๐Œ๐ซ๐ฌ.๐‘๐ข๐ฒ๐ฒ๐š๐๐ก ๐™๐š๐ฒ๏ฟฝ...

By teddysss

2.9M 69.1K 10.2K

Sequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -๐‘๐ˆ๐˜๐˜๐€๐ƒ๐‡ "Jangan tuan... More

๐Ÿฅ€PROLOG
๐Ÿฅ€BAB - 1
๐Ÿฅ€BAB - 2
๐Ÿฅ€BAB - 3
๐Ÿฅ€BAB - 4
๐Ÿฅ€BAB - 5
๐Ÿฅ€BAB - 6
๐Ÿฅ€BAB - 7
๐Ÿฅ€BAB - 8
๐Ÿฅ€BAB - 9
๐Ÿฅ€BAB - 10
๐Ÿฅ€BAB - 11
๐Ÿฅ€BAB - 12
๐Ÿฅ€BAB - 13
๐Ÿฅ€BAB - 14
๐Ÿฅ€BAB - 15
๐Ÿฅ€BAB - 16
๐Ÿฅ€BAB - 17
๐Ÿฅ€BAB - 18
๐Ÿฅ€BAB - 19
๐Ÿฅ€BAB - 20
๐Ÿฅ€BAB - 21
๐Ÿฅ€BAB - 22
๐Ÿฅ€BAB - 23
๐Ÿฅ€BAB - 24
๐Ÿฅ€BAB - 25
๐Ÿฅ€BAB - 26
๐Ÿฅ€BAB - 27
๐Ÿฅ€BAB - 28
๐Ÿฅ€BAB - 29
๐Ÿฅ€BAB - 30
๐Ÿฅ€BAB - 31
๐Ÿฅ€BAB - 32
๐Ÿฅ€BAB - 33
๐Ÿฅ€BAB - 34
๐Ÿฅ€BAB - 35
๐Ÿฅ€BAB - 36
๐Ÿฅ€BAB - 37
๐Ÿฅ€BAB - 38
๐Ÿฅ€BAB - 39
๐Ÿฅ€BAB - 40
๐Ÿฅ€BAB - 41
๐Ÿฅ€BAB - 42
๐Ÿฅ€BAB - 43
๐Ÿฅ€BAB - 44
๐Ÿฅ€BAB - 45
๐Ÿฅ€BAB - 46
๐Ÿฅ€BAB - 47
๐Ÿฅ€BAB - 48
๐Ÿฅ€BAB - 49
๐Ÿฅ€BAB - 50
๐Ÿฅ€BAB - 51
๐Ÿฅ€BAB - 52
๐Ÿฅ€BAB - 53
๐Ÿฅ€BAB - 54
๐Ÿฅ€BAB - 55
๐Ÿฅ€BAB - 56
๐Ÿฅ€BAB - 57
๐Ÿฅ€BAB - 58
๐Ÿฅ€BAB - 59
๐Ÿฅ€BAB - 60
๐Ÿฅ€BAB - 61
๐Ÿฅ€BAB - 62
๐Ÿฅ€BAB - 63
๐Ÿฅ€BAB - 64
๐Ÿฅ€BAB - 65
๐Ÿฅ€BAB - 66
๐Ÿฅ€BAB - 67
๐Ÿฅ€BAB - 68
๐Ÿฅ€BAB - 69
๐Ÿฅ€BAB - 70
๐Ÿฅ€BAB - 71
๐Ÿฅ€BAB - 72
๐Ÿฅ€BAB - 73
๐Ÿฅ€BAB - 75
๐Ÿฅ€BAB - 76
๐Ÿฅ€BAB - 77
๐Ÿฅ€BAB - 78
๐Ÿฅ€BAB - 79
๐Ÿฅ€EPILOG
๐ŸŽ‰NEW STORY (3)
๐Ÿฅ€SEASON 2
๐ŸŽ‰NEW STORY

๐Ÿฅ€BAB - 74

46.3K 1.1K 275
By teddysss

MANIK-MANIK peluh yang merinik pada dahi bersih Aisya, dikesat lembut menggunakan hujung lengan baju kurung yang dipakai oleh gadis itu.

Perlahan deru nafasnya yang mengah dan sesak cuba diatur semula.

Hampir satu jam dia berjalan tanpa henti membuatkan urat kakinya mula terasa kebas dan lenguh.

Lapisan baju kurung yang melindungi perut buncitnya diusap perlahan.

"Kita dah sampai, sayang. Kita dah boleh jumpa atuk dan nenek." Bibir merah delima yang munggil dan comel itu melakarkan sebuah senyuman yang cantik di saat kakinya memijak pada kawasan perkuburan di mana ibu dan ayahnya dikebumikan.

Lalu, pusara mereka yang terletak beberapa tapak dari dia berdiri dihampiri dengan langkah yang berhati-hati sambil tangan kecilnya setia menampung pada bahagian bawah perutnya.

Awan hitam serta bayu sejuk yang meniup lembut pada hari itu turut bersama menemani di setiap langkah kecil Aisya.

Setibanya di hadapan pusara yang menjadi rinduannya saban hari itu, dengan perlahan, Aisya melabuhkan duduk di dalam posisi yang bersimpuh.

Daun-daun kering serta rumput-rumput hijau yang menghiasi permukaan tanah kering itu mula mengundang tangisannya.

Sudah bertahun lamanya pusara ibu dan ayahnya dibiarkan sepi seperti ini.

Bersama air mata yang mengiringi doa, tangan kecil Aisya mula bergerak membersihkan pusara orang tuanya.

'Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku sewaktu kecil.'

"Assalamualaikum ibu, ayah. Aisya datang ni...Aisya rindu ibu dan ayah...ibu ayah rindukan Aisya tak? Aisya minta maaf sebab dah lama tak datang..." Mutiara jernih yang semakin deras menuruni wajahnya disapu lembut. Tetapi, semakin lebat ia mengalir tanpa ada tanda noktah.

"Aisya penat...Aisya penat sangat-sangat...Aisya dah tak kuat untuk hadap semua ni lagi ibu, ayah...Aisya dah tak sanggup lagi..."

Lembut tangannya mengusap sepasang batu nisan yang terukir akan nama ibu dan ayahnya.

Andai sahaja, membunuh diri bukanlah satu perbuatan yang dimurkai dan tidak diredhai di sisi-Nya, sudah pasti Aisya akan berbuat demikian semata-semata untuk menemui ibu dan ayahnya di sana. Namun, iman dan takwa yang kukuh terbina di dalam jiwa Aisya menjadi benteng pertahanan yang kuat buat gadis itu.

"Kenapa ibu dan ayah pergi? Dah tak ada siapa yang sayangkan Aisya lagi...semua orang bencikan Aisya sampaikan Pak long dan mak long pun dah buang Aisya...diorang pukul Aisya...dera Aisya...setiap hari Pak Long dan abang Is cuba nak rogol Aisya...Aisya takut...dan kalau ibu dan ayah nak tahu, diorang jual Aisya...diorang jual Aisya untuk bayar hutag Pak Long...Aisya merayu dekat Mak Long masa tu, tapi Mak Long tak nak kesiankan Aisya...diorang jadikan Aisya sebagai pelacur...tapi kenapa diorang buat Aisya macam ni? Apa salah Aisya?"

Wajahnya tertunduk ke bawah. Setitis air mata Aisya jatuh menimpa di atas pusara ibunya. Betapa, dia rapuh dan menangisi jalan hidupnya yang penuh derita ini.

"Ibu...ayah...Aisya dah kahwin...Aisya dah ada suami, nama dia Riyyadh Syahfiq Zayyhdith. Sedap kan nama suami Aisya? Tapi, dia pun selalu pukul Aisya macam Pak Long dan Mak Long buat...tapi Aisya tak pernah bencikan dia sebab dia suami Aisya, dia yang selamatkan Aisya, tumpangkan Aisya dan bagi Aisya makan minum. Aisya cuma ada dia saja untuk berlindung, tapi apa yang dia dah buat dekat Aisya sukar untuk Aisya maafkan...dia dera Aisya, setiap hari Aisya dipaksa untuk layan nafsu dia...dan kalau Aisya tak nak nanti dia pukul Aisya...sekalipun Aisya tak pernah dianggap sebagai seorang isteri, sebab Aisya ni hanyalah tempat untuk dia lepaskan nafsu dan amarah..."

Aisya tersenyum tawar. Nasib dirinya diadukan kepada ibu dan ayahnya dengan harapan agar mereka mendengar akan setiap luahan deritanya itu.

Aisya menarik nafas yang dalam sebelum kembali meluahkan segala kesakitan yang terbuku di lubuk hatinya selama ini.

"Tapi semua itu dah berakhir, Tuan Riyyadh dah ceraikan Aisya. Aisya bukan siapa-siapa dalam hidup dia. Aisya redha. Tapi, Aisya tak mampu untuk tipu hati Aisya lagi...Aisya sayangkan dia...hati Aisya sakit bila tengok dia bermesra dengan kekasih dia. Tapi, Aisya sedar yang Aisya tak layak untuk mendampingi dia. Aisya miskin, Aisya tak berpelajaran, mana mungkin lelaki hebat macam Tuan Riyyadh sanggup untuk beristerikan Aisya. Nanti dia malu kalau ada isteri macam Aisya. Dan Aisya harap Tuan Riyyadh akan bahagia dengan kekasih dia. Doa Aisya sentiasa ada untuk dia."

Bibir dan dagu Aisya bergetar kuat. Menderu-deru air matanya mengalir ke segenap wajah.

Semakin kuat tangisannya apabila perutnya dipandang.

Bibirnya menarik senyuman yang bergetar.

"Aisya ada satu berita gembira untuk ibu dan ayah. Tak lama lagi, Aisya akan jadi seorang ibu. Aisya mengandung. Nanti ibu dan ayah akan jadi atuk dan nenek. Allah gantikan kesedihan Aisya dengan kehadiran anak ni. Aisya gembira sangat-sangat. Dan kalau ibu ayah ada, mesti ibu ayah akan gembira jugak. Tapi, dalam masa yang sama, Aisya takut. Ibu ayah tak ada untuk temankan Aisya bersalin nanti. Suami Aisya pun tak ada. Aisya takut..."

Tangannya dibawa mengusap pada perutnya. Anaknya bersama Riyyadh. Anak yang hadir menemaninya di saat dugaan yang hebat diturunkan kepadanya.

Sungguh besar dan hebat dugaan yang melanda Aisya.

Langit yang semakin gelap menghiasi alam membuatkan Aisya terpaksa mengundurkan diri.

Titis-titis hujan yang mula turun membasahi hidupan di bumi kini bersatu dengan air matanya.

Dikesat sedikit wajahnya yang basah itu.

"Ibu ayah, Aisya balik dulu ya? Hari dah makin gelap. Nanti, Aisya datang lagi. Aisya akan datang temankan ibu ayah dekat sini. Ibu ayah tunggu Aisya ya?"

Batu nisan ibu dan ayahnya diusap buat kali terakhir sebelum bibirnya mengucup dengan penuh rasa rindu.

"Aisya pergi dulu. Assalamualaikum."

Bersama hati yang berat, dia bangun dengan berhati-hati sambil tangan kecilnya menampung bawah perutnya.

Deraian hujan semakin lebat membasahi tanah. Malah, baju kurung Aisya juga mulai basah melekap pada tubuhnya.

Pandangannya agak terhalang dek kerana air hujan yang menimpa dengan lebat.

Namun, langkah masih diteruskan meskipun sukar dan kabur. Derapan langkah kecil Aisya akhirnya menapak keluar dari kawasan perkuburan itu. Akan begitu, tanpa dia sedar, ada sepasang mata yang tidak lepas memerhatikan setiap gerak gerinya dari awal. Menunggu detik yang sesuai untuk sang pemangsa itu menjalankan 'misinya.'

Jari jemari lelaki itu menari-nari pada stereng kereta sambil bibirnya bersiul gembira. Susuk tubuh Aisya yang berdiri di pinggir jalan ditatap bersama senyuman yang misteri. Bibir dijilat perlahan. Tugasannya hanya mudah.

Membunuh Aisya. Itu yang diarahkan oleh Tiara kepada lelaki berkepala botak itu.

Enjin kereta dihidupkan. Dia bersandar tenang sambil bersedia untuk menyerang.

Manakala Aisya yang hampir tumbang ke bumi, mencengkam kuat pagar besi yang berada di belakangnya. Gadis itu meringis lemah di saat satu denyutan yang kuat mula mencengkam kepalanya dengan tiba-tiba sahaja. Wajah basah Aisya berkerut menahan asakan yang berdenyut hebat di dalam isi kepalanya.

Tangannya masih berpaut pada pagar besi itu. Kepalanya digeleng lemah agar rasa sakit itu reda dan berkurang. Namun, tidak berhasil.

Bibir bawah digigit kuat tatkala isi bahagian dalam kepalanya seakan-akan dicucuk dengan sesuatu yang tajam. Sakitnya terasa sehingga membuatkan tubuh Aisya menggigil. Suhu sejuk yang menggigit tulang juga membuatkan Aisya hampir kecundang. Namun, dia masih gigih bertahan demi kandungannya.  Sedikit demi sedikit, pandangan Aisya mulai kabur. 

Hujan semakin lebat menyirami bumi. Pakaian Aisya juga sudahpun lecun dan melekap pada tubuhnya.

Dia mahu pulang ke rumah.

"Ss-sayang tahan yy-a? Kejap...llagii kita ss-sampai rumah..." Bibir pucat Aisya menggigil sejuk sehinggakan dia sukar untuk bertutur dengan lancar.

Bismillah...

Aisya cuba melawan rasa sakit yang menyengat pada kepalanya.

Akhirnya, Aisya kembali melangkah sambil berbekalkan selawat yang dialunkan di dalam hati.

Setibanya di pinggir jalan, kanan dan kirinya dipastikan selamat terlebih dahulu. Meskipun pandangannya kabur dan kepalanya sakit, Aisya masih berupaya untuk meneruskan langkahnya.

Kaki kanan dibawa melangkah untuk melintasi jalan yang lengang itu. Setapak demi setapak Aisya mengambil langkah sehingga tiba di pertengahan jalan.

Namun begitu, satu cahaya terang yang datang dari sebuah kereta pacuan empat roda yang bergerak laju dari arah bertentangan, menghentikan langkah Aisya bersama mata yang membulat besar.

Ya Allah...

Pacuan empat roda itu dipandu dengan begitu laju dan terarah sepenuhnya kepada Aisya.

Tidak sempat untuk Aisya menyelamatkan dirinya, dengan sekelip mata, tubuh kecil Aisya dihentam dengan daya yang begitu kuat sehingga menghasilkan dentuman yang sangat dahsyat bunyinya.

BAM!!!

Tubuh Aisya melantun tinggi ke udara sebelum jatuh terhempas di atas jalan bersama nafas yang tersentak-sentak.

Mulutnya terbuka luas. Dari kepala sehingga ke kaki, darah pekat mula mengalir keluar dari dalam tubuhnya.

"Al-Alll-Allahhh..." Nafas Aisya terhenti di hujung kalimah suci itu. Jasadnya terbujur kaku di dalam keadaan yang sungguh menyayat hati.

Lautan darah membanjiri di sekeliling jasadnya.

Maafkan ibu, sayang...

"PUAN AISYA!!!"











🥀🥀🥀

"RIYYADH, LEPASKAN TIARA!!! LEPASKAN ANAK AKU!!!"

"MAMA!!! MAMA TOLONG!!! MAMA, TOLONG TIARA---"

Tubuh Tiara yang diseret oleh Riyyadh mengundang jeritan dari para tetamu yang hadir.

BAM!

Dengan sekuat tenaga, Riyyadh menghempas kasar tubuh Tiara ke atas lantai.

Rata-rata tetamu yang hadir bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila melihat pisau pemotong daging yang berada di dalam genggaman sang pengantin lelaki.

Ada yang menjerit, ada yang terus berlari keluar malah ada yang cuba untuk menghubungi polis namun dihalang oleh anak-anak buah Rayden yang berkawal di sekeliling dewan tersebut.

Dato' Fuad yang turut terkejut dengan semua itu segera berlari mendapatkan anaknya bersama wajah yang cemas.

"KAU DAH GILA KE RIYYADH?! KAU NAK BUNUH ANAK AKU KE?!" Tempik Dato' Fuad seraya mencerlung tajam ke arah Riyyadh.

Tubuh Tiara ditarik ke arah belakang badannya untuk melindungi anak gadis tunggalnya itu. Tiara teresak-esak menangis sambil memeluk bapanya.

Sungguh amukan Riyyadh membuatkan dirinya takut dan tertanya-tanya akan sebab kekasihnya itu berkelakuan sebegitu.

Manakala Rayden serta anak-anaknya yang lain hanya diam melihat tanpa ada sebarang rasa untuk menahan amukan Riyyadh.

Turut hadir pada majlis itu, sahabat-sahabat Rayden serta ahli keluarganya termasuk Rayqal dan Raihan. Tidak mungkin mereka akan terlepas untuk menonton drama berdarah itu.

Malah, Danish dan Darren yang merupakan sahabat Riyyadh turut hadir bersama untuk menyaksikan 'sketsa' tersebut bersama tangan yang memeluk tubuh. Mereka berdua juga sudah sedia maklum akan perihal yang sebenar apabila Rafael dan Rafif datang menemui mereka berdua pada tempoh hari. Namun, hanya kelibat Adam sahaja yang tidak kelihatan di situ.

Manakala, Safiyah yang berada di samping Rayden, dipeluk erat oleh Raihana, Fetty dan Umairah.

Dia menekup mulut melihat baran anaknya sendiri.

Sinar bara yang berapi mula terpancar pada mata tajam Riyyadh.

Urat-urat hijau dan ungu bergerak timbul di sekitar dahi dan lehernya. Wajahnya bengis tidak terkata.

Bunyi lagaan gigi dari dalam mulutnya kedengaran kuat seiring dengan rahang yang bergerak-gerak tajam.

Wajah resah Dato' Fuad dipandang dengan mata yang membunuh.

"Kau tanya anak kau apa yang dia dah buat dekat aku, tanya anak kau, Fuad." Barisan gigi Riyyadh terkancing rapat. Tiada gelaran hormat diberikan buat lelaki tua itu.

Dahi luas Dato' Fuad berkerut tidak mengerti dengan kata-kata Riyyadh itu. Apa yang sudah anaknya buat terhadap lelaki muda yang berpengaruh ini?

Kemudiannya, dia berpaling tubuh ke belakang untuk melihat Tiara yang sedang menangis sambil menunduk ke bawah.

"Apa yang Tiara dah buat dekat Riyyadh? Bagitahu papa apa yang Tiara dah buat?" Asak Dato' Fuad dengan suara yang tegang.

Namun, Tiara menggelengkan kepalanya berkali-kali bersama bahu yang terhinjut-hinjut menahan esakan.

Datin Diyana pula segera bergegas mendapatkan anaknya dan dibawa masuk ke dalam pelukannya.

Wajah wanita itu mencerlung garang ke arah Riyyadh.

"TAK! ANAK AKU TAK PERNAH BUAT APA-APA PUN DEKAT KAU! KAU JANGAN NAK MENUDUH SEMBARANGAN!" Tegas Datin Diyana yang masih berkeras untuk mempertahankan segala kejahatan mereka berdua terhadap Riyyadh.

PRANG!!!

Meja dan kerusi disepak kuat oleh Riyyadh sehingga terjatuh bertaburan.

Terpejam mata Datin Diyana menahan rasa gerun yang bertandang.

Setitis air mata Riyyadh mengalir. Wajah dua beranak itu dipandang tanpa lepas.

"KAU BERDUA DAH SIHIRKAN AKU! SIHIR KELUARGA AKU! ITU KAU CAKAP TAK BUAT APA-APA?! SEBABKAN KAU ANAK BERANAK, AKU KETEPIKAN KELUARGA AKU SENDIRI! AKU BERTUMBUK DENGAN DADDY AKU, AKU TIKAM MUMMY AKU SENDIRI! AKU HAMPIR BUNUH KELUARGA AKU SEMATA-MATA UNTUK PERTAHANKAN KAU, TIARA!"

Ruangan dewan yang besar dan luas itu bergema kuat dengan laungan suara Riyyadh yang memetir menelusuri zarah-zarah halus di udara.

Wajah Dato' Fuad berubah riak. Dipandang isteri dan anaknya silir berganti. Tidak percaya dengan apa yang didengar olehnya itu.

"Betul ke apa yang Riyyadh cakapkan tu? Betul ke?! Jawab papa tanya ni Tiara! Betul ke?!" Kali ini, giliran Dato' Fuad pula meninggikan suaranya.

"Awak percaya dengan cakap dia dari isteri dan anak awak sendiri?! Bapa dan suami jenis apa awak ni?! Sanggup percayakan orang luar dari keluarga awak sendiri!" Jerit Datin Diyana di hadapan wajah suaminya.

Manakala, Tiara pula tersedu-sedan menghamburkan tangisannya pada bahu Datin Diyana.

Bagaimana rahsia mereka bisa terbongkar?

Tidak! Ini tidak seharusnya berlaku di hari perkahwinannya!

Dengan lakonan air mata yang bercucuran, Tiara mengangkat wajah memandang Riyyadh dengan pandangan yang sayu.

"Bb-baby...I tak buat macam tu...you kena percayakan I...aa-ada orang cuba nak pisahkan kita...you jangan dengar cakap diorang...you kena percayakan I, baby...you tahukan I cintakan you?"

Riyyadh menggeleng.

"CINTA?! HMM? KAU TAHU TAK APA ITU CINTA?! CINTA HANYA AKAN TERJADI BILA DUA PASANGAN SALING MENCINTAI ANTARA SATU SAMA LAIN! BUKAN DENGAN CARA KAU SIHIRKAN AKU UNTUK BUAT AKU JATUH CINTA DEKAT KAU!" 

"NO BABY! I REALLY REALLY LOVE YOU! I TAK PERNAH GUNAKAN SIHIR UNTUK PERANGKAP YOU...YOU SENDIRI YANG JATUH CINTA DEKAT I...YOU TAK INGAT KE, BABY?"

Rafael yang mendengarkan itu, mula tertawa lucu sambil memegang perut.

"Cintalah sangat." Kutuk Rafael dengan wajah yang mengejek. 

Dia melangkah menghampiri Riyyadh. Manakala Rafif pula bertindak meletakkan sebuah komputer riba di atas meja tetamu sebelum satu video berdurasi hampir seminit itu ditayangkan di hadapan Dato' Fuad, Tiara serta Datin Diyana.

Mereka hanya memeluk tubuh sambil melihat reaksi dari tiga beranak itu.

Dato' Fuad menggeleng tidak percaya manakala Datin Diyana dan Tiara mula gelisah ibarat cacing yang kepanasan. Wajah dua beranak itu mula bertukar pucat.

"Pastikan minyak ni Tiara sapu dekat badan Riyyadh okay? Jangan letak minyak ni dekat sembarangan tempat. Tiara pun dengarkan pantang larang yang bomoh tu bagitahu tadi?"

"Ish! Tiara tahulah Mama. Minyak ni akan buatkan Riyyadh jatuh melutut dekat Tiara. After that, we can continue our plan as well."

Rafael dan Rafif tersenyum sinis setelah klip pertama itu selesai ditayangkan.

Kini, klip kedua pula ditayangkan.

"Ahhhh...bieee...ahhh don't stop...ahhh hmmm...."

"Hah..hah...sayang...hold me..."

"AHHHH!"

"Hah...hah..."

"I love you, bie!"

"I love you too, sayang."

"So, how the progress?"

"Heh. Minyak tu dah mula tunjukkan effect. So, dendam bie dekat Riyyadh akan terlunas. Dia dah janji untuk pindahkan semua harta dan aset dia ke nama sayang. Bila harta tu semua dah jadi milik sayang, then...we can go far away from here. Kita akan hidup senang dengan semua harta-harta dia."

"Huh. Bodoh jugak si Riyyadh tu. Ingatkan hebat sangat."

"Yes. He is."

"Forget about him, let's continue hmm?"

"Bie! Hahaha! Gelilah, not there...hmmm bieee...."

Tap!

"Okay, okay! Sampai sini saja. Next scene tu hot sangat. Tak sesuai untuk tontonan orang-orang tua dekat sini. Kang tak pasal-pasal ada yang mati terkena heart attack." Rafael menutup skrin laptop tersebut lalu kembali melangkah ke tempat duduknya semula.

Dato' Fuad memegang dadanya.

"Apa yang kamu berdua dah buat?" Tanyanya jelas dengan nada yang kecewa.

"Tak papa! Tak! Video ni palsu! Tiara tak buat semua benda ni, papa! Papa kena percayakan Tiara dengan Mama!" Tiara duduk melutut memeluk kaki Dato' Fuad.

Manakala Datin Diyana pula sudah terdiam seribu kata. Anak mata suaminya yang berlinangan dengan air mata ditatap dengan penuh rasa serba salah.

"Abang...saya..."

"CUKUP! CUKUP! SAYA TAK SANGKA AWAK SANGGUP BUAT BENDA KHURAFAT MACAM NI! APA TAK CUKUP LAGI KE DENGAN HARTA DAN KEMEWAHAN YANG SAYA DAH BERIKAN SELAMA INI? TAK CUKUP LAGI KE?! YA ALLAH...PAPA KECEWA! PAPA KECEWA!"

Tangisan yang penuh kekecewaan dihamburkan olehnya. Betapa dia kesal dengan dirinya sendiri. Dia terlalu sibuk bekerja untuk memberikan kemewahan dan kesenangan kepada keluarganya  sehinggakan dia lalai untuk memberi dididkan agama kepada mereka.

Tuhan, betapa dia harus menanggung segala bebanan dosa yang tidak terhitung ini.

Dan tiba-tiba, nafas Dato' Fuad tersentak-sentak bersama wajah yang berkerut menahan kesakitan yang mencengkam pada jantungnya.

Perlahan tubuh tua itu jatuh melorot ke lantai dewan bersama nafas yang mengah dan semput.

"PAPA!!! PAPA!!!"

"ABANG!"

Bergegas Tiara dan Datin Diyana meluru ke arah Dato' Fuad.

"Papa...bangun...jangan tinggalkan Tiara...bangun papa...Tiara minta ampun..." Tubuh kaku Dato' Fuad dipeluk erat sambil tangisan dihamburkan pada dada bapanya.

"Abang...bangun bang, jangan tinggalkan saya...bangun abang..." Datin Diyana menggoncang-goncang jasad keras suaminya itu.

Riyyadh diam memandang tanpa sebarang perasaan di hatinya.

Dan semua yang ada di situ juga turut melihat tanpa ada rasa ingin membantu.

Rafael pula pantas menekup mulutnya. "Alamak mulut aku masinlah pulak."

Rafif di sebelahnya tergeleng kecil.

Jejaka itu hanya melihat sahaja Riyyadh yang sedang melangkah menghampiri Tiara.

"Ini baru satu, kau belum tengok lagi keadaan kekasih kau, Johan."

Serentak itu, susuk tubuh seorang lelaki yang diseret oleh dua orang anak buah Rayden dilempar tepat di hadapan Riyyadh.

Lalu, rambut basah Johan dijambak kasar sehingga kepala lelaki itu terdongak ke atas.

"Look, Tiara. Your 'bie'." Ujar Riyyadh dengan nada yang psiko.

Tiara menggeleng berkali-kali. Mulutnya ditekup rapat tatkala wajah Johan yang dibasahi dengan darah dihala tepat di hadapannya.

Air mata Tiara deras mengalir melihatkan keadaan Johan yang sudah nyawa-nyawa ikan itu.

"Bie..."

Dan Datin Diyana pula terduduk lemah bersebelahan jasad suaminya sambil tidak henti meraung meratapi segala dosanya terhadap lelaki itu.

Riyyadh tersenyum sinis. Pisau yang setia di dalam tangannya, diacu kemas pada leher Johan.

"Tengok, dear. Tengok macam mana I ambik nyawa dia. Tengoklah!" Tekan Riyyadh.

Tiara menangis semahunya. Wajah Johan yang sedang tersenyum lemah ke arahnya mengasak air matanya mengalir keluar.

"No, Iyad. Please...don't...I mengaku I sihirkan you...I mengaku semua perbuatan I...but please, maafkan I...I buat semua ni sebab terpaksa...I terpaksa, Iyad..." Tiara merayu dengan penuh hiba.

Namun, Riyyadh hanya tertawa. Tertawa dengan kuat. Mata pisau semakin ditekan dalam ke arah leher Johan sehingga manik-manik darah yang halus mula meniti keluar dari celahan leher yang sudah terluka itu.

"Maaf? Hmm? You messed with a wrong person, dear. Kau belum kenal aku siapa, Tiara. Kau silap. Kau silap!"

Sejurus itu, dengan satu kelaran, kepala Johan terkulai layu ke sisi bersama darah yang membuak-buak keluar seiring dengan raungan Tiara.

"NO!!!!!! JOHAN!!!!!"

Raungan Tiara kuat kedengaran di saat Riyyadh mula menusuk perut Johan dengan berkali-kali.

Percikan darah Johan terpancut ke serata tempat. Malah, wajah Riyyadh juga turut terkena percikan darah tersebut.

Safiyah menekup mulut seraya menarik lengan Rayden meminta agar menghentikan kegilaan Riyyadh. Dia tidak sanggup untuk melihat pertumpahan darah yang berlaku di hadapan matanya ini.

"Abang...hentikan Iyad bang...hentikan Iyad..."

Namun, dibalas dengan gelengan dari lelaki itu.

Rayden tenang memeluk tubuh.

"Biarkan. Dia tahu apa yang dia buat."

Manakala Danish, Darren serta Rafif memalingkan wajah mereka ke arah lain apabila isi perut Johan ditarik keluar dari perut lelaki itu.

Raihana pula menangis memeluk Ryan. Dia takut dengan amukan abangnya itu. Dia takut.

Sungguh, baran Riyyadh tidak boleh dibawa main.

"JOHAN!!!" Tiara menekup wajahnya di saat tangan Riyyadh merodok masuk ke dalam perut Johan dengan kasar lalu jantung lelaki itu dicabut keluar tanpa ada rasa jijik atau belas kasihan.

Datin Diyana segera memeluk tubuh Tiara. Wanita itu turut tidak percaya dengan apa yang sedang dilihat olehnya ketika ini.

"Erghhh...fuh!" Riyyadh meraup wajahnya yang basah dengan percikan darah Johan.

Jantung yang digenggam di dalam tangannya diangkat tinggi ke udara.

"Look, dear. Look what I've got."

Tiara dan Datin Diyana berundur serentak apabila Riyyadh semakin menghampiri mereka.

"No...please...I'm begging you...please maafkan I...please, Iyad..." Kedua tapak tangan disatukan di hadapan wajah.

"Shh, shh...don't cry...we're not done yet, dear."

Sejurus itu pisau diangkat tinggi lalu dihunus tepat pada betis Tiara.

"ARGHHHHH!!! MAMA!!!"

"TIARA!!!" Tidak sempat Datin Diyana hendak memeluk Tiara, lengannya ditarik kasar dari arah belakang lalu rahangnya direngkuh kuat oleh Riyyadh sehingga mulutnya terbuka luas secara bulatan.

"Kau orang tua, kau pun patut mati macam laki kau!"

Lalu, jantung Johan yang masih berdarah itu disumbat ke dalam mulut Datin Diyana membuatkan wanita itu meronta-ronta kuat bersama mata yang terbuntang luas.

"MAMA!!!" Tiara sudah tidak berupaya untuk bergerak lagi.

"Mama..." Tiara merangkak untuk membantu Datin Diyana namun pergerakannya lumpuh. Gaun putih yang dipakai olehnya mulai basah dengan aliran darah yang terbit dari bekas betis yang ditikam oleh Riyyadh.

Semua yang berada di situ memejam mata erat apabila jari jemari Riyyadh mengorek kasar bebola mata Datin Diyana sehingga terkeluar dari tempatnya.

"ARKHHHH!!!"

Ryan dan Raihana yang sudah tidak sanggup melihat semua itu, segera berlari keluar dari dewan tersebut dan memuntahkan segala isi perut mereka.

Manakala Safiyah pula, merayu-rayu kepada Rayden agar menghentikan semua ini.

"Abang...tolong hentikan Iyad...Fiya tak nak dia jadi macam ni abang...Fiya tak sanggup..."

Rayden hanya diam memerhati lalu menarik rapat kepala Safiyah ke arah dadanya.

"It's okay, abang tahu limit dia."

Kewarasan Riyyadh seakan hilang. Bebola mata yang sudah berjaya dikorek keluar dengan jari jemarinya, disumbat paksa ke dalam mulut Datin Diyana.

Lalu, bilah pisau yang sudahpun bermandikan darah itu, ditusuk berkali-kali pada puncak kepala wanita itu.

"Mama...mamaaa...Iyad...stop...stop..."

Hampir sepuluh kali tusukan, akhirnya pisau yang terbenam di dalam kepala Datin Diyana, ditarik keluar tanpa perasaan lalu tubuh yang sudah tidak bernyawa itu dipijak kuat.

Bersemburan darah yang memercik keluar.

Baju melayu Riyyadh yang berwarna putih pada awalnya kini bertukar diwarnai dengan darah dari mangsa-mangsanya.

Sudut bibirnya dijilat.

Setapak demi setapak, dia menghampiri Tiara.

"How's dear? Are you ready? Hmm? I guess now it's your turn. But, don't worry because I'll kill you slowly."

Namun kemudiannya, air mata Riyyadh mengalir. Emosinya berubah dalam sekelip mata.

"Kau dah hancurkan hidup aku, Tiara. Aku hampir bunuh Mummy aku sendiri hanya disebabkan kau. Dan disebabkan kau jugak, aku nafikan Aisya sebagai isteri aku. Malah, aku nafikan anak yang ada dalam perut dia jugak. Kau pisahkan aku dengan dia. Kau buat aku bencikan dia sedangkan dia tak salah apa pun dengan aku...aku cintakan dia...aku cintakan Aisya...tapi, aku dah hilang dia. Aku hilang Aisya disebabkan kau jugak!!!"

Kaki Tiara yang ditikam tadi, dipijak oleh Riyyadh tanpa belas kasihan.

Jeritan Tiara terkunci apabila ruangan mulutnya ditusuk dengan mata pisau sehingga ke anak tekak.

Mata Tiara terbeliak besar.

Setitis air matanya jatuh mengalir dari sudut matanya.

KRAHHH!!!

Pisau itu ditarik dari tekak Tiara lalu ditusuk pula pada alat sulit wanita itu.

Berkali-kali.

"IYAD!!!" Safiyah menolak kuat tubuh Rayden lalu berlari ke arah Riyyadh dan terus memeluk tubuh anaknya itu.

Terhenti tikaman Riyyadh pada tubuh Tiara.

"Iyad...berhenti sayang...berhenti..." Pujuk Safiyah lembut.

Pisau di tangan terlepas ke lantai.

Wajahnya dipusingkan perlahan-lahan ke arah Safiyah.

Bibirnya bergetar. Air matanya deras mengalir.

"Mummy..." Terselit getaran pada suaranya.

Safiyah menyapu wajah basah Riyyadh. "Berhenti sayang...bukan ini caranya untuk membalas dendam..."

"Iyad...rindu Mummy..." Tidak semena-mena dia memeluk erat tubuh syurganya.

Safiyah membalas lembut pelukan itu. Belakang tubuh Riyyadh diusap dengan penuh kasih sayang.

"Maafkan Iyad...Iyad banyak berdosa dengan Mummy...Iyad dah banyak lukakan hati Mummy...Maafkan Iyad..."

"Ya sayang, Mummy dah lama maafkan Iyad...Mummy tak pernah salahkan Iyad...Mummy tahu anak Mummy bukan macam ni...Iyad yang Mummy kenal bukan macam ni..."

"Iyad rindu Mummy..."

"Ya, Mummy pun rindu Iyad...Mummy pun rindu Iyad..." Ulang Safiyah.

Terima kasih, Ya Allah...kau kembalikan anakku semula.

Tangisan kerinduan Riyyadh menghadirkan sebak di hati mereka yang lain.

Dari jauh, Rayden hanya memerhati. Biarkan dahulu sang anak dan sang ibu saling melepaskan rindu.

Bibirnya juga melakar senyuman yang tampan.

Alhamdulillah.

"TUAN!"

Jeritan Ash yang tiba-tiba muncul di muka pintu dewan yang mewah itu membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya.

Wajah jejaka itu jelas dilanda cemas.

Dia berlari anak ke arah Riyyadh lalu berhenti dengan nafas yang menderu.

Riyyadh mendongak memandang Ash yang gelisah itu.

"Tuan...Aisya, Aisya kemalangan."








Ig : ray.densz





Continue Reading

You'll Also Like

665K 24.4K 61
โ—๏ธTiada perubahan Adam Zayn Maccalen x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. โ—๏ธTypo alert. (Tengah...
1M 67.1K 46
Storm Series: 1 [STORM ITU MILIK INARA ZAHARA] Dingin? Kejam? Iblis? Itulah lelaki yang bernama Aziel Storm yang merupakan ketua keluarga mafia iait...
6 Royals By Ian

Teen Fiction

2.3M 142K 68
Tentang 6 orang pelajar perempuan yang 360ยฐ berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Ri...
113K 7K 43
Forgive Me, Please... ''forgive me, sweetheart. Forgive all my sins against you...'' Dihina, diejek, dan sering diperlekehkan. Itulah gadis yang menc...