CDTM 2

By Qaynyy

40.6K 3.7K 1K

Seronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan... More

INTRODUCE
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36

BAB 28

1.4K 101 35
By Qaynyy

Ayyan tersenyum manis melihat Zahra yang menepuk tangan tanda menyokong kumpulan dia.

" Kumpulan black bloode! " Ayyan menjerit suka dihadapan barisan ahli mation.

" Ini Adam. " Adam yang mengenakan hoodie menutup sebahagian muka dengan mask merenung jauh kehadapan.

" Ini Fury. " Fury yang mengunyah gula-gula getah hanya melemparkan pandangan kosong kearah ketua mafia.

" Dan ini Yoyo. " Lelaki yang berpakaian seperti ingin ke masjid hanya menganggukkan kepala tanda hormat pada Azka.

" Zahra pandai main yoyo! " Ucap Zahra kepada Ayyan.

" Puan dungu, itu yoyo mainan. Ini yoyo yang boleh bagi para wanita mengandung." Ayyan tersengih.

" Kau kemana tadi Yoyo? Berbaju melayu, bersongkok elok ni? " Soal Shah.

" A..ak..aku, pe..gi, mas..jid. " Lama juga nak tunggu si Yoyo ni buka mulut.

Baru sahaja Zahra ingin buka mulut, Azka membisikkan sesuatu ditelinga Zahra.

" Jangan tanya dia gagap ke apa. Tapi dia memang gagap. " Zahra menekup mulut.

" So Ayyan? Kau nak tunjuk apa kat aku dengan Zahra? " Dingin. Sedingin salju dikutub utara.

" Kitaorang nak tunjuk skill baru kitaorang. Tulah kau, asyik sibuk terperap je kat office sampaikan kitaorang ada skill baru pun kau tak tahu." Ujar Ayyan sambil matanya dijulingkan keatas.

" Dah tu, nak hadap muka kau je ke? " Soal Shah pula.

" Kau diam boleh tak sayang? " Ayyan menjilat bibirnya seakan-akan ingin menggoda Shah.

Ahli kumpulan Mation semua menyimpul senyum. Ayyan memang tak boleh pakai.

" Geli sial ! " Shah menekup mulut. Tak selera langsung apabila melihat Ayyan menjilat bibir ingin menggodanya.

" Dah! Mulakan. " Ujar Azka.

Matanya bukan pun fokus pada perlawanan ahli kumpulan Ayyan. Ada sesuatu yang menarik minatnya untuk meliar kearah Zahra.

" Sayang.." Azka membisik ke telinga Zahra.

Zahra segera menoleh kearah suaminya. Dia menaikkan keningnya.

" Aku nak berak. Teman aku. " Bisik Azka lagi.

" Alah..awak pergi jelah berak. Saya tengah tengok Ayyan berlawan ni. "

" Eh! Aku ni suami kau ke atau Si gila tu suami kau? "

" Awaklah suami saya. "

" Dah tu?! " Soal Azka kembali.

" Yelah, yelah.." akhirnya Zahra mengalah. Bukan boleh tolak pun kalau dah nama pun Tuan Muda.

Kadang-kadang suaminya ini terlalu romantis sampai tahap nak belah dadalah apalah, kalau tiba angin kus-kus bercakap pun tak nak pandang.

Mereka berdua bangun. Dan semua mata tertoleh kearahnya. Ayyan dan ahli kumpulan secara serta merta berhenti dari berlawan.

" Kau nak kemana Tuan Muda dan Cik Dungu? " Soal Ayyan. Pelik melihat dua ekor burung gagak ini berdiri secara tiba-tiba.

" Battle war tamat. Aku malas nak duduk sini lama-lama. Lagipun Zahra minta aku bagi benih untuk tumbuh dalam perut. "

" What the- " Shah menepuk dahi.

Ayyan terlopong mendengar jawapan Azka. Benih? Apa tu?

" Semua boleh cau, kalau nak teruskan, just go on. Aku dengan Zahra nak tanam pokok. " Azka menarik tangan Zahra lalu beredar dari situ.

" Benih? Pokok? Tumbuh? " Ayyan menyoal kembali.

" Ayyan baik naw otak kau. Sampai benih tumbuh pokok pun kau tak faham." Ujar Ad.

" Dahlah. Teruskan je. Atau korang nak lawan dengan Hayers? " Shah melompat masuk kedalam gelanggang. Sekali petik sahaja lightersnya menyala dan derapan kaki dari arah belakang sama-sama berdiri dibelakang Shah.

Ayyan tersenyum sinis. Fahmi, Darshen, Izz dan Huyi berdiri tenang merenung ahli kumpulan black bloode.

" Let's go darling..." Ayyan ketawa sambil berlari menyerang Shah.

****

Ain melempar kesemua barang diatas almari soleknya. Dia menjerit sekuat hati. Nafasnya sudah tidak terkawal. Hatinya sakit!

" Sial kau Zahra!! Kau memang betul-betul cabar aku! " Ain merenung tajam dirinya kedalam cermin.

" Aku akan pastikan kau mati Zahra! Tanpa Farid pun aku boleh teruskanlah! Kau ingat, kau dikelilingi dengan orang-orang macam tu, kau akan selamat ke Zahra? Anak kau dah mati, tinggal kau je lagi...tak apa Zahra! Dah tak lama je lagi aku akan pastikan kau lenyap dari bumi ni! HAHAHAHA! " Ain mengekek ketawa seperti hilang akal.

Dendam datang silih berganti, matanya sakit melihat kebahagiaan milik Zahra. Keluarga juga sama berpihak pada Zahra.

Dia akan pastikan Yazis hancurkan Mation dan dia sendiri akan pastikan Zahra lenyap dari dunia ini.

Hafiz menelan air liur apabila dia menangkap bunyi ketawa dari Ain. Sah! Ain dah hilang akal.

Sanggup dia lakukan apa sahaja asalkan Azka jadi milik dia. Hafiz sudah tidak berdaya terkurung dalam bilik ini.

Berdoa didalam hati supaya keajaiban berlaku atas dirinya. Tiba-tiba ingatannya menerjah kepada sebuah wajah lembut yang pernah menjadi kekasihnya.

" Afra.." Wajah lembut Nuna terbayang dimatanya. Wanita yang sentiasa hormat dan sayangkan dirinya walaupun mulutnya selalu mencaci hina keluarga Nuna.

" Aku menyesal sebab tinggalkan kau. Aku menyesal Nuna.." Hafiz menundukkan wajahnya menekur lantai.

Ain membuka pintu bilik itu dengan kasar. Dia menyimpul senyum sinis. Sempat telinganya menangkap ayat yang keluar dari mulut Hafiz.

" Kau menyesal sebab tinggalkan Nuna dan kejar perempuan macam aku? " Ain menarik rambut Hafiz memaksa mata Hafiz merenung matanya.

" Aku dah cakap sebelum ni, jangan kejar aku! Disebabkan kaulah Azka tinggalkan aku setan!! Punca semua ni berlaku disebabkan kau! " Ain menyepak muka Hafiz.

" Kau tu yang gila Ain! Kalau kau rasa cukup dengan apa yang kau ada dulu, kau tak jadi macam nilah! " Hafiz sudah lali dengan kata kesat serta pukulan dari Ain.

" Oh! Sekarang ni kau nak cakap aku gila ke? HAHAHAHA! Memang aku gila pun! Gila sebab semua orang dekat sekeliling aku tak hargai aku pun! Sikit pun tak! Kau tahu punca Azka ceraikan aku? Sebab Zahra! Dan sebab kau! Kau tahu tak aku berkorban untuk tinggalkan Yazis disebabkan cinta aku dekat Azka! Tapi dia?! Pilih perempuan bodoh tu! " Luah Ain sambil menepis kasar airmata yang kian turun lebat.

" Lepas aku diceraikan, Shah buang aku! Dia pun sama! Sayangkan Zahra berbanding dari sepupu sendiri! Habis tu aku ni? Tak ada perasaan ke?! Semua orang bahagia! Semua orang dapat apa yang mereka idamkan! Aku?! " Ain masih lagi melepaskan amarahnya.

Dia sakit! Dia keseorangan!

" Kalau kau terima aku dan apa yang dah terjadi, aku boleh bahagiakan kau Ain. Bukan dengan cara macam ni untuk puaskan hati kau. Percayalah cakap aku, apa yang kau rancang ni akan buat kau menyesal dan makan diri sendiri. " Ujar Hafiz perlahan.

" Kau ingat senang ke aku nak terima ni semua? Menyerah dengan perempuan dungu tu? No way! It's no me! " Ain berlalu pergi. Hampir dia termakan dengan pujukan Hafiz, namun dendamnya tetap bermaharajalela dalam hatinya.

****

Zahra menghantar pandangan sehingga kereta milik Azka hilang. Dia melepaskan keluhan perlahan. Nasiblah bila Mation sudah berkembang maju. Suaminya akan selalu meninggalkan dia dan menguruskan segala hal sehinggalah hal tersebut selesai.

Ingatannya kembali menerjah perbualan suaminya dengan Queen of Bryans.

" Projek Aop tengah ada masalah. Dekat sana tak dapat nak selesaikan. Jadi, Robert bagitahu -orang-orang bear kena turun settlekan hal tu. " Ujar Mimo.

Azka menelek ipad ditangan. Jelas sebahagian dari projek tersebut rosak akibat berlakunya runtuhan.

" Kita semua kena turun. Nak tak nak kena settlekan hal kat sana. Nanti Mation akan dapat impak yang negatif pada anak-anak syarikat yang lain. " Azka masih mendiamkan diri.

" Hal dekat sini, kau jangan risau empat ekor monyet tu ada untuk jagakan hal dekat sini. " Pujuk Kitten lagi.

" Okay! " Ucap Azka.

Loceng rumah berbunyi menyentakkan Zahra kembali pada waktu asal. Sempat mengerling pada jam didinding. Pukul 5 petang.

Saat dia buka sahaja pintu rumahnya matanya tertancap pada wajah buruk milik seorang lelaki yang merenung jauh kedalam matanya. Zahra tergamam!

Tak semena-mena tangan milik lelaki itu mencekik leher Zahra. Zahra tidak mampu melawan memandang tubuh lelaki itu lebih besar berbanding dirinya.

" Arghh!!! " Jerit Zahra. Dia tidak dapat bernafas.

" Aku nak bunuh kau! " Suara itu jelas seakan-akan marah. Zahra tidak sanggup melihat wajah hodoh itu. Kulit yang kehitaman seperti kesan terbakar.

" Azka!!! " Jerit Zahra.

Zahra terasa mukanya disimbah. Dia membuka mata dan menjerit sekuat hati!

" Eh Zahra! Kamu ni dah kenapa? Menjerit-jerit ni? Kamu mimpi apa ni sampai meracau-racau ni? Risau mak tengok kamu ni Zahra! " Zahra duduk tegak. Nafasnya mencungap! Jantungnya berdegup laju. Lencun badannya dengan peluh.

Dia menoleh kearah maknya sambil tangannya meraba-raba dileher. Dia masih terasa tangan kasar itu berada dilehernya.

" Mak! " Panggil Zahra. Benarkah itu hanya sekadar mimpi?

" Apa? Itulah! Mak dah kata jangan tidur waktu asar. Tengok! Dah mimpi bukan-bukan. Tahulah suami kamu tu outstation, rindu. Jerit-jerit nama dia. Pergilah telefon ke video call ke. Kamu jerit pun bukan dia dengar pun.." Bebel Puan Has dan berlalu pergi meninggalkan Zahra.

Zahra meneguk air liur. Mimpi tadi seakan-akan realiti. Hati dapat rasa akan berlaku benda yang buruk.

Ya Allah, lindungilah keluarga kecilku ini. Janganlah kau ambil siapa-siapa dalam hidupku. Aku masih perlukan mereka semua. Terutama suami dan anakku Ya Allah.


****

Shah melepaskan asap rokok keruang udara. Dia tersenyum saat melihat Gaga yang terkocoh-kocoh mengejar payung yang telah dibawa angin. Gaga yang mengenakan selendang putih dikepala membuatkan wanita itu tersenyum manis.

Pembantu peribadi Puan Muda. Gadis yang penakut. Setiap kali nampak Shah, pasti Gaga akan meneguk air liur. Bukan dia tak tahu yang Gaga masih lagi teringat akan pertemuan pertama di Paris ketika dia mengugut untuk membakar butik Zahra.

Dia berjalan perlahan mendekati Gaga yang masih lagi merenung kearah payung yang dibawa angin. Dia membuka payung ditangannya dan berjalan mendekati Gaga.

Gaga terasa dirinya dipayung dari belakang, segera dia menoleh. Mujur sahaja dia tidak tercium dada Shah. Dia mendongak keatas. Muka Shah yang merenungnya dan dibibir lelaki itu terapit sebatang rokok. Tangan lelaki itu masih memayung dirinya yang lencun dengan air hujan.

" En..Encik Shah? " Gaga meneguk air liur. Gila ke tak takut dengan lelaki dihadapannya ini. Muka ganas! Suka pandang dia dengan pandangan tajam.

" Kau buat apa kat sini? Bukan kau kena jaga butik Zahra? " Soal Shah dengan tenang. Dia cuba tidak menakutkan Gaga.

" Err..haah, tapi saya teringin nak minum Coffee latte. " Hidung Gaga dipenuhi dengan bau tubuh Shah. Sangat wangi. Walaupun lelaki itu merokok namun wangian itu mematikan bau asap rokok.

" Jom! Aku teman. " Ajak Shah. Namun Gaga segera menghalang.

" Eh! Tak apa, saya tak jadi pergi sebab payung saya dah terbang. " Tolak Gaga lembut. Risau lelaki itu menyumbat rokok kedalam mulutnya.

" Yang aku pegang ni bukan payung ke? Dah! Jangan banyak cakap. Tak elok, kalau kita dah teringin sesuatu tu kita bantutkan. Lagi-lagi makanan. " Shah menolak Gaga untuk berjalan kehadapan.

Gaga terpaksa berhimpit sedikit ke tubuh Shah memandang mereka berkongsi payung.

" Nama kau memang Gaga ke? Adik-beradik dengan Lady Gaga? " Soal Shah.

" Eh! Nama saya bukan Gaga. Puan Zahra yang bagi nama Gaga tu. "

" Habis tu nama kau apa? "

" Syarifah Sofia. " Ujar Gaga.

" Syarifah Sofia? Sedap nama tu, kenapa tak panggil Sofi ke. Piah ke? Kenapa Gaga? "

" Gaga tu singkatan kepada Gagap. Sebab masa saya interview dengan Puan Zahra, saya gagap sebab terlalu takut. " Shah ketawa.

" Kau memang penakut ke? " soal Shah dengan sisa ketawanya.

" Err..tak pun. Tapi saya pun tak tahu. " Ujar Gaga. Malu pula dia dengan Shah.

" Tak apa! Nanti kau selalu dengan aku, aku akan jadikan kau berani. Dalam dunia ni, tak perlu takut pun. Sebab bila kau takut lagilah benda-benda yang buruk akan jadi. " Kata Shah.

" Aik? Kenapa macam tu pulak? "

" Sebab..dalam otak kau dah set yang buat benda ni kau takut, nampak orang ni kau takut. Contoh, kau nampak je aku, kau takut. Itu akan buat kau tak selesa bila dengan aku. " Gaga terdiam. Macam mana mamat ni boleh tahu yang aku ni takut dengan dia.

Gaga mengangguk mengiyakan kata-kata dari Shah. Shah tersenyum bila Gaga mula mempamerkan riak selesa.

****

Leo mengenakan jaket berkulit hitam. Dia meneliti mukanya dicermin. Handsome. Tapi sayang, tak ada kekasih!

" Haihlah! Bilalah Allah tu nak temukan aku dengan tulang rusuk aku ni. Rasa kosong je kat dada ni. " Rungut dia perlahan.

Dia melangkah turun kebawah. Nampak susuk tubuh Ayyan yang terkakang sambil ternganga sedang memejam mata dengan lena.

' Huh! Duda hot tanpa nikah ni memang tak ada life ke selain duduk rumah? Hujung minggu ni pergilah keluar cari awek sorang! '

Namun belum pun pintunya memulas tombol, iphonenya berdering. Tertera nama Dungu.

" Hello Zahra? "

" Leo! Zahra dapat surat yang ada tompok darah. Ada gift sekali. "

" Apa? Darah? Dan gift? Gift apa tu? "

" Entah! Sup bunjut tapi warna kuning. " Jawab Zahra. Leo tergamam!

Tangkal kuning! Allah, apa pula dugaan kali ini Ya Allah.



To be continue..

Hai, selamat malam. Sorry sebab dah lama tak post apa-apa. InshaAllah lepas ni, aku akan kerap post sebab nak habiskan CDTM ni. Qay kata dia nak buat new story. So, see you again.

Jangan lupa untuk tinggalkan komen. Dan mana yang belum follow tu, boleh follow.


Continue Reading

You'll Also Like

931K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
78.9K 1.4K 7
Pertengkaran sepasang suami isteri akhirnya membawa kepada penyelesaian yg tidak dijangkakan
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...