Kerana Mereka (👀)

sweetie_snow

17.6K 1.7K 721

Mengisahkan tentang perjuangan seorang lelaki yang sentiasa mahu menjadi yang terbaik buat adik-adiknya. Pen... Еще

♥️-Prakata-♥️
♥️-Trailer-♥️
♥️-1-♥️
♥️-2-♥️
♥️-3-♥️
♥️-4-♥️
♥️-5-♥️
♥️-6-♥️
♥️-7-♥️
♥️-8-♥️
Bila Kembar Elemental Kena Buli
♥️-9-♥️
B.T.S #1
♥️-10-♥️
♥️-11-♥️
♥️-12-♥️
♥️-13-♥️
♥️-14-♥️
♥️-15-♥️
♥️-16-♥️
♥️-17-♥️
B.T.S #2
♥️-19-♥️
♥️-20-♥️

♥️-18-♥️

668 73 17
sweetie_snow

*Terkandung nota penting di bahagian bawah sekali. Mohon dibaca ya!*

"Hali... Fikir betul-betul keputusan kau ni! Kau dah kenapa?! Tolonglah, jangan buat macam ni kat aku... Fikirkan diri kau, Hali!"

Sudah kali keberapa entah Gempa memujuk Halilintar. Walaubagaimanapun, Halilintar tekad dengan keputusannya.

Begitu juga dengan Blaze. Setelah banyak kali mendesak Halilintar untuk membenarkannya ikut bersama, akhirnya Halilintar terpaksa bersetuju akibat berasa rimas.

Ais tidak mampu berbuat apa-apa. Dia sekadar membisu apabila Gempa cuba memujuknya pula.

"Korang dah tak sayang aku ke..?" sayu Gempa bersuara. Air mata jantannya sudah lama gugur. Dia teresak-esak menangis, meminta agar mereka membatalkan niat gila mereka.

"Maafkan aku, Gempa. Tapi aku rasa ini yang terbaik. Sekali lagi, maafkan aku. Aku harap kau faham..."

"Hali..! Hali!"

Kepala Gempa terasa berdenyut-denyut dengan hebat. Pandangannya mula kabur dan kelam perlahan-lahan. Kakinya sudah lemah dan seakan-akan tidak mampu berpijak lagi pada realiti.

Dan tanpa disangka...

"Gempa!"

∆∆∆∆∆

Thorn setia menemani di sisi Gempa. Wajah pucat Gempa dipandang dengan hati yang luluh. Apa yang baru sahaja berlaku seakan-akan tidak sampai sepenuhnya ke kefahamannya.

Thorn menjadi sayu. Walaupun Gempa kelihatan 'okey' pada mata adik-beradik mereka yang lain, namun dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena menimpa si sulung. Pelbagai persoalan menghentak fikirannya.

"Abang Gem..," bisiknya halus. Tangannya perlahan-lahan menggenggam tangan Gempa. Terasa sejuk sahaja tangan itu.

Tiba-tiba, berlaku tindakan refleks terhadap Gempa. Sebaik sahaja tangannya diraih oleh Thorn, jari jemarinya mula bergerak-gerak, menandakan dia sudah mula sedar.

Thorn yang terkejut pada mulanya, berasa agak lega. Dia mengeratkan genggaman tangannya.

"Abang Gempa... Abang Gempa dah sedar?"

∆∆∆∆∆

Gempa membuka matanya perlahan-lahan. Semuanya kelihatan kabur pada mulanya sebelum semakin jelas. Kepalanya masih terasa berdenyut-denyut dengan hebat. Berkerut dahinya menahan denyutan itu.

"Abang Gempa... Abang Gempa dah sedar?"

Sayup-sayup kedengaran suara seseorang di sisinya. Gempa cuba mengamati suara tersebut.

"T... Thorn..."

Mata Thorn sudah berkaca-kaca melihat keadaan Gempa. Tanpa amaran, dia terus sahaja mendakap tubuh Gempa yang terbaring di atas katil.

"Abang Gempa... Thorn mintak maaf... Thorn mintak maaf sangat-sangat sebab terkasar dengan Abang Gempa... Tolong maafkan Thorn..," rengek Thorn dengan penuh perasaan bersalah.

Gempa terkesima. Luluh hatinya melihat tangisan Thorn yang bukan dibuat-buat. Dia tahu dan dia kenal, Thorn bukanlah seorang yang boleh berpura-pura dengan perasaannya sendiri.

Dada Gempa menjadi sesak. Namun, dia tetap cuba membalas dakapan hangat dari si adik. Air mata sudah terkumpul di pelupuk matanya.

"Thorn... Janganlah menangis... Abang Gempa tak marahkan Thorn... Abang Gempa tak terasa sikit pun. Dan andai kata Thorn ada buat salah kat Abang Gempa, Abang Gempa dah lupakan dan Gempa akan sentiasa bersedia untuk maafkan kesalahan Thorn dan semua orang..," panjang lebar Gempa memujuk.

"Sini, pandang Abang Gempa," Gempa menarik lembut wajah Thorn agar wajah mereka bertentang.

Thorn akur. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya. Matanya menatap ke dalam Gempa. Terlihat aura dan perasaan kasih sayang yang terpalit dari dalam anak mata beriris emas itu. Pandangan redup si sulung sentiasa memberikan ketenangan bagi sesiapa yang melihat.

"Thorn... Janji dengan Abang Gempa... Thorn tak boleh jadi lemah. Thorn kena kuat. Abang Gempa tak boleh selalu ada dengan Thorn untuk lindungi Thorn. Abang Gempa tau, adik-adik Abang Gempa semuanya hebat-hebat belaka. Jangan pernah mengalah dalam kehidupan. Kasih sayang dan tolak-ansur tu penting, lebih-lebih lagi dalam istilah kekeluargaan. Dan... Abang Gempa nak Thorn tau yang... Abang Gempa saaaaayaannggg sangat kat Thorn dengan yang lain..," menitis air mata Gempa meluahkan rasa. Bahu Thorn ditepuk perlahan. Hatinya berasa semakin sesak dengan perasaan sayu yang menguasai jiwa.

Semakin laju air mata Thorn mengalir. Entah mengapa, dia merasakan seperti ada makna tersirat di sebalik semua kata-kata itu. Senaif-naif Thorn, bukanlah bermakna dia tidak tahu apa itu erti kasih dan sayang.

"T... Thorn pun... S... Sayangkan Abang Gempa... Hiks... K... Kenapa Abang Gempa cakap m... Macam tu..? Abang Gempa n... Nak pergi... M... Mana?" Tersekat-sekat suara Thorn berbicara.

Gempa seolah-olah hilang kata-kata. Persoalan sang adik tercinta tidak mampu dibalas dek perasaan sayu yang menghentak jiwa.

'Abang Gempa tak pergi mana-mana, Thorn... Abang Gempa sentiasa ada dengan Thorn. Cuma... Abang Gempa tak dapat jamin sampai bila Abang Gempa boleh belai dan peluk Thorn macam sekarang. Abang Gempa tak dapat jamin sampai bila Abang Gempa boleh pujuk dan tenangkan Thorn macam sekarang. Abang Gempa tak dapat jamin... Sampai bila Abang Gempa boleh luahkan yang Abang Gempa sayang sangat kat Thorn macam sekarang... Maafkan Abang Gempa... Abang Gempa lemah... Abang Gempa tak mampu lagi bagitau Thorn dan yang lain tentang penyakit Abang Gempa... Abang Gempa tak bersedia lagi...'

Gempa membiarkan tubuhnya menjadi tempat lempias tangisan Thorn. Wajahnya dikawal agar tampak tenang, meskipun hatinya meronta untuk meluahkan segalanya.

Gempa sayang korang...

∆∆∆∆∆

Gempa termenung sendiri di atas katilnya. Fikirannya tertekan. Sangat tertekan. Dia mendapat berita daripada Thorn bahawa Halilintar, Ais dan Blaze sudah keluar membawa diri pergi dari situ.

Dia tertekan.

Kemana adik-adiknya akan pergi? Bagaimana dengan kelengkapan dan keperluan mereka? Adakah sesiapa yang akan menjaga dan memelihara mereka? Adakah manusia lain yang akan melindungi mereka daripada sebarang malapetaka bahaya?

Kalau diikutkan, mahu sahaja dia lari keluar dari situ dan mencari mereka bertiga di semua tempat. Namun apakan daya, kondisi badannya yang masih lemah tidak mengizinkan. Dia... Sakit...

Thorn telah pun minta diri untuk keluar dari bilik kerana sudah masuk waktu untuk dia meluangkan masa dengan tanam-tanamannya.

Pada awalnya, Thorn bertegas mahu menemani Gempa. Tetapi Gempa tetap memujuk Thorn untuk melihat keadaan tanaman-tanaman kesayangannya.

Tidak mahulah disebabkan dia, tanaman Thorn dibiarkan tidak dijaga.

Dan...

Tidak mahulah disebabkan melihat keadaan dia, Thorn berasa risau.

"ARGHH!"

Gempa menjerit, melepaskan segalanya. Tangisan yang ditahan dari tadi, keluar sepuas-puasnya.

"Aku lemah! Aku tak mampu! Aku gagal! Aku gagal jadi abang yang terbaik! Aku gagal kawal keadaan! Aku gagal tunjukkan contoh yang baik! Kau memang tak guna, Gempa! Kau memang lemah!"

Jeritnya sekuat hati. Tangannya menumbuk-numbuk dadanya. Dia sudah tidak kisah tentang keadaan dirinya. Dia mahukan keluarga yang bahagia seperti dulu. Dia mahukan kekecohan dan suara gelak tawa usikan seperti dulu.

Tetapi..?

"Aku bukan abang yang baik. Aku gagal... Aku gagal... AKU GAGAL!"

Tanpa pengetahuannya, di sebalik pintu biliknya, seseorang terdengar teriakan dan kata-katanya.

∆∆∆∆∆

Air mata Taufan mengalir. Hatinya berasa sangat sakit apabila telinganya menangkap ayat-ayat Gempa yang menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.

'Maafkan kitorang, Gempa... Disebabkan kitorang, kau tertekan. Takpe, lepasni kitorang akan pergi dari sini. Kau takkan susah hati dah, kan? Kau takkan stress lagi, kan?'

Taufan tersenyum pahit. Dia menyambung langkahnya menuju ke bilik yang terletak paling hujung.

Bilik Solar.

••••












Continue or discontinued?

‼️‼️‼️

Buat pembaca yang setia dengan saya, mohon baca mesej di message board saya.
Saya minta maaf.
Minta maaf kerana banyak berikan harapan.

Walaubagaimanapun...
Sejujurnya, saya rasa nak sambung habiskan cerita ni.
Tapi saya tak dapat berjanji...
Takpelah. Kalau muncul keinginan ataupun hati terdetik, saya akan sambung.
Dan kalau tak...
Maafkan saya, cerita ni dan cerita-cerita lain akan di'DISCONTINUED'kan.
Alasannya?
Bacalah di Message Board saya.
Maaf sekali lagi...
Dan...
Terima kasih kerana setia menyokong ;)

Продолжить чтение

Вам также понравится

94.6K 5K 59
Cerita ini dibuat selepas Boboiboy movie 2. Pastikan korang dah tengok semua musim Boboiboy dan movie... Semua watak dari Monsta kecuali nama2 watak...
792 46 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
228K 13.3K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
40K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...