Hanahaki

By Denny_endy

63 9 11

Korang boring? mehh aku cerita satu permainan... Mudah, korang hanya perlu bagi dia bunga dan permainan kita... More

Chapter 1
Chapter 3
Chapter 4

Chapter 2

22 2 3
By Denny_endy

Seorang lelaki melirik ke arah wanita yang duduk tidak jauh darinya. Suasana kelas riuh. Pensyarah entah ke mana perginya lama sangat masuk kelas.

Pintu kelas aku buka. Sedikit takut sebenarnya jika pensyarah sudah memulakan kelas, aku pula baru masuk kelas. Tapi ini bukan perkara baru buat aku. Memang sejak sekolah menengah aku memang selalu masuk lambat. Jadi jika aku dimarahi oleh pensyarah aku dah terbiasa.

Tapi rezeki kelas pertama mungkin, pensyarah belum masuk. Aku menghembus nafas lega. Dari jauh aku sudah boleh melihat batang hidung Jefran. Melihat ade tempat kosong disebelah Jefran. Aku pun melangkah dengan laju.

"Termenung apa tu" sapa aku mengejut. Seraya mengambil tempat kosong di sebelah Jefran.

Jefran yang terkejut meratap aku dengan wajah marah.

"Tak boleh nak lama lagi ke?" Soal Jefran dengan nada mengajak gaduh. Bulu kening kananya di naikan sedikit.

"Sorry lah, bukan sengaja. Aku singgah kedai sekejap tadi" jelas aku kepada mamat ni.

" Mesti kau pergi berjumpa dengan kawan-kawan kau"

"Macam mana kau tahu?" soal aku.

"Ni bukan kali pertama aku kenal kau Hana. Kau kawan dengan mereka tu dah lama. Tapi siapa sangka diaorang tinggalkan kau lepas diaorang dapat lepas masuk Universiti ni"

"Tapi ni bukan salah diaorang. Aku yang tak dapat lepas. Salah aku juga sebab tak belajar betul-betul" Aku cuba untuk berfikir positif.

"Kau salah Hana. Diaroang lepas masuk ke sini cara haram kau tahu tak! Semuanya guna rasuah"!

Aku yang mendengar ini berasa binggung.

"Tapi takkanlah diaorang..."

"Baiklah semua duduk..." Pensyarah yang di tunggu-tunggu melangkah masuk menuju ke tempat duduknya.

Perbualan kami terhenti. Jefran memandang aku dengan wajah kosong.



***


"Maaf prof, esok saya akan submit assignment saya"

Stephen melangkah dengan pantas. Tangan kiri nya memegang telepon yang dihadapkan ke telinganya manakala tangan kanan merangkul beberapa buah buku yang tebal.

Stephen kelihatan sibuk dalam menyiapkan assignment nya. Seperti yang kita tahu, bekerja sambil belajar bukanlah hal yang mudah.

Dalam sibuk menyelak-yelak buku ditanganya. Seseorang tanpa sengaja melanggar bahu Stephen.

Buku yang dirangkulnya tadi bersepah di atas lantai. Telefon nya yang berada di tangan kiri Stephen terlepas jatuh ke permukaan tanah.

Stephen segera mendapatkan telefon nya, lalu satu tangan mengapai telefon miliknya terlebih dulu.

"Sorry Stephen" Emily menghulurkan telefon milik Stephen.

"Thanks..." Stephen membalas ringkas.

"Kau nak ke mana Stephen? Kenapa terburu-buru sangat ni?"

"Aku nak pergi tempat kerja aku. Ada hal sikit"

Butang lift berlambang anak panah ke bawah ditekan serentak oleh Stephen dan Emily.

"Jangan risau, aku takkan ikut kau" Emily cuba bergurau namun diendahkan Stephen.

Pintu lift terbuka. Mereka pun melangkah masuk. Kini mereka berada ditingkat 9. Setelah pintu lift tertutup. Lift itu pun meluncur ke bawah. Sepanjang mereka berdua berada di dalam lift. Tiada satu patah pun perkataan yang keluar dari mulut Stephen. Suasana menjadi tegang buat Emily. Sejujurnya Stephen seorang yang banyak cakap dan ramah. Hanya saja sejak Stephen melangkah keluar dari rumah ayahnya. Dia berubah 360 darjah. Yang dulu seorang periang kini kurang bercakap.

Mata Emily melirik Stephen dari atas kebawah. Wajahnya kelihatan kusut-masai. Macam orang kerja dari pagi ke malam.

Tingkat 8...

Tingkat 7...

Tingkat 6...

Tingkat 5. Tiba-tiba lift berhenti. Pintu lift terbuka.

"TAN!" sapa Emily.

Mesti dah dapat agak. Hana melangkah masuk bersama Jefran. Jefran sekadar menyapa Stephen dengan senyuman.

"Wahh, korang pergi mana ni berdua?" soal si Tan kepada Tan.

Aku sekadar menjeling belakang Jefran yang berada di sebelah aku.

"Kau nak apa Tan? kenapalah aku kena jumpa kau kat sini" aku memghembus nafas lembut. Pandangan ku beralih ke Stephen yang berada di belakang aku.

"Hii Stephen!" aku tersenyum lebar. Dari tepi aku dapat merasakan aura kemarahan Jefran yang menjeling ke arah Stephen.

"Macam mana dengan hari pertama kau dekat sini?" soal Stephen kepada aku.

"Setakat ni semuanya baik-baik saja. Aku pun selesa dekat sini. Cuma mungkin sebab tempat baru untuk aku. Jadi ada terasa sedikit janggal. Tapi yang pastinya aku suka belajar dekat sini. Pensyarah dekat sini semuanya handsome!" Balas aku diikuti ketawa kecil. Wajah Jefran jelas kelihatan meluat dengan jawapan aku.

"Mengenai projek liar kita..." satu suara membisik ditelinga aku.

"SHHHHHH" Aku meletakan jari aku ke mulut memberi isyarat Emily untuk diam.

"Ehemm...projek apa pula ni?" Jefran menyampuk.

"Projek liar" jawab Emily santai.

"AKU SURUH DIAM KAN TAN!"

Suasana menjadi diam. Pintu lift terbuka. Kini mereka semua berada di lantai lobi.







CHAPTER 2







Aku menepuk lembut bantal kepala aku. Selimut aku tarik menutupi badan aku hingga paras dada. Mask muka telah aku pakai. Kini mata aku tertumpu pada langit bilik aku.

Aku termenung sejenak. Entah kenapa. Wajah moyang tua tak guna tu bermain di minda aku. Aku masih terfikir adakah moyang tu wujud? kalau ya macam mana moyang tu boleh hilang sekelip mata macam tu. Entahlah, aku kena lupakan pasal benda ni! Sekarang ni aku kena fikir macam mana dengan rancangan projek liar aku ni.

Tak guna punya Tan. Hampir sahaja dia bocorkan projek ni dekat Stephen dan Jefran. Apa-apa pun aku kena rancang dengan cepat. Masuk bulan julai nanti, aku tahu yang aku dah ada boyfriend!


***


UHUKKK UHUKKK...

Tak guna. Aku ingatkan batuk aku dah pulih. Bibik tak guna tu entah ubat murahan apa yang di bagi dekat aku tak sembuh-sembuh pun.

"Kenapa jalan sesak sangat ni. Kalau aku tertinggal kelas macam mana?" soal aku kepada driver aku yang duduk di kerusi hadapan.

"Hari ini hari isnin Cik Hana. Jadi kalau jalan sesak tu normal" jawab driver peribadi Hana.

Aku tidak berbalas. Lagi pun memang betul apa yang driver aku jawab. Aku pun satu tanya soalan tak pakai akal. Mata aku beralih ketingkap. Satu kereta mewah berhenti tepat di sebelah aku. Mata aku tertumpu ke si pemandu.

"Kacaknya dia" bisik hati aku tanpa berkelip mata sedikit pun.

"Kau nampak tak kereta dekat sebelah tu. Cepat ikut kereta tu" arah aku kepada si driver.

"Tapi kita kan nak ke Universiti kalau Cik Hana terlepas kelas macam mana?"

"Alaa tak apa lah sekali-sekala. Cepat-cepat ikut kereta tu. Jangan sampai terlepas!"






***






Stephen mengambil sejambak bunga bewarna putih.

"Terima kasih, saya jual ye" kata seorang pekerja bunga setelah Stephen menghulurkan wang.

Sebenarnya hari ini ialah hari peringatan ibunya yang telah meninggal. Sejak Stephen berumur 10 tahun, Stephen dah di tinggalkan bersama pengasuh. Menjadi anak kepada jutawan bukanlah satu kebanggan. Sejak Stephen lahir, Stephen hanya mendapat kasih sayang dari ibunya sahaja. Di sebabkan ayahnya yang sibuk bekerja. Ayahnya tiada masa untuk meluangkan masa bersama Stephen. Namun, Stephen tidak kisah selagi wanita yang bergelar ibu masih berada di sampingnya. Namun, semuanya musnah apabila ibunya meninggalkan Stephen.

Stephen menghidu bau harum dari bunga yang bewarna putih itu. Sungguh wangi. Satu mesej masuk. Stephen segera memeriksa mesej itu.

"Alamak assignment aku..." Stephen segera berlari menuju ke Universiti Linton.






***






Jefran berdiri di bawah satu pohon yang berdekatan dengan pintu masuk di mana para pelajar masuk ke Universiti. Matanya tidak henti menatap telefon nya menantikan mesej dari Hana.

"Tak guna, lamanya Hana ni!" bisik hati Jefran.

"Kau tunggu siapa Jefran?" satu suara kedengaran dari belakang Jefran.

"Ehh Emily. Terkejut aku" balas Jefran.

"Tunggu Hana ke?"

Tekaan Emily benar. Jefran terdiam seketika. Lalu matanya beralih ke pakaian Emily.

"Yang kau ni...Cantik-cantik nak pergi mana?" soal Jefran balik.

"Tak pergi mana pun..." balas Emily singkat


***


"Cik Hana saya rasa budak lelaki tu pelajar di Universiti Linton juga cik"

Aku yang tidak boleh duduk diam hanya memerhatikan lelaki yang berada di tempat duduk pemandu. Kalau dia pelajar Universiti yang sama dengan aku. Lagi mudah lah projek aku berjalan.

Kereta yang di ikut oleh Hana memasuki kawasan Universiti Linton. Selesai lelaki tu parking kereta mewahnya. Lelaki itu pun melangkah keluar menujy ke gedung bangunan di mana dia belajar. Eh silap. Bukan dia tetapi kami belajar.

Tanpa mengucapkan terima kasih. Aku melangkah keluar mengejar lelaki itu.

"Hana!" Jerit Jefran dari jauh. Namun, aku mengabaikan. Yang penting sekarang ni aku kena dapatkan lelaki tu dulu. Lelaki itu menuju ke lift. Tak guna Hana. Jangan sampai terlepas.

Pintu lift terbuka. Lelaki itu pun melangkah masuk ke dalam lift. Belum sempat aku mencapai lengan
lelaki itu. Pintu lift tertutup

Ahhh bodoh nya kau Hana. Aku sedaya upaya menekan butang lift untuk membuka pintu namun usaha aku gagal. Lift telah pun bergerak naik.

Aku tidak menyerah. Aku menunggu lift yang lain. Aku tetap akan dapatkan lelaki tu!

"Ha-Hana..." Sapa Jefran yang tercunggap setelah mengejar Hana.

"Eh Jefran, kau kenapa ni berpeluh-peluh" tanya aku yang tiada rasa serba salah.

"Ta-Tan...kau lari-lari ni kenapa setan" Emily yang baru tiba juga turut tercunggap. Popular betul aku sampai semua nak kejar-kejar aku.

Pintu lift terbuka. Aku segera melangkah masuk.

"Alamak, aku tak tengok lelaki tu berhenti dekat tingkat mana!" aku menepuk kening ku perlahan.

"Jadi kau berlari tadi tu kau kejar someone?" soal Emily seraya melangkah masuk lift.

Jefran menekan butang tutup pintu. Tiba-tiba satu tangan menahan pintu lift. Pintu lift terbuka kembali.

"Sorry, aku nak naik juga" Sapa Stephen sambil melangkah masuk.

Jefran kembali menekan butang tutup semula. Namun, tubuh Jefran di tolak ke tepi.

"Ahh lambat, biar aku tekan" celah aku setelah menolak Jefran ke tepi.

Aku kena kejar lelaki tu jugak. Aku pun menekan butang setiap tingkat agar dapat mencari lelaki itu. Satu persatu butang aku tekan.

"Hana kau dah gila ke?" Tegur Jefran.

Tiba-tiba lift terhenti di tingkat 9. Lampu berkelip-kelip. Lift yang berhenti secara mengejut menghasilkan sedikit gegaran yang membuatkan mereka berempat terduduk.

"Jangan nak buat hal, aku nak masuk kelas ni" Rungut Emily.

Jefran berdiri lalu memukul lembut pintu lift untuk menghasilkan bunyi agar didengari oleh mereka diluar sana.

"Tak guna, mesti sebab Hana tekan semua butang lift ni, tu yang stuck dekat sini" Stephen mula risau tangan dia tidak henti mengaru kepalanya walaupun tidak teras gatal.

Jefran terduduk kembali sambil menghela nafas.

"Habis tu macam mana ni?" Soal Hana yang turut gelisah.

"Macam mana apa nya, kita kena tunggu je lah sampai ada orang sedar yang lift ni stuck jadi diaorang akan panggil bomba" Balas Jefran dengan wajah pasrah.

Tiba-tiba mata Jefran tertarik pada bunga bewarna putih berada di tangan Stephen.

"Bunga untuk apa tu" Soal Jefran.

"Bunga ni, untuk ziarah arwah ibu aku." Balas singkat Stephen. Mata Stephen beralih ke pintu lift.

"Kalau tengok suasana sekarang. Mungkin bunga ini akan layu sebelum aku sempat pergi perkuburan ibu aku" sambung Stephen lagi.

Lima minit berlalu, Hana yang sudah mula berpeluh memutuskan untuk duduk. Di ikuti oleh Emily yang tidak henti melihat cermin. Takut jika make up nya rosak.

"Macam mana ni, kita dah lama dalam ni tapi tiada satu orang pun yang sedar kita stuck dekat sini" rengek Emily sambil mengipas-gipas wajahnya menggunakan tangan.

Hana sekadar wajah Stephen yang tidak henti-henti mengbelai bunga bewarna putih itu. Jefran yang melihat gelagat dieorang mula terasa bosan.

"Korang boring? mehh aku cerita satu permainan..." Suara Jefran memecahkan kesunyian. Kini mereka semua beralih pandangan pada Jefran.

"Mudah, korang hanya perlu bagi dia bunga dan permainan kita semua bermula" sambung Stephen lagi.

"Bunga yang kau maksudkan ini?" Stephen menghulurkan jambakan bunga itu kepada Jefran.

"Jika kau tak kesah" Jefran membalas ringkas sambil mengambil jambakan bunga dari Stephen.

"Tiada rundingan, melainkan paksaan. Terima atau tidak jawapannya tetap terima. Mati atau hidup terserah kepada jawapan" Jefran membahagikan dua jambakan bunga lalu dihulurkan kepada Hana dan Emily.

"Projek liarkan? aku yakin korang masih memegang kepada ego kalian. Tiada lelaki yang berani reject korang berdua. Mungkin permainan ni boleh jadi lambang kejayaan korang"

Emily dan Hana pun mengambil gengaman bunga itu.

"Aku ada suka seseorang. Boleh aku ikut permainan ni?" Sampuk Stephen.

"Tiada masalah kalau kau dah boleh agak apa jawapannya" Balas Jefran sambil  menghulurkan jambakan bunga kepada Jefran. Kini hanya berbaki satu jambakan yang tinggal di tangan Jefran.

"Kau akan ikut permainan ini juga kan?" soal Emily yang melihat jambakan bunga di tangan Jefran. Jefran sekadar membalas senyuman.

"Ingat...buat pilihan yang benar sementara batuk bunga masih belum berganti darah!" Jefran tersenyuman sinis kearah mereka bertiga.

"Tapi-tapi Jefran semua ni cuma..." belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku ini. Tiba-tiba lampu lift berkelip kembali. Aku yang duduk paling hampir dengan pintu lift terdengar dentuman kuat dari luar pintu lift.

Pintu lift terbuka dengan paksaan bomba.

"Korang semua tak apa-apa?" soal salah satu pegawai bomba yang membuka pintu lift.

Satu persatu dari kami di bawa keluar. Jambakan bunga di setiap tangan kami masih tergengam erat.

Continue Reading

You'll Also Like

835K 33.6K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
3.1M 275K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
52.7K 5.6K 34
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
62.4K 5.9K 24
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...