Ammar Zahrain: The Obsessive...

By nssignature

10.3M 58.2K 12.4K

TERBIT Stand alone series (Completed) Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan Idea Kreatif Start: 16 Ogos... More

Ammar Zahrain (TERBIT)
Ammar Zahrain: The Obsessive Husband
The Obsessive Husband: 2
The Obsessive Husband: 3
The Obsessive Husband: 4
The Obsessive Husband: 5
The Obsessive Husband: 6
The Obsessive Husband: 7
The Obsessive Husband: 8

The Obsessive Husband: 1

285K 8.4K 2.3K
By nssignature

"Kau balik bila, Sya? Petang ni ke?" Mulut bertanya tetapi mata Aina melekat pada baju-bajunya yang sedang dimasukkan ke dalam bagasi. Cuti tengah sem sudah bermula. Semua pulang ke kampung halaman.

Aisya bermalas-malasan di atas katil. Dia bergolek-golek dari hujung katil ke hujung katil pula.

"Haah petang ni." Balasnya ringkas. Setelah itu, dia memerhati ke arah Aina yang sedang mengemas. Gaya rakannya bagaikan rakannya itu memang ingin mengangkut dengan bilik-bilik ini terus. Banyak!

"Banyak sangat barang yang kau bawa balik Na. Lagi dua minggu, kita balik sini balik."

"Perempuan. Biasalah noks." Aina tersengih tidak bersalah. Zip ditarik lalu dia menolak bagasinya merapat pada almari pakaian.

Aisya menganggukkan kepalanya sebagai tanda membalas. Lebih kurang setengah jam, Aina akan pulang. Tinggallah dia seorang diri di sini. Flight dia adalah pada petang ini. Lambat lagi.

"Pasti rindu kau."

"Eleh. Dua minggu je pun. Nanti kau menghadap muka aku lagi." Aina tertawa lepas. Dia bangun lalu melabuhkan duduk di samping Aisya. Bahu rakan karibnya dipeluk erat.

"Yelah. Takde teman borak."

"Fathi kan ada. Nanti borak jelah dengan boyfriend kau tu."

"Fathi busy lah. Ini tahun akhir dia." Balas Aisya lalu dia kembali bergolek di atas katil. Matanya memandang ke arah siling.

Bercerita mengenai Fathi, ini dapat membuatkan dia blushing. Lelaki yang dia kenali sewaktu dia berada di tahun 1 Ijazah. Bagaimana dia boleh kenal lelaki itu? Dia mengenali Fathi sewaktu dia menyertai acara yang diadakan bagi peringkat perlawanan bawah kementerian.

Boyfriend dia sudah berada di tahun akhir pengajian. Bermakna, Fathi berumur 23 dan dia pula berumur 21. Jarak umur mereka hanyalah dua tahun. Dia tidak suka jejaka yang terlalu tua. Dia geli geleman.

"Blushing pula. Dah dua tahun pun masih blushing." Aina menyenggol bahu Aisya. Tergelak kecil dia melihat perlakuan temannya itu.

"Mestilah! Walaupun dah dua tahun, aku rasa baru semalam je kami bercinta."

Dan dan itu, terus saja Aina membuat gaya loya. Jika ingin digambarkan dengan emoji, maka Aina memegang emoji muntah.

"Meloya aku dengar." Getus Aina pendek dan membuatkan Aisya ketawa lepas.

"Kau dah kemas belum ni, Sya?"

"Belum."

Mendengar jawapan Aisya, terus saja Aina menarik tangan sahabatnya untuk bangun.

"Bangun. Kemas sekarang! Nanti kalau lambat, kau terlepas flight." Aina membebel bagaikan mak-mak.

Rambut panjang Aisya berselerak. Dengan malas, dia bangkit dari baringan lalu melabuhkan sila di lantai.

"Aku tolong." Aina menawarkan khidmat bantuannya. Terus melebar senyuman di wajah Aisya. Cun! Dia kalau bab-bab berkemas, memang malas.

"Sayang kau." Aisya melabuhkan kepalanya di atas bahu Aina. Aina hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum dia menampar perlahan sisi kepala Aisya. Nasib tak kuat!

••••

"Rindunya ma dekat anak mama ni." Badan Aisya segera dipeluk oleh ibunya. Puan Zakia membelek-belek tubuh sang anak bongsu setelah puas dia memeluk.

Aisya hanya tertawa kecil. Setelah itu, abahnya pula yang memeluk dirinya. Encik Amin hanya memeluk anak perempuannya sambil menepuk-nepuk bahu Aisya.

"Baru dua bulan Aisya balik kampus. Dah rindu?" Aisya mencucuk-cucuk pinggang ibunya.

"Mestilah! Ini anak bongsu mama ni. Mana pula tak rindu." Puan Zakia memeluk erat bahu Aisya. Aisya hanya tersenyum manis. Dijeling abangnya yang sedang menayangkan wajah tidak puas hati di atas sofa buatan Malaysia itu.

"Mama ni selalu lebihkan adik. Zain yang ada dekat rumah ni tak ada layanan special pun." Zain, abang Aisya yang kelima merungut tidak puas hati. Wajahnya cemberut.

"Kamu tu selalu ada dekat sini. Aisy ni bukannya selalu ada. Itulah. Suruh beristeri tak nak pula."

Mendengar perkataan isteri, terus saja raut wajah Zain berubah. Berubah ke arah masam.

Aisya gelak sakan. Welk! Padan muka. Ada hati nak kenakan dia. Hello. Dia ini anak bongsu. Perempuan pula tu. Harus-haruslah ma dan abah lebihkan dia.

"Aisy masuk bilik dulu. Mandi, solat apa semua. Mama nak sediakan makan petang. Mama ada masak makanan kegemaran Aisy."

"Kuey Teow Ladna?" Aisya menebak bersama wajah yang sudah bercahaya.

"Ya, sayang." Mama mencuit hujung hidung Aisya. Aisya tertawa lepas sebelum dia sekali lagi memeluk badan mamanya. Sayang mama!

••••

Aisya membaringkan badannya ke atas katil setelah dia siap mengemas segala barangan ke dalam almari. Tangan naik menarik telefon pintar yang berada di meja lampu tidur.

Senyuman terus saja bertunas di bibir setelah itu. Mesej daripada Fathi!

"Sayang dah sampai ke belum? Kenapa tak cakap dekat I yang you balik? Kalau tak I pick up you dari hostel."

Aisya tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. See. Fathi sangat romantik. Walaupun Fathi berada berlainan negeri dengannya, kekasihnya itu tetap saja ingin mengambil dirinya. Namun, dia tidak sampai hati ingin membiarkan Fathi drive jauh-jauh semata-mata untuk mengambilnya.

"Isya dah sampai rumah. Dalam sejam lepas. Sekarang ni tengah relaks-relaks lepas siap kemas baju."

Butang send ditekan.

Ting!

Fathi terus saja online.

"Baru sekarang sayang cakap dekat I? Sampai hati."

Senyuman pada bibir Aisya semakin melebar. Alololo merajuk pula.

"Janganlah merajuk, sayang. Isya tak sempat check phone tadi. Sorry sayang."

"It's okay. I gurau je. I tahu baby besar I ni busy. Jangan ingat dekat orang lain pula bila sampai dekat sana. Jaga mata. Jaga hati. Untuk I. Jangan layan kalau mana-mana lelaki nak try."

Aisya menggigit bibir. Pesanan yang acap kali diberikan oleh Fathi jika dia pulang ke kampung. Kata Fathi, dia bimbang sekiranya Aisya jatuh perasaan kepada mana-mana budak muda di kampung ini. Ada ada sajalah.

Mereka berbalas mesej buat seketika sebelum Aisya meminta diri untuk menamatkan perbualan. Ketukan sudah kedengaran di pintu.

"Okey sayang. Pergi makan dulu. Makan banyak-banyak. I tak nak you sakit. Nanti dah siap makan, cakap dekat I. Bye baby. I love you."

"Bye sayang!"

Dan setelah itu, perbualan mesej mereka tamat. Aisya bangun dari katil lalu dia berlalu ke arah pintu.

"Jom! Mama dah siapkan makanan." Wajah mama terpampang di muka pintu. Aisya tersenyum sebelum dia merapatkan daun pintu.

••••

"Abah dengan abang dekat mana ma?" Aisya bertanya apabila rumah kayu moden itu diam tanpa suara. Yang sedia sunyi semakin sunyi.

Mama merapatkan al-Quran setelah dia selesai menamatkan ayat yang terakhir. Wajah cantik Aisya yang bertelekung dipandang dengan senyuman.

"Abah dengan abang pergi masjid. Nanti baliklah tu."

"Oh lupa!" Aisya tersenyum. Lupa pula. Abahnya merupakan imam masjid. Jika dulu, dia selalu juga mengikut mama dan abah ke surau. Tapi sekarang ini sudah tidak lagi. Yelah, dia pun sudah jauh di negeri orang.

Al-Quran diletakkan di atas rehal. Mama mencari wajah Aisya.

"Macam mana study? Okey tak?" Mama mencipta perbualan.

"Okey je ma. Macam biasalah. Exhausted."

"Nanti ni Aisy ada perlawanan bola jaring kan? After that, terus praktikum kan?" Mama ingat-ingat lupa. Sudah beberapa minggu lepas anaknya bercerita mengenai ini. Ingatan tuanya mudah sangat lupa info-info sebegini.

"Haah. Lawan dengan pasukan kampus lain. Lepastu terus masuk sekolah. Praktikum." Balas Aisya ringkas. Senyuman masih tetap utuh di wajah.

"Bangga mama dengan anak bongsu mama ni. Nanti ni akan jadi pendidik anak bangsa. Besar manfaat dan pahalanya sayang." Mama membelai-belai kepala Aisya yang tersarung dengan telekung itu.

Aisya mencari tangan mama sebelum digenggam erat. Kepalanya disandarkan pada bahu mama.

"Alhamdulillah, ma. Tapi anak-anak mama yang lain lagi hebat. Abang Ziyad jadi doktor. Kak Amani jadi peguam. Kak Alia jadi polis. Abang Zuhair jadi air force. Abang Zain businessman. Aisy je yang biasa-biasa ma."

"Isyh, mana ada! Bagi mama, Aisy lah yang paling hebat. Doktor, peguam, polis, air force dan businessman itu terlahir daripada pendidik. Kalau tak ada pendidik, tak akan ada insan berjaya yang lain. Semuanya dimulakan dengan guru." Mama membuka bebelannya. Aisya hanya tersengih.

Syukur. Sebenarnya, guru bukanlah cita-citanya. Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang arkitek. Namun, mama dan abah melarang keras. Awal-awal lagi sudah dipancungnya.

Setelah menerima tawaran menjadi pendidik, tanpa perlu berfikir dua kali, mama dan abah terus menyuruhnya untuk menerima. Dia anak bongsu. Permata hati terakhir mama dan abah. Tak kan lah dia ingin menghampakan permintaan mama dan abah.

Awalnya, dia jelas rasa terpaksa. Namun apabila dia bertemu dengan ramai orang lebih-lebih lagi kanak-kanak, sifat semula jadi yang ada dalam dirinya iaitu sifat keibuan terpancar jelas. Dia sayangkan kanak-kanak dan pada akhirnya, dia menerima profesion ini dengan hati yang lapang.

Sayang mama dan abah!

Tbc

Continue Reading

You'll Also Like

29.9K 645 189
Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di kongsikan di sini. Seperti biasa hal hal...
5.1K 181 12
Mengisahkan seorang perempuan yang bernama Tengku Ayra Azahra yang terputus ikatan percintaan diantara bekas kekasihnya yang berasal dari France, pad...
3.3M 294K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
14K 218 4
BOOK #2 of 𝕱𝖗𝖎𝖊𝖓𝖉𝖘𝖍𝖎𝖕 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (Sambungan Pada Subuh Yang Membawaku Pergi - Yaya Samad) Bismillah Jaga satu hati? Maaf, bukan ini ya...