Mencari Dia

By Jasminelight_

1.3K 27 6

Sangkanya dipatahkan oleh keluarga, disembuhkan oleh seorang lelaki. Tapi silap, dia dihancurkan seperti debu... More

PROLOG
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 1 0
B A B 1 1
B A B 12
B A B 1 3
B A B 1 4
B A B 1 5
B A B 1 6
B A B 17
B A B 1 8
B A B 19

B A B 4

60 1 0
By Jasminelight_

Perlahan-lahan mata dicelik. Seluruh badan terasa sakit pada ketika ini. Dia memandang pelik tempat yang begitu asing baginya. Tangannya berbalut dan dia dapat melihat jelas kelibat seorang jururawat yang sedang fokus menulis dihadapannya.

"Cik dah sedar? Sekejap saya panggilkan penjaga Cik."

"Saya dekat mana sekarang?" dia masih dalam keadaan bingung dan keliru.

"Cik dekat hospital. Sejak semalam Cik tak sedarkan diri."

Segera Ayana Malaika mengerling kearah jam dinding. Sudah jam 10 pagi?

Jururawat itu segera keluar meninggalkan dia sendirian. Ayana Malaika tidak mengerti, bagaimana dia boleh berada dihospital.

Dia melihat jururawat tadi kembali masuk dan menuju ke lokar sebelahnya. Dia menghulurkan sesuatu padanya.

"Sarung tudung ini Cik." sehelai shawl bewarna hitam dihulur.

"Ada orang nak lawat Cik. Jangan lupa pakai.." jururawat itu kembali keluar. Dia diminta oleh pelawat itu supaya memastikan Ayana Malaika berhijab ketika dia masuk. Lelaki itu hormat akan aurat Ayana Malaika.

Tanpa berfikir panjang, terus dia membelit shawl itu ala kadar cukup menutup auratnya.

Pintu dibuka dan seorang lelaki yang tidak pernah dilihatnya melangkah masuk. Dia cuba mengingat wajah itu tapi gagal.

"Awak siapa?"

"Saya terjumpa awak dekat tepi jalan semalam."

"Tepi jalan?" dia benar-benar tidak dapat mengingat apa yang terjadi semalam. Lama dia cuba memproses mindanya cuba mencari jawapan.

''Awak tak ingat apa-apa ke?" melihat kerutan dan wajah yang penuh tanda tanya itu, dia menyoal.

Hampa, tetap tiada balasan.

"Berani betul ye awak lompat daripada kereta yang tengah bergerak?" Ayana Malaika bernasib baik dia sempat brek semalam. Dia hampir mengilis gadis itu. Gadis itu tiba-tiba sahaja melompat keluar daripada kereta dihadapannya. Kejadian itu berlaku pada jam 12 tengah malam. Mana dia tak terkejut? Naya kalau jumpa Cik Ponti malam-malam.

Ayana Malaika terdiam. Mata dipejam, otak dikerah lagi cuba mengembalikan memori.

"Awak kena culik ke?"

Dia tidak menjawab pertanyaan itu malah dia masih cuba mengingat.

Flashback

Dia menunggu kehadiran Aisaar Haqimi dengan penuh tabah. Malam begitu hening dan gelap. Dia tetap tabah menunggu lelaki itu sendirian dihadapan pintu rumah. Dia hanya membawa sebuah beg tangan yang mengandungi dokumen penting seperti kad pengenalan dan segala yang penting.

Dia menoleh kebelakang. Pintu rumah sudah tertutup rapat dan berkunci. Tiada lagi ruang untuknya dihati Khalida. Dia menarik nafas panjang. Dia tidak mengambil masa 15 minit untuk keluar, tapi 5 minit.

Pakaian dan segala yang lain ditinggalkan. Dia tidak sanggup ingin mengemas. Dia tidak peduli jika Khalida ingin membuang semua barangannya sekalipun. Tapi dia benar-benar tidak menyangka Khalida akan membencinya sedemikian rupa.

Dia menarik nafas lega apabila kelibat kereta Aisaar Haqimi menjengah matanya. Dia sudah berbaik dengan lelaki itu. Hanya Aisaar Haqimi sahaja yang dia peroleh pada ketika ini.

Dia segera bangkit dan membuka pintu kereta.

"Awak okay Yana? Apa yang dah jadi ini? Kenapa awak call saya pukul 12 malam?" bertubi-tubi Aisaar Haqimi menyoal apabila gadis itu memboloskan diri dalam kenderaannya.

Dia terkejut apabila tiba-tiba sahaja dia mendapat panggilan daripada Ayana Malaika pada larut malam. Tangisan Ayana Malaika yang kedengaran, semakin menimbulkan kegelisahan dihatinya.

"Ibu marah awak lagi ke? Atau Abi?" Aisaar Haqimi cuba mengali cerita. Diperhatikan Ayana Malaika yang masih menangis tanpa mengeluarkan suara ditepinya. Dia tahu bertapa keruh hubungan Ayana Malaika bersama keluarganya.

"Saya dah tiada Ibu."

Aisaar Haqimi tersentak. Ada apa-apa terjadi pada Khalida kah?

"Apa yang dah jadi ini sayang? Cuba awak cerita."

Tiba-tiba Ayana Malaika tersedu-sedu. Peristiwa tadi kembali menyinggah difikirannya.

"Raes... Dia cuba.. rogol saya.." menangis hatinya menuturkan itu.

Aisaar Haqimi tersentak. Serta-merta dia menekan brek mengejut. Kebetulan mereka berhenti dilampu isyarat.

"Awak jangan tipu Yana.." seakan tidak percaya.

Ayana Malaika memandang Aisaar Haqimi.

"Awak pun dah tak percaya saya?" soalnya lirih.

Lampu bertukar hijau, Aisaar Haqimi menekan pedal minyak kuat. Laju keretanya membelah jalan.

"Jadinya dia dah dapat sentuh awak dulu? Sebelum saya?" tinggi suaranya. Wajahnya juga berubah lai. Sangat lain.

Ayana Malaika terkejut dengan perubahan Aisaar Haqimi. Tidak pernah dia melihat Aisaar Haqimi begini.

"4 tahun kita bercinta Yana! Sekalipun aku tak pernah ambik kesempatan dekat kau! Tapi senang-senang Raes dapat sebelum aku?!" dia menjerkah kuat.

"Apa awak cakap ini Qimy? Awak ingat saya bodoh sangat nak biarkan dia sentuh saya suka-suka?" dia mangsa, tapi semua orang menyalahkan dirinya seperti dialah pelaku.

Stereng kereta dihentak kuat. Ayana Malaika tersentak lagi.

"Rugilah kalau aku seorang yang kalah. Mana boleh dia menang seorang?"

Ayana Malaika tidak faham dengan bicara itu. Menang? Kalah?

Tiba-tiba sahaja Aisaar Haqimi mengenggam paha Ayana Malaika.

"Kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh?" dia berkata lagi. Sinis.

"Qimy awak jangan buat saya macam ini. Saya call awak sebab saya percaya awak Qimy!" dapat dirasa pegangan itu aneh. Dia berani menghubunginya lelaki itu atas dasar percaya. Dia tiada sesiapa lagi selain Aisaar Haqimi.

"Qimy! Lepas!!!!" dia menjerit apabila tangan lelaki itu menyentuh perutnya. Daripada tadi dia cuba menepis tapi gagal.

Aisaar Haqimi tidak berhenti. Air mata Ayana Malaika menitis lagi.

"Ikut aku balik!" dia tahu maksud disebalik bicara itu. Dia harus menyelamatkan diri. Tiada cara lain. Dia tidak sanggup menjadi mangsa kerakusan lelaki untuk kali kedua!

Tanpa berfikir banyak, dia membuka pintu kereta dan melompat keluar. Dia jatuh terguling diatas jalan.

"YANA!!!"

Dia dengar suara Aisaar Haqimi sebelum matanya tertutup. Dia juga dapat melihat samar-samar, kereta Aisaar Haqimi meninggalkannya. Sendirian.

Tiba-tiba air matanya mengalir. Kini dia sudah mengerti bagaimana dia berakhir dihospital.

"Eh.. Awak okay tak ini?" kelam kabut lelaki itu apabila melihat gadis itu tiba-tiba menangis.

"Keluar!" dia menjerit apabila lelaki itu cuba mendekatinya.

"Saya panggilkan nurse?"

"KELUAR AKU CAKAP!" dia menjerit nyaring. Dia mencuba mencabut jarum ditangannya. Dia meracau dan menjerit.

Segera lelaki itu keluar memanggil jururawat dan doktor. Kelam kabut doktor apabila mendengar ceritanya. Dia membiarkan mereka melaksanakan tugasnya sementara dia menunggu diluar. Dia tidak tenang. Apa yang terjadi pada gadis malang itu?

Selepas 20 minit, doktor keluar semula daripada wad itu.

"Dia dah okay ke?" timbul nada risau disuaranya.

"Saya dah bagi dia ubat penenang. Now, dia dah tidur. But, I guess something is wrong with her. Encik Firhad, I need to do more observation on her." jelas doktor Wahidah.

Firhad Maleeq menganggukkan kepala dan membiarkan Doktor Wahidah pergi. Dia melihat Ayana Malaika daripada luar wad.

Gadis itu sedang tidur.

"Apa yang dah jadi pada awak sebenarnya Malaika?" dia ingin tahu.

Continue Reading

You'll Also Like

42.6K 4.2K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
688K 39.6K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
201K 4.6K 52
Kerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahu...
523K 14.1K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...