FARREL'S BOO©️

nabilllss

4.2M 229K 23.6K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... Еще

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘31∘∘°

68.1K 3.2K 126
nabilllss

"Wake up. Subuh Aisy--" Bahu Aisy yang sedikit terdedah itu ditepuk perlahan beberapa kali. Liat betul nak bangun.

"Sa-saya tak larat.. Lewat sikitlah saya--" Masih mampu Aisy menjawab walaupun kelopak matanya tertutup. Selimut tebal semakin dia tarik ke atas. Dia tidak sedar yang dari tadi Khalaf hanya seinci saja jarak dengannya.

"Makin kau tarik selimut? Kenapa liat sangat ni--"

"Wake up please sayang." Masih lembut nada suara lelaki itu berusaha hendak mengejutkan isterinya.

"Aisy janji kejap lagi Aisy bangun.. Aisy penat" Tanpa sedar Aisy merengek kecil. Wajahnya sengaja disembamkan ke bantal. Langsung tidak terasa hendak bangun dari katil.

Rambut hitam pekatnya diraup keberlakang. Nafas dihembus kasar. Siapa suruh kacau dia buat kerja semalam?

Kalau dibiarkan Aisy lena begitu, sampai kesudahlah dia tak akan bangun. Khalaf bangun dari baringan. Lelaki itu turun dari katil lalu terus masuk kedalam bilik mandi.

Bathub di-isi dengan air yang suhunya suam. Sehingga penuh Khalaf menunggu. Selesai itu, sengaja dia basahkan sedikit tangan kanannya dengan air yang sejuk. Dibiarkan saja tangan yang basah itu tanpa di lap.

Kaki diatur keluar dan menuju ke ruang persalinan. Disebabkan Khalaf tidak tahu mana satu tuala yang digunakan oleh Aisy, dia hanya ambil mana yang ada depan mata. Sehelai tuala hitam dicapainya lalu dibawa ke arah katil.

Khalaf terbalikkan kembali baringan Aisy. Wajah Aisy yang lama tertekup pada bantal itu direnungnya penuh sayang.

"Nak tidur sangat kan." Tangan kanannya yang masih bersisakan air sejuk itu disapu seluruh muka Aisy. Guna air sejuk baru jalan, sebab tulah Khalaf sengaja basuh tangan.

"Hmm Farrel--" Automatik kelopak mata Aisy terbuka luas. Terasa basah wajahnya seketika. Sejuk betul. Anak mata menatap wajah selamba Khalaf.

"Don't close your eyes, before I make you tired again, Aisy." Tegas Khalaf memaksa gadis itu bangun.

"Iya-iya Aisy bangun." Tidak mampu dia hendak bermalasan lagi apabila Khalaf tampak tegas. Laju dia bangun hendak duduk. Namun selimut yang melekap tadi melorot kebawah apabila gadis itu bergerak.

Tersenyum nipis Khalaf melihat wajah isterinya yang bagai tidak mampu menahan malu. Pantas saja tangan gadis itu menahan selimut dari kembali jatuh.

"Stay." Khalaf bangun dari katil lalu bahagian sisi Aisy didekatinya.

Tangan Aisy yang masih menahan selimut itu dibiarkan saja. Tuala hitam yang dipegang dari tadi pula Khalaf lapikkan ke tubuh isterinya.

"Fa-Farrel." Tidak selesa rasanya apabila Khalaf yang membantu.

"Just stay sayang." Usai itu, Khalaf menarik pula selimut yang berada disebalik tuala yang sudah dibalut pada tubuh Aisy.

Tanpa sepatah kata apabila selimut selesai di-alih, terus Khalaf mencempung tubuh kecil isterinya lalu dibawa ke arah bilik mandi.

Betul-betul dihadapan pintu bilik mandi Khalaf meletakkan Aisy.

"Mandi, ambil wudhu. Aku tunggu kau, nanti kita solat sama-sama."

"Don't be late. Air aku dah isikan--" Sambungnya lagi. Wajah kemerahan Aisy direnung lama.

"Te-terima kasih, Farrel." Dengan kadar yang pantas, terus Aisy masuk kedalam bilik mandi. Nak tunggu lama-lama, mahu terkeluar juga jerit yang ditahan.

Apabila Khalaf melihat gadis itu menutup pintu dengan laju, bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Damn, sembra così carina." (She looks so cute.) Ucap dia penuh perlahan.

"Kau still dekat sini Aaren? Mission kau belum habis, kan?" Fareez menghentikan langkah Aaren.

"Nak jumpa Tuan Muda Khalaf sekejap je. Jangan sibuk." Tombol pintu kembali dipulas. Pintu bilik yang tertera dengan nama Tuan Mudanya itu dimasuk.

Usai melihat sahabatnya seorang itu melangkah masuk, Fareez terus beredar dari situ.

"Anything Aaren?" Khalaf menyandarkan tubuh keberlakang.

"Qay, dia suruh aku tunjuk something dekat kau Tuan Muda Khalaf--" IPad yang dari tadi dipegang telah dihulurkan kepada Khalaf. Wajah tegas Tuan Mudanya direnung lama.

Lebih kurang 5 minit Khalaf menyepi, melihat info yang disampaikan tadi dengan penuh teliti. Video yang dirakam serta disimpan melalui CCTV.

"What the hell is this?!" Pantas Khalaf bangun dari duduk. IPad tadi dia lemparkan ke atas meja kerja. Renungan tajam diberikan kepada Aaren.

"Aku dah suruh Emir dengan Adriel jagakan rumah Ku Ros kan?! Macam mana boleh ada orang keliling rumah tu, tinjau luar dalam!" Meja kerjanya ditumbuk kuat. Urat pada leher Khalaf mula menegang. Nada suaranya boleh dikatakan mampu buat pekerja yang diluar turut terkejut.

"Aku tak pasti sama ada masa tu Emir dengan Ad sedar ke tak yang ada someone tengah perhati rumah Ku Ros" Nafas dihembus perlahan sebelum Aaren mula memberi penerangan. Memberanikan diri membalas renungan Tuan Mudanya.

"Keadaan dekat dalam? Don't tell me something bad happened in this house."

"Sekarang jugak aku pergi jumpa dua ekor tu--"

"Nothing bad happen, Tuan Muda. Semua masih terkawal." Aaren cuba menahan Khalaf dari bertindak lebih.

"Aku nak Qay dengan kau bagi aku full information! Cari siapa yang hantar budak tu supaya jadi spy--" Arahan yang diberikan itu masih dengan nada suara yang sama. Tegas.

"I will give a lesson to those two stupid boys. Cancel semua mission yang kau tengah buat tu. Aku ada kerja lain nak bagi." Kunci kereta diambil lalu Khalaf terus mengatur langkah keluar dari bilik persendiriannya. Meninggalkan Aaren seorang.

PAMM

Mendengar pintu terhempas kuat akibat ditutup oleh Khalaf, Aaren menghembus nafas beratnya. Didalam otak sekarang memikir apa yang bakal menimpa sahabatnya yang lain. Emir dan Adriel.

Lantas diambil iPad miliknya itu dan terus keluar dari bilik tersebut. Satu kerja terpaksa ditangguh disebabkan kecuaian unit bawahan.

"Aa-Aku betul-betul tak sedar Tu-Tuan Muda Khalaf.." Terasa tersekat seketika pernafasan Adriel menahan cengkaman kuat Khalaf pada lehernya.

"Kau makan gaji buta ke Adriel? You know who lives in this house, don't you?!" Tengking yang dilontarkan oleh Khalaf semakin kuat kedengaran. Renungannya beralih ke arah Emir disebelah Adriel.

"Aku tahu Tuan Muda--"

"ARGHH!"

Adriel mengaduh sakit apabila pipi kirinya terasa pijar akibat ditampar oleh Khalaf. Cengkaman pada lehernya tadi telahpun dilepaskan.

Emir disebelah, tidak berani berkata apa-apa. Dia juga telah dimarahi terlebih dahulu sebelum sahabatnya. Semasa Khalaf tiba saja di perkarangan rumah Tengku Rossa, mukanya telahpun ditumbuk kuat oleh lelaki itu.

"If something bad happens to Ku Ros or Harizz, I will not let you both go." Silih berganti Khalaf memandang anak-anak buahnya yang bertuah itu. Khalaf masih mampu bersabar, sebab dia tahu keadaan keluarganya selamat. Hanya amaran yang perlu diberitahu untuk dua orang itu.

"Is that clear?!"

"Yes, I'm clear. Aku mintak maaf sebab selalu leka dalam tugas." Adriel menangguk laju sambil dia cuba meminta maaf. Bibir terasa pedih kerana tamparan Tuan Mudanya tadi.

"Good." Pandangan Khalaf sekarang beralih pula ke arah Emir yang dari tadi menunduk wajah.

"Pandang aku Emir. Bila aku tengah bercakap, pandang aku. Aku takkan marah tanpa sebab." Khalaf medekatkan jaraknya ke lelaki itu. Selangkah dia sudah berada tepat didepan Emir, rambut diraup kasar keberlakang.

"I'll make sure this doesn't happen again, Tuan Muda Khalaf." Emir memberanikan diri untuk mengangkat wajah. Dia sedar yang dari tadi Khalaf merenung tajam ke arahnya.

"Jangan cakap pakai mulut je bila kau dah faham."

Tanpa membuang masa, jaket hitam yang berada di atas garden chair itu Khalaf ambil, seraya kaki terus melangkah menjauhi tempat tersebut.

"Farrel tunggu! Apa melulu je kamu nak balik ni? Baru sampai kan--" Baru saja pintu kereta hendak dibuka oleh Khalaf, Tengku Rossa menyapa sambil tergesa-gesa mengejarnya.

"I miss my boo already. Besok Farrel datang lah." Khalaf memusingkan tubuh menghadap wanita itu.

"Amboi. Datang sini sebab nak marah si Ad dengan Emir jelah? Habis mama kamuni?" Tengku Rossa mencekak pinggang. Sengaja dia memaparkan riak wajah yang tidak senang.

"Ya mama, esok Farrel balik. Aisy pun Farrel bawa okey?"

"Yelah, take care. Jangan tak bawa menantu mama balik sudah. Lama Harizz tak jumpa kakak dia." Tengku Rossa mengukir senyuman nipis.

"Gut, wir sehen uns wieder." (Good, see you again.) Pintu kereta mewahnya kembali dibuka sebelum tubuh dimasukkan kedalam.

Продолжить чтение

Вам также понравится

940K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
11.3K 1.1K 18
"Prinsip aku simple. Kau langgar, kau dapat hukuman" ❥ᴍᴀʟᴀʏ ꜰᴀɴꜰɪᴄ ❥ᴋɪᴍ ꜱᴜɴᴡᴏᴏ ᴛʜᴇ ʙᴏʏᴢ
[C] KIM WIFE naa

Фанфик

33.6K 3.6K 30
+ terima kasih sebab jadi isteri saya. I love you until my last breathe. Ikuti kisah suami isteri iaitu Kim Taehyung dan Park Hana. > First Fanfic >...
Kerana Dendam fallingwhitepetals

Любовные романы

171K 11.1K 33
Adam Hirdy | Azalea