Mencari Dia

By Jasminelight_

1.3K 27 6

Sangkanya dipatahkan oleh keluarga, disembuhkan oleh seorang lelaki. Tapi silap, dia dihancurkan seperti debu... More

PROLOG
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 1 0
B A B 1 1
B A B 12
B A B 1 3
B A B 1 4
B A B 1 5
B A B 17
B A B 1 8
B A B 19

B A B 1 6

54 2 0
By Jasminelight_

Lambakan fail dan kertas diatas meja dipandang lemah. Perlahan dia mengeluh. Akhirnya dia memilih menyandarkan badan dan kepala dikerusi. Kerusi ditolak jauh daripada meja.

"Why idea tak nak datang ini?" dia mengeluh lagi. Kepala dipicit-picit perlahan. Otaknya ligat memikirkan strategi memasarkan produk syarikatnya. Meski Maleeq Cosmetic sudah dikenali di Malaysia dan beberapa negara luar, namun itu tidak menjadi sebab untuk dia berhenti berusaha menaikkan lagi nama syarikatnya.

"Fir!" panggil Luthfi Haiqal yang baru masuk kebilik sahabat baiknya itu bersama sebuah Ipad ditangan.

Firhad Maleeq tidak menjawab tapi hanya menunjukkan riak bertanya mengapa.

"Good news! Our produt got permisson to enter Brunei's Market!" ujar Luthfi bangga.

Serta merta badannya kembali tegak.

"Seriously?!" soalnya gembira. Raut wajahnya berubah ceria serta merta.

"Kerja keras kau paid off Fir! Tak sia-sia usaha kau cuba tembus pasaran Brunei selama ini!"

Tangan diangkat meraup wajah. Alhamdulillah atas rezeki ini. Sungguh rezeki itu hadir tanpa petanda.

Melihat sekujur tubuh Luthfi Haiqal keluar meninggalkan pejabatnya, serta merta dia mengeluarkan telefon daripada saku. Sebaris nombor didial laju. Penuh teruja telefon dilekatkan pada telinga.

"Assalamualaikum Mama!"

"Waalaikumsalam. Ye Fir? Ada apa call Mama ini?" soal Zulaika ditalian sana.

"Product Fir dapat permission masuk market Brunei, Ma! Alhamdulillah!" jelas kedengaran nada teruja dan kegembiraan disebalik tuturan suara garau itu. Seperti anak kecil dia bercerita.

"Baguslah. Tahniah Fir." Tiga perkataan. Ya, tiga. Itu sahaja balasan daripada Zulaika.

Senyuman kegembiraan yang terukir manis dibibir Firhad Maleeq perlahan-lahan sirna.

"Hmm. Okaylah Ma. Fir letak dulu bye." melihat balasan Zulaika sebentar tadi sedikit sebanyak memudarkan kegembiraan yang baru menjengah. Terus telefon dijarakkan daripada telinga.

Jangkaanya Zulaika bakal ikut bersorak menjayakan kejayaannya itu, namun lain pula yang terjadi. Alah, macamlah kau tak biasa Firhad.

Namun mendengar suara ibunya masih melantun segera dia mendekatkan ke telinga semula.

"Fir, jangan letak dulu!"

"Ya Mama, ada apa?"

"Mama dengan Papa plan nak sambut anniversary kami yang ke-30 hujung minggu ini."

"Baguslah. Tahniah Mama." ceh macam perli je.

"Eh Fir ini! Itu je jawabnya. Patutnya doakan Mama Papa terus bahagia bersama. Apa jawab macam itu je. Langsung tak support kebahagiaan Mama Papa." kata Zulaika seakan berjauh hati.

Tipulah dia tidak terasa hati. Namun, sebagai anak dia hanya mampu mendiamkan sahaja.

"Okay Mama, sorry. Then apa yang Mama nak Fir bantu?" soal Firhad Maleeq berbasi-basi. Ikutkan hati, tiada langsung rasa ingin meneruskan perbualan ini. Namun mengenangkan Zulaika merupakan syurganya, dia tetap meneruskan.

"Mama plan nak buat besar-besaran sikit. Alang-alang itu nak buat bacaan doa selamat sekali."

"Okay nanti Fir book catering. Then Mama nak apa lagi?"

"Mama nak duit sikit nak belikan baju untuk kakak-kakak dengan Abang ipar Fir itu. Tak lupa, untuk cucu kesayangan Mama sekali. Takkan nak pakai baju lama pula kan dekat majlis nanti. Dahlah ramai, kang ada yang ingat kita ini tak mampu."

Kini dia mengerti sebab sebenar Zulaika menghubunginya. Tidak lain tidak bukan untuk meminta wang belanja. Hmm.

"Takkan untuk keluarga Kak Faqihah pun Mama nak belikan? Dia dah kahwin kot. Biarlah laki dia tanggung dia dengan anak dia itu. Apa guna Abang Syukri tu nikah dengan dia kalau dia masih bawah tanggungan Mama Papa? Anak dia pun takkan nenek dia nak tanggung? Itu tanggungjawab dia Ma. Fikirlah Ma.. Cukup manjakan diorang. Biarkan mereka mula berdikari pula." nasihat Firhad Maleeq ikhlas. Dia bukan kedekut wang sendiri, namun mereka perlu diberi kesedaran tentang tanggungjawab sendiri.

Benar, sampai bila lagi? Bukan sebulan dua Syukri dan Faqihah menjadi suami isteri. Atas sebab apa dia harus menanggung mereka? Kalau setakat Faqihah dia masih boleh terima, tapi kalau Syukri dan anak mereka juga dibawah tanggungannya, baik dia je jadi ketua keluarga. Syukri itu jadi kucing senang. Sampai masa aku bagi makan.

"Mama tak suka sikap berkira Fir ini tau. Fir ingat, kalau bukan sebab doa dan sokongan family, Fir takkan capai apa yang Fir capai hari ini! Jangan bongkak Fir, sekelip mata Allah boleh tarik semua ini." kuat suara Zulaika membidas. Pantas dia menjauhkan telefon daripada telinga. Bingit!

"Fir bukan apa Ma.. Fir cuma-" belum sempat dia memberi penjelasan Zulaika sudah memotong laju.

"Ikut Fir lah. Kalau tak nak bagi tak apa. Mama ada duit sendiri. Assalamualaikum!" terus talian dimatikan.

Firhad Maleeq mengeluh perlahan. Langsung dia tidak dapat mempertahankan diri. Nasib kau lah Fir.

Tanpa berfikir lebih panjang, terus dia mengirim wang sebanyak RM3000 kedalam akaun bank Zulaika. Telefon dicampak jauh.

Mood yang tadinya ceria kini kembali suram. Dia mengeluh untuk sekian kalinya. Secara tiba-tiba bayang seorang Ayana Malaika menerpa rawang minda.

Tidak menunggu lama, dia mengangkat punggung untuk pulang. Jam baru 4.50 petang, kira halal lah balik 10 minit awal!

Bunyi telefon berdering menyentakkannya daripada lamunan panjang. Laju tangannya merampas telefon diatas meja kaca itu.

"Keluar sekejap boleh? Saya tunggu dekat luar ini."

Serta merta dia menjenguk ke luar tingkap selepas membaca mesej daripada Firhad Maleeq.

"Lah mamat ini. Tiba-tiba je muncul." getus Ayana Malaika dalam hati.

Selesai menyarung tudung ala kadar, dia berjalan mendekati pintu lalu keluar.

Melihat kelibat Ayana Malaika, segera Firhad mendekati pagar rumah. Dia hanya menunggu disebalik pagar. Sedar masih ada batas antara mereka.

"Awak ini. Tak ada angin tak ada ribut tiber dah muncul. Bukannya nak bagitahu awal-awal. Nasib saya tak terbongkang tidur dekat atas. Naya awak tunggu macam patung depan pagar ini." bebel Ayana Malaika.

Mendengar mulut becok itu, Firhad Maleeq tergelak kecil.

"Biarlah. Rumah sayakan. Suka hati I ler." gurau Firhad sengaja ingin menyakitkan hati Ayana Malaika.

Namun gurauan itu tidak mengena. Ayana Malaika terlebih dahulu sudah terasa hati.

"Iya kita sedar kita ini menumpang je. Sampai masa kita angkat kaki juga. Jangan risau." Ayana Malaika memeluk tubuh.

Dapat merasakan reaksi Ayana Malaika yang berlainan segera dia memujuk.

"Orang gurau je lah! Nanti-nanti rumah ini jadi awak punya juga. Manalah tahu kan tibeh awak jadi bini saya?"

Hampir tersedak Ayana Malaika mendengar itu. Jauhnya Firhad Maleeq melalut!

"Merepeklah awak ini! Awak datang ini kenapa?" straight to the point jelah bang!

"Itu pun nak marah. Menci!" balas lelaki itu. Dia memeluk tubuh seperti anak kecil yang merajuk.

Ayana Malaika mengherot bibir melihat perlakuan lelaki itu  Kekadang tertanya juga, mengapa Firhad Maleeq tiba-tiba menjadi begitu selesa dengan dirinya? Sehingga mampu bergurau senda dan sentiasa menemani hari-harinya.

"Awak okay tak ini? Macam terlebih sugar je saya tengok?"

Firhad Maleeq kembali tegak berdiri menghadap gadis itu.

"Jom keluar? Today special sangat untuk saya. Please jangan tolak?" rayu Firhad Maleeq. Tangan dicantum seperti merayu.

"Special? Kenapa special? Girlfriend ajak kahwin ke? Awak jangan memacam, ada kang saya kena serang dengan dia. Dah ada girlfriend sibuk ajak orang keluar!" mana mungkin lelaki sebaik dan sesempurna Firhad Maleeq tidak mempunyai seseorang yang istimewa?

Mata Firhad membuntang mendengar tebakan merapu itu.

"I is suci okay. No girlfriend! Awak ingat girlfriend je ke boleh buat hari kita special?"

"Then apa dia? Awak dapat durian runtuh ke?" tebaknya lagi. Dalam hati masih menganggap Firhad Maleeq menipu tentang kekasih hati lelaki itu. Sadar dia bukanlah orang terdekat yang berhak mengetahui tentang hal itu. Dia cuma getar jika dianggap penyondol kekasih orang. Cukuplah dulu dia pernah merasakan gelaran hina itu sekali.

"Hampir tepat. Cuba lagi." masih memberi teka-teki.

Ayana Malaika yang sudah merasa jengkel sudah tidak mahu meneruskan sesi teka meneka lagi.

"Lain kali lah ye saya teka. Now awak nak bawa saya pergi mana? Dengan tangan saya yang masih berbalut ini. Takkan lupa kot saya baru discharge semalam." dia menunjukkan lengannya yang masih berbalut. Lukanya sudah hampir kering, namun itu tidak bermakna dia sudah sembuh.

Dia sengaja menggunakan alasan itu kerana dia malas ingin keluar kemana-mana buat masa sekarang. Dia lebih gemar bersendirian dirumah.

"Kita pergi dekat-dekat je. Awak mesti belum makan kan?" tebak Firhad Maleeq. Dia sengaja mencari alasan untuk melihat keadaan Ayana Malaika dengan mata kepalanya sendiri.

Kerisauannya tentang keadaan Ayana Malaika memuncak kerana gadis itu terpaksa menetap sendirian sementara Kak Ani masih belum pulang. Memandangkan dia tidak boleh menemani Ayana Malaika dirumah, tiada jalan lain selain membawa gadis itu keluar.

Dia tidak berani meninggalkan gadis itu lama. Dia masih menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi pada Ayana Malaika. Kerana dia menyanjung ego sendiri, nyawa gadis itu hampir melayang.

"Saya dah makan dah. Awak pergilah sendiri. Malu lah saya nak keluar berdua je dengan awak." alasan kedua. Macamlah kalian tak pernah keluar berdua ye?

Firhad Maleeq terdiam. Ada benar juga, selama ini sudah beberapa kali dia keluar berdua dengan Ayana Malaika yang bukan muhrimnya. Kini dia berasa berdosa.

"Kita makan dekat taman itu nak? Ramai budak tengah main kat sana. Tak delah private sangat tempatnya. Makan dekat dalam rumah kang, ada yang kahwin free." putus Firhad Maleeq. Dia menunjukkan kearah taman permainan berhadapan rumah itu. Memandangkan cuaca yang hening dan baik, banyak ibu bapa memilih untuk mengisi masa lapang bersama cahaya mata mereka.

Terus Ayana Malaika setuju. Rasa tidak enak pula jika dia terus menolak.

"Jom?" Firhad Maleeq jalan dahulu dihadapan. Ayana Malaika terus mengunci pagar dan ikut daripada belakang. Mereka mengambil tempat dibangku dan menjarakkan kedudukan sejauh 2 meter.

"Makan apa?" Ayana Malaika menyoal. Mereka hanya membawa badan sahaja. Macamlah dekat taman ini ada servis katering.

"Foodpanda? Or Grab?" zaman dah maju, tidak perlu lagi untuk keluar membeli. Asal ada duit, everything is done for you!

Telefon dikeluarkan dari poket terus dia scroll aplikasi itu.

"Tak nak itu." Ayana Malaika tidak bersetuju dengan cadangan itu.

"Then? Pizza hut?" mata masih diskrin.

"Saya teringin maggi." perlahan sahaja dia berkata. Kepala ditunduk kebawah.

Tangan yang tadi sibuk menari atas skrin telefon berhenti. Kepala dikerling melihat wajah gadis itu.

"Maggi je?" soal lelaki itu sekali lagi inginkan kepastian.

Kepala diangguk perlahan.

"Saya tengok awak simpan banyak stok maggi cup dalam kabinet dapur. Tapi saya tak berani ambil barang awak." terang gadis itu. Mana tahu Firhad Maleeq beli semua perisa itu untuk dirinya sendiri, takkan dia nak curi pula kan.

Perlahan tawa Firhad Maleeq tercetus.

"Eh budak ini. Ambik je lah. Orang beli untuk dia juga! Tunggu jap, saya pergi buat. Jangan lari pergi mana-mana!" terus bayang lelaki itu hilang. Dia berlari kedalam rumah untuk menyediakan hidangan istimewa itu.

Ayana Malaika hanya menghantar pemergian lelaki itu dengan sebelah mata. Orang offer nak buat, kita terima je lah.

Lagipun rahsia mi segera yang sedap adalah mi segera buatan orang lain. Walaupun ia dibuat menggunakan bahan dan sukatan yang sama, air tangan mampu mengubah segalanya.

Tubuh disandar kembali melihat kehadapan. Sambil menunggu ketibaan lelaki itu, dia melihat sahaja telatah anak-anak kecil bermain. Sekali sekala bibir itu mengukirkan senyuman mendengar bunyi tawa terbit daripada anak-anak itu.

Selesai menuang air panas dalam Maggi Cup perisa kari itu, dia menyarung kembali selipar untuk ke taman.

"Eh Abang Firhad! Lama tak nampak!" tegur Hidayah, jiran sebelah rumahnya. Langkah yang tadinya laju segera terhenti.

"Eh Dayah.." sekadar berbasi-basi dia menjawab. Lama tak jumpa apanya, semalam pun dia ada datang sini kot!

"Lama Dayah tak nampak Abang tinggal sini. Dayah nampak ada one girl itu yang stay rumah abang ini. Siapa itu?" soal Hidayah ingin tahu. Dia sering melihat kelibat seorang gadis dirumah itu, namun melihat gadis itu yang tidak begitu ramah, dia tidak dapat berkenalan.

"Abang tinggal rumah mak Abang sekarang ini. Rumah ini abang bagi kawan abang tumpang buat sementara waktu."

"Ouh kawan. Dayah ingatkan siapalah itu. Manalah tahu Abang dah kahwin kan? Melepas Dayah nanti!" Hidayah ketawa sambil menutup mulut.

Firhad Maleeq pula tersenyum kelat dengan sikap tak semenggah anak jirannya itu. Umur baru 17 dah mengatal ye dik?

"Abang pergi dulu lah ye. Bye!" terus dia memecut untuk berjumpa dengan Ayana Malaika.

Namanya yang masih diseru oleh Hidayah hanya diendahkan. Hidayah yang tidak berpuas hati menghentak kaki protes.

"Lamanya buat Maggi? Awak buat Maggi ke proses Maggi?" perli Ayana Malaika sambil menyambut huluran Firhad Maleeq.

"Ada polis trafik kacau tadi." balas lelaki itu sambil duduk.

"Hmm."

Maggi yang masih berasap itu kelihatan begitu menyelerakan. Dengan cuaca yang baru sahaja mendung ini, makan Maggi panas-panas! Surrr!!!

Satu suapan dimasukkan kedalam mulut. Nikmatnya tuhan! Betullah, benda tak bagus ini memang nikmat! Samalah macam manusia buat dosa.

"Hujung minggu ini free tak?" soal Firhad Maleeq.

Ayana Malaika yang masih fokus bersama makanannya hanya menjawab sekilas.

"Penganggur nak busy apa je?" perli diri sendiri. Cawan maggi ditogak untuk menhirup kuah. Serabai? Ya dia nampak macam Cik Kiah, tapi dia kisah apa? Yang penting dia kenyang.

"Sabtu ini Mama saya ada buat kenduri doa selamat sekali jalan dengan Majlis Anniversary Mama Papa. So saya nak jemput awak sekali jumpa mereka."

"Uhuk.. Uhuk!" terus tersedak anak dara itu dibuatnya. Laju tangannya merampas botol air yang dihulur Firhad. Memang mantap rasanya tersedak kari!

"Slow slow makan." tegur Firhad.

"Saya makan memang slow. Awak itu yang buat saya tersedak. Dah kenapa pula ajak saya jumpa parents awak." soal Ayana Malaika sambil menjeling Firhad Maleeq.

"Lah.. Awak bukannya orang asing lagi untuk saya. Saya rasa tak salah saya nak bawa kenalkan awak dekat mereka. Awak pun kenalan saya kan?"

"Saya takut parents awak fikir bukan-bukan pula." sungguh dia tidak mahu berjumpa dengan orang tua Firhad. Rasa malu menggunung memikirkan dirinya yang sudah banyak menyusahkan lelaki itu.

"Nak fikir apa pula. Baguslah kalau mereka kenal. Lagi senang nak ke next step." ucap Firhad Maleeq bersahaja sambil menghirup air.

"Next step apanya? Kita kan kawan je." Ayana Malaika mengingatkan status mereka.

Firhad sentap. Dia sedar dia sudah terlalu jauh dalam berkata-kata.

"Tak kiralah apa pun. Make sure datang tau. Nanti saya pick up awak." putusnya.

Ayana Malaika hanya mengiyakan.

Continue Reading

You'll Also Like

366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
857K 85.4K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
301K 14.1K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
51K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...