HIS LAST PRAYER

Oleh aeyssia

954 210 133

[ TWISTED TALE ] يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الص... Lebih Banyak

02 : Dua for you.
03 : Reunion?
04 : Behind the smile.
05 : Accident
06 : Why?
07 : Bad news.
08 : Sunshine.
09 : Pray, my love.
10 : Lonely.
11 : Be happy.
12 : A family.
13 : Fix my heart.
14 : Didn't end well.
15 : Sunset.
16 : Come back safely.
17 : La tahzan.
END : Life. It was perfect.
EPILOG

01 : The beginning.

141 17 20
Oleh aeyssia

take note, this is a short story.
if you like happiness, don't touch this book.

.

.

.

PAGI yang biasa dimulakan dengan riuh-rendah dapur rumah keluarga Asyraf yang ingin bersarapan. Dapur dipenuhi dengan aroma nasi goreng disertai perbualan-perbualan ringkas pemilik rumah itu.

"Dan ni, untuk Dahlia kesayangan mama."

Asyraf simpan senyum memerhati Liyyan menghidangkan sepinggan nasi goreng buat satu-satunya anak perempuan mereka. Dia menongkat kepala.

"Banyaknya!" Dahlia mengomen sambil matanya membuntang luas melihat segunung nasi itu. Terngaga dia. Mama nak masukkan dia dalam pertandingan kanak-kanak montel ke macam mana?

"Dahlia dah masuk sekolah, kenalah makan banyak banyak."

Terangguk-angguk si kecil. Di sinar wajahnya jelas bercahaya dek teruja untuk hari pertama sekolah sebagai pelajar darjah satu. Tak sabar. Selalu dia tengok sepupu-sepupunya yang lebih tua memakai baju sekolah, sekarang giliran dia pula!

Asyraf yang tadi ralit melihat anak sendiri, kini mengerling kepada sang isteri pula. Ternyata wanita itu tidak pandang kiri kanan, tunggu masa sahaja sudu masuk mulut.

"Cinta, dah baca doa ke belum?"

Teguran ringkas namun tegas Asyraf berjaya hentikan Liyyan. Dia terkaku sebentar sebelum letakkan sudu. Selanjutnya, sengih kerang busuk dihadiahkan buat encik suami.

"Lupa. Baby lapar sangat." Perut yang semakin membesar ke depan diusap menggantikan alasan. Bayi di dalam itu pula yang aneh mencari mana silapnya.

Maka Dahlia bersuara. "Apalah mama ni... salahkan adik pula."

"Salah Dahlia lah tak ingatkan mama!"

"Aik, Dahlia pula kena?"

Mereka berdua serentak ketawa kecil. Seperti biasa, Asyraf yang memerhati lantas menggelengkan kepalanya. Pinggan diketuk dengan sudu untuk meraih perhatian.

"Makan. Nanti sejuk tak sedap," tegurnya senada sebelum sendiri menyambung sesi makan yang terbantut itu.

Daripada mematuh arahan, sebaliknya Dahlia bertindak berdiri di atas kerusi. Sesudu nasi goreng di tangannya gigih dipanjangkan ke arah Asyraf. Dia tersengih.

"Papa, aeroplane! Aaa!"

Apakah?

Berkerut seribu dahi Asyraf. "Papa dah besarlah, Dahlia. Tak main aeroplane aeroplane ni."

"Aaa!" Lagi keras dan lebih kepada memaksa, Dahlia suakan lagi sudu itu. Senyumnya kali ini tidak lagi manis tapi seakan senyum amaran.

Haa... jangan main-main!

Tercuit hati Asyraf. Langsung tak takut dengan riak wajah tegas Dahlia. Dia sembunyi tawa sebelum dingangakan mulut.

Nasi selamat masuk mulut papanya.

Dahlia happy!

Asyraf mencubit lembut lengan tembam berisi anaknya itu. Lagi sebelah tangan menongkat kepala menghadap Dahlia yang ternanti-nanti review servisnya itu.

Senyum senget terukir di bibir Asyraf. "Keciknya aeroplane ni. Boleh bawa apa je? Semut?"

Mati senyuman Dahlia. Dia mencebik jengkel seraya duduk kembali di kerusinya. Terselit rungutan kecil namun dapat ditangkap oleh telinga gajah Asyraf.

"Bencilah papa ni. Tak sweet langsung."

Pecah ketawa Asyraf. Sukalah dia dapat usik Dahlia. Reaksi gadis kecil itu amat menghiburkan!

Dahlia dengan amarah yang terpaksa dipendam, menjeling papanya setajam mungkin. Seakan boleh ditikam tubuh Asyraf dengan jelingan setajam pedang itu.

Perasan dirinya diancam kepupusan, lagi galak Asyraf ketawa. Bukannya dia nak jaga hati Dahlia.

Haih, Asyraf... Asyraf...

"Kalau awak selalu ketawa macam ni, mesti lagi ramai orang nak berkawan dengan awak kan? Nampak easy going and friendly," sampuk Liyyan. Terbukti dia sangat suka tawa milik suaminya itu. Tawa yang sukar nak berlagu waktu sebelum mereka kahwin. Tidak sangka, Liyyan akan dapat nikmatinya seumur hidup sekarang.

Langsung cemberut muka Asyraf. Tawanya juga sekelip mata berhenti. Membantah idea itu.

"Tak naklah. This laughter made just for the one that I love."

Liyyan senyum nipis. Suaminya, Asyraf. Suami yang tidak pandai menggulakan ayat-ayat seperti lelaki lain. Apa yang tersirat di hati, itu yang diutarakan di lidah. Tidak perlu berbunga-bunga, Asyraf jujur tidak bertapis.

Malas berbasa-basi, bukan stail Asyraf.

Asyraf... bukanlah suami yang sweet.

Lelaki itu bangun setelah licin pinggannya. Kaki melangkah ke sinki. Sempat dititipkan pesanan buat anaknya yang diam sedari tadi, fokus makan. Malas cari gaduh dengan Asyraf lagi mungkin.

Seterusnya, pinggan dibasuh cermat. Kuali dan spatula yang ditinggalkan dalam sinki itu turut Asyraf basuh sama tanpa disuruh.

Tidak lekang senyum Liyyan memerhati tindak-tanduk suaminya.

Ya, suaminya tidak sweet.

Tapi, dia belajar untuk jadi sempurna dalam caranya yang tersendiri. Asyraf sentiasa belajar. Asyraf sentiasa mencuba untuk jadi suami dan ayah yang sempurna.

Bagi Liyyan, itu sudah cukup.














































TERHENTI kereta Asyraf di depan sebuah sekolah yang dimeriahkan oleh ramai pelajar berbaju putih berlari sana-sini. Bersama beg warna-warni, pelbagai ragam dan karenah. Dari sebalik tingkap kereta, Dahlia mengintai isi sekolah barunya tapi tiada daya untuk melangkah keluar kereta.

Hari bersejarah. Hari pertama persekolahan untuk Dahlia.

Malam semalam punyalah dia tidak dapat tidur. Sampai menyibuk bawah ketiak Asyraf dan bertanya, tak boleh ke pergi sekolah sehari awal?

Terus Asyraf tutup mata Dahlia dan nyanyikan lullaby. Cara awal mengelak daripada diserang soalan-soalan luar kotak lagi. Nasib baik terlelap juga anaknya yang seorang itu.

Sampai hari ini, tak berani masuk pula?

Asyraf membuka pintu bahagian penumpang untuk anaknya. Dia menghadap Dahlia yang membatu. Bahu si kecil disentuh. "Tunggu apa? Keluarlah."

Sunyi menghambat mereka. Mata Dahlia bertemu kasut putihnya. Dia memegang erat tangan Asyraf, seperti hendak memberitahu sesuatu namun bibirnya terkunci kemas.

Perasan perubahan riak wajah anaknya, terus Asyraf melutut satu kaki depan kereta. Tidak peduli mata-mata yang menjelingnya aneh. Dahlia prioriti utama.

"Kenapa dengan anak papa ni?" Asyraf menyoal. Pipi mulus Dahlia dibelai lembut. Terserlah sifat kebapaan miliknya.

"Dahlia takutlah, papa..."

Automatik bibir Asyraf mengoyak senyum. Dia menggenggam kedua-dua tangan tembam anaknya itu.

"You are my sunshine. My only sunshine," tiba-tiba Asyraf menyanyi Dahlia perlahan. Harapnya lagu kegemaran anaknya itu dapat memberi semangat biarpun sedikit. Dia mengusap kepala Dahlia. Lembut.

"You make me happy when skies are grey. You'll never know, dear. How much I love you." Asyraf merapatkan bibirnya di jemari Dahlia. "Dahlia is my little sunshine. Where is my sunshine's smile?"

Dahlia tersenyum sekilas, menghargai usaha papanya. Tapi, tidak sampai sesaat, senyumnya pudar semula.

Perasan yang anaknya masih tidak yakin, Asyraf bertindak mendukung anak kecilnya itu. Justeru itu, dia duduk di tempat duduk penumpang lalu menutup pintu. Dahlia diletakkan atas ribanya. Memberi privasi untuk mereka berdua.

"Cuba cerita. Apa yang Dahlia takut sangat ni, hmm?"

"Macam mana kalau dorang ejek Dahlia? Macam mana kalau dorang tak suka Dahlia? Macam mana, papa? Dahlia takut, " adu Dahlia dan jelas kedengaran getaran dalam suaranya. Dengan mata berkaca-kaca dia menatap Asyraf, meminta sokongan.

Pucuk hidung Dahlia dicuit manja. Sekali gus menguburkan segala prasangka buruk si kecil dengan senyum nipis papanya.

"Jangan takutlah. Siapa je tak akan suka anak papa ni? Sedangkan kucing tepi jalan pun Dahlia boleh buat kawan. Apatah lagi manusia," tambah Asyraf lagi. Tidak pasti bertujuan untuk memujuk atau mengusik.

Lambat-lambat Dahlia anggukan kepalanya. Dia menggenggam penumbuk dengan semangat berkobar-kobar untuk melangkah ke perkarangan sekolah itu. Benar! Kucing pun berkawan dengannya, apatah lagi manusia.

"Papa kenallah anak papa ni. Anak papa berani kan?" Tambah Asyraf. Dia menghembus nafas lega melihat perubahan itu.

"Ya!"

"Siapa anak papa yang berani?"

"Dahlia!"

"Dahlia belajar dari siapa?"

"Papa!"

"Good girl." Tersengih-sengih Asyraf bangga dipuji anak sendiri. Dia mengemaskan tudung Dahlia buat kali terakhir. Pintu dibuka semula.

Baru sahaja Dahlia hendak melompat turun dari kereta, lengannya serta-merta ditahan Asyraf.

"Sabar sayang, salam papa dulu."

Tersengih Dahlia. "Lupa pula."

Menurut arahan papanya, Dahlia akur salam lelaki itu. Siap dicium-cium lagi tangan Asyraf. Sedekahkan air liur mungkin. Terdengar gadis kecil itu ketawa terkekeh-kekeh, puas hati dengan jenayahnya.

Asyraf pula sudah khatam perangai nakal anaknya, langsung tidak ambil hati. Dia tidak terus lepaskan Dahlia, dibawa tangan itu ke bibir. Bukan untuk dicium atau balas dendam, tapi untuk dilafazkan doa.

"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan puteriku, Dahlia Raihana. Bukakanlah pintu hatinya dan lapangkanlah dadanya, ya Allah. Kurniakanlah puteriku kefahaman para nabi, hafazan para rasul dan ilham para malaikat yang hampir denganMu."

Redup tatapan mata Asyraf buat Dahlia. Wujud rasa tersentuh dalam hati. Permata hatinya sudah menjejak kaki ke alam persekolahan. Puteri kecilnya sudah besar.

"Semoga puteriku sentiasa bahagia walau di mana pun dia berada. Semoga puteriku sentiasa dekat dengan Allah dan hatinya tenang untuk menuntut ilmu. Semoga puteriku, Dahlia Raihana sentiasa dalam perlindunganMu, ya Allah. Amin."

Dahlia ikut meraup mukanya dengan senyum paling lebar. Suka mendengar suara papanya membaca doa. Lagi-lagi doa yang khas dibaca untuknya.

"Bye, papa! Love you!"

Pemergian Dahlia diiringi lambaian Asyraf. Senyap-senyap lelaki itu simpan senyum. Seronok melihat Dahlia malu-malu tegur seorang gadis kecil bayanya. Kan betul Asyraf kata, Dahlia senang berkawan.

Mengikut tekaan Asyraf, tidak akan ada masalah untuk Dahlia bersosial di sekolah. Dahlia pintar dan lebih matang dari rakan sebaya umurnya. Sungguh, Asyraf langsung tidak risau.

Dia punya isteri yang memahami, anak kecil yang menceriakan hari dan kerja yang stabil.

Hidupnya, bahagia.

Tapi...

Barangkali dia lupa.

Bahagia tiada ertinya tanpa derita.

...

what a lame starter -,-

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

520K 25.1K 75
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
97.7K 5.3K 117
Hati dia kejung, beku. Tapi di tangan lelaki itu, hatinya mulai mencair. Highest rank 》》》 1st rank
879K 35.5K 98
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...