C | DEAR MY CRUSH โœ“

By liyasarahnur

6.9K 712 1.9K

( UNEDITED ) Under Dear Series: "Kita bagai siang dan malam. Tidak akan menyatu kecuali dengan takdirNya." ... More

๐ŸŒผ PROLOG ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 1 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 2 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 3 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 4 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 5 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 6 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 7 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 8 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 9 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 10 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 11 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 12 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 13 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 14 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 15 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 16 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 17 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 18 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 19 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 20 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 21 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 22 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 23 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 24 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 25 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 26 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 27 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 28 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 29 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 30 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 31 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 32 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 34 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 35 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 36 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 37 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 38๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 39 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 40 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ EPILOG ๐ŸŒผ

๐ŸŒผ BAB 33 ๐ŸŒผ

128 10 72
By liyasarahnur

      “ANIS.  Lama lagi ke?” soal Adreena yang berdiri di sebelah Anis. Dia menggaru pipinya.  Bosan menunggu sebenarnya. Sudah acap kali dia menguap. Anis menoleh ke sebelahnya.

“Sabar lah.  Sekejap lagi sampai lah tu. Tak sabar-sabar.” Anis menggelengkan kepalanya perlahan. Dari tadi asyik merungut aje kerjanya. Sesekali bila dia pandang Adreena, gadis itu tertidur. 

“Tidur ajelah dulu.  Kalau dia orang sampai, saya bagitahu.  Saya nak ke dapur sekejap. Nak tolong mama siapkan kuih.” Adreena hanya mengangguk perlahan. Malas dah nak bersuara. Bahu Adreena ditepuk-tepuk sebelum dia bangun. Kusyen yang di pegang di letakkan di atas sofa kembali sebelum dia menyusun langkah menuju ke arah dapur, meninggalkan Adreena yang sudah terlelap di atas sofa itu.

Waktu terus berlalu. Setengah jam kemudian, kedengaran deruman enjin memasuki perkarangan rumah itu. Selang beberapa minit, bunyi itu lenyap dan di gantikan dengan bunyi orang memberi salam. Luthfi dan Adam.

“Assalamualaikum! Kak Anis? Mama?” Kuat Luthfi bersuara.  Takut kedua mereka tidak mendengar suaranya.  Maklumlah rumah besar. Namun tiada sahutan. Pintu rumah yang terbuka luas membuatkan satu idea terlintas di benak fikiran Luthfi.

“Masuk je lah.  Mungkin dia orang tak dengar.”

“Cuba lah bagi salam lagi. Datang rumah orang kena beradap sikit.” Ceh! Dia pun pernah main masuk je rumah orang dulu. Luthfi buat muka.  Dia kemudiannya melakukan apa yang disuruh oleh abangnya tadi

“Assalamualaikum! Kak Anis? Mama!” Setelah beberapa detik, masih tiada balasan dari dalam. Luthfi menoleh ke arah Adam.

“Masuk je lah.  Menjerit sampai keluar anak tekak pun belum tentu dia orang dengar.”

“Tak apa ke?” soal Adam.  Bimbang sebenarnya naik rempuh masuk je.  Takut dikira menceroboh.

“Kita dah biasa datang sini. Jadi mama tahu-tahu je lah.” Luthfi membuang kasutnya sebelum di letakkan di atas rak kasut sebelum menapak masuk. Sempat dia membaca ayatul Qursi sebelum masuk. Rumah itu senyap sunyi sebelum sayup-sayup kedengaran suara orang berbual.

“Dia orang ada dekat dapur kut. Aku nak pergi check sekejap.” Luthfi terus berlari anak meninggalkan Adam dan menuju ke arah dapur.

Adam pula hanya menghela nafas perlahan. Kasut di buang sebelum diletakkan di atas rak kasut bersebelahan dengan kasut milik Luthfi.

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah itu.  Pandangan di edarkan sekeliling.  Benar-benar sunyi.  Kakinya kemudian melangkah menuju ke arah ruang tamu.  Ingin duduk.

Sesampai di ruang tamu, dia duduk di sofa single. Nafas ditarik sebelum dihembus kembali. Dia kemudiannya menoleh ke sisinya apabila suara dengkuran halus menyapa gegendang telinganya.  Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat Adreena sedang tidur di sofa panjang. Kemudian dia menggosok-gosok matanya.  Ingin memastikan benarkah dia melihat Adreena atau ilusinya sedang mempermainkan nya lagi?

Setelah beberapa mencubit peha nya, barulah dia dapat tahu yang itu benar-benar Adreena.  Tapi... Kenapa Adreena tidur di situ? Bukan kah tidak elok untuk anak dara atau wanita tidur di tempat terbuka? 

Wajah Adreena hanya kelihatan separuh kerana terlindung dengan lengan gadis itu. Dia kemudiannya perlahan-lahan menghampiri gadis itu dengan niat ingin mengejutkan gadis itu. Namun apabila di pandang lama-lama, rasa tak sanggup nak kejut pula hadir. Tapi kalau tak kejut...

“Abang?” Mendengar suara yang memanggil nya, Adam tersentak.  Laju dia bangun sebelum berpusing ke belakang. Anis.

“Abang kenapa?” soal Anis. Aneh dengan tingkah laku abang sepupunya.

Err... Kenapa Reena tidur sini?” soal Adam. Anis kerutkan dahi.

“Reena?” Seketika kemudian Anis menepuk dahinya sendiri. Terlupa pula Adreena tertidur di ruang tamu tadi.  Aduhai!

“Ya Allah, macam mana boleh terlupa si Reena ni.  Emm abang pergilah jumpa mama dekat dapur dulu.  Saya nak kejut Reena.  Takut bila nampak abang, dia salah faham pula. Karang malu sampai tak nak keluar bilik lagi.” Adam hanya mengangguk perlahan sebelum mengerling Adreena yang tertidur sekilas.

Dia kemudiannya melangkah menuju ke arah dapur.  Anis pula menuju ke arah Adreena untuk mengejutkan gadis itu. Forgive me, Reena!

*****

      ADREENA berdiam diri didalam tandas.  Rasa nak hantuk-hantuk je kepala pada dinding sekarang.  Kenapalah dia tertidur di atas sofa tadi? Malu! Ya Allah, sungguh dia malu! Macam mana kalau Adam nampak tadi? Macam mana kalau Luthfi nampak tadi? Habislah maruahnya! Mana dia nak sorok muka ni?

Resah menyapa diri.  Hujung kukunya digigit berkali-kali.  Tidak tenang terasa hatinya.

Tok! Tok! Tok!

“Reena? Reena?” Suara Anis kedengaran dari luar. Adreena berpaling ke arah pintu seraya menyahut panggilan gadis di luar sana.

“Keluar lah.  Jom kita makan,” ajak Anis. Adreena rasa serba tak kena. Kalau dia keluar, kena hadap Adam pula.  Kalau tak keluar, nanti apa pula mama Anis kata. Aduhai!

“Keluar aje lah Reena. Awak nak malu buat apa? Adam dengan Luth tak perasan pun awak tidur dekat sofa tu. Dia orang terus ke dapur bila dia orang sampai tadi.”  Tipu sikit pun jadilah.  Sebab salah dia juga fasal hal tu. Tapi dia pun tak perasan bila Adam dengan Luthfi sampai tadi.

“Betul ni? Dia orang memang tak nampak?” soal Adreena, meminta kepastian.

“Ya, betul.  Jom lah keluar.” Nafas dihela perlahan. Serba salah pula nak menipu. Tapi apa boleh buat.

Sedetik kemudian, pintu bilik air itu di kuak dari dalam. Adreena kemudiannya keluar dari bilik air itu.

“Jom.” Lengan Adreena dipaut sebelum ditarik nya gadis itu menuju ke arah meja makan. Adreena hanya menurut.

Sesampai di meja makan, mereka mengambil tempat duduk di kerusi yang kosong. Kelihatan Adam, Luthfi dan Puan Ainis, iaitu mama Anis sedang rancak berborak sambil menikmati kuih yang dibuat oleh Puan Ainis.

“Rancak berborak. Borak apa?” Anis menegur. Tangannya mencapai dua biji gelas sebelum mencapai teko air.
Air dituang ke dalam gelas. Adreena mencapai salah satu gelas lalu hujung gelas di bawa ke bibir.  Bismillah di baca sebelum dia menegur air itu.

“Borak santai-santai je.” Puan Ainis membalas. Anis terangguk-angguk.

“Luth tak ada rancangan nak sambung belajar ke?” soal Anis.  Bagi dia, Luthfi masih lagi muda dan masih sempat untuk sambung belajar. Luthfi memandang Anis.

“Luth nak kerja terus.  Tak yakin lah kalau nak sambung belajar. Lagipun papa dah ajak Luth kerja dengan dia.” Dia pelajar tahfiz.  Jadi, tidaklah berapa cerdik mana. Lagipun kalau dia kerja terus, dapatlah dia simpan duit untuk perkahwinan dia dan Ayeena nanti.

“Baguslah kalau Luth kerja terus. Nanti tak payah dah susah-susah fikir nak cari kerja dekat mana. Mula dari sekarang Luth kena hidup berdikari. Sekurang-kurangnya kalau dah berumah tangga nanti, kewangan dah kukuh.” Puan Ainis menyampuk. Bagi dia Luthfi lebih baik berkerja terus. Boleh beli rumah terus.

Eh lambat lagi Luth nak kahwin. Masih dalam perancangan.” Luthfi ukir senyum nipis.

“Dengan adik Reena, kan?” soal Puan Ainis.  Pandangan Luthfi beralih kepada Adreena sebelum dia memandang Puan Ainis.  Satu anggukan di berikan sebagai satu jawapan.

“Kakaknya pula bila nak kahwin?” Adreena yang sedang memakan kuih itu hampir tersedak apabila Puan Ainis tiba-tiba melontarkan soalan maut. Anis kemam bibir, menahan tawa dari terletus. Ah sudah! Habislah Adreena kena soal jawab dengan Puan Ainis.

Luthfi juga turut menahan daripada tersenyum. Sebiji kuih di capai sebelum dia sumbat masuk ke dalam mulut bagi mengelakkan diri dari tersenyum.

Adreena angkat kepalanya. Automatik pandangan dia dan Adam tertembung. Cepat-cepat Adreena alihkan pandangan ke arah Puan Ainis.

“Tak ada jodoh lagi auntie.” Adreena ukir senyum janggal.

“Sayang betul kalau tak ada jodoh lagi. Reena kan cantik. Baik, bijak pula tu.  Tak kan tak ada yang sangkut.” Nadanya kedengaran sedikit tidak percaya.  Aduh, kena lagi! Adreena sudah tertunduk.  Malu Ya Allah! Anis, what's wrong with your mother? Sungguh Adreena rasa mahu lari tika itu.

“Entah Reena.  Tak kan tak ada yang sangkut.” Anis menyakat. Sengaja menokok tambah.  Dia menyiku lengan Adreena.

“Senyaplah awak!” bisik Adreena geram. Panas serasa pipinya.  Anis tertawa kecil. Tahu pula malu cakap fasal kahwin.

“Adam pula bila nak kahwin? Tak ada jodoh juga lagi?” Giliran Adam pula di soal oleh Puan Ainis. Adam yang sedang tenang-tenang makan itu angkat kepalanya. Otaknya tiba-tiba kosong.  Kenapa tiba-tiba tanya fasal dia pula ni? Luthfi yang berada di tepi Adam rasa nak ketawa. Kenapa soalan Puan Ainis macam nak perkenakan mereka berdua aje?

“Tak ada jodoh lagi mama.”

“Ma, dia orang berdua bukan tak ada jodoh.  Tapi malas kahwin.  Jodoh ada depan mata buat tak tahu je. Entah lah bila nak confess.” Adreena yang duduk di sebelah Anis terkejut bukan main apabila Anis dengan selamba berkata begitu.

“Serius lah, Anis?” soal Puan Ainis tidak percaya.  Anis dengan confident nya mengangguk. Adreena di sebelah sudah tidak senang duduk.

Err... Saya nak pergi tandas sekejap auntie.” Adreena meminta diri.  Makin lama berada di situ entah apa lagi yang bakal keluar dari mulut Anis.

Seusai Adreena beredar, tawa Anis meletus. Puan Ainis menepuk lengan anak perempuannya itu.

“Anis ni.  Tak baik buat Reena macam tu.”  Puan Ainis menegur. 

“Dah nampak susah sangat.  Abang pun satu.  Cepat-cepat lah jalan kan plan tu.  Nak tunggu dia pindah dulu baru nak sibuk buat plan tu?” Pandangan Anis tertumpu kepada Adam.

Adam tidak berkata apa-apa.  Hanya senyuman nipis diukir. Tiba-tiba rasa tak percaya diri datang.

“Jangan lah hilang harapan. Kalau abang betul-betul nak kan dia, abang perjuangkan lah dia. Jangan lah biar kan je dia macam tu. Kesempatan tak datang dua kali.” Luthfi berpaling ke arah Anis.

“Akak cakap orang je. Akak tu bila nya nak kahwin?” Anis yang sedang menyisip air itu tersentak.  Air tersembur keluar dari mulut nya. Cepat-cepat dia mencapai tisu lalu mengelap mulutnya.

“Tak ada jodoh lagi.”  Ringkas Anis menjawab.  Dia masih sedar diri.  Dia yakin tiada sesiapa pun akan suka dia.

Eleh, tak ada jodoh lah sangat.  Abang Nafis tu apa?” soal Luthfi.  Sengaja menyakat. Keningnya di angkat-angkat.

“Kenapa pula libatkan Abang Nafis nya? Akak dengan dia tak ada apa-apa.” Anis menafikan. Memang tak lah dia suka Nafis.  Jauh beza kut umur dia orang.

“Ma, tengok lah Kak Anis ni.  Ada buah hati tak bagitahu kita.” Bulat mata Anis apabila mendengar Luthfi tiba-tiba mengadu kepada mamanya.

“Anis.  Betul ke Anis ada buah hati?” Laju Anis menggeleng.  Dia berpaling ke arah mamanya.

“Anis mana ada buah hati.  Luth tu pandai-pandai je cakap orang macam tu.” Satu jelingan di hadiahkan kepada Luthfi.  Luthfi tertawa apabila Anis menjelingnya.

“Habis tu bila nak kahwin?” Kali ni Anis terkejut dengan soalan mamanya.

Luthfi pula angkat ibu jari sahaja dengan ekspresi wajah mengusik.  Adam hanya tergeleng perlahan sambil tersenyum.

“Anis?”

Err... Anis nak pergi tengok kan Reena sekejap.  Apa dia buat lama sangat dekat tandas tu.” Anis meminta diri sebelum cepat-cepat beredar dari situ. Sempat satu jelingan maut diberikan kepada Luthfi.

“Sedap sangat kenakan orang.  Bila dah terkena batang hidung sendiri baru dia tahu rasa dia macam mana.” Luthfi tergeleng. Adam angkat bahu sebelum sambung makan.




_______________________

TO BE CONTINUE
________________________



Assalamualaikum and good afternoon! <3
Here new update 🌹 Don't forget to vote and comments ❤️.

Terima kasih atas segala sokongan ♡











Lots of love,
Liya 🌹

Continue Reading

You'll Also Like

50.1K 2.1K 39
Tengku Ismahanim - Seorang gadis yang bijak, milik wajah yang jelita dan juga popular. Tengku Fahrin Shah - Seorang jejaka yang digilakan oleh pelaj...
206K 8.2K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
6.7M 333K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
683K 34.8K 41
"Selagi kau stay dengan aku, aku akan layan kau macam permaisuri. Bagi kau apa sahaja termasuk perhatian. Apa sahaja untuk kau." "Sa-kenapa saya?" "K...