The Lost Girl

By rubyadena

41.8K 2K 254

"Kau..." Khaleel memandang tepat ke dalam anak mata perempuan itu. Perempuan itu mula memeluk tubuh, menutup... More

๐“๐‡๐„ ๐‹๐Ž๐’๐“ ๐†๐ˆ๐‘๐‹
๏ผฐ๏ผฒ๏ผฏ๏ผฌ๏ผฏ๏ผง๏ผต๏ผฅ
ใ€Ž1ใ€
ใ€Ž2ใ€
ใ€Ž3ใ€
ใ€Ž4ใ€
ใ€Ž5ใ€
ใ€Ž6ใ€
ใ€Ž7ใ€
ใ€Ž8ใ€
ใ€Ž9ใ€
ใ€Ž10ใ€
ใ€Ž12ใ€
ใ€Ž13ใ€
ใ€Ž14ใ€
ใ€Ž15ใ€
ใ€Ž16ใ€
ใ€Ž17ใ€
ใ€Ž18ใ€
ใ€Ž19ใ€
ใ€Ž20ใ€
ใ€Ž21ใ€
ใ€Ž22ใ€
ใ€Ž23ใ€
ใ€Ž24ใ€
ใ€Ž25ใ€
ใ€Ž26ใ€
ใ€Ž27ใ€
ใ€Ž28ใ€
ใ€Ž29ใ€
ใ€Ž30ใ€
ใ€Ž31ใ€
ใ€Ž32ใ€

ใ€Ž11ใ€

889 60 3
By rubyadena

𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟷𝟷: 𝚈𝚘𝚞 𝚑𝚘𝚕𝚍 𝚝𝚑𝚎 𝚝𝚛𝚞𝚝𝚑 𝚋𝚞𝚝 𝚢𝚘𝚞 𝚌𝚑𝚘𝚘𝚜𝚎 𝚝𝚘 𝚕𝚒𝚎

Sejak daripada awal pagi lagi, wajah gadis itu muram. Daripada dia mula menjejaki kaki masuk ke dalam pejabat Khaleel sehingga sudah siap separuh tugasnya, sepatah kata pun tidak bunyi dari mulut gadis itu. Seperti dia dalam dunia dia sendiri dan Khaleel dalam dunianya saja.

Dan ini bukan perkara biasa yang terjadi antara mereka. Sepanjang dua minggu gadis ini bekerja sebagai personal office maid, Qaisarah sudah berani juga berbual dengannya kadangkala. Tanya khabar, tanya kerja yang sedang disiapkan, tanya aktiviti dan mesyuarat perlu dia hadiri. Paling tidak pun mesti tanya dia sudah menjamah makan atau belum.

Namun tidak hari ini. Gadis itu seolah-olah bisu. Dan Khaleel tidak biasa. Tidak selesa. Tidak suka. Rasa tak kena!

Rasa tidak sempurna harinya tidak mendengar suara gadis itu. Rasa bagaikan dia kehilangan serpihan kebahagiaan dalam hidupnya.

Khaleel tunduk, memaku pandangan ke permukaan material kayu walnut meja kerjanya. Sudah lama dia tidak mengalami perasaan ini.

Beberapa tahun lalu, perasaan ini pernah wujud. Tapi sayangnya dipatah patahkan oleh seseorang yang tidak mengenal erti cinta dan kesetiaan. Akhirnya perasaan itu mati, terkambus dalam penjuru hati sebelum muncul Qaisarah menumbuhkan rasa itu semula.

Dari ekor mata, Qaisarah sudah menutup muka keras fail tebal itu, menandakan tugasnya jeda. Akan disambung selepas rehat nanti.

Di susun fail tersebut sebaris dengan fail yang sudah siap dikemaskini. Tubuh kecil itu mengatur langkah ke arah tote bag yang disangkut pada tiang penyidai kot tepi pintu. Mengeluarkan sesuatu.

Khaleel nampak peluang.

Qaisarah berura-ura menuju masuk bilik tidurnya. Untuk menunaikan solat seperti biasa. Telekung pemberian Khaleel kepada Qaisarah sewaktu pertama kali mereka bersua muka, nampak dipeluk ke dada.

Tanpa berkira-kira lagi, masih statik atas kerusi, Khaleel melontar suara serak basahnya.

"Kau masih tak sihat ke?"

Sepasang mata melekat pada skrin komputer saat soalan diajukan. Tipikal gaya Khaleel bercakap dengan Qaisarah. Tidak mahu pandang muka sangat.

Kaki Qaisarah terpasak atas karpet pejabat itu sebelum dia menoleh perlahan.

"Eh tak, saya okay dah. Sakit kepala haritu tak datang lagi dah." Balasnya, nada biasa walaupun hakikatnya terserlit getaran. Kerana diajukan soalan tiba-tiba ketika dia sedang dalam fikirannya.

"Pergi klinik haritu Dr cakap apa?"

"Kurang rehat je..."

"Ke banyak berfikir?"

Qaisarah terkesima sendiri, mengiyakan tekaan tepat Khaleel. Hati berselubung rasa bersalah tebal. Kerana dia tahu Khaleel akan menjadi orang pertama yang akan risaukan keadaannya.

"Mungkin..." Lirih nada kali ini bertukar. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini fikirannya sesak memikirkan soal Farrah. Beberapa hari dia gagal menghubungi Farrah, menjadikan punggungnya tidak senang duduk.

Risau soal makan minumnya satu hal. Soal keselamatannya juga, paling penting. Bukan dia tidak tahu sikap baran Mummy yang suka mengadakan kekecohan walaupun kesalahan mereka buat tidak seberapa berat.

Serentak kejadian beberapa minggu lepas menerawang masuk ke dalam kotak memori. Ketika muncung pistol berada pada dahinya. Andai Farrah tidak menyelamatkan dia pasti nyawanya sudah melayang.

"Kau ada apa-apa masalah ke, Nur?" Tegur Khaleel berbaur simpati akhirnya menoleh sekilas. Menegakkan badan ke permukaan keras belakang kerusi sekejap.

Air muka Qaisarah diperhatikan sekejap saja sebelum beralih pandangan semula. Gadis itu muram semula menandakan dia tenggelam dalam masalah dipendam.

"Saya tak tahu lah tapi..."

"Saya rasa mungkin saya terlalu nervous nak masuk kerja kot malam tu." Jelas Qaisarah cuba menutup lagi dengan jawapan lain daripada meluahkan masalah yang berserabut dalam fikirannya.

Dia bukan tidak mahu memberitahu tapi lebih kepada tidak mahu Khaleel khuatir perihalnya. Lelaki itu sudah cukup serabut dan sibuk dengan perihal kerjanya yang menimbun. Tidak perlu lagi dia menyemakkan masalahnya dicelah celah otak Khaleel.

"Ini kan kerja pertama saya..."

"Sebab itulah kan." Sambung Qaisarah senafas. Menyambung kata-katanya yang terputus-putus kerana ligat mencari ayat sebagai alasan untuk disambungkan.

Mereka beradu mata sekali lagi. Tidak sampai beberapa detik saat. Tapi jelas mempamerkan wajah tidak puas hati Khaleel. Wajah yang tidak akan tertipu dengan alasan pelik Qaisarah yang digunakan sedaya-upaya menutup masalah difikirkan.

Bahu kekar itu mula bersandar. Santai. Jari jemarinya saling bertaut atas perut.

"Kalau ada masalah beritahu aku, Nur. Kalau kau tak selesa sekalipun dengan aku, jangan pendam. Luahkan dekat orang kau rapat, contohnya Ainul." Pesan Khaleel, menjadi orang yang paling prihatin terhadapnya.

Kadangkala perbuatan atau percakapan ringkas Khaleel seperti ini sering menimbulkan pelbagai persoalan dalam benak Qaisarah.

Lelaki ini paling cepat meneka dan menghidu kegusaran yang melanda hatinya. Saat dia susah, saat dia amat memerlukan seseorang untuk menumbuhkan semangatnya yang hilang. Tidak perlu dia perjelaskan tapi Khaleel sudah tahu.

Usikan demi usikan yang terbit dari mulut becok Imran kepada mereka tempoh hari bermain dalam ingatannya. Entah kenapa secara tiba-tiba. Tapi usikan itu memberi mesej jelas kepada Qaisarah sebenarnya.

Bahawa Khaleel sedang menyimpan perasaan kepadanya.

Dia tidak tahu sejauh mana kebenaran disebalik usikan Imran. Tapi orang tidak akan mengusik jika tiada yang berterus-terang.

Namun Qaisarah tolak jauh-jauh perkara itu. Itu tidak mungkin berlaku. Mungkin Khaleel prihatin atas dasar kawan sahaja yang telah melihatnya melalui pelbagai kesusahan. Bukan sebab perasaan aneh yang timbul antara mereka atau apa.

Ingat dia bukan sesiapa. Untuk Khaleel risaukan.

Melihat Qaisarah membisu, Khaleel kembali bersuara.

"Takpun kalau dengan manusia kau segan nak cerita, berceritalah pada Allah." Lembut saja suara dilontarkan kali ini. Lamunan Qaisarah terbang pergi, digantikan dengan rasa terharu mendengar jawapan Khaleel yang ini.

Lagi satu dia suka tentang Khaleel. Lelaki ini banyak mengingatkannya kepada Tuhan. Membuatkannya mahu mendalami lagi cinta kepada Tuhan. Daripada hari pertama mereka bertemu sehingga ke saat ini. Banyak pesanan lelaki ini mengubah hidupnya.

Memang benar, tuhan adalah sebaik baik tempat meluah. Kerana meluah pada manusia tidak akan memberikan ketenangan yang sama seperti menceritakan masalah kepada tuhan dalam tangisan dan tadahan doa.

"Sesungguhnya Dia adalah As-Samii. Maha mendengar." Tambah Khaleel lagi, sebelum menamatkan perbualan.

Qaisarah mengulum senyuman lebih lebar. Serta merta kegusarannya lenyap seperti kabus. Perlahan lahan menghilang.

❋❋❋

"Khaleel!" Pekik Imran dari pintu lif. Tergopoh-gapah mengejar tubuh Khaleel yang baru selesai berbicara dengan Hayati di tengah ruang masuk aras itu.

"Aku terpaksa balik dulu. Ada emergency." Sambungnya lagi dengan dadanya naik turun mencuri nafas disebalik kemeja hitam dipakai.

Dahi Khaleel berkerut seribu. Memerhatikan keadaan Imran. Wajahnya cemas dan agak serabut.

"Kenapa ni?"

"Adik perempuan aku accident."

Mata Khaleel terbeliak dengar jawapan dari mulut Imran. Serentak mulut mengucap panjang.

"Teruk ke? Macam mana keadaan dia sekarang?" Pelbagai soalan dilemparkan menandakan Khaled betul-betul tengah khuatir.

"Dia tu tak cedera apa, sebabnya dia yang langgar kereta orang. Kemik dalam juga kereta orang tu."

Khaleel mengucap buat kali kedua.

"Ini sekarang dah menggelabah, tak tahu nak buat apa, biasalah. Suruh abangnya juga yang uruskan."

"Pergilah. Hati-hati. Perlukan apa-apa bagitahu. Aku standby." Tangan Khaleel memaut bahu Imran, memberitahu dia sentiasa ada jika lelaki itu memerlukan apa-apa daripadanya. Dia bersedia untuk membantu dan menanggung apa-apa kos.

"Thanks weh." Kali ini dia pula menepuk lengan keras Khaleel, sebelum menghayun kaki pergi.

Tiba-tiba fikiran terlintas sesuatu. Membuatkan langkahnya mati sebentar.

"By the way, kau boleh kan hantarkan Qaisarah-"

"Balik? Boleh." Potong Khaleel bukan tidak tahu untuk menggantikan tugas diberikan kepada Imran sebelum ini. Sebagai personal driver Qaisarah bukan ke tempat kerja saja tapi kena perempuan itu hendak pergi.

"Eh dia tak cakap dekat kau ke?" Lain pula balasan keluar dari Imran.

Khaleel terpinga-pinga sendiri. Tangan sudah seluk ke dalam poket seluar kerjanya.

"Cakap apa?"

"Dia minta aku bawakan dia jumpa kawan dia balik kerja nanti. Tak silap aku nama dia..."

"Farrah."

Khaleel kaku.

Bukan dia tak ingat itu kawan baik Qaisarah. Di kelab malam dahulu.

Hati Khaleel diragut rasa ingin tahu, apa yang sedang berlaku, sehingga tergamak gadis itu sembunyikan dari dari pengetahuannya.

❋❋❋

Kereta Mercedes-Benz E-Class itu bergerak membelah kegelapan malam Kuala Lumpur. Menuju ke tempat yang mahu di pergi oleh Qaisarah.

"Maaf kalau engkau rasa tak selesa, kita terpaksa keluar berdua tanpa Imran." Khaleel bersuara silih ganti memandang jalan dan Qaisarah yang berada di tempat duduk belakang.

Memang bukan kali pertama mereka berdua-duaan pun keluar tapi sejak akhir-akhir ini Khaleel semakin cuba menjaga batas antara mereka.

Kepala Qaisarah laju berkalih ke arah punca suara. Wajah bersih lelaki itu ditatap melalui cermin pandang belakang kereta.

"Saya okay je Encik Khaleel. Saya yang sepatutnya minta maaf sebab dah menyusahkan-"

"Farrah macam mana? Okay dekat sana?" Laju Khaleel menyoal, tidak mahu membiarkan Qaisarah menghabiskan ayatnya. Dia kurang gemar sebenarnya asyik mendengar perempuan itu meminta maaf kepadanya sedangkan dia bukan buat salah apa pun.

Khaleel yang sukarela menghantarnya dan tindakan itu tidak membebankannya langsung. Sikit pun tidak. Malah dia lagi berlapang dada menolongnya.

"Dia kata dia okay je tapi itupun khabar seminggu lepas. Sekarang saya dah tak dapat contact dia lagi." Tiba-tiba nada Qaisarah bertukar lirih.

Telefon bimbit dalam genggaman di belek-belek kosong.

"Puas saya call, mesej... Tapi tak berjawab. Saya risau encik Khaleel..."

Lampu isyarat bertukar merah. Kali ini Khaleel dapat menumpukan sepenuhnya kepada luahan gadis itu.

"Saya risau kalau mummy apa-apa kan dia sebenarnya..."

Semenjak dia berpisah dengan Farrah, dia sentiasa dihantui oleh kerisauan mendalam tentang keselamatan Farrah. Dia berharap apa yang berlaku antaranya dengan Mummy, Farrah tidak mendapat tempias.

Tapi perempuan tua itu kadang kadang gila. Suka tarik masuk orang orang yang tiada kaitan dalam masalahnya asalkan orang itu mempunyai hubungan dengan orang yang sedang mencari masalah dengannya.

"Saya dah cukup kenal dengan mummy tu..."

"Kalau dia sentuh kawan kau, dia tahu akibatnya. Don't worry. Aku tahu nak buat apa." Tenang sekali nada Khaleel mengatur bicara. Mahu menyakinkan Qaisarah bahawa dia bukan akan melindungi perempuan itu tetapi kawannya juga.

Kerana sesiapa saja sudah banyak membantu Qaisarah selama ini akan termasuk ke dalam orang-orang yang berada dalam lindungannya juga.

"Sebab tu ke kau monyok je hari ini?" Teka Khaleel, mengimbau rupa Qaisarah sepanjang hari ini.

Dapat dilihat seimbas dari cermin, gadis itu mengemam bibir. Malu.

Bibir Khaleel menyenget.

"Aku risau, kau letih bekerja dengan aku je."

"Tak tak. Saya suka kerja dengan encik Khaleel. Encik Khaleel sebaik baik majikan yang saya pernah ada." Kata Qaisarah ikhlas membuatkan hati Khaleel ditambah kelegaan.

Dia gembira selagimana gadis itu gembira bekerja dengannya. Tambahan tidak lama pun Qaisarah akan bekerja dibawahnya.

Kerana dia punya perancangan lain untuk Qaisarah selepas ini.

Senyuman dibibir bertambah mekar lagi tanpa disedari.

❋❋❋

"Farrah!"

Setelah puas kereta mereka naiki berlegar-legar mencari sosok Farrah di sekitar kelab malam itu. Akhirnya Qaisarah putuskan untuk mencari di tempat mereka selalu pergi ketika mereka berdua terasa untuk melenyapkan diri dari dunia gelap mereka.

Ke tasik lombong, beberapa meter dari kelab malam itu.

Ternyata tekaannya tepat.

Farrah ternganga melihat kelibat yang amat dirinduinya itu. Terus punggungnya diangkat dari simen kotor.

"Sarah... Apa kau buat dekat sini?" Walaupun kata-kata jelas menandakan dia tidak suka Qaisarah datang mencari dia namun tangannya tetap mendepa.

Menunggu perempuan yang dianggap seperti adiknya sendiri itu masuk dalam pelukannya.

"Aku rindu kau! Kenapa tak jawab call aku? Mesej pun kau tak balas. Aku risau tahu tak!" Tanpa menunggu Qaisarah, menitik kan air mata saat kepalanya jatuh atas bahu kawannya itu.

Betapa sakitnya hati ini menanggung kerinduan sehingga terasa lemah setiap sendi untuk berlari selepas ternampak saja figura Farrah tadi.

"Sorry Sarah. Credit aku habis. Aku tak sempat nak pergi topup." Belakang Qaisarah diurut lembut sambil memberi jawapan atas kehilangan selama seminggu ini.

"Kenapa kau nampak cengkung sangat ni Farrah? Kau tak sihat ke? Kau tak ada duit ke nak makan?" Bertubi-tubi soalan diajukan dengan sepasang tangganya sibuk memeriksa seluruh tubuh Farrah. Ditolak kiri kanan pipi cengkung Farrah.

"Qaisarah... aku okay je." Farrah tayang senyuman seolah-olah tiada apa yang menimpa dirinya selama pemergian Qaisarah. Walaupun hakikatnya raut wajah Farrah tidak menyembunyikan keserabutan yang dialami perempuan itu.

Dengan lingkaran hitam bawah mata makin gelap. Tulang selangkanya yang jelas menimbul disebalik gaun nipis dipakainya. Pipi itu terlalu cekung sehingga terlukis garisan di dua dua belah pipi itu.

Soalan Qaisarah tidak dihiraukan. Sebaliknya Farrah ambil kedua dus tapak tangan Qaisarah dan menggenggam erat. Menyalurkan kekuatan dan kerinduan dirasai dalam jiwanya.

"Ini aku ada belikan kau makanan, jom kita makan sama sama." Dua bungkus nasi USA yang sempat Qaisarah beli dalam perjalanan ke sini, ditunjukkan depan muka Farrah.

Farrah tidak membantah.

Tahu-tahu mereka sudah duduk di atas simen kotor sepertimana mereka sering lakukan dulu-dulu, menghadap tasik lombong yang kelihatan kelam dalam suasana gelap malam. Hanya ditemani lampu jalanan, membias permukaan air.

Farrah tatap muka Qaisarah yang manis bertudung. Masih dalam persalinan kerja. Kawannya nampak amat berbeza dari kali terakhir mereka berjumpa. Dia nampak seperti seorang perempuan bermaruah, bekerjaya dan yang penting tidak mengambarkan dirinya dahulu langsung.

Tidak seperti Farrah sekarang. Masih berpakaian seksi. Aurat terbuka sana sini. Menampakkan betapa rendahnya martabat dirinya. Murahan.

Sesekali dia menjeling kereta Mercedes-Benz E-Class yang memarkir tidak jauh dari mereka. Kelibat Khaleel dapat dilihat dari luar. Setia menunggu mereka berdua puas melepak dulu di tempat duduk pemandu.

"Macam mana life kau sekarang seronok?"

"Tapi lagi seronok kalau kau ada."

Farrah senyum kelat dengar jawapan Qaisarah. Diangkat sudu dari menyentuh nasi dalam polisterin.

"Kau kena belajar teruskan hidup kau tanpa aku Sarah. Aku takkan hidup selama lamanya atas muka bumi ni. Suatu hari nanti aku akan pergi juga." Lembut saja pesanan Farrah walaupun hanya tuhan tahu betapa pahit lidahnya menyebut.

"Janganlah cakap macam tu Farrah. Aku tak suka." Keningnya bertaut. Mimik muka berganti muram. Amat terkesan dengan kata-kata Farrah. Kerana dia masih tidak bersedia untuk kehilangan Farrah diatas dunia ini lagi.

Walau jarak memisahkan mereka tapi rasa sayang terhadap Farrah masih sama. Perempuan ini selamanya kawan baik dan keluarga dia ada, biarpun bukan sedarah.

"Suka atau tidak itu realitinya. Kehidupan kita disini cuma sementara. Macam kau selalu cakap."

Perlahan hujung sudu menyuap masuk nasi ke mulut. Nasi dalam polisterin depan Qaisarah pula masih tidak disentuh. Entah kenapa seleranya mati pula.

"Aku akan mati dan kau juga akan mati. Tapi kita masih boleh jumpa disana. Jangan risau."

Makin menyirap darah ke otak mendengar penghujung ayat Farrah. Air mata pada tubir ditahan kemas.

"Aku janji aku kerja keras, kumpul duit dan bawa kau keluar dari sini." Dipandang redup wajah Farrah dalam solekan itu menyatakan janji baru dimeterai itu. Mahu membebaskan perempuan itu dari sisi gelap dunia itu.

Farrah lempar senyum sinis. Bahu bergegar menahan tawa. Bagaikan janji Qaisarah itu bahan jenaka padanya.

"Tak perlu Qaisarah. Sudah tertulis kehidupan aku ditempat ini. Kau tak perlu bersusah-payah untuk aku. Kau ada masa depan yang perlu kau kejar. Jadi pergi kejar. Dapatkan semua apa yang kau impikan sebelum ni."

Bibir Qaisarah menggeletar. Setitis demi setitis air matanya tumpah juga akhirnya. Farrah mengingatkan kepada azam yang sering disebut-sebutnya dahulu. Untuk bebas dan mulakan hidup yang baru.

Sekarang azamnya sudah dikecapi. Tinggal untuk dia membina kehidupan baru saja.

Tapi itu tidak bermakna dia akan lupakan Farrah. Farrah juga separuh dari azamnya. Dia mahu bina kehidupan dan tinggal bersama Farrah. Jadi dia akan tunaikan suatu hari nanti.

"Doa aku akan ada selalu bersama dengan kau." Lengan kecil Qaisarah diusap Farrah, cuba menenangkan sedu-sedan kawannya itu. Mudah betul hati Qaisarah tersentuh. Tidak seperti dia. Keras.

"Lelaki tu baik tak? Dia jaga kau betul-betul tak?" Kening dijungkitkan ke arah Khaleel. Masih dalam kereta, sedang ralit dengan telefon bimbit.

Belakang tapak tangan mengelap sisa airmata. Senyuman manisnya terbit semula.

"Khaleel baik. Baik sangat. Dia bagi aku kerja dan sekarang aku bekerja dengan dia. Makan, minum, tempat tinggal semua dia tanggung. Aku duduk menumpang dekat rumah kawan perempuan dia. Alhamdulillah baik juga orangnya. Lembut sangat."

Bibir Farrah pula menguntum senyuman makin lebar. Cara Qaisarah jelaskan layanan lelaki itu mengiyakan tekaannya selama ini.

"Sayangnya dia dekat kau."

Qaisarah hampir tersedak mendengar. Nasib baik nasi dalam mulut tidak tersembur keluar.

"Kita orang cuma kawan je Farrah. Jangan salah faham. Dia tolong aku sebagai kawan."

"Kawan?" Anak mata Farrah sengaja dibesarkan. Seolah-olah memperlekehkan penjelasan Qaisarah tadi.

"Kau buta ke Qaisarah? Daripada hari pertama aku tengok dia, dalam pandangan dia lagi, aku nampak cinta dia dekat kau Sarah. He truly loves you."

"He willingly to do anything for you. Kawan apa yang sanggup bersusah-payah datang, bawa seteru dia, laburkan duit yang banyak untuk lepaskan kau dari sini."

Dada Qaisarah mula berdegup kencang, mendengar bukti demi bukti yang dibentangkan oleh Farrah tentang kenyataan Khaleel sedang menyimpan perasaan terhadapnya.

"Semata-mata untuk kau Qaisarah. Dan itu bukan layanan seorang kawan kepada kawan, lebih-lebih lagi lain jantina. That's more than that."

Kepala tunduk memandang makanan yang tidak terusik lagi. Apa yang diperkatakan oleh Farrah banyak kebenarannya. Walakin sejauh mana kuatnya dia menerima kebenaran itu?

Belum bersama pun banyak dugaan menimpa, apatah sudah bersatu nanti.

"Tapi kitaorang baru je kenal masa tu. Tak sampai sebulan pun. Tak mungkin dia suka aku. Aku bukan ada apa-apa. Baik rupa, harta. Darjat sekalipun." Masih menidakkan kesimpulan Farrah dan menganggap pertolongan Khaleel selama ini terhadapnya hanya sebagai seorang kawan saja.

Tidak lebih.

"Aku ni sehina-hina perempuan dia pernah jumpa." Tambah Qaisarah lagi ini membuang andaian Farrah sekiranya dia masih berkeras. Qaisarah sedar diri sekurang-kurangnya.

"Hanya lelaki tu je ada jawapan yang kau cari." Ujar Farrah menutup perdebatan mereka. Renungan kosong dilemparkan kepada Khaleel dalam kereta.

"Bertuah kau Qaisarah. Tuhan dengar setiap tangisan kau selama ni dan sekarang Dia hadiahkan kau seorang lelaki...

"Yang akan mengubah hidup kau."

"Yang ditakdirkan untuk jaga kau."

Rasa sebak semakin bertandang di jiwa. Tidak dinafikan, dia berada dalam situasi yang cukup bertuah. Dia bagaikan manusia yang sesat atas muka bumi ini yang akhirnya dipertemukan oleh lelaki yang menjadi kompas dalam hidupnya.

Dan lelaki itulah Khaleel.

Dia terpilih untuk merasai nikmat tuhan yang ini. Sungguh dia amat bersyukur.

"Aku tak mungkin... akan berjodohan dengan dia, Farrah. Kami ni terlalu jauh berbeza. Dia umpama bintang di langit yang mampu aku tatap tapi tidak untuk dicapai." Qaisarah masih dalam pendiriannya. Menidakkan sebarang kemungkinan untuk mereka bersama sepertimana dia sangkakan oleh Farrah.

Bawah bibirnya digigit, menahan macam-macam emosi yang menyelebunginya.

"Dan aku akan selamanya berada dibawah. Di kaki kaki masyarakat. Serendah-rendah darjat yang wujud."

"Farrah!"

Suatu pekikan, memanggil nama Farrah mengejut mereka. Dari jauh kelihatan sosok empat orang lelaki bertubuh besar mengerling kiri kanan mencari seseorang. Tidak lain tidak bukanlah Farrah orangnya.

Dan Qaisarah kenal orang-orang itu. Anjing-anjing suruhan Mummy.

"Shit! Mesti dorang sedar aku merayau." Muka Farrah bertukar pucat. Tapi masih menayangkan riak berani.

Farrah menarik Qaisarah agar berdiri. Bahu kurus Qaisarah dipicit kasar.

"Sarah dengar baik-baik. Kalau boleh jangan pernah muncul kan diri kau dekat area sini lagi. Mummy berdendam dengan kau. Dan kau tahu kan dia akan buat apa saja untuk balas dendam dia. Mummy banyak mata-mata."

Kepala Qaisarah terangguk-angguk. Tekun mendengar satu persatu butir bicara Farrah.

"Lagi satu, Enes."

Darah menyirap lebih pantas ketika dia mendengar nama lelaki yang sudah hampir pupus dari ingatannya itu.

"Dia tengah cari kau sebelum dia balik ke Jordan semula dalam masa dua minggu ni. Jadi jangan banyak tunjuk muka kat luar buat masa ni. Lelaki tu memang gila. Sama macam Mummy. Jadi sorok diri kau sebaik mungkin!"

Bulu romanya tegak tiba-tiba menahan perasaan getar dan takut setelah mendengar pesanan dari mulut Farrah. Bukan dia tidak kenal, Enes itu bagaimana orangnya. Psiko! Gila kan dirinya!

"Farrah! Mana kau hah!?" Sekali lagi suara nyaring itu bergema. Farrah ketap gigi. Geram. Marah kerana menganggu pertemuannya dengan Qaisarah.

Khaleel pula terus meluru keluar setelah mendengari suara asing itu sejak tadi.

Tanpa buang masa, selesai menyampaikan wasiat kepada Qaisarah, dia berlari meninggalkan kawannya itu dan giliran Khaleel pula dia mahu berhadapan.

"Khaleel, aku ada beberapa permintaan. Tolong tunaikan kesemuanya. Pertama, aku merayu tolong jaga dan lindungi Qaisarah. She has gone through a lot. She had hurt long enough. Dia satu satunya keluarga aku di dunia ni. Bahagiakan dia Khaleel. Untuk aku."

Wajah Khaleel tenang menghadam satu persatu pesanan Farrah. Nada suara Farrah diselaputi getaran dan ikhlasan itu amat menyentuh hatinya. Perempuan ini sangat menyayangi Qaisarah.

"Jangan pernah sakitkan hati dia. Hati kawan aku ni sangat lembut dan mudah rapuh. Jagalah dia sebaik-baiknya seperti mana kau menjaga kaca termahal didunia. Didik dan bimbinglah dia." Tiba-tiba pandangan Farrah kabur. Qaisarah antara orang paling lembut dia pernah jumpa. Kelembutannya itulah mengajar perempuan berhati keras sepertinya untuk percaya istilah cinta dan kasih sayang antara sahabat yang telah lama mati dalam kamus hidupnya.

"Kedua, jangan bagi dia jejakkan kaki lagi kesini. Please. Halang je dia macam mana sekalipun."

"Tempat ni tak selamat lagi untuk dia." Ditekan perkataan tidak selamat itu. Agar Khaleel sedar betapa beratnya tanggungjawab dia perlu pikul untuk melindungi perempuan itu.

"Lagi yang terakhir dari aku. Jangan tunaikan permintaan Qaisarah kalau dia minta kau bebaskan aku dari sini. Aku masih ada urusan yang belum selesai dengan Mummy, yang perlu aku lakukan sebelum nyawa aku ditarik." Tajam sekali matanya menikam wajah Khaleel. Sungguh dia tidak main-main.

Khaleel mengangguk sekali. Sekilas dia mencuri tengok riak Qaisarah di belakang tubuh Farrah yang terpinga-pinga mahu dengar perbualan mereka.

"Kat sini rupanya kau Farrah!" Salah seorang dari mereka menunding jari ke arah mereka.

Serentak Farrah tarik tangan Qaisarah dan tolak kasar tubuh kecil agar mengikut Khaleel masuk dalam kereta.

"Pergi lari sekarang! Pergi!"

Khaleel akur. Dia pandang bayangan empat orang lelaki itu. Ikut kata hati mahu saja dia berentap tetapi sekarang bukan masa yang sesuai. Dia tiada backup.

"Farrah!"

Farrah memekak telinga. Qaisarah tertoleh-toleh, walaupun kakinya mengorak langkah ke depan. Hatinya berat mahu meninggalkan Farrah tiba-tiba.

Mata Farrah lunak menatap Qaisarah. Seribu satu kesedihan dan kesakitan dialami seakan akan terpancar disebalik anak mata gelap itu.

"Qaisarah, ada rezeki kita jumpa lagi ya."

"Jika tidak disini, disana nanti."

Qaisarah geleng kepala laju. Kata-kata Farrah memberatkan lagi hatinya untuk meninggalkan perempuan itu disitu saja. Dia tidak tahu mengapa dia bertukar fikiran di saat-saat genting ini. Niat dia kemari pada mulanya sekadar untuk melawat Farrah. Sekarang dia terasa untuk membawa lari pula perempuan itu ikutnya ke rumah Ainul.

Tapi dia tahu perkara itu tidak mungkin akan berlaku. Disebabkan itu, dia berlari semula ke arah Farrah dan merangkul ketat leher perempuan itu. Seolah-olah tidak mahu melepaskan kawannya kembali ke tangan anak-anak buah Mummy.

"Lepaskan aku Qaisarah." Farrah menolak bahu Qaisarah perlahan. Serentak air matanya mengalir deras. Kerana dia terpaksa menolak kasar lengan Qaisarah yang melingkarinya. Mahu melepaskan diri.

"Taknak!" Qaisarah menempelak. Tangisannya semakin kuat kedengaran. Hati keras Farrah yang menadah telinga mendengar tangisan mendayu-dayu itu akhirnya menumpahkan air mata yang ditahan-tahan tadi.

Ya Allah peritnya perpisahan...

"Woi!" Pekik salah seorang lelaki itu menjadikan situasi bertambah cemas.

Tetapi tidak bagi Qaisarah.

"Nur."

Khaleel beberapa cuba memanggil dari belakang. Empat orang lelaki tadi semakin menghampiri mereka. Seorang lelaki takkan mampu berlawan dengan kudrat empat orang lelaki yang berbadan sasa juga sepertinya. Disebabkan itulah Khaleel terpaksa buat keputusan, melarikan diri dari situ terus.

Qaisarah masih dalam posisi sama. Farrah gigih menolak badan Qaisarah dari melekat dengannya sehingga terpaksa menggunakan kekerasan.

Seraya Farrah memberi isyarat kepada Khaleel untuk menyambut tubuh Qaisarah apabila dia cuba menolak kawannya itu sekali lagi.

Tapak tangannya melekap pada bahu Qaisarah dan serentak satu tolakan yang kuat dari kudrat yang tersisa membuatkan tubuh Qaisarah kebelakang.

"Maafkan aku, Nur."

Memandangkan keadaan darurat, hanya ada satu cara timbul dalam kepala Khaleel ketika itu.

Sebelah tangan dihayun ke belakang Qaisarah dan otot-otot lengan besarnya itu seraya mendarat pada peha Qaisarah. Tubuh kecil itu terapung, dicepung Khaleel. Sedar sedar aja sudah berada atas bahu kekar Khaleel.

Sepasang mata Qaisarah terbuntang. Tidak sempat dia meronta. Memukul belakang Khaleel. Lelaki itu laju meletakkannya ke tempat duduk belakang penumpang.

Masih berhati-hati, walaupun dia telah berkasar dan mencarut atas perbuatan Khaleel. Namun lelaki itu nampak tidak terkesan. Sebal.

Tutup saja pintu kereta belakang. Giliran Khaleel masuk ke tempat pemandu dan tangan menekan butang enjin. Sekelip mata kereta itu meluncur laju meloloskan diri.

Meninggalkan Farrah keseorangan. Bersama sisi gelap kehidupannya yang semakin mengejarnya.

Qaisarah pandang tubuh tegak Farrah atas jalan yang sekadar menghantar suatu pandangan perit kepadanya. Raungan Qaisarah semakin menjadi-jadi setelah melihat lelaki lelaki tadi merentap pergelangan Farrah dan menolaknya sehingga tersungkur masuk dalam van putih yang tidak lama tiba disitu.

Tubuh Qaisarah bertukar longlai. Perlahan lahan melorot ke bawah dari kerusi. Kepala dijatuhkan pada pintu kereta. Pipinya lencun dengan air mata bertambah basah lagi dengan tangisan baru ini.

Khaleel dihadapan tidak bersuara, memegang hatinya bagai disiat-siat dalam diam. Kerana menjadi saksi lagi ke atas pertumpahan air mata gadis itu kesekian kalinya.

❋❋❋

Tayar kereta berputar perlahan memasuki kotak parkir. Handbrake ditarik. Pandangan yang sejak tadi dilempar ke atas jalan bergerak ke arah bertentangan.

Mata sembam Qaisarah merenung permandangan yang tidak disangka dari tingkap sebelah kanan kereta. Qaisarah menjeling reaksi Khaleel dari pantulan cermin pandang belakang. Namun dia pantas membawa tubuh keluar dari kereta.

Qaisarah ikut sama.

Tanpa banyak bertanya, menbuntuti langkah Khaleel. Sehingga mereka tiba atas batu besar terletak di tengah kawasan berpasir itu. Masing masing menjatuhkan punggung.

Qaisarah buang pandangan ke arah pengunjung yang datang. Tidak ramai dan kebanyakan bersama pasangan kekasih. Ada yang duduk di atas pasir tanpa beralas apa-apa, melayani perasaan. Ada juga yang bermain di gigi air.

Sekarang mereka sedang di sebuah pantai. Dimana? Qaisarah tiada jawapan. Sedar-sedar aja sudah terpacak disini.

Qaisarah pandang muka Khaleel yang disapa angin malam. Kolar baju kemeja putih bergerak gerak ditiup angin. Renungan Khaleel nampak berbeza malam ini. Berat dan kosong. Seolah-olah apa yang dihadapi Qaisarah tadi turut meninggalkan impak mendalam kepadanya.

Lama dia merenung Khaleel walaupun sesaat lelaki itu tidak berkalih ke arahnya.

"Aku selalu datang setiap kali aku sedih." Akhirnya Khaleel membuka bicara di celah keheningan suasana antara mereka.

"Dan aku harap ketenangan laut malam ni mampu menenangkan hati kau juga." Sambungnya menjeling Qaisarah disisi.

Gadis itu membisu. Tiada reaksi ditunjukkan membuatkan Khaleel semakin tidak sedap hati.

"Aku minta maaf atas perbuatan aku tadi. Aku janji aku takkan sentuh kau lagi. Tanpa keizinan kau." Keluhnya dihujung ayat. Berat. Sangat menyesali perbuatannya. Sepatutnya dia menghormati Qaisarah walau bagaimanapun keadaan yang terjadi. Menyentuh gadis itu bukan pilihan tetap.

Akan tetapi berbeza pula dengan pandangan Qaisarah tentang hal itu. Dia sebenarnya tidak kisah. Bukan bermakna dia suka. Lebih kepada tidak terkesan sangat. Lagipun Khaleel bukan lelaki pertama yang menyentuhnya.

"Encik Khaleel." Qaisarah pejam mata menelan detak dada yang menggila. Dia ada permintaan ingin diutarakan lagi. Yang bakal menyusahkan lagi hidup lelaki itu.

Khaleel diam menunggu Qaisarah bercakap lagi.

"Boleh tolong selamatkan Farrah? Saya janji saya akan bayar semua duit encik Khaleel. Dengan apa cara encik Khaleel mahukan. Saya turutkan."

Khaleel pejam mata erat. Kenapa dalam banyak permintaan yang boleh dia tunaikan, permintaan ini juga Qaisarah ditaruhkan?

"Saya akan kerja lebih keras-"

"Nur. Maafkan aku. Itu antara permintaan kau yang aku tak dapat tunaikan." Ujar Khaleed senada.

Qaisarah terus tegak berdiri. Sangat tidak puas hati. Geram! Sebelum ini lelaki itu boleh saja menolong dia apa saja dia mahukan, sekarang dia tolak pula?

"Kenapa encik Khaleel?! Encik kan kaya, banyak duit! Nilai ini mungkin kecil di mata encik-"

"Duduk, Nur." Sekali saja Khaleel tegur, Qaisarah terdiam dan dengar kata. Punggung dihentak penuh dengan rasa tidak puas hati.

"Farrah tak izinkan. Ini adalah permintaan dia. Bukan aku suka suka tolak." Jelas Khaleel agar Qaisarah tidak bersangka buruk kepadanya lagi.

"Because if you asked for a star in the sky, I'd steal it for you. Just to grant your wish."

Kata-kata penuh puitis meluncur dari bibir Khaleel menguatkan lagi kenyataan yang dikatakan oleh Farrah tadi. Tentang perasaan yang sudah lama bersarang dalam jiwa lelaki ini terhadapnya.

Segala-gala dikatakan Farrah kembali terngiang-ngiang. Bahkan gurauan Imran selama ini tentang mereka pun berdesup desup masuk dalam fikirannya.

Qaisarah pejam mata. Nafas terpasung di dada memikul, memendam pelbagai rasa yang berselirat. Kalau benar, kenapa Khaleel sukakan perempuan sepertinya? Apa istimewanya dia?

Qaisarah geleng sendiri. Buang jauh-jauh andaian aneh yang menjelma. Bukan masa sekarang untuk difikirkan lagi.

"Encik Khaleel tahu tak... Farrah adalah sebab kenapa saya memilih untuk hidup lagi hari ini. Kalau tidak mungkin tubuh saya sudah tergantung di atas tali." Terang Qaisarah meluahkan segala yang tersimpan didadanya sepertimana yang Khaleel suruh awal pagi tadi.

Jangan pendam jika ada masalah. Luahkan padanya. Jika itu mengurangkan kerunsingan yang dialaminya.

"Saya dilahirkan ke dunia ini seperti tanpa mak dan ayah. Saya tak tahu tentang mereka langsung. Rupa pun saya tak ingat. Saya tak kenal sesiapa pun dalam hidup saya. Dan Farrah lah muncul mencurahkan segala kasih sayang antara keluarga yang saya tak pernah rasa."

Serta merta tubuh kekar Khaleel mengeras. Mendengar penjelasan yang dinanti-nantikan keluar dari mulut gadis itu sendiri. Tentang masa lampaunya.

"Maksud kau, kau hilang ingatan?" Khaleel cuba menyakinkan apa yang disimpulkan dari kata-kata Qaisarah itu. Disebabkan itukah Qaisarah tidak langsung ingat padanya selama ini?

Kepala gadis itu jatuh. Mengiyakan.

Khaleel semakin tergamam. Nampaknya memang benar firasat dia selama ini mengatakan Qaisarah telah hilang ingatan. Walhal masih segar dia ingat satu persatu kejadian malam itu dan tidak mungkin semudah itu Qaisarah melupakan.

Kejadian itulah menjadi titik punca Qaisarah terpaksa mengharungi kehidupan pahitnya itu sekarang. Dan mustahil dia boleh lupa!

"Qaisarah. Boleh kau ceritakan pada aku macam mana kau boleh berakhir dekat tempat tu? Macam mana kau boleh berjumpa dengan Farrah." Perlahan-lahan Khaleel mengajukan satu persatu persoalan yang timbul bertubi-tubi dalam kepalanya agar Qaisarah tidak mengesyaki apa-apa terhadapnya.

Jika ikut hati memang seribu soalan dia mahu tanyakan. Tapi pasti Qaisarah dapat hidu sesuatu nanti kerana dia tidak bersedia dan tidak mahu gadis itu tahu dialah punca kepada segala-galanya yang terjadi dalam kehidupannya sekarang.

"Apa yang saya ingat. Saya terbangun atas katil di hospital. Kepala saya berbalut tebal. Rusuk dan tangan kiri saya patah. Dan bila saya toleh kanan. Saya nampak Mummy."

Matanya tenang melihat ombak. Mengorek sisa-sisa memori yang mampu diingat.

"Dia kata dia ibu saya. Satu-satunya ahli keluarga saya. Masa tu saya percaya kan kata-kata dia sebab nama saya sendiri pun saya tak ingat. Dia kata saya baru lepas accident dan dialah selamatkan saya. Selepas itu, saya dibawa tinggal dengan dia selama enam bulan. Sampai saya sembuh sepenuhnya. Dan bila saya sudah je sembuh, ketika itulah dia bawa saya ke kelab malam. Bermulalah hari-hari malang dalam hidup saya."

"Saat itu lah saya berjumpa dengan Farrah. Dia lah yang bongkarkan semua penipuan Mummy yang rupanya dia ni seorang ibu ayam dan suka manipulasi budak-budak perempuan yang terbiar untuk dijadikan mangsa pelacuran dia."

Khaleel tercengang. Mengaitkan satu demi satu jalan cerita hidup Qaisarah selepas dia hilang beberapa tahun yang lepas.

"Saya mati mati percaya kan Mummy itu ibu saya yang sebenar. Dia tipu semua biodata dan cipta segala momen palsu setiap kali saya tanya tentang kehidupan saya sebelum accident. Bila Farrah minta saya ceritakan memori saya waktu kanak-kanak,baru saya sedar, saya tak mampu ingat walaupun satu. Memori saya hanya bermula di hospital itu sahaja. Dan memori sebelum itu semua sudah hilang."

Kini Khaleel sudah mengerti. Dia sudah tahu cerita sebenar. Semakin mudahlah kerja dia selepas ini untuk memperbaiki semua perkara ini semula.

"Sekarang saya masih tercari cari sesiapa yang pernah wujud dalam hidup saya sebelum accident haritu untuk ceritakan balik apa yang sudah terjadi. Mana perginya ahli keluarga saya, ibu ayah saya?"

Sekali lagi Khaleel dihurung ketakutan dan kekesalan yang menghantuinya selama beberapa tahun dulu. Apa perasaan Qaisarah sekiranya suatu hari nanti dia dapat tahun Khaleel lah yang bertanggungjawab disebalik perkara yang berlaku ke atas dirinya sekarang?

Adakah perempuan itu akan membenci dirinya atau melarikan diri lebih jauh darinya? Khaleel tidak pasti tapi dia tahu akibatnya adalah buruk saja nanti.

"Dan encik Khaleel. Saya hairan. Macam mana encik boleh tahu nama penuh saya dulu sedangkan kita tak pernah pun jumpa?" Soal Qaisarah polos memandang Khaleel yang tidak bersuara sejak tadi.

"Kenapa encik Khaleel kata encik ingat saya sedangkan saya tak ingat langsung apa-apa tentang encik?" Qaisarah masih ingat soalan Khaleel ketika kali pertama mereka bertemu dulu.

Memang aneh. Bahkan Khaleel tidak pernah menjelaskan tentang itu langsung. Menambah kesangsian yang bertapa dalam dirinya.

Cara Khaleel yang begitu mudah menerima dirinya masuk dalam hidupnya menimbulkan pelbagai tanda tanya padanya. Seperti Khaleel sudah lama mengenali dia aja sebelum peristiwa di surau itu lagi.

"Adakah Encik Khaleel pernah wujud dalam hidup saya sebelum saya hilang ingatan?"

Badan Khaleel menggeletar menerima deruan memori lama menerobos masuk.

Sungguh dia tidak bersedia menerima soalan itu dari mulut Qaisarah.

Rasa sesal, bersalah, berdosa tumbuh menebal dalam jiwanya sehingga lidahnya naik sama terkunci. Di renung sejenak wajah gadis itu yang turut sama sama menanti jawapan dari mulutnya.

Dan akhirnya Khaleel menggeleng.

Menipu dan terus menipu.

-

©rubyadena

Continue Reading

You'll Also Like

48.8K 1.9K 73
Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepa...
59.9K 3.3K 41
Elyana lyra โ™ก Tengku Raess aedden . . .On-going . Slow update
55.8K 3.6K 41
Ian Fayyaz ๐Ÿค Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semu...
687K 39.5K 57
ON- GOING [1๐“ข๐“ฝ ๐“—๐“ช๐“ฝ๐“ฒ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...