The Broken Vow โœ“

By stargazell

156K 13.4K 1.6K

Kisah tidak sempurna antara mereka. Allah yang melengkapkan segala ketidaksempurnaan itu. Sinopsis di dalam. ... More

BLURB
CHAPTER ONE
CHAPTER TWO
CHAPTER THREE
CHAPTER FOUR
CHAPTER FIVE
CHAPTER SIX
CHAPTER SEVEN
CHAPTER EIGHT
CHAPTER NINE
CHAPTER TEN
CHAPTER ELEVEN
CHAPTER TWELVE
CHAPTER THIRTEEN
CHAPTER FOURTEEN
CHAPTER FIFTEEN
CHAPTER SIXTEEN
CHAPTER SEVENTEEN
CHAPTER EIGHTEEN
CHAPTER NINETEEN
CHAPTER TWENTY
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
CHAPTER 31
CHAPTER 32
CHAPTER 33
CHAPTER 34
CHAPTER 35
CHAPTER 36
CHAPTER 37
CHAPTER 38
CHAPTER 39
CHAPTER 40
CHAPTER 41
CHAPTER 42
CHAPTER 43
CHAPTER 44
CHAPTER 45
CHAPTER 46
CHAPTER 47
CHAPTER 48
CHAPTER 50
CHAPTER 51
CHAPTER 52
CHAPTER 53
CHAPTER 54
CHAPTER 55
CHAPTER 56
CHAPTER 57
CHAPTER 58
CHAPTER 59
CHAPTER 60
CHAPTER 61
CHAPTER 62
EPILOG
KHAS: FAKEEH AL-ATTAR
MEJA PENULIS

CHAPTER 49

1.5K 180 16
By stargazell

SEHARI tanpa Fakeeh diibaratkan sebulan tanpa dia. Tidak perlu lagi aku ambilkan baju dia. Tak perlu aku masakkan untuk dia. Tiada lagi panggilan Ya Qalbi bakal menyapa telinga aku.

Semua itu sudah bagaikan mimpi.

Sunyi.

Biarpun Istania masih tenang, aku yang dilanda ribut. Risau dengan keberadaan Fakeeh di sana. Mahu ikut, suami tak izinkan. Sudahnya aku minta ayahanda kirimkan bantuan ke sana. Tak boleh banyak kerana tak mustahil Sulnayah menyerang Istania juga tanpa sedar.

Sahur aku diam memanjang. Hanya ada suara bonda dan Faharin yang begitu asyik dalam dunia mereka. Tidak kisah pun dengan pemergian Fakeeh. Tak terkesan langsung.

Hanya aku saja yang tak ubah persis mayat hidup. Banyak termenung dan buang masa di bulan mulia ini. Solat pun kadang tidak fokus, kerana akal banyak memikirkan si dia di sana.

"Ara? Ara."

Tepukan di bahu aku menyedarkan aku dari lamunan. Wajah diraup. Keluhan terlepas. Tengok, lagi aku mengelamun.

"Anya, kenapa?"

"Kenapa laporan ni masih kosong? Dah semak belum pesakit-pesakit ni?" Beberapa helai kertas di atas meja Anya capai dan diperiksa.

Aku kemam bibir. Sampai ke tempat kerja aku, aku banyak makan gaji buta rupanya. Diam dan termenung. Kalau tak ada orang tegur, inilah yang jadi pada aku. Banyak memikirkan Fakeeh.

"Belum. Maaf, Anya. Ara buat sekarang."

"Ara ada masalah ke?" tahan Anya di saat aku mahu melintasi dia.

Kaki melekat ke tanah. "Tak adalah Anya."

"Rindu suami?"

Perut aku sebu. Senangnya orang teka.

"Tak memberi manfaat pun kalau Ara termenung dan mengelamun. Ada baiknya tiap kali rasa khawatir tu menjelma, Ara buat solat hajat. Doakan suami, doakan Alka. Walaupun kita tak mampu sertai mereka, senjata terkuat orang mukmin itu kan doa."

Aku genggam buku lima. Ya, aku lupa.

Fakeeh sendiri pesan supaya aku selalu mendoakan mereka yang berjihad di sana. Bukan begini meratapi nasib.

Nafas aku tarik dalam-dalam. "Ara pergi surau sekejap ya? Nanti laporan tu Ara lengkapkan."

.

.

"EMERGENCY! Bagi laluan!"

Terpaku aku melihat seorang penduduk yang berlumuran darah hadir ke dewan aku. Dewan bedah. Patutnya aku ke sini untuk pastikan semua peralatan cukup dan membuat laporan ringkas.

"Ara, mari!" Anya terus tarik tangan aku merapati. Semua sudah menyarung sarung tangan getah dan bersedia untuk pembedahan.

"Kenapa ni?" soal seorang tabib.

"Kemalangan. Rumah dekat hujung Kota Jahidi yang usang tu roboh waktu mangsa nak mengemas. Ada lagi dua orang mangsa. Lagi dua hanya cedera ringkas. Seorang ni aje yang parah. Timbunan kayu menghempap mangsa dan beberapa yang terpasuk ke tubuh. Kita kena keluarkan." Seorang lagi bersuara.

Semua mendapat kata sepakat dan bersedia untuk misi penyelamat.

Biarpun aku hanya sekadar membantu untuk menambah pengalaman, mata aku terpaku pada tubuh yang lemah itu.

Lama.

Fakeeh.

Apa jadi kalau Fakeeh dipulangkan kepada aku begini rupa?

Nafas aku jadi sesak.

No... aku masih perlukan Fakeeh.

"Ara!"

Bagai petir menyambar aku terlihat bayangan Fakeeh mengesot ke arah aku dengan tubuh tak terdaya dan penuh lelehan darah likat. Bibir itu memanggil-manggil aku. Mata lelaki itu kuyu hingga di depanku, dia rebah dan tak bergerak.

Wajahku pucat.

"Jangan!" Aku pegang kepala. Kaki mengundurkan diri, menjauhi mangsa.

"Ara! What is wrong with her?"

"Shh! Just focus on him!"

Dada aku sesak. Nama aku bagaikan dilaung-laung tanpa jemu memaksa hujung mata merintih pedih. Air mata mula tumpah.

"No no... Fakeeh... jangan mati..." Aku sudah terduduk di sudut hujung dewan. Dada berombak kasar.

"Wahai Fakeeh Al-Attar bin Marwah Suffiyah."

Nyawa aku rasa nak putus saat bayangan Fakeeh mula dikafankan dan disolatkan.

"Ingatlah wahai Fakeeh Al-Attar bin Marwah Suffiyah. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut."

Si dia mula ditimbusi tanah. Hujan mula renyai-renyai ibarat menghayati suasana pilu di tanah perkuburan itu.

Dan aku... bagaikan jauh sekali dari tanah itu.

Kenapa?

Fakeeh, itu bukan awakkan?

Awakkan akan kembali pada saya, kan?

Rasa berdenyut mula mencengkam kepala. Makin lama makin kuat di saat bayangan yang sama berputar ibarat kaset rosak. Makin lama makin laju bayangannya. Wajah Fakeeh yang pucat, tidak bernafas.

Wajah Fakeeh yang semakin lama hilang di balik kayu yang dilapik. Ghaib dek tanah kembali ditimbus.

Fakeeh...

"Argh!"

Pengsan.

.

.

"ARA kena jaga makan, jaga emosi. Tak boleh nak tertekan sangat."

Aku menunduk. Bonda setia menyua bubur kepada aku. Aku menggeleng.

"Ara puasa." Aku beralasan.

"Ara tak sihat dan Ara masih nak puasa? Kesiankanlah anak tu. Sahur tadi pun Ara tak makan banyak."

Jemari aku melekap pada perut kempisku.

Anak...

Aku hamil.

Di saat Fakeeh di sana mempertaruhkan nyawanya.

Aku tak kuat.

Sekelip mata air mata tumpah. Terhinggut-hinggut bahu diikuti sedu.

"Ya Allah Ara... Jangan macam ni. Tak elok kalau Ara stres sangat waktu mengandung ni. Effect pada kandungan Ara nanti." tegur bonda. Dia letakkan mangkuk ke sisi lalu bahu aku dipagut.

"Ara fikir apa?"

Aku menggeleng. Bonda takkan faham. Bonda hanya mahu tahu tentang Faharin aje, bukan aku. Hanya Fakeeh saja kisahkan aku.

"Ayahanda mana?" Aku kuatkan hati untuk tidak menangis biarpun hati ini mudah sangat rapuh.

"Dekat bilik dialah. Ara cari dia?" Suara bonda terselit nada kurang puas hati. Namun aku malas nak fikir.

Aku angguk.

Bonda berdengus. "Kejaplah bonda panggil ayahanda. Tapi Ara kena janji yang Ara makan. Kesian cucu bonda."

Senyuman tipis saja yang aku tayangkan.

Agaknya kalau aku tak mengandung, bonda mesti takkan kisahkan kalau aku pitam tadi.

Bayangan tadi kembali buat aku terfikir.

Kenapa bayangan itu muncul? Kenapa Fakeeh yang hadir dalam bayangan itu?

Aku usap perut. Kalaulah aku tahu lebih awal, pasti Fakeeh sempat tahu tentang kandungan aku. Patutlah aku sensitif semacam. Badan Fakeeh kalau berpeluh pun aku boleh mual. Sebab si kecil ini rupanya.

Maafkan ibu sebab tak sedar kehadiran awak, sayang.

"Ara?"

Dongak kepala, ayahanda masuk ke dalam bilik aku. Tempat bonda tadi diduduknya. Air mata aku kesat. Daripada bonda, aku lagi senang dengan ayahanda. Sejak Faharin tiba, aku dan bonda jadi tak ngam. Benda kecil melibatkan Faharin pun bonda mampu melenting.

"Ayahanda..." Persis anak kecil, aku depakan tangan, mahu pelukan dia. Senang hati ayahanda turutkan permintaan aku.

"Kenapa ni? Bubur kenapa tak makan?"

"Ara rindu... Fakeeh..." Hampir tak terkeluar nama Fakeeh disebabkan keserakan suara aku.

"Sabarlah sayang. Dia sedang berjuang demi agama."

Aku tahu.

Tapi suara hati aku masih mahu dia.

Mesti dia gembira kalau tahu tentang aku. Aku hamilkan anak dia. Anak kami. Tuhan beri rezeki di saat aku dan dia berpisah kerana agama.

"Ara makan sikit bubur ni. Fakeeh amanahkan ayahanda untuk jaga Ara jadi Ara kena makan. Tubuh Ara lemah. Kesian dekat anak."

"Ayahanda suapkan, boleh?"

"Manja!" komen ayahanda sepatah. Dituruti permintaan anak perempuannya yang satu ini.

Dalam pada sesi makan itu, aku terdetik juga hendak maklumkan pada Fakeeh. Aku tak nak dia jadi orang terakhir yang tahu, nanti mesti dia merajuk dan terkilan. Ini anak dia tetapi dia yang paling akhir mengetahui kewujudan si kecil ini.

"Ayahanda, boleh Ara tulis surat?"

Dahi ayahanda berkerut. Mangkuk kosong diletak ke tepi. Air putih disua pada aku.

"Ara nak bagitahu Fakeeh tentang kandungan Ara."

Melihat ayahanda menggeleng, aku mula tercebik. Keruh wajah. "Kenapa? Ini anak dia, ayahanda."

"Bukan ayahanda tak nak tapi Ara ingat tak kisah seorang panglima perang yang berperang demi namanya sendiri?"

Aku bungkam. Merenung wajah ayahanda.

"Quzmah awalnya tidak ikut berperang dalam Perang Uhud tetapi setelah diprovok oleh penduduk, dia heret segala peralatannya dan datang sebagai panglima perang. Quzmah ini dikatakan seorang panglima perang yang sangat hebat, Ara dan kemahiran berperangnya tak mampu disangkal. Namun dalam Perang Uhud seperti yang kita tahu 3000 berbalas 700. Dalam peperangan, pasti ada yang terluka. Sama juga dengan panglima Quzmah. Dia berperang demi menjaga maruahnya yang diperkecilkan oleh penduduk Madinah. Hinggakan di saat nyawanya di hujung tanduk, dia berjuang demi harga dirinya. Tidak betah dengan kesakitan, Quzmah memilih untuk membunuh diri."

Ayahanda diam sekejap lalu mengusap kepalaku yang tidak bertutup apa-apa. "Ayahanda tak nak kalau berita ni sampai ke Fakeeh, dia berjuang hanya untuk pulang kepada Ara. Biarkan dia berjuang demi Allah, bukan manusia. Kita jangan tutup pintu syahid dia, sayang."

Aku genggam buku lima. Nafas dilepas berat. Jadinya, Fakeeh akan jadi orang terakhir yang bakal tahu tentang kandungan ini. Namun, sampai bila? Sampai bila aku perlu tunggu hingga Fakeeh kembali?

Sebulan? Tiga bulan? Setahun? Hingga anak kami lahir?

Takkanlah...

"Sabar ya, Ara. Kamu berdua kena sama-sama kuat."

.

.

"TUANKU!"

Panggilan dari Haniya mematikan belaian aku pada Mui'zza. Aku tak ikut mereka ke masjid untuk solat terawih. Jadi, aku duduk saja di rumah. Melepak di The Botanica sambil menghayati kesunyian alam. Merenung ke arah bulan yang barangkali ditenung juga oleh belahan jiwa di negara sana.

"Kenapa Haniya? Semua dah balik ke?" Tak perasan kalau mereka sudah pulang dari masjid. Aku terlalu asyik melepaskan rindu melalui cahaya bulan sehingga tidak sedar akan masa yang berdetik.

"Tuanku Raja Muttaqin, tuanku!"

"Kenapa dengan ayahanda?" Rasa cemas mula memalu dada. Mui'zza diturunkan dari riba.

"Tuanku collapse!"

"Ya Allah!" Nak gugur jantung aku saat itu. Terus kaki mengorak langkah pantas ke bilik ayahanda. Haniya pun hinggakan tak ternampak di belakang. Masuk bilik ayahanda, Ahmad dan seorang lagi lelaki sedang memapah ayahanda ke katil. Diluruskan tubuh ayahanda sebelum semua menunduk hormat ke arah aku. Ahmad berdiri di tepi katil sementara yang seorang lagi sudah berlalu pergi.

"Ayahanda." Aku menghampiri ayahanda. Tangan laju melekap ke dahi dan pipi ayahanda.

"Ayahanda tak apa-apa, Ara."

"Haniya cakap ayahanda collapse. Kenapa ayahanda?"

"Biasalah orang tua."

Aku tak percaya. Terus aku perhatikan bilik ayahanda. Ayahanda bukannya senang jatuh sakit bahkan, rajin sangat buat senaman diri. Kesihatan menjadi perkara penting untuk ayahanda. Jadi, sangat aneh dan pelik kalau ayahanda boleh collapse secara tiba-tiba.

"Kejap... air apa ni?" Aku mencapai gelas yang ada di atas meja di sebelah balkoni bilik utama ini. Aku hidu segera. Tiada bau.

"Air apa ni ayahanda?"

"Air teh hijau."

Dahi aku berkerut. "Ahmad, letak air ni dalam plastik dan beri pada Tok Guru Wahyu. Minta dia siasat ramuan dalam ni. Saya nak segera. By tomorrow morning, laporan mesti ada atas meja bilik Fakeeh."

Hilang saja Ahmad, tinggallah aku berdua dengan ayahanda. Sempat aku kerling di luar balkoni. Bonda dan Faharin tengah berbual di balkoni cermin di tingkat bawah. Aku musykil. Bonda tak risau ke suami dia dilaporkan rebah?

"Ara..." Panggilan ayahanda aku sahut perlahan. Malas nak fikir bonda, aku rapat dengan ayahanda.

"Siapa buat air tu ayahanda?" soalku.

"Isteri ayahandalah. Siapa lagi?"

Aku diam. Takkanlah bonda pula nak buat ayahanda macam ni.

Aku geleng pantas. Membuang segala andaian buruk berkaitan bonda. Bonda takkan tergamak buat suami sendiri begini.

Faharin? Boleh jadi. Satu-satunya manusia yang aku tak percaya dekat dalam istana ni.

Nafas berat aku hela. "Kesian ayahanda."

"Nak kesian apa Ara? Ayahanda dah tua, benda-benda macam ni normal." Penuh bersahaja ayahanda berkata-kata.

"Ayahanda..."

"Kenapa? Cucu ayahanda mengidam ke?" Bibir ayahanda terjongket sebelah.

Aku balas senyumannya. Spontan, tangan merayap ke perut. "Taklah. Cucu ayahanda ni baik. Tak menyusahkan ibu dia."

"Alhamdulillah. Ara jangan skip makan. Kalau tak larat nak puasa, berbuka saja. Jangan ditahan-tahan. Ini anak pertama Ara dengan Fakeeh. Kena jaga baik-baik."

"InshaAllah. Ayahanda, raya nak dekat, kan?" Senyuman lembut aku berubah layu.

Pejam celik pejam celik dan masuk 10 malam terakhir Ramadhan dan Fakeeh... masih belum pulang. Alka masih dengan status darurat mereka. Dua negara itu tiada sesiapa mendirikan bendera putih.

Dah genap enam minggu kandungan aku. Syukur semuanya baik-baik. Alahan pun tak teruk sangat. Paling teruk pernah aku hadap ialah aku rindu bau Fakeeh. Ya, itu adalah alahan paling derita. Sampai baju-baju dia aku punggah untuk hirup bau Fakeeh yang masih ada. Siap buat tidur. Kalau tak, memang tak lena. Rindu sangat dengan pemiliknya.

"Ara..."

Aku tunduk sambil bermain dengan jemari sendiri. "Tahun ni tahun pertama Ara berpuasa dengan Fakeeh. Ara ingat, Ara dapat beraya dengan dia tapi Ara silap. Ara juga harus berpisah dengan dia untuk satu masa yang cukup lama." Tubir mata menghangat. Bila buka soal Fakeeh, laju mata itu nak membasah. Hati senang sangat tersentuh.

"Ara tak boleh macam ni."

"Ara tahu..." Nafas aku tarik dalam.

"Ara bukan nak persoalkan takdir cuma Ara sedih. Dengan keluarga kita yang tak nampak macam keluarga ni."

"Maafkan ayahanda. Ini semua salah ayahanda." pohon ayahanda.

Aku geleng. "Dah ketentuan, ayahanda. Ara cuma tak sangka sakit rindu ni... sangat sakit, ayahanda." Tangan aku melekap ke dada. Mata dipejam. Berharap rindu ini sampai ke Fakeeh.

"Allah uji Ara dan Fakeeh, sebab Allah tahu kamu berdua kuat orangnya."

"Ara tak kuat..." bisikku perlahan.

"Doa adalah kunci segalanya, Ara. Rindu, kirim doa. Marah, doa kelembutan. Sedih, doa keredhaan. Gembira, doa kesyukuran. Doa itu ibarat bicara tanpa hijab antara hamba dan Tuhan, yang tiada satu pun mahkluk boleh membatasi."

"Doakan Ara kuat, ayahanda. Ayahanda tahukan tentang isu yang berlaku dekat Istania?"

Aku capai tangan ayahanda. Isu hangat sekarang... orang persoalkan tindakan Fakeeh. Ada yang tak bersetuju sebab Fakeeh sudah jadi raja Istania. Kenapa perlu berperang untuk Alka?

Itu belum masuk soal Faharin. Kata mereka kalau Fakeeh sudah hadap sangat Alka tu, ada baiknya Faharin jadi raja.

Oh, stres aku jadinya.

Faharin pun dah pandai. Mula bersua dengan rakyat. Makin rapat. Hinggakan ada yang bersetuju membina pakatan mahu mengambil Faharin sebagai peneraju Istania.

"Budak-budak muda, Ara. Mereka tak faham maksud jihad."

"Kesian Fakeeh."

"Jangan risau. Ayahanda akan pastikan mereka tak buat tindakan yang tak senonoh."

Aku tak kisah pun. Malas nak ambil kisah. Namun aku tak pekak. Aku boleh dengar bisikan-bisikan negatif mereka. Ada kala sampai aku tertekan.

Cabaran aku sekarang ni sangat berat.

"Ara tak penat ke? Nak tidur pergilah tidur. Jangan terlalu fikirkan sangat. Tak baik untuk kesihatan. Ayahanda masih larat untuk uruskan sementara Fakeeh tiada." Usapan ayahanda meredakan sedikit rasa gusar yang bersarang. Ayahanda masih ada untuk perbetulkan segalanya. Orang takkan berani tentang. Pakatan Faharin tu pun kecil saja dan masih terkawal. Tak bertindak ganas hingga merusuh.

"Yelah ayahanda. Ara masuk tidur dulu. Kalau ayahanda perlukan apa-apa, minta saja pada Ara tau."

Bersalaman dengan ayahanda, aku mencorak langkah ke bilik. Tutup pintu, sunyi aje bilik.

Nafas berat aku lepaskan. Almari baju dihampiri dan dibuka. Satu baju Fakeeh aku capai dan bawa ke katil. Usai selesakan tubuh, baju Fakeeh itu aku bawa ke hidung. Dihirup semahuku.

"Ara rindu Ya Rohi... Semoga Allah sentiasa menjaga Ya Rohi..."

Aku pejam mata. Cuba membayangkan si dia dapat hadir. Dalam mimpi pun jadilah. Aku teringin mahu bertemu dia dan memeluk batang tubuh itu.

Tak semena-mena, mata mula bertakung. Aku pusing badan ke kanan. Tangan menggagau ruang sebelah yang kosong. Diusap kecil sambil hidung tak henti menghirup baju Fakeeh.

"I miss you..."

"Our baby miss you..."

Air mata tumpah. 

.

.

Ciskek punya air mata. Aduh, Fakeeh cepatlah balik. But what if Fakeeh gugur syahid?

Continue Reading

You'll Also Like

477K 24.1K 59
๐—ฅ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€ โ€ขยฐ. *เฟ ยซ2๐ง๐ ๐๐Ž๐Ž๐Šยป ยฉ2021โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš๐€๐ƒ๐˜ ๐€๐’๐‡๐‘๐€๐… ๐— ๐€๐‘๐ˆ๐€๐๐€ ๐€๐“๐ˆ๐‹๐ˆ๐€หš เผ˜โ™ก ยทหš Adi Ashraf dan...
214K 12.1K 82
Rahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yan...
1.3M 59K 57
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diab...
439K 33K 90
Marissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermu...