Keith Aurora : His Fallen Star

By moonlightlavh

356K 29.3K 4.4K

[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 3 ] Prequel of Keith's life before Adrian Kiara Kehilangan demi kehilangan. Akhi... More

ยทฬฉอ™โœง Keith Aurora ยทหš * ๐Ÿ”ญ
Prolog
01
02
03
04
05
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
Moon's TedTalk

06

8.6K 717 71
By moonlightlavh

2 TAHUN KEMUDIAN

Zander menghela nafas panjang. Keith yang sedang duduk itu dipandang dengan pandangan tidak puas hati. "Kau tahu kan yang Dree nak benda tu petang ni. Yang kau tak check lagi dah kenapa?"

Keith mengalihkan pandangan memandang komputer dihadapannya. Rimas betullah orang asyik tanya pasal kerja dia tak habis-habis. "Kalau susah sangat, kau je lah yang buat. Ingat satu benda ni je ke yang aku kena handle? Dengan kerja dekat hospital lagi."

Makin panas hati Zander mendengar alasan Keith. Boleh pula dia jadikan itu sebagai alasan. "Kalau dah tahu tak reti nak buat kerja, baik tak payah kerja! Balik-balik menyusahkan orang." Zander mula menaik suara. Rakan sekerja yang lain terus menoleh memandang mereka berdua.

Langsung Keith bangun dari duduknya. Tiba-tiba aje si Zander ni mahu cari gaduh. "Yang kau nak bising ni dah kenapa? Kerja aku, biar aku je lah yang fikir. Yang kau sibuk nak masuk campur dah kenapa?"

"Kalau Dree tak dapat apa yang dia minta ni, kau ingat kau seorang je ke yang kena? Dengan kitaorang semua nanti-"

"Kalau kau takut sangat dengan Dree, kau buatlah sendiri. Tak perlu nak memekak-"

"Eh kau ni memang suka menjawab kan? Dah salah tu buat lah cara salah-"

"Tak, kau ni boleh diam tak? Boleh tak jangan serabutkan lagi kepala otak-"

"Kalau serabut habistu buatlah kerja awal-awal. Ni tak. Tak habis-habis drag-"

Keith dan Zander yang sedang bertikam lidah itu dipandang oleh semua rakan sekerja mereka yang lain. Mereka tidak mahu masuk campur. Nanti tak pasal-pasal kena marah.

Zayyan yang baru sampai di Cyrex itu memandang Keith dan Zander yang sedang bergaduh. Berkerut dahinya. "Oi. Apahal ni? Semua pandang kut."

Zander toleh. Zayyan sudah ada disini. Mesti sebab Adrian yang suruh. "Ha kau tengok. Zayyan dah sampai sini. Kau rasa dia datang sini sebab saja-saja ke? Mestilah sebab dia nak ambil report, Dree suruh."

"Shut up. Boleh diam tak kau ni?" Menyampah Keith dibuatnya. Ada aje salahnya yang ingin dicari.

"Hey hey. Korang ni dah kenapa?" Zayyan cuba meredakan keadaan. Malulah gaduh semua orang pandang. Macam budak kecil.

"Kau tanyalah kawan kau ni. Kerja tak pernah nak on time." Balas Zander. Masih sempat mahu memerli.

Zayyan toleh melihat Keith. Dia tengok elok aje Keith sedang buat kerja. Si Zander ni ha yang ada dekat tempat kerja Keith. "Keith? Asal?"

"Report untuk barang-barang dekat Rusia tu... Aku... tak siap lagi." Balas Keith jujur. Ya memang laporan tu tak siap lagi, tapi dia bersebab. Minggu ini dia memang sibuk di hospital. Tak sempat dia mahu siapkan.

"Keith, kau tahu kan Dree nak harini?" Zayyan menyoal, nada tenang. Sungguh berbeza dengan Zander.

"Tahu tapi aku tak sempatlah. Patient kat hospital-"

Zander mencekak pinggang. "Eh aku pelik lah kau ni. Kau nak kerja mafia ke jadi superhero selamatkan orang? Yang kau sibuk nak jadi doktor tu kenapa? Kau tolong kitaorang dekat sini je lah. Yang kau semak nak tolong dekat hospital tu asal? Jadi doktor tu-"

Terteleng wajah Zander pabila dia tiba-tiba saja ditumbuk oleh Keith. Membulat mata semua yang berada di situ.

"Sedap?" Keith mengangkat sebelah kening. Sudah lama dia bersabar dengan Zander. Kali ni sampai nak libatkan sebab mengapa dia mahu jadi doktor pula. Memang dia tak boleh tahan lagi.

"Apa masalah kau ni ha?!" Zander menolak bahu Keith geram. Suka hati aje mahu tumbuk dia? Agak-agaklah.

"Kau pandai sangat buat kerja kan?" Fail putih yang menjadi pergaduhan mereka itu dicampak atas meja. "Nah! Buat sendiri!" Sejurus itu, Keith mengangkat kaki beredar pergi dari situ.

"Keith!" Panggil Zayyan namun tidak dihiraukan oleh Keith. Dia meneruskan langkah. Serabut kepalanya menghadap Zander.

Zander menjeling. "Eloklah sangat perangai tu! Macam budak-budak!" Amuk Zander. Masih tidak berpuas hati.

"Sudahlah tu..." Pujuk Zayyan. Dia geleng kepala. Benda kecil pun boleh jadi punca gaduh.

Keith memakai helmet. "Argh! Merda!" Sempat dia lepaskan marah yang masih berbaki pada Zander. Keith terus memecut laju meninggalkan bangunan Cyrex.

Setibanya di hospital, beberapa jururawat yang bekerja dibawahnya memandang hairan. Setahu mereka, Keith cuti hari ini. Salah seorang jururawat, Aina datang menghampiri Keith yang sedang berjalan ke biliknya. "Doc? Bukan doc cuti ke harini?"

"Tak jadi cuti." Balas Keith tanpa langsung memandang wajah jururawatnya. Dia terus masuk ke dalam bilik dan Aina berhenti mengikutnya. Lihat dari gaya saja sudah tahu yang lelaki itu dalam keadaan yang tidak baik.

Keith duduk di atas kerusinya. Rambutnya dikuak ke belakang. Kata-kata Zander terngiang kembali. Dia merehatkan mata lalu bersandar pada kerusi.

Keith seakan tidak percaya dengan kata-kata ibunya. "Doctor? Tapi mother..."

"Mother tahu." Kamelia memotong, angguk perlahan. "Keith boleh je jadi mafia macam abang, macam papa. Mother takkan halang. Cuma mother teringin sangat kalau anak mother jadi doktor."

Keith diam. Doktor? Bukannya dia benci atau tidak suka. Cumanya, seumur hidupnya dia ditemani dengan pistol. Dia membunuh. Darah yang mengalir dari tubuh si mangsa adalah angkaranya. Tiba-tiba mahu berubah kepada stetoskop. Memberhentikan darah yang mengalir bagi menyelamatkan orang. Ia sesuatu yang berada di luar bidangnya.

"Keith seorang je anak mother. Siapa lagi mother nak harapkan?" Sambung Kamelia lagi. Cuba memujuk Keith, dengan harapan Keith berlembut hati untuk bersetuju. "Nanti, kalau papa atau Ayyash cedera, Keith boleh tolong. Ataupun... kalau mother sakit, Keith boleh rawat."

"A mafia doctor. Keith tolong orang-orang Haider yang cedera waktu lawan. Boleh kan?" Pinta Kamelia lembut. Satu senyuman tipis terhias pada bibirnya. Berharap yang Keith akan katakan ya.

"I miss you..."





Sunyi bilik itu. Tiada siapa yang berani untuk bersuara apatah lagi menjawab. Tuan Adam memandang Zander. "Zander?" Pandangannya dialihkan pada Keith pula. "Keith?"

"Jawablah. Bergaduh reti pula. Dah tak ada suara?" Bukan sekali dua dia terima aduan. Sudah banyak kali. Tidak habis benda yang sama. Balik-balik pasal Keith dan Zander bergaduh. Ada aje yang tak kena. Asyik tidak sebulu.

"Memang salah Keith, uncle. Keith yang tak buat kerja." Akhirnya Keith bersuara. Dia tidak mahu sebabkan dia dan Zander, yang lain turut terkena tempias. Sekarang ni pun semua dipanggil. Padahal hanya dia dan Zander saja bergaduh.

Puas hati Zander mendengar pengakuan Keith. "Haah memang salah kau. Kalau tak-"

"Sudah, sudah!" Tuan Adam memegang pelipis dahi. Pening kepalanya mahu melayan dua orang ini. Tak habis-habis. Seorang dengan perangai tidak mahu kalah, seorang lagi ego menggunung.

"Tak habis-habis korang berdua ni. Jumpa je gaduh. Cakap je gaduh. Tak boleh ke satu hari tu tak buat hal?" Sambung Tuan Adam lagi. Adrian dan yang lain pula hanya diam melihat dua orang rakannya itu dimarahi.

"Keith ni-"

"Aku pula-"

"Tengok tu! Makin cakap, makin dibuat." Marah Tuan Adam. Kalah budak-budak kalau macam ni. Ada saja benda yang tak kena.

Tuan Adam keluarkan sesuatu dari poketnya. "Ambil ni korang berdua." Satu kad dicampak pada Keith dan dengan tangkas Keith menangkap. "Apa ni uncle?"

"Kondo."

"Untuk?" Tanya Zander pula. Buat apa Tuan Adam bagi dia kondo?

"Korang berdua."

"Apa?!" Serentak itu Keith dan Zander bersuara. Mereka salah dengar kan? Tolonglah cakap ya.





"You guys serius ke ni?" Berair mata Ariana Qistina dek kerana gelak mendengar perkara yang diberitahu oleh Rafael. Dia toleh pandang Keith, masih menggelakkannya.

"Muka I nampak macam muka penipu ke sayang? Mestilah betul." Jawab Rafael. Air teh tarik dihirup. Lepak mamak lepas perjumpaan dengan Tuan Adam tadi. Hanya ada dia, Qistina, Keith dan Zayyan saja.

Keith menjeling tajam. "Tak lawak okay Qist. I rasa macam nak hempuk je mamat tu." Air teh o ais limaunya dicapai. Basahkan tekak, sejukkan hati yang masih terasa panas.

Ada ke patut Tuan Adam meletakkan dia dan Zander dalam satu kondo yang sama? Sebagai hukuman, mereka harus duduk dalam satu rumah yang sama dalam tempoh enam bulan. Kononnya mahu perbaikikan hubungan mereka.

Enam bulan kut. Lama gila! Dalam tempoh itu, mereka tidak boleh duduk di The Mansion. Sudahlah mereka kalau berjumpa macam kucing dengan anjing.

"Ala you, okay apa duduk dengan Zander? Dapat lah kenal-kenal lebih mendalam." Sempat Qistina mengusik Keith. Suka melihat wajah Keith yang sudah masam mencuka itu.

Zayyan menolak tubuh Keith. "Entah K. Chill lah Keith. Zander kan kawan kau juga."

"Chill apanya? Silap-silap mahu bertumbuk aku dengan dia kat kondo tu nanti."

Sementara di Max, Hayyaz masih rancak mengertawakan si Zander. Rasa lawak bila mengenangkan hukuman Keith dan Zander.

Zander pandang Hayyaz. Kecil besar kecil besar aku tengok dia. "Kau baik diam Hayyaz. Penumbuk ni melayang dekat muka kau nanti."

Makin sakan Hayyaz ketawa. "Hahaha dah macam laki bini dah aku tengok korang. Asyik bergaduh tak kena tempat. Memang padanlah shark buat macam tu."

Harraz geleng kepala. Apa benda lah gaduh pasal hal kecil. Tak faham dia. "Kau pun, tak payahlah sibuk asyik nak cari gaduh. Tak pasal-pasal kena duduk luar."

"Aku bukan cari gaduh. Aku cakap benda betul. Kalau rasa tak boleh urus masa, tak payah jadi doktor." Balas Zander semula. Masih tak puas hati. Semua kerja nak disapunya. Akhir-akhir, kerja tertangguh.

Adrian menghela nafas panjang. Haih tiga orang ni. Sudahlah datang tempat kerja dia, buat bising pula tu. "Yang korang ni boleh diam tak? Datang sini borak-borak pula. Karang ada yang tidur luar nanti."

Harraz memutarkan bebola mata ke atas."Yang ni tak habis-habis nak emo. Marah je kerja." Katanya perlahan. Baik dia ikut Rafael pergi makan mamak tadi dari datang sini.





Adrian datang menyendeng ditepi pintu bilik Keith. Tangan disilangkan pada dada. "Dah habis pack?"

Beg dizip. "Dah. Kau datang sini kenapa?" Dari belakang dia boleh dengar bunyi derapan kaki Adrian yang masuk ke biliknya.

"Aku nak balik rumah ayah aku. Kau nak ikut?" Adrian duduk di atas katil Keith. Sengaja dia ajak Keith. Bawa Keith keluar, dia yakin pasti Keith kebelakangan ini stres.

Keith ketawa kecil. Rasa lawak bila tiba-tiba aje dia diajak ke rumah keluarga Adrian. "Kenapa ajak aku pula? Tu rumah parents kau. Buat apa aku nak ikut?"

"Yelah, nanti kan kau tak tinggal sini dah. Jaranglah jumpa."

Keith sengih. "Mengada. Hari-hari jumpa kau dekat office. Tak jumpa kalau aku dekat hospital je."

Begnya diletakkan di tepi pintu bilik. "Kau pergilah ajak Zander tu. Dia kan dah kena buang keluarga."

Langsung Adrian mengecilkan mata. "Kau ni. Kalau dia dengar, kecil hati dia. Karang gaduh lagi." Keith diam. Betul juga tu. Rasa jahat pula cakap macam tu.

"Tak ada lah, aku saja ajak kau. Kau asyik duduk seorang je. Saja la bawa kau keluar." Sambung Adrian.

"Kau ingat aku budak kecil lagi ke nak berteman?"

"Maybe?" Adrian mengangkat kening. Lalu dia senyum tipis melihat wajah Keith yang sedang menahan geram mendengar jawapannya. Dia bangun dari duduk. "Dahlah, cepat bersiap. Kita gerak lepasni."





               Adrian dan Keith bersalaman dengan ayah Adrian, Haiqal. "Uncle."

"Jom masuk. Umi Rian ada masak banyak." Keith angguk. Dia melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Adrian. Mereka makan tengah hari disini hari ini.

Setelah habis makan tengah hari, Keith duduk seorangan di sofa ruang tamu. Satu bingkai gambar yang terdapat di ruang tamu itu menarik perhatiannya.

Gambar keluarga Adrian. Ada uncle Haiqal, aunty Khatijah, Adrian dan Amelia, adik Adrian. Namun Keith lebih tertarik melihat umi Adrian. Umi Adrian pakai sesuatu di kepala yang bernama hijab.

Tiba-tiba teringat pada mother dan mommy. Kedua-dua wanita itu Islam, tetapi tidak berhijab. Setahunya, ia haram dan berdosa. Sekali gus dia merenung dirinya sendiri.

Dia Islam. Islam kerana papanya sudah masuk Islam sewaku ingin bernikah dengan isteri pertamanya, Aurel, mommy.

Dia Islam tapi melakukan perkara yang dilarang dalam Islam. Minum arak. Pergaulan bebas. Lakukan semuanya ikut kehendak sendiri tanpa peduli dengan hukum syarak.

Solat? Mungkin sekali setahun. Atau langsung tiada. Segala tanggungjawab sebagai Muslim dilupakan. Dia terfikir, mungkin kerana papanya masuk Islam kerana ingin menikah dan bukan kerana Islam sendiri, sebab itulah jadi begini. Segalanya dilupakan. Kerana dia tahu, sudah pasti ada saja orang yang masuk Islam dan segala perintah dilakukan dan larangan ditinggalkan, tapi sudah semestinya bukan keluarga dia. Sudah semestinya keluarga Haider bukan tergolong dalam golongan itu.

Kadang-kadang hatinya rasa kosong. Rasa tiada makna. Mungkin kerana dia jauh dari Sang Pencipta. Jauh dengan pegangan dan dekat dengan perkara yang melalaikan.

"Tengok apa tu Keith?" Lamunan Keith terhenti tatkala sistem pendengarannya disapa dengan suara ayah Adrian.

"Tak ada apa lah." Keith geleng perlahan. Uncle Haiqal duduk disebelah Keith. "Yang lain masih tak tahu?"

Keith geleng.

"Bila nak bagitahu?"

Keith tersenyum nipis. "Tak ada niat nak bagitahu pun. Biarlah dorang tak tahu. Itu lagi baik."

"Jangan berdendam lama sangat K. Walau macam mana pun, itu masih ayah Keith. Satu-satunya ayah Keith. Tak ada yang lain."

"Keith dah hilang mother, takkan nak hilang papa Keith pula?" Keith diam. Ada betulnya kata-kata uncle Haiqal cumanya, dia masih marah. Dia masih merasakan yang dia hilang mother kerana ayahnya.

"Keith dah macam anak uncle sendiri. Shark pun dah anggap Keith macam anak. Kalau Keith nak apa-apa, kitaorang ada. Okay?"

"Thanks uncle." Rasa terharu. Walaupun dia bukan ada kaitan darah daging dengan mereka, tapi semua melayannya dengan baik.

"Rancak berbual. Borak apa?" Adrian yang datang dari entah mana menyampuk.

"Kutuk kau." Selamba Keith menjawab. Buatkan uncle Haiqal ketawa kecil mendengarnya.

"Berani kutuk aku?" Adrian mengangkat kening. Apa barang kutuk belakang? Cakap depanlah.

"Ha sudah. Tak payah nak bergaduh dekat sini." Uncle Haiqal geleng kepala. Nanti ada pula yang berperang mulut. Dia kalihkan pandangan pada Adrian. "Rian, nanti ikut ayah pergi rumah uncle Adam."

"Ikut? Nak buat apa pula?"

"Ada benda nak bincang."

"Okay." Adrian akhirnya mengangguk bersetuju, Kalau dah kerja, tak boleh nak elak.






Keith orang yang pertama menjejakkan kaki masuk ke dalam kondo mewah yang diberikan oleh Tuan Adam tersebut. Dia mengeluh perlahan. Apa benda ni? "Aduh. Dah apahal semua hitam ni?"

Zander tersenyum suka melihat sekeliling rumah tersebut. Begnya diletakkan di tepi. "Nampak sangat aku ni anak kesayangan shark. Shark ikut warna kesukaan aku, hitam."

"Haah, macam warna hati kau. Hitam." Laju kakinya melangkah ke dalam bilik selepas berkata begitu.

Zander dibelakang mengerut dahi. "Apa kau cakap?"

"Pekak." Tambah Keith. Dengan segera pintu bilik ditutup.

"Hoi!" Laju saja Zander mendapatkan Keih. Dia masih belum pekak mahu dengar Keith mengutuknya.

Continue Reading

You'll Also Like

455K 33.8K 47
โ†ณ KARYA PERTAMA YANG PENUH DENGAN CACAT CELA โ™ก start : 17 April 2022 โ™ก end : 20 May 2022 WARNING โš ๏ธ โš ๏ธ โš ๏ธ โ†ณ this story is EXTREMELY CLICHE, CRINGE AN...
1.3K 236 12
โLacuna is officially back in track.โž - Lacuna Lacuna merupakan sekumpulan ejen muda dari agensi rahsia, Beta Intelligence Agency. Setiap dari mereka...
37.7K 2K 40
Hanya sakit yang dapat dirasai tatkala mencintai seseorang yang sama rupanya, namun jiwa telah berbeza. "Aku Jauhar... bukan Ayden" - Jauhar Khairr "...
542K 25.7K 75
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...