HIS CODE NAME: ALPHA ( TERBI...

By elyshakaman

3.9M 45.2K 9K

his code name: Alpha (COMPLETE) "Dalam hidup aku hanya ada dua tugas yang patut aku jalankan. Yang pertama, t... More

HIS CODE NAME: ALPHA
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7

Bab 1

244K 7.3K 1.8K
By elyshakaman

"Dhia Raihana! Bangun cepat! Kamu cakap nak teman ibu dengan babah ambil abang kamu dekat airport!" Tempik Puan Insyirah. Selimut yang di balut pada badan anak daranya Puan Insyirah tarik kasar.

"Bangun Dhia! Dah lambat ni, nanti lama pula abang kamu tunggu dekat sana."

"Ibu pergi ajelah, Dhia nak sambung tidur."

Puan Insyirah cekak pinggang. Menahan marah. Semalam bukan main anak daranya itu berjanji untuk ikut sekali. Sekarang?

"Jangan banyak alasan! Babah kamu tu dah tunggu dari tadi. Cepat siap! Ibu bagi kamu sepuluh minit untuk bersiap." Kata Puan Insyirah sebelum keluar dari bilik anak daranya.

Dhia bermalas-malasan di atas katil. Dia bergolek-golek dari hujung katil. Wajah cemberut di tayangkan. Itulah akibat tidur lambat semalam. Rasanya dia baru saja melelapkan mata. Dhia mengeliat kecil.

"Argh malasnya! Kenapalah aku berjanji dengan ibu dan babah semalam?" Akhirnya dia bangun dari katil. Tuala yang bersangkut di capai dengan mamai. Bilik mandi di tuju.

Selesai membersihkan diri, Dhia hanya mengenakan kemeja putih dan juga slack berwarna hitam. Tudung bawal bercorak menjadi pilihan. Apabila merasa puas dengan penampilan diri, Dhia keluar dari bilik.

Turun saja kebawah, wajah ibu dan babah sudah bertukar masam. Mungkin lama menunggu ketibaan puteri bongsu yang di kasihi turun datang menjelma. Dhia tersenyum manis. Demi memujuk.

"Maaf ye ibu, babah. Adik terlajak tidur tadi."

"Terlajak tidur la sangat!" Balas Puan Insyirah. Dhia ketawa kecil. Tahu disebalik jelingan ibunya itu hanyalah gurauan semata-mata. Gurauan manja. Awal lagi Encik Zubair meloloskan diri masuk ke dalam kereta. Malas mahu melayan drama dari anak bongsunya itu. 

Tanpa membuang masa, Dhia meloloskan dirinya masuk ke dalam kereta. Hati bertukar ceria kerana abang kandungnya akan pulang semula ke tanah air setelah bertahun-tahun di arah bertugas ke luar negara. Akhirnya pulang juga teman gaduhnya. Rindunya dia terhadap abang kandungnya semakin menggebu-gebu.

Sepanjang perjalanan, Dhia hanya sibuk melihat akaun sosial medianya. Ralik dia melayari akaun sosial medianya.

Sampai saja di kawasan lapangan terbang, anak mata mengeliar-liar  mencari susuk tubuh abang kandungnya.

"Mana abang ni ibu? Dari tadi lagi mata adik ni tengah cari. Tak jumpa pun." Adu Dhia dengan nada manjanya.

"Sabarlah, nanti keluarlah abang kamu tu."

Dhia mencebik. Dia terus mencari di mana susuk tubuh abangnya.

"Ha ibu! Itu abang!" Laju kaki Dhia berlari menghampiri ke arah susuk tubuh yang di kenali sebagai abang kandungnya. Tubuhnya Dhia peluk erat.

"Dhia rindunya dekat abang!"

Darwish tergelak kecil. Dia membalas semula pelukkan dari adik bongsu kesayangannya

"Abang pun rindukan adik abang yang manja seorang ni."

Puan Insyirah dan Encik Zubair menghampiri ke arah anak lelaki mereka. Badan yang agak sado di tepuk-tepuk oleh Encik Zubair. Salah satunya anak lelaki yang dia ada. Pewaris negara dan juga penerus keluarga.

"Babah, ibu." Kedua-dua orang tuanya Darwish peluk erat.  Rindu tak terhingga.

"Apa khabar Kapten Darwish?" Soal Encik Zubair. Dia menyuakan tangan untuk berjabat tangan.

"Khabar baik Jeneral Zubair." Balas Darwish bersama senyuman kecilnya.

Puan Insyirah menggelengkan kepalanya. Tak habis-habis.

"Sudah la tu abang, ini bukan dalam skop bekerja. Ini skop keluarga. Hormat sikit!" Marah Puan Insyirah. Dhia hanya ketawa kecil. Sudah biasa dengan cara ibu dan babahnya. Biasalah sudah bersara sebagai tentera sehingga sekarang perangai serius tak ubah-ubah.

"Dah la jom kita balik. Darwish mesti penat." Ajak Puan Insyirah. Dhia hanya mengangguk. Balik la cepat. Katil sudah memanggil.

"Kapten Darwish!" Panggil seseorang. Kami semua menoleh ke belakang.

"Eh Zayn!" Sapa Darwish semula. Dia berjalan merapati lelaki itu.

"Ibu, babah Darwish perkenalkan Inspektor Rayyan Zayndan." Zayn tersenyum nipis. Dia menyuakan tangan untuk berjabat.

"Salam perkenalan Jeneral Zubair." Kata Zayn. Encik Zubair hanya mengangguk. Dhia terkaku. Lelaki di hadapannya ini terlalu sedap mata memandang. Bibir mula mengorak senyum. Puan Insyirah seakan-akan perasan dengan tingkah laku anak daranya. Pinggang kecil gadis itu di cubit perlahan.

"Auch! Ibu!" Adu Dhia. Dia menggosok-gosok pinggangnya. Sakit dengan cubitan dari ibunya.

"Jangan nak menggatal Dhia Raihana." Bisik Puan Insyirah perlahan. Cukup hanya di dengari oleh anak perempuan bongsu.

"Ibu, babah Darwish rasa ibu dengan babah balik la dulu, Darwish ada hal sekejap yang nak di borakkan dengan Zayn. Nanti Darwish balik sendiri." Ujar Darwish lembut.

"Dhia nak ikut abang. Boleh tak?"

Puan Insyirah menggelengkan kepalanya. Mula sudah perangai gatal anak daranya. Dhia melemparkan sengihan kerang busuknya.

"Hm, Darwish tolong jagakan adik kamu ni, jangan biarkan dia buat benda yang bukan-bukan pula." Pesan Encik Zubair. Dhia mencebik. Apanya benda yang bukan-bukan.

Encik Zubair mengorak langkah meninggalkan mereka. Puan Insyirah juga begitu. Dia memberikan padangan tajam kepada anak daranya sebelum membuntuti suaminya.

Dhia senyum nipis. Tahu maksud disebalik pandangan tajam dari ibunya itu.

"Jomlah, aku belanja korang makan." Pelawa Zayn. Dengar saja tutur kata dari Zayn membuatkan Dhia semakin cair. Cair dengan ketampanan lelaki itu. Cair dengan suara lembut yang dilontarkan oleh lelaki itu. Perfect! Layak untuk dijadikan sebagai calon suami.

Kafe berdekatan menjadi pilihan mereka, Masuk saja ke dalam kafe tersebut, Dhia terlebih dahulu melabuhkan punggungnya dikerusi. Berhadapan dengan Zayn. Sempat dia memberikan senyuman terpaling manis kepada lelaki itu.

Darwish memandang adik perempuan. Kepala di geleng. Patutlah babah mereka awal lagi memberikan pesanan supaya menjaga Dhia. Awal lagi adik perempuannya membuat perangai gatalnya di sini.

"Kau apa khabar Darwish? Aku tengok makin sado kau sekarang." Zayn memulakan perbualannya.

"Aku macam ni la Zayn. Banyak sangat latihan, itulah pasal makin sado aku sekarang ni." Balas Darwish bersahaja.

"Kau seorang aje yang balik? Mana Ehsan? Dah lama aku tak dengar khabar dari dia.  Senyap macam itu aje." Tanya Zayn hairan.

"Aku dengan dia dah tak sama unit lagi. Kitaorang terpisah sejak aku di hantar ke luar negara. Aku ada cuba contact dia, tanya dekat mana lokasi dia sekarang ni, tapi semua tak di jawab."

Zayn mengangguk. Dia kenal lelaki yang bernama Muhammad Ehsan Eskandar itu. Selalu menyembunyikan dirinya dan muncul bila diperlukan.

"Dia sibuk agaknya. Mungkin tengah sibuk mengajar anggota-anggota tentera yang lain." Kata Zayn. Dia menghirup kopi panas miliknya. Darwish turut mengangguk.

Dhia hanya mendengar perbualan abangnya dan juga kawan abangnya yang terlajak handsome ini. Bibir tak henti-henti mengorak senyuman.

"Aku rasa macam itulah, Risau juga tengok dia hanya mendiamkan diri macam itu aje. Kau masih lagi dalam undercover kau ke Zayn?"

"Aku dah lama berhenti, cukup jadi polis biasa sudah la. Lagipun aku kasihan dengan Elmyra asyik kena tinggal aje dengan aku. Nak kena uruskan hal anak lagi."

Darwish ketawa kecil.

"Sejak bila kau takut isteri ni Zayn?" Usik Darwish bersama tawa kecilnya.

Dengar saja perkataan isteri yang keluar dari mulut abangnya sendiri membuatkan senyuman Dhia mati di pertengahan jalan. Punah segala harapan. Hancur lebur semuanya. Lelaki di hadapannya ini sudah berkahwin?

Dhia kembali menghirup jus epal miliknya dengan wajah hampa. Hampa sungguh perasaannya sekarang.

Setelah lama berborak sakan, Zayn terlebih dahulu meminta diri. Ada tugasan penting katanya. Kini hanya tinggal Dhia dan Darwish.

"Abang, kawan abang yang tadi itu dah kahwin ke?" Tanya Dhia untuk meminta kepastian.

"Dah, sejak adik abang ni sambung belajar lagi." Jawab Darwish bersahaja.

Dhia angguk. Terasa hampa.

"Kenapa adik abang tanya soalan macam tu?"

"Tak adalah, Dhia ingatkan kawan abang tu tak kahwin lagi. Baru ingat nak cuba-cuba nasib. Manalah tahu, untung-untung abang dapat adik ipar polis." Gurau Dhia. Sengaja dia mahu mengusik lelaki itu.

"Jangan nak mengada Dhia Raihana, Kamu tu muda lagi, belajar bagi habis dulu baru fikir pasal cuba-cuba nasib ni." Tegas suara Darwish. Dia tidak marah, jika adiknya ingin bercinta. Itu memang lumrah cuma susah untuk dia mengizinkan adik perempuannya berkahwin muda.

Dhia ketawa melihat reaksi abangnya. Kepalanya dilentok ke bahu abangnya.

"Dhia gurau aje abang. Lagipun kawan abang tu kan dah berkahwin, tak nak Dhia jadi perampas hak milik orang ni."

Darwish tergelak kecil. Dia percayakan adik bongsunya itu. Dia yakin, Dhia tidak berperangai seperti itu. Dia kenal siapa Dhia Raihana.

Tudung gadis itu di usap perlahan. Dhia sengih. Manja.

"Abang, siapa kawan abang yang lagi seorang tu?"

"Siapa?" Tanya Darwish semula. Dahi mula berkerut dengan pertanyaan dari adiknya.

"Ehsan. Adik dengar Inspektor Zayn sebut tadi.Dia hilang ke abang?"

"Entah la adik, abang sendiri pun tak tahu dekat mana dia sekarang. Kitaorang terpisah sejak abang di hantar ke luar negara. Sejak dari itu, dah tak ada khabar dari dia. Ada juga abang tanya dekat kawan-kawan abang yang lain tapi semua tak tahu dekat mana dia sekarang. Abang pun pelik." Darwish membuka cerita. Dhia hanya tekun mendengar.

"Mungkin dia sibuk agaknya. Ataupun, dia dah tukar nombor telefon?" Kata Dhia untuk menyedapkan hati abangnya.

"Ehsan tu misteri. Dia akan muncul bila perlu dan hilang tanpa khabar berita."

Dhia hanya diam. Misteri sangatkah lelaki itu? Sehingga semua tertanya-tanya dengan kehilangan lelaki itu?

—————————————————-

Dua hari telah berlalu, sejak kepulangan abangnya rumah itu kembali ceria seperti dulu. Riuh rendah dengan pelbagai cerita dari abangnya. Puan Insyirah dan Encik Zubair juga ada mengadakan kenduri doa selamat atas kepulangan anak lelaki mereka ke tanah air.

Ramai juga tetamu yang di jemput, saudara-mara yang terdekat, kawan-kawan Encik Zubair, jiran dan juga kawan Darwish yang turut sama kembali ke tanah air.

Dhia sibuk membantu ibunya menyediakan makanan untuk majlis doa selamat. Tak menang tangan di buatnya. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Pinggan mangkuk yang tersusun Dhia ambil letak di hadapan. Untuk memudahkan tetamu.

Apabila merasakan kerjanya hampir selesai, air bandung yang berada di dalam jar di tuang ke dalam gelas. Dahaganya! Dhia meneguk rakus.

"Anak dara sepatutnya minum duduk Dhia Raihana, malu kalau orang tengok nak ibu perangai macam ni." Tegur Puan Insyirah tegas. Dia tidak mahu anak perempuannya di gelar sebagai anak yang tidak di didik dengan baik.

"Maaf ibu, adik dahaga sangat." Kata Dhia perlahan sambil menundukkan kepalanya. Tak mahu bertentang mata dengan ibunya.

"Ibu tak nak orang cakap ibu tak didik anak perempuan ibu dengan baik. Kamu faham tak Dhia Raihana?" Tegas suara Puan Insyirah. Dia memandang anak perempuannya tajam sebelum pergi ke ruang tamu.

Dhia mengeluh,  begini la nasib hidupnya di dalam keluarga seperti ini. Encik Zubair bekas tentera udara, Puan Insyirah pula bekas tentera laut, abang pula? Tentera darat. Cuma dia sahaja yang tidak di lahirkan untuk menjadi tentera. Hanya seorang guru tadika  itu pun masih praktikal.

Darwish dari jauh perasan wajah cemberut adiknya. Dia dengar apa yang ibunya katakan tadi. Dia menghampiri ke arah adiknya.

"Adik abang kenapa ni?" Tanya Darwish lembut. Dia tahu adiknya pasti terasa dengan sikap tegas yang di terapkan dalam keluarga ini. Dari kecil lagi mereka sudah di didik seperti ini.

"Abang, tak adalah Dhia penat sikit. Lenguh kaki." Tipu Dhia. Dia memberikan senyuman manis kepada abangnya.

"Abang tahu dhia terasa dengan cara ibu tegur, abang dengar semuanya Dhia. Cuma abang nak adik abang ni faham, ibu tegur bukan bermaksud ibu tak sayang. Ada sebab kenapa ibu tegur macam tu. Abang harap adik abang ni faham dan tak ambil hati ya?" Pujuk Darwish. Bahu adik perempuannya di usap perlahan. Menyalurkan kekuatan yang ada.

Dhia angguk.

"Tak apa, Dhia faham. Lagipun ada betul juga apa yang ibu cakap." Kata Dhia. Dia tersenyum nipis.

"Dah jom, kita pergi depan. Majlis dah nak mula." Ajak Darwish. Dhia angguk dan membuntuti abangnya dari belakang.

Bacaan yassin berjalan dengar lancar. Apabila selesai, para tetamu dibenarkan untuk menjamu makanan yang disediakan. Dhia hanya termenung jauh. Bosan pula!

"Assalamualaikum cikgu Dhia Raihana!"

Mati lamunan Dhia apabila mendengar namanya di seru. Bibir tersenyum apabila memandang suara itu di belakangnya.

"Taufiq! Bila kau datang!" Suara Dhia mula bertukar ceria.

"Baru aje, aku datang pun sebab babah kau jemput aku." Beritahu Taufiq.

Dhia angguk.

"Kau apa khabar Dhia? Dengar cerita kau dah berjaya jadi cikgu tadika sekarang?"

"Aku belum jadi cikgu. Aku baru praktikal Taufiq." Jawab Dhia. Wajahnya kembali bertukar masam.

"Kau kenapa Dhia? Dari tadi lagi aku tengok kau asyik termenung. Kau ada masalah ke? Ada orang buli kau?"

Dhia menggelengkan kepalanya.

"Kau ni ada-ada ajelah. Tak ada sesiapa pun berani nak buli aku. Babah aku tentera, ibu aku tentera, abang aku pun tentera. Siapa aje yang nak buli aku?"

Taufiq menjulingkan matanya ke atas.

"Habistu? Apa masalah kau sekarang? Kena tinggal dengan boyfriend? Setahu aku, Fakhrul Amin ajelah boyfriend paling tak guna kau."

"Ish kau ni! Fakhrul Amin tu, aku dah malas nak fikir. Cuma sekarang ni aku terfikir kenapa aku tak dilahirkan sebagai tentera juga. Kau faham tak maksud aku Taufiq?"

Taufiq terdiam. Jadi sekarang ni dia sudah tahu apa masalah gadis itu.

"Kau rasa menyesal dengan cita-cita kau sekarang?"

"Semua ahli keluarga aku tentera Taufiq. Ramai yang selalu persoalkan kenapa aku tak ikut jejak ibu, babah dan abang aku. Salah ke aku jadi cikgu tadika?" Luah Dhia sebak.

"Tak salah pun Dhia, lagipun itukan pekerjaan yang halal. Kau pun tahukan risiko jadi tentera sangat bahaya. Mungkin ada sebab kenapa kau tak dilahirkan untuk jadi tentera. Takdir kita Allah dah susun cantik. Dari siapa jodoh kita, apa cita-cita kita, bila hari kematian kita semuanya dah di susun dengan rapi. Kau jangan la menyesal. Kau patut beruntung di pilih untuk mendidik manusia. Tanpa kau, anak murid kau nanti tak akan berjaya." Panjang lebar Taufiq memberi nasihat.

Dhia terdiam. Ada betulnya juga.

"Dah sekarang ni aku nak tengok kau tersenyum balik. Dhia Raihana yang aku kenal bukan masam macam ni."

Perlahan-lahan Dhia mengorak senyuman.

"Haa macam inilah, kau ni cantik.. Apa kata kau jadi girlfriend aku aje?"

Dhia menayangkan wajah jijiknya.

"Terima kasih Taufiq, kau la sahabat aku dunia dan akhirat."

"Hebat tak aku? Aku patut minta kau bayaran. Bukan selalu aku nak nasihat orang macam ni. Kau kena bayar aku."

"Kau ni! Dengan aku pun nak berkira." Marah Dhia.

"Aku bukan berkira, tapi zaman sekarang zaman memerlukan duit. Ekonomi sekarang tak stabil dah."

Dhia jeling. Malas mahu melayan lelaki itu. Buat sakit hati aje. Dhia bangun dari duduknya, terus meninggalkan lelaki itu tanpa sepatah kata. Biarkan Taufiq seorang diri. Taufiq hanya memandang Dhia pergi meninggalkan dirinya. Apa nak buat? Dia memang suka sakat gadis itu dari dulu lagi.

"Haih, penatnya!" Mengeluh Dhia. Bukan apa, terlalu ramai tetamu yang hadir tadi, jadi tak ada masa untuk dia berehat. Darwish ketawa kecil mendengar keluhan kecil dari adiknya.

"Baru sikit tak akan la dah penat." Tegur Darwish sambil membawa pinggan mangkuk ke dapur.

"Sikit? Ini yang abang cakap sikit? Macam nak patah tulang belakang Dhia ni tahu tak abang?"

Darwish ketawa. Dia meletakkan pinggan dan mangkuk di atas meja. Hidung mancung adiknya di cuit.

"Abang!"

"Apa? Abang cuma rindukan adik abang yang manja ni, busuk ni, masam ni. Semua abang rindu. Dah besar rupanya adik abang ni, dulu kecil aje. Comot pula tu!" Usik Darwish. Wajah Dhia bertukar. Matanya di kecilkan sedikit sambil memandang tajam kearah abangnya. Bila-bila masa saja, dia boleh menyerang lelaki itu.

"Busuk? Masam? Comot abang panggil Dhia? Nak kena ni!" Bahu Darwish, Dhia tampar berkali-kali. Mengekek Darwish ketawa. Seronok dia dapat kenakan adik perempuannya itu.

"Bencinya Dhia dengan abang ni!"

"Eleh! Haritu bukan main buat drama air mata, cakap rindu abanglah! Bila nak balik lah! Itu semua drama air mata kan? Sengaja nak abang balik sebab tak tahan dengar ibu membebel kan?"

Dhia menggeleng. Mana ada!

Darwish mencebik. Kenal sangat dengan adiknya itu.

"Tapi abang tak akan duduk dekat sini. Abang kena balik kem. Adik abang okay ke?"

Dhia terus memandang abangnya. Belum sempat dia ingin melepaskan rindu pada lelaki itu, Darwish sudah diminta balik ke kem..

"Tak sempat Dhia nak lepas rindu dekat abang!"

"Gotcha! Kantoi juga yang adik abang ni rindu abang. Tapi abang tahu, ada sebab lain juga kan? Sebab itulah Dhia tak izinkan abang balik ke kem betul tak?"

"Mana ada! Dhia cuma rindu abang. Iyelah, bertahun-tahun abang tinggal dekat luar negara tu. Adik mana yang tak rindukan abang dia?"

Darwish memeluk bahu adiknya. Dari kecil lagi dia menjaga adiknya. Dia sanggup lakukan apa saja untuk kebahagiaan adiknya. Dhia melentokkan kepalanya di bahu Darwish.

"Dhia sayang abang tau. Sayang sangat." Ucap Dhia.

"Abang pun sayangkan adik abang yang manja seorang ni." Balas Darwish.

"Amboi-amboi, bukan main ye adik beradik ni." Tegur Encik Zubair. Masih berpakaian baju melayu.

Darwish ketawa.

"Biarlah babah! Adik rindu nak manja-manja dengan abang." Kepalanya digesel-gesel ke bahu Darwish.

Encik Zubair menggelengkan kepalanya.

"Kamu tengoklah adik kamu ni Darwish, babah tak tahulah apa jadi kalau kamu kahwin nanti. Menangis meraung sepuluh hari agaknya."

Darwish ketawa.

"Abang nak kahwin ke? Dengan siapa? Dhia tak tahu pun abang ada girlfriend?"

"Belum jadi girlfriend tapi baru dalam fasa-fasa nak mengenali hati budi masing-masing."

"Siapa?! Dhia kenal tak abang?" Tanya Dhia tidak sabar. Bukan apa, dia tidak sabar sebenarnya untuk mempunyai kakak ipar. Boleh jadikan patner bergosip dengan kakak iparnya itu.

Darwish sengih. Kepalanya di garu.

"Nantilah abang kenalkan. Lagipun kami belum ada apa-apa lagi. Macam abang cakap, baru nak kenal hati budi masing-masing."

Encik Zubair ketawa. Dia juga tidak sabar untuk menerima menantu. Umur anak lelakinya bukan makin muda. Dia juga bukannya makin muda. Sudah menginjak usia dalam atuk-atuk sekarang.

"Tak perlulah ambil masa yang lama untuk kenal hati budi tu Darwish, kamu tu umur bukan makin muda. Tengok anak kawan babah yang sama usia dengan kamu, dah ada nak sorang."

"Bukan Darwish tak nak bina masjid babah, tapi belum rasa mampu untuk jadi seorang suami lagi. Jadi suami ni perlu buat persiapan yang besar. Nak jadi ketua keluarga kan?"

"Babah faham maksud kamu tu, tapi kalau boleh jangan la ambil masa yang lama untuk kenal hati budi tu. Lebih baik bercinta selepas kahwin. Percayalah cakap babah, kamu akan lebih bahagia."

Dhia hanya tekun mendengar. Bukan main babahnya sekarang, sudah bertukar menjadi penceramah tidak bergaji pula sejak-sejak pencen ni.

"Kemain babah sekarang eh? Dah jadi penceramah rumah tangga pula sekarang." Gurau Dhia. Darwish ketawa kecil.

"Hello, babah ni makan garam dari kamu. Kalau kamu nak tahu, ibu dulu babah yang pikat. Bukan main sombong ibu kamu dulu. Babah kenyit mata, dia jeling. Padahal babah ni boleh tahan juga peminat dia. Ibu kamu tu boleh tolak macam itu aje."

"Amboi Jeneral Zubair, awak tengah mengutuk saya ke? Dari depan saya boleh dengar ni." Puan Insyirah menyampuk.

"Eh mana ada yang, mana ada saya mengutuk awak. Saya cuma cerita dekat anak-anak kita ni tentang kisah cinta kita dulu. Kalau diingat-ingatkan, romantik jugakan saya?"

Puan Insyirah menjeling.

"Romantik la sangat! Nama aje Jeneral TUDM tapi bila jumpa dengan ayah saya, ketar lutut juga awak." Perli Puan Insyirah.

Dhia dan Darwish menahan ketawa mereka.

"Ayah awak tu garang sangat yang. Saya pun takut. Nasib saya lepas ujian-ujian yang ayah awak bagi pada saya. Kalau tidak melepaslah saya untuk dapat awak."

"Tak sia-sia jugalah saya suruh awak hafal yassin." Kata Puan Insyirah. Mengekek Dhia ketawa.























New version Ehsan update!

Continue Reading

You'll Also Like

3.2M 28.4K 7
(Terbit PBAS 2023) Keputusan mereka untuk berkahwin bukan hanya sebab saling mencintai. Tapi ada lagi sebab lain. Redza mahu menyingkirkan sikap bur...
THE HOUSE By Razelatulnesa

Mystery / Thriller

407 103 29
kisah 13 orang remaja, iaitu 8 orang lelaki dan 5 orang perempuan yang mempunyai ikatan persaudaraan telah pun membeli rumah baru untuk mereka tingga...
3.4K 770 16
[completed] bila kau nak pandang aku ? biarpun muka aku berubah, hati kau takkan berubah kan ? " maafkan aku sebab sukakan kau jongho ", © choijongho...
887K 40.5K 21
Kisah Eskandar Arasyah x Dara Nailufar. Sekian. Selamat membaca ~ One day, you'll encounter with someone who wants to learn about your past, not to...