01 : The beginning.

133 17 20
                                    

take note, this is a short story.
if you like happiness, don't touch this book.

.

.

.

PAGI yang biasa dimulakan dengan riuh-rendah dapur rumah keluarga Asyraf yang ingin bersarapan. Dapur dipenuhi dengan aroma nasi goreng disertai perbualan-perbualan ringkas pemilik rumah itu.

"Dan ni, untuk Dahlia kesayangan mama."

Asyraf simpan senyum memerhati Liyyan menghidangkan sepinggan nasi goreng buat satu-satunya anak perempuan mereka. Dia menongkat kepala.

"Banyaknya!" Dahlia mengomen sambil matanya membuntang luas melihat segunung nasi itu. Terngaga dia. Mama nak masukkan dia dalam pertandingan kanak-kanak montel ke macam mana?

"Dahlia dah masuk sekolah, kenalah makan banyak banyak."

Terangguk-angguk si kecil. Di sinar wajahnya jelas bercahaya dek teruja untuk hari pertama sekolah sebagai pelajar darjah satu. Tak sabar. Selalu dia tengok sepupu-sepupunya yang lebih tua memakai baju sekolah, sekarang giliran dia pula!

Asyraf yang tadi ralit melihat anak sendiri, kini mengerling kepada sang isteri pula. Ternyata wanita itu tidak pandang kiri kanan, tunggu masa sahaja sudu masuk mulut.

"Cinta, dah baca doa ke belum?"

Teguran ringkas namun tegas Asyraf berjaya hentikan Liyyan. Dia terkaku sebentar sebelum letakkan sudu. Selanjutnya, sengih kerang busuk dihadiahkan buat encik suami.

"Lupa. Baby lapar sangat." Perut yang semakin membesar ke depan diusap menggantikan alasan. Bayi di dalam itu pula yang aneh mencari mana silapnya.

Maka Dahlia bersuara. "Apalah mama ni... salahkan adik pula."

"Salah Dahlia lah tak ingatkan mama!"

"Aik, Dahlia pula kena?"

Mereka berdua serentak ketawa kecil. Seperti biasa, Asyraf yang memerhati lantas menggelengkan kepalanya. Pinggan diketuk dengan sudu untuk meraih perhatian.

"Makan. Nanti sejuk tak sedap," tegurnya senada sebelum sendiri menyambung sesi makan yang terbantut itu.

Daripada mematuh arahan, sebaliknya Dahlia bertindak berdiri di atas kerusi. Sesudu nasi goreng di tangannya gigih dipanjangkan ke arah Asyraf. Dia tersengih.

"Papa, aeroplane! Aaa!"

Apakah?

Berkerut seribu dahi Asyraf. "Papa dah besarlah, Dahlia. Tak main aeroplane aeroplane ni."

"Aaa!" Lagi keras dan lebih kepada memaksa, Dahlia suakan lagi sudu itu. Senyumnya kali ini tidak lagi manis tapi seakan senyum amaran.

Haa... jangan main-main!

Tercuit hati Asyraf. Langsung tak takut dengan riak wajah tegas Dahlia. Dia sembunyi tawa sebelum dingangakan mulut.

Nasi selamat masuk mulut papanya.

Dahlia happy!

Asyraf mencubit lembut lengan tembam berisi anaknya itu. Lagi sebelah tangan menongkat kepala menghadap Dahlia yang ternanti-nanti review servisnya itu.

Senyum senget terukir di bibir Asyraf. "Keciknya aeroplane ni. Boleh bawa apa je? Semut?"

Mati senyuman Dahlia. Dia mencebik jengkel seraya duduk kembali di kerusinya. Terselit rungutan kecil namun dapat ditangkap oleh telinga gajah Asyraf.

HIS LAST PRAYERWhere stories live. Discover now