๐‡๐‚โ”‚Brother Or Husband? ยฉ๏ธ

By lazysya

281K 8.8K 51

๐“Šˆ๐’†œ๐•ณ๐–š๐–˜๐–‡๐–†๐–“๐–‰ ๐•พ๐–Š๐–—๐–Ž๐–Š๐–˜ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ๐’†œ๐“Š‰ ใ€Œ๐‡๐ˆ๐’ ๐‚๐”๐“๐ˆ๐„ใ€ (Agak terabur sebab masih dalam Editing) M... More

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
Epilog
Thanks ๐Ÿ™
๐‡๐‘โ”‚๐Œ๐€๐“๐“๐‡๐„๐–'๐’ ๐๐”๐„๐„๐
sequel BoH?

BAB 6

7.3K 263 2
By lazysya

Malikha memeriksa pesanan daripada pelanggannya. Disebabkan dia cuti beberapa hari tempahan semakin banyak. Stellikh Boutique memang banyak tempahan dari pelanggan disebabkan butik Malikha ni ada banyak jenis kelebihan dan cara layanan di butik Malikha memang memuaskan, tapi butiknya lebih popular dengan dress wedding. Rekaan yang Malikha buat memang cantik sebab tu ramai pelanggan yang nak kahwin tempah dress di butik ni.

"Aih... banyaknya tempahan, dah pukul 6 petang ni. Mesti lambat aku balik ni. " keluh Malikha.

Dia pun mencepatkan kerjanya. Sedar tak sedar sudah 5 jam berlalu, disebabkan nak siapkan kerja dengan cepat sampai tak sedar dah malam.

"Allah! dah pukul 11 ni aduh dahlah si Nash tu ugut aku tapi takkan la aku nak ganggu dia dah malam kut mesti dia dah tidur." Malikha berpikir.

"Ah lantaklah, bukan dia sedar pun aku balik mesti dia dah tidur." kata Malikha lalu mengambil barang-barangnya dan menaiki grab untuk pulang.

...

Malikha memasuki rumahnya senyap-senyap, kelihatan rumah ni dalam keadaan gelap jadi dia fikir semua orang sudah tidur.

"Asal balik tak bagi tahu aku." sergah seseorang tiba tiba.

"ARGG.....HUMP HUMP!!!" Malikha menjerit tapi pantas orang yang menjerkahnya menekup mulutnya.

"Hei ni akulah apasal kau jerit? Diamlah! Nanti kalau diorang terbangun, aku sepak kau." Ugut Nash. Malikha pun mendiamkan diri kang dia yang kena sepak pula. Padahal dia pun jerit tadi. Nash melepaskan tekukannya.

"Ish dah abang tu sergah orang gitu memanglah terkejut dah malam kut gelap pula tu." marah Malikha balik.

"Kau tu. Apasal balik tak call aku kan aku dah cakap tadi?" soal Nash dengan tatapan tajam.

"L-lia ingat aa-abang dah tti-tidur tu yang Lia tak cca-call" kata Malikha takut takut, dah orang tu tengok kita macam tu takutlah.

"Kan aku cakap call je. Kau naik apa balik ni dengan malam-malam buta ni tak takut ke?" Kata Nash.

"Lia naik grab " kata Malikha pelan.

"Haih dia ni disebabkan kau dah langgar arahan aku..." Nash perlahan-lahan mendekati Malikha, Malikha sedikit demi sedikit kebelakang. Nash menarik pinggang Malikha sebelum berbisik yang membuat Malikha semakin takut.

"You...Have...To...Make...Me...Sati-food" Kata Nash sebelum melepaskan pinggang Malikha. Malikha terpinga-pinga 'apa Nash cakap tadi? Sati-food? Food ke?'

"Apa?" tanya Malikha blur.

"Ish kau ni pekak ke tak faham bahasa english. Aku. suruh. kau. buatkan. makanan. untuk. aku. Ada paham cik adik sayang" kata Nash sekali lagi sambil tersenyum ikhlas.

"Ish orang dengarlah cuma nak kepastian je bukannya pekak pun" Marah Malikha lalu pergi ke dapur untuk memasak sambil tu mulutnya megomel.

'Ish ada ke kata aku ni pekak pastu tak faham bahasa english? heh hari hari aku korek telinga, english pun aku dapat A+ dalam spm huh'

"Whatever" geleng Nash sebelum pergi ke kabinet dapur sambil memerhati Malikha memasak. Beberapa minit kemudian Malikha menyiapkan spaghetti carbonara.

"Nah" kata Malikha sambil meletakkan spaghetti carbonara yang dia masak di depan Nash.

"Jangan nak complain apa apa, I penat-penat masak abang makan je" kata Malikha sebelum Nash sempat mengatakan apa apa. Dia naik ke tingkat atas untuk tidur.

Nash hanya mengangkat bahunya lalu menghabiskan spaghetti yang dibuat Malikha.













Malikha menyiapkan dirinya, hari ni dia nak pergi dating dengan adiknya, disebabkan ni hari minggu dan dia pula taknak terperap dalam rumah jadi dia ajak Noah outing, Noah pun setuju jelah sebab nanti boleh dia pau duit kakaknya pasti dapat punya.

Malikha hanya mengenakan pakaian simple. Seluar palazzo hitam, croptop hitam beserta cardigan putih.

Malikha mengambil barang-barangnya yang hendak dibawa lalu dia memilih kasut yang hendak dipakai. Malikha melihat kasut mana yang sesuai sebelum dia mengambil sneaker warna putih. Malikha turun ke bawah untuk sarapan sambil menunggu Noah turun, tak lama kemudian Noah turun.

"Dah jom kak" Ajak Noah.

"Eh kamu dua orang ni nak pergi mana?" tanya Mummy.

"Kami nak pergi dating" jawab Malikha tersengih.

"Aku nak ikut" sampuk Nash tiba tiba.

"Boleh jomlah lagi ramai lagi best." Sebelum sempat Malikha berkata Noah sudah memberi persetujuan. Malikha menjeling adiknya 'eh budak ni suka hati dia je'.

"Naik kereta aku" Nash memakai seluar jean hitam dan t-shirt putih jadi dia tak payah susah susah salin pakaian. 

Malikha dan Noah menyetujui lalu mereka masuk ke dalam kereta Nash. Mereka pergi ke mall dengan menaiki kereta Nash.

...

Penuh tangan Noah dia memborong tanpa mengeluarkan duit, ada abang dan kakak, so jimat duit dia.

"Eh kau ni akak yang ajak kau keluar dia pulak melebih Shopping. Tengok akak satu pun takde engkau penuh satu tangan." bebel Malikha. 'pokai aku nanti'

"Hehe alah kak sekarang lah Noah patut Shopping banyak banyak kalau tak nanti rugi." sengih Noah.

"Memang rugi pun. Akak dengan abang kau yang rugi! Boleh pokai akak belanja kau, menyesal ajak kau baik aku pergi seorang! " marah Malikha. Nash hanya diam melihat Malikha memarahi Noah, dia tak kisah duit dia melayang banyak bukan habis pun janji dia boleh meluangkan masa dengan gadis kecilnya walaupun ada orang ketiga.

"Alah Sorry lah nanti kalau akak pokai minta lah dengan abang, abang mesti bagi punya. Kan abang kan?" Usik Noah. Nash yang malas melayan meninggalkan Malikha dan Noah di belakang.

"Cepat sikit jalan lambat!" Dingin Nash. Malikha dan Noah tergopoh-gopoh mengejar langkah Nash.

Mereka pun meneruskan Shopping walaupun mereka tak beli apa apa pun, hanya Noah yang memborong sampai mereka pula yang kena pegang sebab tak cukup tangan. Selepas membeli belah mereka terus balik ke rumah.
















Tbc. Mind to vote?

Continue Reading

You'll Also Like

104K 1.8K 10
Behave with this Mafia๐Ÿ”ฅ !! [ Highest Rank : #1 in Komedi, Mafia, Wattpad, Muslim, Gila, Bunuh ] thanks for all your support dear ๐Ÿ’•
33.4K 2.2K 36
Watak : Haydan Haydar Haykal _ Kembar tiga itu berlari sekeliling sekolah berkejaran dengan pengetua dan guru-guru sekolah. "kamu bertiga! berhenti!"...
4.8K 409 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...
623K 23.2K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...