The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

guardian...

2K 170 11
By akuorgbiasa

konsepnya sekarang, apa idea yang muncul, tu lah keluarnya..haha... maaflah kalau tak menepati citarasa...

**************

Badan disandarkan ke kepala katil. Kitab Ma'thurat yang diberikan oleh Tok Andak Musa padanya sejak hari pertama dia di sini dibaca perlahan. 

Dah jadi kebiasaan, matanya akan terjaga jam 5 pagi. Mujurlah di rumah ini, 5 pagi bukan waktu yang sunyi. Dia boleh dengar suara Nek Andak mengaji perlahan di dalam bilik. Jadi dia akan turut bangkit membersihkan diri dan terus bersedia menunggu waktu Subuh dengan menghabiskan waktu membaca keratan-keratan ayat dan doa di dalam kitab Ma'thurat itu. 

Tok! Tok! Tok!

Bacaannya terganggu apabila dia terdengar bunyi ketukan.

Tok! Tok! Tok!

Sekali lagi. Namun Ain agak pasti, bukan pada pintu biliknya, tetapi bilik sebelah.

"Apit!"

Sah dah tu. Bilik sebelah.

"Syafiq!"

Lalu Ain abaikan dan teruskan bacaan.

"Apit, bangun! Buka pintu ni!" Sekali lagi suara Tok Andak kedengaran.

"Mmmm...." Terdengar suara baru bangkit tidur lelaki di bilik sebelah itu.

"Bangun! Bangun!"

"Mmm...."

Ain tersenyum sedikit. Mmmm... aje lah jawabnya.

"Muhammad Syafiq! Bangun! Dah nak subuh ni. Setan dekat..."

Tiba-tiba dia dengar bunyi kelam-kabut dari bilik sebelah.

"Setan? Mana setan? Dia kacau Ain, ke?"

Ain yang di dalam bilik tercengang. Heh? Apa kena-mengena dengan aku pulak dia ni! 

"Ain tu tak kena kacau sekarang ni. Elok bangkit dah tengah mengaji. Yang kau ni yang kena kacau dek setan paling besar sekarang ni! Bangun! Mandi! Ikut Tok Abah pergi masjid! Heihhh, apa nak jadi dengan budak ni..." bebel Tok Andak Musa buat Ain tergelak kecil.

"Oi Ain! Kau gelak apa?"

Ain terus berkerut kening semula.

Dengar pulak!

"Syafiq!!!!" Sekali lagi suara Tok Andak bergema.

"Ya, ya. Bangun dah ni... Adoi..."

Ain tersengih sambil menggeleng kepala.

Apit...Apit.. Umur dah tua, tapi perangai macam budak sekolah!

**********

Buai besi itu dihayun perlahan. Kepala disandarkan pada besi yang menggantung buaian itu.

"Ya, ma. Ain makan. Mama janganlah risau. Ain okey je dekat sini."

Saat itu satu lagi makhluk yang berseluar separas lutut turut duduk di buaian itu.

Ain memandang sejenak dan berdecit.

Dia ni lagi...

"Ma, okeylah ya. Nanti Ain call lagi. Kirim salam semua. Cakap dekat ayah, jangan risau-risau. Ain okey..."

"Bye. Assalamualaikum..."

Talian diputuskan. Dia mengeluh perlahan.

"Kau nak apa?" Tanyanya pada si dia.

"Eh, apasal? Aku tak boleh duduk sini pulak? Ada nama kau ke buaian ni, jerangkung?"

Ain berdecit. Dia ni kalau sehari tak menyakitkan hati memang tak sah.

Lalu Ain berniat mahu angkat punggung. Baru sahaja dia mahu bangkit, telefon bimbitnya berbunyi lagi.

Pegun tubuh Ain apabila melihat nama yang terpapar di skrin telefon.

Adam.

Dia telan air liur.

"Oi, jerangkung. Phone kau bunyi tu!"

Dia lantas menoleh memandang lelaki itu yang tenang bersandar di buaian.

Melihat reaksi Ain yang kelihatan ketakutan itu, dia injakkan badan ke depan. Selamba mencapai telefon bimbit milik Ain.

"Eh.. jang..."

"Hello!" Belum sempat dihalang, cucu bertuah Tok Andak ini dah selamba menjawab panggilan.

"Aku.... guardian dia. Kau pulak siapa?"

Ain jojolkan mata. Eh, eh, eh.... Siapa pulak yang naikkan pangkat dia jadi guardian aku ni!

"Bro, macam nilah. Ain tak suka kau call dia. Lepas ni jangan call dia lagi. Okey? Bye!"

Talian dimatikan dan entah apa yang dia tekan pada telefon bimbit Ain itu, beberapa ketika kemudian barulah dia serahkan telefon itu semula.

"Aku dah block. Lain kali kalau tak suka, block je. Tak payah sesak kepala."

Ain menunduk memandang telefon bimbit.

"Siapa Adam tu? Boyfriend?"

Ain tak menjawab.

"Aku... aku naik dulu lah.."

"Alah, lepak dulu. Kau duduk dalam bilik tu sorang-sorang buat apa. Panas ah... Sini best. Ada angin. Aku bukannya nak makan kau pun. Nak takut apa..."

Ain memandang Apit yang mengangkang selamba.

Hish, itulah tujuan dia melepak di buaian ni tadi. Di sini berangin.

Dia lantas duduk semula di tempatnya tadi.

"Adam tu yang buat kau sakit ke? Aku dengar kau kena sihir by lelaki yang sukakan kau."

Ain tarik nafas panjang. Jungkit bahu.

"Eleh, cover line boyfriend dia. Kalau dah sampai guna black magic segala, sampai kau sakit jadi jerangkung gini, tak payahlah Ain. Tu bukan sayang. Tu gila. Tau?"

Ain mencebik. "Eleh. Ada hati nak nasihat orang. Aku dengar pulak, kau ada kes polis sebab pukul boyfriend baru ex-awek kau. Tu apa cerita pulak? Sayang ke tu?"

Berubah wajah Apit. Dia garu dahi sendiri.

"Itu lain. Kau tak tahu the whole story. Jangan judge..."

"Habis, yang kau tu? Judge aku?"

"Lah, masa bila aku judge kau. Aku bagi nasihat. Lelaki macam tu, tak boleh buat laki. Kalau dia sayangkan kau, dia tak rela tengok kau sakit. Ni dia yang hantar barang bagi kau sakit. Kan gila tu?"

Ain tak menjawab kali ini. Hanya memandang Apit beberapa ketika sebelum menunduk.

"Entah. Aku pun tak tahu dia ke yang hantar. Tok Andak pun kata tak baik tuduh-tuduh," balas Ain tak lama kemudian.

"Dah lama ke kau sakit?"

Ain mengangguk. "Berbulan-bulan. Dari badan aku ni kategori overweight, sampai dah jadi tulang je. Aku tak boleh kerja. Aku tak boleh hidup macam orang normal."

"Sebelum ni, kau berubat tak?"

Ain gelak kecil. "Rasanya dah macam-macam ustad cuba. Elok sekejap, datang balik."

Kali ini Apit hanya merenung wajah Ain dalam.

"Aku rasa selagi aku tak mati, selagi tu tak selesai gangguan ni."

"Jangan mati!" Tiba-tiba sahaja laju si dia membalas buat Ain tersentak.

"I mean... err... kau tak boleh mengalah. Kan tok abah cakap, kau kena lawan. Benda tu memang nak kau lemah, putus asa, rasa nak mati. Kalau kau mengalah, tandanya kau bagi orang yang aniaya kau menang. Lagipun, kan sekarang kau okey."

Ain sengih sedikit sambil mengelus jari-jemari. "Thanks to you. Tak sangka muka kau ni boleh halau hantu."

Kali ini Apit ketawa. "Handsome sangat. Sakit mata dia tengok sinaran dari wajah aku ni..."

Kali ini Ain ketawa agak kuat. "Perasan!"

"Jadilah. Hidup aku tenang sekejap. Lepas ni, kau pun dah belah, aku pun dah balik KL, tak tahulah jadi apa. Nak fikir pun malas. Aku rasa lebih baik aku ni mati cepat je dari menyusahkan orang." Perlahan sahaja suara Ain meluahkan rasa.

Apit berdecit kuat. "Mati, mati! Nak sangat mati ke?" Marah Apit.

"Kau tak faham, Apit. Tak ada orang faham. Kadang-kadang, aku rasa lebih baik mati je. Setiap kali lepas dia take over badan aku, aku sakit. Lebam sana sini. Kepala aku sakit. Sakit badan-badan aku, Tuhan je yang tahu. On top of that, kau tahu apa yang aku benci?"

Apit hanya jungkitkan kening.

"Aku paling benci tengok mama menangis. Ayah sedih, serabut pasal aku. Adik-adik aku ketakutan. Semua orang risau pasal aku sampai hidup tak keruan. Aku rasa guilty. Aku rasa useless."

"Bukan kau mintak. Benda nak jadi. Sekurang-kurangnya, hidup kau tak tentu arah, sebab kau sakit. Aku ni, tak ada sebab pun, tetap tak tentu arah gak hidup..."

Spontan Ain tersengih.

"Jujur kan, Pit. Aku... aku sebenarnya takut nak hadapi the reality. You know, balik pada hidup aku sebelum kau comes into picture. Hakikatnya, kau sementara je. Sooner or later, we are going to part ways. Kau dengan hidup kau, aku kena hadapi hidup aku... And aku takut..."

Apit diam tak berkata apa. Hanya memandang Ain lama.

Pandangan dalam menusuk kalbu Apit itu buat Ain serba-salah.

"Eh, aku... err... kau abaikanlah apa aku cakap. Merepek pulak. Aku... aku nak masuk dulu.." Ain mahu berlalu. Malu pula terasa terlalu terbuka berbicara dengan lelaki ini.

"Weh, Ain... Jap, jap..."

Ain berdiri tegak di sisi buaian itu, memandang Apit.

"Selagi aku ada, aku akan jadi human shield kau. Guardian kau. Tapi, let say, aku tak ada by your side, ingat, you are a sweet girl, and you have the every right to live a happy life. So, lawan. Jangan bagi can setan tu take over and musnahkan hidup kau. Jangan give in. Jangan bagi apa yang orang hantar sihir tu nak. Faham?"

Ain hanya diam memandang Apit.

Betul. Ini hidup aku. Ini badan aku. Dia pun makhluk Tuhan... Jadi aku kena lawan, dengan pertolongan dari Tuhan...

"Weh, jerangkung!"

Tersentak Ain daripada lamuman yang panjang. 

"Aku haus ah. Buatkan aku air," katanya.

Ei, budak ni kan! Aku tengah layan blues buat refleksi diri ni, tiba-tiba sebut air pulak!

"Kau ingat aku bibik kau? Buatlah sendiri! Mengada..."

"Tolong ah. Aku dah jadi pakar motivasi tadi, buatkanlah aku teh. Aku tak reti ah guna kettle ancient nenek tu. Aku rasa nak pergi pekan beli kettle untuk nenek aku jap. Sian dowh, masak air atas api lagi. Macam zaman 70-an"

Ain ketawa mengekek. "Aku bagitau nek andak eh, kau mengata cerek dia."

"Report ah. Kisah pulak gua. Dah banyak kali aku complain dekat nenek. Beli cerek letrik. Senang sikit." Apit turut bangkit.

Lalu bersaing mereka berdua menapak ke dapur rumah Tok Andak Musa itu sambil berbicara tentang cerek antik milik Nek Andak.












Continue Reading

You'll Also Like

8.6K 389 41
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Rean...
320K 11.6K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
302K 5.9K 22
Kisah antara 2 orang asing yang tak mengenali, tinggal serumah.
3.9K 23 3
Dikala ketiadaan isteriku, Muncul halusinasi adiknya sebagai bidadariku