C | DEAR MY CRUSH โœ“

By liyasarahnur

7.1K 712 1.9K

( UNEDITED ) Under Dear Series: "Kita bagai siang dan malam. Tidak akan menyatu kecuali dengan takdirNya." ... More

๐ŸŒผ PROLOG ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 1 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 2 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 3 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 4 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 5 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 6 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 7 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 8 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 9 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 10 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 11 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 12 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 13 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 14 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 15 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 16 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 17 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 18 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 19 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 20 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 21 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 22 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 23 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 25 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 26 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 27 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 28 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 29 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 30 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 31 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 32 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 33 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 34 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 35 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 36 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 37 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 38๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 39 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ BAB 40 ๐ŸŒผ
๐ŸŒผ EPILOG ๐ŸŒผ

๐ŸŒผ BAB 24 ๐ŸŒผ

114 12 12
By liyasarahnur

         TELEFON yang berdering itu dipandang sepi. Adreena mundar-mandir di dalam biliknya.  Duduk tidak senang. Fikirannya menerawang ke arah kejadian selepas tamat kelas petang kelmarin. Adam dengan Wardah. Disebabkan Adam memegang tangan Wardah, Adreena berfikir negatif.  Sejak kelmarin, perkara ini asyik bermain di mindanya.

“Macam mana kalau Wardah memang ada hubungan dengan Encik Adam? Orang lain pun tahu, tapi sembunyi kan dari aku?” Adreena membuat andaian sendiri.  Sesekali dia menggigit jarinya. Tidak tenang rasa hatinya ini. Rambutnya habis serabai akibat diramas beberapa kali.

“Tak mungkin lah kan? Wardah kan dah ada tunang. Tapi... Adam pun mesti tahu batas dengan tunang orang, kan? Isyh! Susah lah macam ni.” Adreena meramas rambutnya lagi.  Seketika kemudian dia berhenti berjalan.  Dia melabuhkan punggungnya di birai katil yang bertentangan dengan cermin meja soleknya.

Relax, Reena. Calm down.  Kau tak boleh gelabah.  Kau tak boleh buat andaian sendiri.  Mengucap, mengucap.  Istighfar banyak-banyak.” Adreena cuba menenangkan dirinya. Nafas ditarik lalu dihembus kembali.  Dia melakukan perkara tersebut berulang kali. Sambil-sambil itu dia beristighfar. Ya Allah, mengapa dia asyik teringatkan Adam?  Inilah akibatnya kalau dah terlanjur suka.  Susah nak tarik balik rasa suka tu.

Dia memandang wajahnya di dalam pantulan cermin. Rambutnya yang serabai itu dibetulkan balik. Deringan telefon yang telah semula tadi kedengaran lagi.  Membuat hati Adreena menjadi tidak tenang. Telefon yang berada di atas katil itu dikerling. 

“Aduh, kenapa dia telefon aku? Apa dia nak dari aku? Alahai, ni aku tak suka ni. Siapa lah bagi nombor aku dekat dia.” Telefon itu dijauhkan. Bantal di ambil lalu ditindih ke atas telefon pintar tersebut.  Adam yang menelefonnya.  Siapa entah yang beri nombor telefon dia pada Adam.

Macam mana dia tahu tu nombor Adam? Sewaktu dia sedang berbaring, seseorang menelefonnya. Nombor yang asing, namun dia angkat juga kerana telah berbunyi banyak kali dan menganggu waktu rehatnya. Bila di angkat, ternyata itu nombor Adam. Nombor Adam wei! Fulamak!

“Aku syak, mesti Yeena yang bagi. Tak pun Anis.  Pandai-pandai je dia orang tu bagi nombor aku. Tengoklah sekarang.  Macam jadi suspek atas suatu kes jenayah pula.” Adreena menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tidak lama kemudian, telefonnya sudah berhenti berdering. Adreena menghela nafasnya lega. Badannya direbahkan ke belakang. Barulah dapat rehat dengan tenang balik.  Baru sekejap dia pejam mata, kedengaran pintu biliknya diketuk.

Tok! Tok! Tok!

Adreena pejam matanya erat-erat.  Tangannya dikepal, kegeraman. Kenapa banyak sangat gangguan ni? Ya Allah, tenangkan lah aku!

“Kak! Ooo kak!” Suara Ayeena kedengaran. Adreena berdecit perlahan.  Kacau lah budak ni seorang.

“Ya! Adik nak apa? Kacau lah orang nak rehat.” Adreena berkata-kata sambil memejamkan matanya.

“Abang Adam datang.” Adreena terdiam seketika sebelum matanya dibuka tiba-tiba. Pantas dia bangun. Dia memandang pintu biliknya.

“Apa?” soal Adreena dengan nada suara yang masih boleh dikawal.

“Abang Adam datang. Dia ada dekat bawah.  Katanya nak jumpa akak.  Turun lah cepat. Nampak macam risau je tu.” Adreena mulai tidak tenang.  Apa yang Adam nak? Sampaikan datang ke rumah semata-mata mahu mencarinya! Tekad benar lelaki itu! Apa kata Ayeena tadi? Risau? Oh my god! Risau apa benda nya. Dia okey je lah.  Tapi Adreena tetap tak nak jumpa Adam!

“Akak tak nak.  Cakap dekat dia akak tengah tidur.” Ha! Jawapan dan alasan paling selamat.  Bijak, bijak! Bagus Adreena!

“Kalau tidur, kenapa bunyi suara? Sengaja tak nak jumpa saya?” Eh, ni bukan suara Ayeena.  Garau je. Suara... Adam! Terus membulat mata Adreena.  Pantas dia berlari menuju ke arah pintu bilik.  Lantas pintu tersebut dikunci.  Fulamak! Apa yang perlu dia buat sekarang?

“Cik Reena, boleh awak keluar sekejap? Saya nak bercakap dengan awak.” Apa perlu dia buat sekarang? Adam suruh dia keluar! Memang tak lah dia nak keluar.

“Tak, Encik Adam nak apa sebenarnya? Sampai datang rumah saya bagai. Saya okey je. Apa yang Encik Adam nak cakap? Cakap je dekat sini.  Tak ada siapa nak dengar.  Penting dan rahsia sangat ke perkara tu?” soal Adreena bertubi-tubi.  Tubuhnya ditekap pada pintu. Di luar sana sunyi seketika.

“Saya call awak, awak tak jawab.  Saya ingat terjadi apa-apa yang tak diingini dekat awak.  Jadi, saya datanglah sini.  Tak sangka pula awak sengaja tak angkat call saya.  Kenapa tak angkat? Sebab fasal petang kelmarin ke? Fasal Wardah?” Adreena terdiam.  Oh my god, jangan diungkit!

“T...Tak, mana ada,” sangkal Adreena.

“Kalau tak, kenapa tak keluar? Kenapa mengelak dari jumpa saya? Kenapa tak bersua muka, tak katakan ketidakpuasan hati awak secara berdepan dengan saya? Kenapa?” soal Adam bertubi-tubi. Hal itu membuatkan Adreena terasa sedikit tercabar. Lantas kakinya di bawa melangkah menuju ke arah almari. Tudung sarung hitam di ambil lalu disarungkan ke kepalanya sebelum dia kembali ke arah pintu bilik. Pintu dibuka dan terpampang lah satu susuk tubuh di hadapan pintu. Adam.

“Sebab saya tak layak.  Awak faham tak saya tak layak.” Adam kerutkan dahi, tidak mengerti.

“Apa maksud awak?”

“Awak ada ramai peminat.  Mungkin dalam diam awak ada ramai kekasih.  So, why not you just stay away from me.  Saya dah lama nak cakap benda ni, cuma tak kesampaian.  Berhenti jumpa saya. Berhenti buat baik dengan saya. Dan berhenti bagi harapan dekat saya.” Ayat terakhir hanya diucapkan dengan nada yang perlahan. Mereka saling bertentang mata.  Disebalik bening hazel dan coklat gelap itu penuh dengan pandangan yang tersirat.

Go away.” Adreena memusingkan badannya, ingin masuk ke dalam biliknya kembali.  Namun, Adam sempat menahan lengannya.

“Kenapa? Perlakuan saya buat awak jatuh cinta pada saya? Perlakuan saya buat awak terseksa?” Soalan Adam membuatkan Adreena terperanjat bukan main. Adreena terus menoleh memandang Adam. M...Macam mana lelaki itu tahu?

“Akak? Abang?” Satu suara menegur. Keduanya menoleh. Ayeena.  Lantas Adreena menarik tangannya kembali.

“Jangan bertanya seolah awak tahu segalanya.” Adreena sempat berbisik kepada Adam sebelum dia kembali meloloskan dirinya ke dalam bilik sebelum kembali dikunci. Badannya disandarkan pada pintu bilik.  Matanya dipejam rapat.  Segalanya akan terbongkar kah? Secepat ini semuanya akan terbongkar? Wajahnya diraup sebelum Adreena beristighfar panjang.

*****

       “SO, macam mana sekarang? Dia dah tahu segalanya lah?” soal Anis.  Dia memandang wajah Adreena.  Kusut semacam sahaja sahabatnya itu. Selepas Adreena menelefon dia dan menyuruhnya datang ke rumah Adreena, terus dia datang.  Takut terjadi apa-apa yang buruk.  Jarang Adreena menelefon nya kecuali jikalau ada hal kecemasan.

“Saya tak tahu... Macam mana ni Anis? Macam mana kalau dia dah tahu? Sebab sejak kebelakangan ni Adam lain macam je. Dia seolah-olah siasat pasal saya. Macam mana ni Anis?” Adreena menggaru kepalanya yang sudah entah kali keberapa. Wajahnya disembam pada bantal.  Ibuu, Adreena takut!

Anis mengeluh perlahan apabila melihat keadaan sahabatnya itu.

“Awak pun tak dapat pastikan lagi, kan? Just relax. Semuanya akan okey dan baik-baik sahaja. Jangan lah risaukan sangat pasal benda tu. Saya yakin, Adam tak tahu pun awak suka dia.  Mungkin dia cuba buat andaian melalui sikap dan kelakuan awak bila terserempak dengan dia? Mana lah tahu, kan?” Anis mencapai tangan Adreena lalu digenggam bagi menenangkan Adreena. Adreena memandang Anis lama.

“Awak yakin ke?” Anis mengangguk laju. Lagi-lagi Adreena mengeluh perlahan.

“Ketara sangat ke gelabah saya bila jumpa dia? Ketara sangat ke saya suka dia?” soal Adreena dengan suara perlahan dan seperti berputus asa.

“Reena, don't think much about that.  Nanti awak sakit kepala.   Ibu awak juga yang susah nak jaga awak. Yes, I had to admit yang gelabah awak memang ketara. Cara awak bercakap, body language awak pun ketara sangat. Macam yang awak tahu, lelaki ni peka dengan suatu keadaan. Mereka ni ibaratkan macam ada fotografik memori tau.” Adreena kerutkan dahi, tidak mengerti.

“Fotografik memori?” Anis mengangguk.

Yap! Fotografik memori iaitu kebolehan untuk mengingat sesuatu perkara. Cara bercakap awak, kelakuan awak. Mereka akan ingat bila awak berterusan melakukan hal yang sama jika bertemu dengan dia.  Jadi, tak mustahil kalau dia dapat detect yang awak suka dia.” Kata-kata Anis membuatkan Adreena semakin tidak tenang. Terasa mahu menangis pun ada.

Melihat wajah Adreena yang sudah hati membuat Anis berasa kesian.  Namun dia juga sukar untuk campur tangan. Dia bukan pakar dalam bab-bab cinta ni.  Dia memang fail.  Dia tidak pernah bercinta, jadi of course lah fail bab ni.

“Macam ni lah Reena.  Anggap je perbualan awak dengan dia tak pernah terjadi. Anggap je semua benda tu mimpi. Mimpi buruk yang awak tak nak ianya terjadi sampai bila-bila.  Tapi bila Allah dah tentukan, awak kena ikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah. Allah Maha Mengetahui. Awak mengelak macam mana pun, dia tetap akan tahu. Jadi, cuba untuk bertenang. Berdoa semoga dia tak tahu.” Lengan Adreena diusap lembut. Membuatkan gadis itu kelihatan lebih tenang dari tadi.

“Terima kasih Anis.  Terima kasih banyak-banyak sebab sudi dengar luahan tak seberapa saya ni.  Luahan yang kinda clishe ni.” Adreena tergelak kecil mendengar kata-katanya sendiri. Anis hanya senyum.

No worries.  Awak sahabat dunia akhirat saya.  Jadi, sebagai sahabat dan saudara seislam, saya perlu nasihat awak kalau awak ada buat salah, pasang telinga bila awak cerita tentang masalah awak, pinjamkan bahu jikalau awak ada masalah. Awak ada saya.  Jadi, jangan risau.  Kongsi je dengan saya.”

“Terima kasih Anis!” Tubuh Anis dipeluk erat. Matanya dipejam. Ya Allah, bersyukur nya ada kawan seperti Anis!
Anis tersenyum kecil.  Boleh tahan comel Adreena ni.

*****

       AYEENA dan Luthfi duduk di salah sebuah meja yang terdapat di dalam cafe itu. Mereka telah berjanji untuk bertemu pada petang itu. Tetapi hanya sekejap sahaja kerana takut terjadi fitnah dan takut ibu bapa mereka risaukan mereka.

“Jadi, apa yang abang nak bincangkan tu?” Ayeena angkat bicara setelah lama mendiamkan diri.  Dia memandang Luthfi yang sedang menyedut minuman yang dipesan sebenar tadi.

“Pasal Abang Adam dengan Kak Reena.” Terangkat sebelah kening Ayeena apabila Luthfi berkata begitu.

“Pasal Abang Adam dengan Kak Reena? Kenapa dengan dia orang?” soal Ayeena, masih tidak dapat menangkap arah perbicaraan ini. Luthfi mengeluh perlahan. Aduhai, kenapa Ayeena tiba-tiba jadi bengap hari ini?

“Apa yang Yeena fikirkan pasal dia orang?” soal Luthfi. Dia memandang Ayeena yang turut memandangnya itu. Jelas kelihatan gadis itu keliru dan bingung.

Err... Kawan?” tebak Ayeena.  Namun, dia mendapat satu gelengan dari Luthfi.

Or maybe mereka suka kan satu sama lain?”

“Ya, tepat sekali!” Luthfi memetik jarinya.

“Jadi, Yeena tak terdetik ke nak satu kan mereka berdua?” soal Luthfi. Ayeena yang pada mulanya bingung terus bersemangat.

“Nak! Mesti lah nak dan terdetik nak satu kan Abang Adam dengan Kak Reena.  Tapi, mereka nak ke? Masing-masing macam main tarik tali je. Yeena tengok pun bosan.” Ayeena mencebik.

“Kalau cara tu, memang lambat lagi lah dia orang nak mengaku suka satu sama lain. Maksud abang cara lain.” Ayeena kerutkan dahi.

“Cara lain? Apa dia?” soal Ayeena. Luthfi tidak menjawab.  Dia hanya memandang Ayeena dengan satu senyuman yang penuh bermakna di bibirnya.

“Yeena habiskan air tu dulu.  Nanti abang hantar Yeena balik.  Tapi sebelum tu, teman abang pergi kedai sekejap.  Abang ada nak beli sesuatu.”

Err... Okey! No problem!” Ayeena habiskan air yang dipesannya.  Sambil-sambil itu dia termenung memikirkan apa maksud di sebalik senyuman Luthfi.  Jangan lelaki itu hendak berbuat bukan-bukan sudahlah. Risau juga dia.  Kakak dia kut! Mana tak risaunya. Namun dia percaya, semuanya akan baik-baik sahaja.

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

2M 97.2K 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang ya...
331K 9.6K 22
[STATUS: COMPLETED โœ”] Also known as 'From Hell' Book 1 of Ash Diego โš  Hati tisu & belum baligh dilarang baca โš  --- Apabila dendam tercipta, nyawa men...
33.3K 3.1K 34
โš  Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.โš  Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Ari...
313K 11.5K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...