itu.

Laila berkerut dahi.

"Budak perempuan? Kalau dia lari masuk hutan mesti dia dah keluar, kan?" bisik Laila sendiri.

"Eh, kalau dia tak keluar lagi macam mana?"

Laila menggaru kepala. Dia mengeluh berat. Tanpa berfikir panjang dia berlari masuk ke dalam hutan tersebut.



===



NAJLA mengambil ranting kayu yang menghalang jalannya. Mukanya dari tadi masam.

"Ish! Abang ni kan! Kenapalah tinggalkan adik dengan mamat ni? Pak imam suruh ikut, ikut jelah!" marah Najla lalu memukul semak di sebelahnya ketika lalu di situ dengan ranting di tangan.

Afeef yang tenang berjalan, terkejut apabila melihat banyak daun yang gugur daripada semak tersebut. Dia menelan air liur.

"Sabar. Sabar. Aku tahu kau marah. Tapi dalam keadaan sekarang ni kita kena sabar. Bila kita berjaya keluar dari hutan ni kau nak bertukar jadi Pokemon pun aku tak kisah." Pujuk Afeef menenangkan Najla.

Najla memandangnya tajam.

"Sebab kaulah kita terperangkap dalam hutan. Kau cakap ada pak cik jual ayam goreng seringgit, siapa je yang nak menjual dalam hutan, hah?! Kau ni, dah lama aku sabar dengan kau tahu. Dari petang tadi sampai ke senja ni aku bertahan tapi sekarang aku rasa aku nak meletup dah ni!" jerit Najla dengan geram. Dia mengejar Afeef yang menjerit macam perempuan apabila melarikan diri.

"Aduh!" Afeef terjatuh apabila tersepak sesuatu.

Najla berhenti berlari dengan mengejut. Dia memandang ke arah sosok itu.

"Argh!" jerit Khayla terkejut apabila memandang ke arah mereka berdua. Afeef yang masih terjatuh, bangun ke posisi duduk bersila.

"Kak unicorn!" jerit Najla terkejut. Khayla memandang wajah Najla.

"Awak buat apa dalam hutan ni?" soal Khayla pelik.

Najla memandang ke arah Afeef yang menyapu kotoran yang melekat di lengan lelaki itu.

"Tu, sebab lelaki tu." Tunjuk Najla menggunakan bibirnya. Seraya itu dia membuat muka.

Khayla mengangguk perlahan. Tanpa memberitahu sebab yang panjang pun dia dah boleh agak apa yang berlaku.

"Kau pula, macam mana boleh menyandar dekat sini?" soal Afeef seraya itu menunjuk ke arah Khayla yang sedang menyandar di pokok.

"Aku tersesat. Salah masuk jalan." Balasnya dengan senyum kekok.

Afeef mengangguk faham.

'Kalau Luwai tahu aku tersepak kaki 'tulang rusuk' dia ni rasanya aku kena maki dengan mamat tu.' bisik hati Afeef.

"Eh, budak!" panggil Afeef.

Najla berpaling memandangnya.

"Kita rehat sinilah. Dah nak gelap ni. Bahaya kalau berjalan dalam hutan waktu gelap. Risau tersalah jalan, makin sesat kita nanti." Ujar Afeef kepada Najla.

Najla mengeleng dengan cemas. Afeef berkerut dahi.

"Tak boleh! Aku kena balik sekarang. Aku nak ibu aku!" Najla mula merengek. Air matanya mula mengalir.

"Hey..." Panggil Khayla perlahan. Khayla menarik lembut lengan Najla lalu menyuruhnya untuk duduk di sebelahnya. Dia memeluk bahu Najla.

"Hey, jangan risau. Kita akan keluar dari sini. Akak dengan Afeef akan jaga awak."  Pujuk Khayla, menenangkan Najla. Najla menangis di bahu Khayla. Dia takut. Khayla menggosok bahu Najla.

"Weh, budak. Kau janganlah nangis. Nanti aku ikut nangislah." Seloroh Afeef. Najla menghiraukan dia.

"Dahlah tu. Aku janji, lepas kita keluar dari sini, aku akan bertanggungjawab atas kehilangan kita ni. Aku akan explain dekat cikgu. Tak apa. Aku ada dekat sini. Jadi kau selamat." Pujuk Afeef lagi. Kali ni hati Najla semakin tenang.

Najla memeluk pinggang Khayla. Khayla mengusap bahu Najla agar lebih tenang. Afeef hanya memerhati dua gadis itu sambil memeluk lutut.



===



LANGKAH Laila terhenti.

"Mangkuk?" soal Laila hairan apabila ternampak muka Afeef yang sedang menungkat dagu dengan siku yang berada di paha.

Afeef dan Khayla berpaling memandang Laila yang berdiri tidak jauh dari mereka.

Laila alihkan pandangan ke arah dua orang gadis itu.

"Khayla? Najla?!" jerit Laila.

Laila terkejut lalu mendekati mereka. Dia duduk di sebelah Najla.

Afeef menyuruh Laila perlahankan suara kerana Najla sedang tidur. Laila mengangguk faham.

"Apa yang kau orang buat dekat sini? Bahayalah!" tanya Laila dengan suara yang perlahan.

"Kami sesat. Aku dengan Najla sebenarnya nak pergi taman permainan tapi aku tersalah jalan sebab dah sebulan lebih kita PKP, kan? Jadi aku ingat-ingat lupa. Khayla ni pula dia tersesat sebab salah masuk jalan juga. So di sinilah kami." Jelas Afeef lalu akhirinya dengan senyuman palsu.

"Jadi Khaylalah yang geng mat motor tu cakapkan?" teka Laila sambil memandang ke arah Khayla. Khayla turut memandang Laila tatkala mendengarnya.

Afeef berkerut dahi.

"Mat motor?" bisik Afeef sendiri.

"Kau orang berdua dari sungai ke?" soal Afeef memandang ke arah mereka berdua bersilih ganti.

Melihat mereka berdua mengangguk, Afeef menepuk dahi.

"Abi!" geram dia bersuara.




===



PAK imam menenangkan beberapa buah keluarga yang kerisauan. Anak-anak mereka tidak pulang ke rumah dan sekarang mereka berkumpul di hadapan rumah pak imam.

Papa Khayla yang cemas ditenangkan oleh jiran lain. Ibu Najla menangis sementara ibu Laila tenang tetapi sedang dipeluk oleh mama Dahin.

Abang Najla diam menundukkan kepala di sebelah ibunya. Dia juga risaukan adiknya. Dia menyesal tinggalkan adiknya bersama Afeef seorang diri.

Dahin yang turut berada di situ menatap wajah ibu Laila, dia memejam mata dengan perasaan kesal. Tatkala itu dia membuka mata, dia terpandang papa Khayla yang menunduk risau.

Dahin membuka telefonnya lalu menelefon Luwai.

Luwai mengangkatnya.

"Kenapa, bro?" soal Luwai memulakan bicara.

Dahin mengeluh berat.

"Afeef hilang. Najla dengan Laila pun sama. Khayla pun sekali." Ujarnya, apabila menyebut nama Khayla dia sebutnya dengan perlahan.

"Apa?!" Luwai tersentak. Jantung dia berdegup pantas.

"Kau bagi alamat kau sekarang!"

Continue Reading

You'll Also Like

188K 5.2K 96
not you're average mafia brothers and sister story.. This is the story of Natasha Clark, an assassin, mafia boss, and most of all the long lost siste...
194M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...
1M 3.6K 72
lesbian oneshots !! includes smut and fluff, chapters near the beginning are AWFUL. enjoy!
541K 6.6K 93
"Berani main-main sama gue iya? Gimana kalau gue ajak lo main bareng diranjang, hm? " ucap kilian sambil menujukan smirk nya. Sontak hal tersebut me...