HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)

afiadz

32.7K 3.3K 257

BLURB Her Eusoff Akibat tekanan daripada Syarifah Andra, Elvina terdesak untuk mencari calon suami. Bukan sem... Еще

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
TERBIT (EBOOK)

BAB 18

855 114 4
afiadz

TIGA BULAN KEMUDIAN...

SETELAH sekian lama terperap di dalam rumah, akhirnya Elvina memberanikan diri untuk menerokai dunia luar. Disebabkan tiada sesiapa di rumahnya hari itu, dia terpaksa keluar untuk mencari makanan. Seawal pagi, kedua ibu bapanya sudah keluar. Pergi dating lah tu. Sudahnya, dia dibiarkan keseorangan dan kelaparan. Pembantu rumahnya pula cuti sakit pada hari itu.

Usai membungkus ayam goreng dan burger di restoran makanan segera berdekatan, Elvina melintas kena melintas jalan raya kerana dia memarkirkan kereta agak jauh. Maklumlah, waktu ini semua orang kebulur nak cari makanan. Tempat parkir kereta semuanya penuh.

Ketika melintas jalan, tiba-tiba ada sebuah motosikal meluncur laju ke arah Elvina. Dia sempat mengelak, malangnya kakinya terseliuh lalu jatuh. Motosikal tersebut memecut laju tanpa mempedulikan Elvina.

Dasar hantu punya orang! Semoga lepas ni kalau dia bawa motor, lampu selalu merah dan tak pernah hijau. Semoga kalau dia makan dekat restoran, sejam dua jam baru order dia siap. Dan semoga bila dia berjalan, hujung kaki dia terlanggar bucu meja atau terkepit pintu.

Amin.

"Aduh!"

Elvina terduduk di atas jalan raya. Dia rasa hendak menangis saat itu juga. Orang sekeliling mula memandangnya, tapi tiada seorang pun yang mahu menolong.

Dia cuba bangun dengan bersusah payah, tapi kakinya tidak memberikan kerjasama. Perit dan sakit yang amat.

"Cik okey?" Suara garau seseorang menampan gegendang telinga Elvina.

Dalam keadaan menahan sakit, Elvina memandang ke arah lelaki yang berdiri di sebelahnya. Dia terkesiap apabila mendapati bahawa Eusoff adalah orangnya.

Harap yang Eusoff tak cam siapa dia. Lelaki itulah yang dia paling mahu elak daripada bertemu. Berbulan-bulan dia tak keluar dari rumah sebab tak mahu bertembung dengan Eusoff.

Mujur dia pakai purdah untuk menutup kecacatan di muka.

Eh, purdah? Elvina meraba-raba mukanya, tetapi mukanya bogel. Purdahnya sudah tercabut. Mungkin dalam keadaan cemas tadi, purdahnya tertanggal.

"El..." Suara Eusoff mematikan lamunan Elvina.

"Biar saya tolong awak. Boleh bangun?" Hilang suara dingin dan bekunya seperti sebelum ini. Digantikan dengan suara prihatin dan lembutnya.

Elvina malu, tapi dia sakit. Lambat-lambat dia menggeleng.

Dia cuba bangun, tapi sakit mencucuk-cucuk kedua-dua belah kakinya.

"Saya minta izin, ya." Tanpa menunggu persetujuan Elvina, Eusoff segera mencempung Elvina lalu membawa Elvina ke kereta Eusoff. Sewaktu dalam pelukan Eusoff, jantung Elvina berpalu dengan kencang. Tambahan lagi, apabila wangin Eusoff mencucuk rongga hidungnya.

"Awak nak bawa saya ke mana?" Purdah disarung kembali ke wajah. Dia malu nak berhadapan dengan semua orang.

"Saya nak balik. Bawa saya ke kereta saya," arah Elvina.

Eusoff tidak membalas. Dia sebenarnya terkejut dengaan pertemuan sebentar tadi. Sudah lama rasanya dia tidak menatap wajah yang anggun jelita itu. Apa yang lebih memeranjatkan adalah apabila wajah itu sudah berubah. Apa yang berlaku terhadap wanita di sebelahnya?

"Kenapa tuan diam? Tuan terkejut tengok keadaan saya sekarang? Dan tuan berpuas hati sebab saya dah dapat balasan daripada perbuatan saya?" soal Elvina bertalu-talu.

"Sakit-sakit pun mulut tu masih bising, eh?" balas Eusoff pedas. Dia menjeling sekilas ke arah wanita itu sebelum matanya kembali fokus pada pemanduan.

"Saya nak balik. Tuan nak bawa saya pergi mana?" Rasa nak saja dia buka pintu dan terjun dari kereta saat ini.

"Bawa pergi klinik la. Dalam keadaan macam ini, awak boleh drive ke?" jawab Eusoff senada. Hesy, geram pula dengan Elvina ni. Orang nak tolong, dia banyak bunyi pula.

Kata-kata Eusoff membuatkan Elvina tersedar akan keadaannya di kala itu. Sudahnya, Elvina hanya diam sahaja.

Sekarang, Eusoff dah nampak muka sebenar dia yang dia mahu sorokkan daripada semua orang. Dia sedih dan kecewa, tapi dalam masa yang sama dia terlalu sakit sekarang ni.

"Kita dah sampai." Tiba di klinik berdekatan, Eusoff meminta pembantu klinik membawakan kerusi roda. Kemudian, Elvina diletakkan di atas kerusi roda dan dibawa masuk untuk berjumpa doktor.

Mukanya sudah cacat. Sekarang kakinya pula. Selepas ini, apa lagi?

Di dalam bilik doktor, Eusoff turut menyibuk sama. Nak aje Elvina halau Eusoff. Sibuk-sibuk kenapa?

"Okey, encik. Isteri encik cuma terseliuh sahaja. Insha-Allah dalam masa dua minggu, kakinya akan sembuh. Cuma kena urut selalu dan makan ubat yang diberikan," kata Dr Amira. Elvina dan Eusoff berpandangan apabila ayat itu terpacul keluar dari doktor muda itu.

Meraka berdua nampak macam suami isteri ke?

"Tapi..."

"Puan tidak mengandung, kan?" soalan Dr Amira sekali lagi mengejutkan Elvina.

"Tak, tapi..." geleng Elvina. Elvina nak cakap yang dia dan Eusoff bukan suami isteri. Doktor itu tidak memberikan dia peluang langsung.

Belum sempat Elvina menangkis, Dr Amira bersuara, "Saya akan bagi ubat tahan sakit dan surut bengkak untuk puan."

"Baik, terima kasih Dr. Saya risau juga tengok dia tadi. Mujur tak ada apa-apa yang serius." Eusoff membalas.

Setelah itu, mereka menunggu di luar bilik rawatan untuk mendapatkan ubat.

"Tak sangka pula yang kita ni dah berkahwin." Suara Eusoff memecah keheningan suasana.

"Mujur awak cakap tak mengandung tadi. Kalau tak, status saya dah bertukar jadi suami dan ayah segera." Eusoff memandang Elvina yang malu-malu di sebelahnya. Wanita itu sudah lain. Lebih banyak berdiam diri daripada bermanis mulut.

"Diamlah, tuan." Tawa Eusoff pecah.

Kalau dulu, Elvina lah orang yang paling gembira apabila dikaitkan dengan Eusoff, tapi selepas kejadian yang menimpa mereka dahulu, Elvina mahu lari jauh-jauh dari lelaki itu.

"Panggil Eusoff je. Awak bukan lagi pekerja saya." Meskipun mereka duduk berjarak, Elvina jantung Elvina masih berdebar sakan.

"Hm."

"Saya hantar awak balik. Kaki awak tu masih sakit. Nanti saya suruh pekerja saya hantarkan kereta awak ke rumah awak," kata Eusoff.

"Okey," balas Elvina pendek. Apa-apa je lah. Dia malas nak fikir. Tak sampai beberapa minit dia keluar rumah, macam-macam benda jadi. Apalah sumpahan yang menimpanya.

Tiba-tiba, suatu bunyi yang tidak menyenangkan memenuhi ruang tersebut.

Elvina pandang Eusoff. Eusoff pandang Elvina. Sekali lagi, tawa kecil terletus dari mulut lelaki itu. Elvina pula tak tahu nak sorok mukanya di mana. Waktu ini jugalah perutnya enggan memberikan kerjasama.

"Lapar? Okey, sekejap lagi kita drive-thru McD. Saya belanja awak makan," kata Eusoff. Kesian pula dekat Elvina. Bukan dia tak nampak, makanan yang dibeli oleh Elvina berterabur di atas jalan raya sebab kemalangan kecil yang berlaku. Dia tak sempat hendak mengambil nombor plat motosikal tersebut kerana dia sampai sewaktu Elvina telah pun dilanggar.

"Puan Elvina," panggil pembantu jururawat yang bertugas. Eusoff segera ke kaunter dan mengambil ubat tersebut.

Elvina mendapat ubat celecoxib sebagai ubat tahan sakit dan juga serratiopeptidase sebagai ubat surut bengkak. Patutlah doktor tanya sama ada Elvina mengandung atau tidak. Ubat tahan sakit seperti celecoxib tidak boleh diberikan kepada ibu mengandung.

Selepas itu, mereka menuju ke McD. Usai membeli makanan, Eusoff memberhentikan kereta di tempat parkir.

"Tak nak makan?" Sambil mengunyah burger, Eusoff menyoal. Dari tadi Elvina hanya memerhatikan sahaja makanan, tapi langsung tidak menjamahnya. Bukan dia tak dengar bunyi perut Elvina yang bergendang sedari tadi.

"Susah nak makan pakai macam ni. Saya nak balik." Sungguh, Elvina tak reti nak makan dalam keadaan berpurdah. Dia pakai purdah pun sebab nak tutup mukanya yang cacat. Kalau tak, tak adanya dia nak pakai sebegitu.

"Sekejap, saya lapar. Bagi saya makan sekejap." Eusoff mula membuka bungkusan makanannya.

"Selak la sikit purdah tu. Saya pandang ke tempat lain." Usai berkata, Eusoff membuang pandang ke luar tingkap tempat duduk pemandu. Badannya turut berkalih. Dia hormatkan Elvina dan dia suka melihat perubahan wanita itu.

Meskipun Elvina memakai jubah, tudung dan purdah serba hitam, wanita itu semakin anggun.

Melihat Eusoff yang tidak lagi memandangnya, Elvina mula menjamah makanan. Dia tak banyak bunyi. Maklumlah, Eusoff dah tolong dia. Takkan dia nak demand itu ini. Sudahnya, dia akur.

"So, how's life?" soal Eusoff apabila mulut masing-masing terkunci. Dia langsung tidak memandang ke arah Elvina.

Dengar sahaja soalan Eusoff, Elvina rasa nak menangis. Dia tak tahu hendak jawab bagaimana. Dia rasa hidupnya hancur sekarang dan dia seperti hilang arah serta tiada hala tuju.

"Hm, saya tak tahu." Lambat-lambat, Elvina menjawab. Terlepas keluhan kecil dari bibir mungil Elvina.

"Saya tak tahu apa yang jadi kepada awak. Tapi saya doakan yang baik-baik semoga segalanya dipermudahkan untuk awak," kata Eusoff. Dia rasa seperti salah tanya soalan pula kepada Elvina.

"Amin."

"By the way, terima kasih sebab tolong saya hari ini. Kalau awak tak ada, saya tak tahu apa jadi pada saya." Senyuman ikhlas terlakar di wajah Elvina walaupun Eusoff tidak nampak senyuman itu.

"Kalau bukan awak pun, saya tetap akan tolong," balas Eusoff.

Setelah mereka menghabiskan makanan masing-masing, Eusoff memandu ke rumah Elvina. Setibanya di sana, Sharifah Andra dan Syed Fawwaz terkejut melihat keadaan Elvina. Sebagai tanda berterima kasih, Sharifah Andra menjamu Eusoff dengan juadah ringan. Eusoff akur walaupun perutnya sudah kenyang sebagai tanda berbudi bahas.

"Terima kasih sebab tolong anak mami ni. Nanti kalau bila-bila kamu free, datanglah rumah mami." Elvina rasa hendak tepuk dahi apabila mendengar kata-kata Sharifah Andra apabila mereka menghantar Eusoff pulang. Sudahlah dia suruh Eusoff panggil mami dan daddy. Eusoff pula ikut je.

"Insya-Allah, mami." Eusoff membalas kata-kata Sharifah Andra diselangi dengan senyuman.

"Bawa sekali Eemir tau. Teringin mami nak jumpa dia. Dah lama rasanya mami tak main dengan budak-budak. Rindu pula." Ini lagi satu hal. Entah macam mana, Eusoff boleh terbuka cerita tentang Eemir. Maka, Sharifah Andra pun dah tahu yang Eusoff ni duduk hot anak satu.

"Boleh, mami. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu, ya. Mami, daddy, El," pamit Eusoff.

"Baiklah, hati-hati bawa kereta tu." Syed Fawwaz yang sedari tadi berdiam diri akhirnya bersuara. Melihat isterinya yang kelihatan begitu mesra dengan Eusoff, dia sudah dapat membaca apa yang direncanakan dalam fikiran isterinya. Sudahlah si budak Eusoff itu memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh isterinya untuk dijadikan menantu.

Sharifah Andra menyiku Elvina yang duduk di atas kerusi roda lalu berbisik, "Kenapa kamu tak pernah cakap dekat mami yang bekas bos kamu tu kacak dan baik?"

"Ish, mami ni. Anak mami tengah sakit ni." Elvina membidas.

Kalaulah Eusoff membuka pekung Elvina, pasti Sharifah Andra tidak teruja seperti ini. Sudah tentu wanita itu akan berasa malu kerana anaknya berperangai bukan seperti yang dia jangkakan.


Продолжить чтение

Вам также понравится

Love Me Again [Completed] ✅

Любовные романы

480K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
CINTA UNTUK KANDA SAI

Любовные романы

38.7K 1.9K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...
ZAR tihatti

Любовные романы

260K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
Di Lautan Biru [OG] EiSeoya

Любовные романы

17.7K 1.7K 22
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...