𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫...

By raisynee

10.3K 560 38

𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐊𝐚𝐲𝐥𝐞𝐧𝐞 - Gadis kacukan Melayu-Amerika diva yang terkenal dengan sifat menggodanya. Misinya h... More

𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 00
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 01
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 02
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 03
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 04
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 05
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 06
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 07
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 08
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 09
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 10
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 11
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 12
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 14
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 15
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 16
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 17
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 18
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 19
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 20
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 21
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 22
𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 23

𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 13

304 16 1
By raisynee

Scylla memeluk lengan kekar dan sasa Arath sambil berjalan keluar dari balai pelepasan KLIA. Arath menarik bagasi hitamnya seraya tangannya yang lagi satu merapatkan tubuh si adik dengan tubuhnya.

Scylla mengekek ketawa. Suka dimanjakan abangnya. Manakan tidak, memang dari kecil lagi mereka selalu berdua sahaja. Tidak ada adik beradik lain. Dengan sepupu mereka juga jarang berjumpa.

Sesampainya di tempat parkir, Adrian mengangkat bagasi Arath dan memasukkannya ke dalam bonet kereta. Scylla terus masuk ke dalam kereta, tidak tahan dengan panahan sinar matahari yang semakin panas.

"Yow bro, how's your life there? Good?" tanya Adrian sambil merangkul bahu Arath. Jejaka itu senyum tipis.

"Not bad." balasnya mudah. Adrian sengih, tahu sajalah hidup jejaka itu tidak berapa baik di sana. Itulah, gatal sangat nak duduk sana, hadap aje lah.

"Not bad konon, takkan tak jumpa yang good langsung?" seloroh Adrian, manalah tau kalau-kalau Arath mempunyai teman wanita di sana? Jejaka ni kacak kot, siapa je tak nak? Kalau aku jadi perempuan pun aku nak!

Adrian ketawa mengekek, lucu hati dengan kata hatinya, merepek je kau! Arath jungkit kening, dah kenapa Adrian ni?

"Kau ni kenapa? Gila dah lepas 2 tahun tak jumpa?" sinis nada Arath. Depan adik dia boleh pula dingin semacam, depan dia masya Allah, boleh gila layan perangai Adrian ni.

Makin kuat Adrian ketawa. "Haah, gila rindukan kau!" usik Adrian lagi, dia suka melihat wajah cemberut Arath.

"Bodoh!"

Lantas itu Arath terus masuk ke dalam kereta, malas mahu melayan perangai gila-gila Adrian. Apa yang dia lihat sekarang ialah katil dan bantal. Penat menempuh perjalanan 19 jam untuk sampai ke Malaysia.

Senyuman lebar Adrian tadi terus mati saat dia masuk ke tempat memandu. Tanpa berkata apa-apa, Adrian memutar stereng kereta dan meninggalkan kawasan parkir itu dan terus membelah jalan raya laju. Arath memicit pelipis perlahan, sambil memejam mata.

"Erm babang," panggil Scylla di sebelahnya perlahan.

"Hm?"

Melihatkan Scylla yang masih terkulat-kulat, Arath bersuara lagi.

"What do you want Scylla Acantha?"

"Tak ada apa, saja panggil hihi." Arath menjeling tajam gadis itu. Tidakkah gadis itu tahu bahawa dia tersangatlah letih sekarang ini.

"Okay okay, sorry hehe."

Bang!

Bang!

Bang!

"Sir! Watch out!"

Ziyyad terus paling ke belakang, tangkas menembak seorang lelaki yang mengacukan pistol ke arahnya. Termengah-mengah dia dan anak-anak buahnya berlawan dengan musuh ketat mereka dalam dunia mafia.

Ziyyad memerhatikan kesemua konco-konco musuhnya yang sudah mati ditembak dan ditikam. Kakinya menyepak mayat lelaki yang mengacukan pistol ke arahnya tadi.

"Sir,"

Nazim datang mendekatinya. Kepala di tunduk sedikit, tanda menghormati Ziyyad yang pangkatnya lebih tinggi. Ziyyad menggumam perlahan, seraya melihat sekeliling.

"Albert Tan terlepas sir," ujar Nazim perlahan. Dia menunduk, lelaki itu yang merupakan ketua The Blackburn sememangnya susah nak ditangkap. Licik mengalahkan kancil! Rahang Ziyyad bergerak kasar, bibir diketap geram. Tangan mengepal penumbuk. Lalu, dia menumbuk kuat dinding berkali kali.

"Shit! Such a mother fucker," carut Ziyyad kasar. Rambutnya diraup kasar. Terasa usahanya sia-sia. Berbulan dia memerah otak berfikir cara untuk menjatuhkan The Blackburn, namun, kesemuanya sia-sia. Ziyyad kelihatan serabut dan kusut. Nazim yang melihat tangan Ziyyad yang mula mengeluarkan darah sekadar menunduk.

"Leave me alone."

"Baik sir." Terus Nazim mengajak anak buah Ziyyad yang lain dan terus keluar dari gedung lama tersebut. Meninggalkan Ziyyad sendirian di dalam, memberi ruang untuk jejaka itu.

Ziyyad berdiri.

Lalu ditumbuk lagi dinding itu dengan kedua-dua belah tangannya. Melepaskan geram, seolah-olah dinding itu adalah punching bag.

"Bodoh kau Albert Tan! I'll make sure I put you in jail one day."

"One fine day. Just wait." Kesakitan yang terasa di tangannya tidak dia hiraukan. Namun perlahan, darah mula mengalir keluar daripada luka tikamannya seminggu lalu saat dia berlawan bersama beberapa orang gengster setelah menghantar Scylla pulang ke rumah.

Jejaka itu mendesis kesakitan. Bajunya dikoyak sedikit lalu dibalut lukanya, menghentikan pendarahan. Ditambah pula dengan luka hirisan di lengannya apabila dia berlawan bersama konco-konco The Blackburn.

Ziyyad melepaskan tawa halus. Nasib seorang pegawai polis memang macam ni. Badan akan lebih dengan parut luka. Telefon pintarnya yang berbunyi menghentikan lamunannya.

"Ziyyad's."

Tertera kontak nama Scylla pada skrin telefon pintar. Dia senyum halus.

"As you know Scylla, I miss you and I need you by my side right now." Ziyyad menekan punat hijau, menjawab panggilan Scylla. Walaupun sekarang dia tiada kudrat untuk bercakap, dijawab jua panggilan itu.

"Hi Ziyyad!"

Suara ceria Scylla di hujung sana sedikit sebanyak membuatkan Ziyyad tersenyum tipis. Scylla berkerut, kenapa Ziyyad diam je? Dia tersalah orang ke? Telefon pintarnya dijauhkan daripada telinga, melihat nama yang dia panggil. Eh betullah Ziyyad? Tapi senyap je.

"Ziyyad? I'm talking to you."

"Scy..."  Ziyyad bersuara perlahan, suaranya serak dan hampir saja tidak dapat didengari.

"Ziyyad Rafael! Y-you dekat mana ni? You okay ke tak? Sekejap, I suruh Adrian detect location you. Tunggu sekejap, nanti I sampai!"

Kalut Scylla mematikan panggilan, sebelum sempat Ziyyad bersuara. Tangannya semakin lemah, telefon pintar yang terjatuh tidak dia hiraukan. Jejaka itu tersandar, penat menahan kesakitan. Nak jerit nama Nazim juga dia tiada kudrat yang mencukupi.

Matanya semakin memberat. Agak lama dia menunggu Scylla tiba dan mustahil Nazim dan yang lain akan masuk ke dalam, mereka semua sangat patuh dan selagi tiada arahan daripada Ziyyad, mereka tidak akan masuk ke dalam.

10 minit berlalu.

15 minit...

30 minit, Ziyyad menghela nafas berat. Mengah seolah-olah baru selepas berlari. Telefon pintarnya yang retak akibat jatuh tadi dia pandang sepi, biarlah. Nanti beli baru saja, yang dia tahu sekarang dia sudah tidak larat nak menunggu.

"Ish tepi lah! I nak masuk dalam! Get out of my way Nazim!" Scylla di luar menolak tubuh Nazim yang menghalang laluannya untuk masuk ke dalam. Nazim akhirnya akur. Ziyyad yang mendengar terus saja membuka matanya. Sungguh dia risaukan keadaan Ziyyad sekarang.

"Ziyyad! Oh my god, what happen to you?" Scylla merapati tubuh Ziyyad yang terbaring lesu. Jejaka itu hanya mampu tersenyum tawar. Di depan gadis ini, dia jadi sangat lemah, walhal sebelum ini boleh saja dia bangun. Namun, saat suara Scylla di hujung talian tadi terus buat dia jadi lemah.

Buatkan dia rasa dia perlukan gadis itu di sisinya.

"Nazim! Come here! Cepatlah! Ziyyad is dying you bitch! How can you don't know about this huh? You nak dia mati ke?" amuk Scylla apabila Nazim terkulat-kulat masuk ke dalam, tidak tahu apa yang terjadi.

Nazim terdiam.

"Sekejap, saya telefon ambulans!" Kalut Nazim mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluar dan mendail nombor 999. Scylla merangkul erat Ziyyad. Matanya berkaca. Tangannya turut menutup luka tikaman di perut Ziyyad. Mereka berdua sendiri tidak sedar akan perubahan diri masing-masing.

"Scy..."

"I'm here Ziyyad." 

Ziyyad tersenyum nipis sebelum semuanya gelap.

© ALL RIGHT RESERVED
RAISYNEE 2023

miss me ? ciey
selamat berpuasa gaes

Continue Reading

You'll Also Like

48.3K 5.5K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
789K 49.7K 85
Agency Series (2) RICH HUSBAND AGENCY merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi membantu individu menyelesaikan misi mereka untuk memikat seseo...
24.3K 2.2K 27
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
1.3M 61.7K 38
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungk...