His Return

By Shieyruna

8.8K 885 28

š€š©šš š¤ššš® ššš¤ššš§ š›š®ššš­ š¤ššš„ššš® š’š¢ šƒš¢šš š¤šžš¦š›ššš„š¢ š®š§š­š®š¤ šššš©ššš­š¤ššš§ š¬šžš¦š®š„ļæ½... More

Dear Readers šŸ’•
HR 1
HR 2
HR 4
HR 5
HR 6
HR 7
HR 8
HR 9
HR 10
HR 11
HR 12
HR 13
HR 14
HR 15
HR 16
HR 17
HR 18
HR 19
HR 20
HR 21
HR 22
HR 23
HR 24
HR 25
HR 26
HR 27

HR 3

498 62 0
By Shieyruna

"THANKS! Kak Qis bila nak keluar buku baru lagi? Saya dah ada semua koleksi akak!" kata gadis itu teruja. Buku yang dihulur Qis terus dipeluk erat ke dada.

Qis senyum. Seronoknya bila dengar ayat-ayat begini. Lagi bersemangat nak berkarya.

"Ha betul tu. Kak Qis buatlah lagi cerita genre romance-thriller," cadang yang seorang lagi.

"In sha Allah. Semua dalam proses. Tapi akak tak janji genre apa yang keluar dulu nanti," jawab Qis. Sekarang pun ada dua cerita yang tertangguh sebab kekeringan idea.

"Okay kak. Take your time. Kita orang sentiasa tunggu. Thank you so much akak! Bye..."

Qis membalas lambaian kedua-dua gadis itu yang mungkin sebaya dengan adik bongsunya, Qhaira Awdah. Sekarang baru dia boleh bernafas lepas sesi meet and greet dengan peminat-peminat bukunya.  Boleh tahan ramai juga yang beratur tadi.

Penat memang tak payah cakap tapi dia tetap seronok beramah dengan semua orang yang hadir. Itu saja yang mampu dia balas sebab sokong karyanya selama ini.

Qis mendekati Atasha yang duduk di belakang tabir. Dia duduk di kerusi sebelah wanita itu seraya menelek jam tangan. Dah pukul tiga petang, solat Zuhur pun belum.

"Penatnya..." keluh Qis.

"Penat-penat pun buku kau semua sold out! Masyuk lah kau. Kena bayar ni sebab aku jadi photographer tak berbayar kau. Siap update semua kejadian harini dalam instagram lagi tau. Ha dahlah photographer... Personal assistant lagi."

Qis tahan senyum dengar bebelan Atasha.

"Siapa suruh kau ikut. Aku tak suruh pun,"

"Aku bosanlah. Lagi pun hari ni memang aku free. Kalau tak busy dengan stok baru lah, buat kelas dengan stokis aku apa semua," adu Atasha. Lebih kurang sama je kerja dia dan Qis bezanya kawannya tulis buku, duit royalti masuk berkepuk-kepuk. Dia pula ada perniagaan kecil tapi ada beberapa benda dia perlu uruskan sendiri.

Belum sempat Qis balas apa-apa, Atasha tiba-tiba menyergah dengan senyuman.

"Tadi aku nampak nama Hirzan. Dia chat kau." Atasha tersengih menampakkan giginya.

"Kau buka chat eh?" Qis mencerlung. Pantang kalau orang buka dan selongkar telefonnya hatta orang itu kawan atau keluarganya sendiri.

"Ish tak adalah! Aku nampak kat notifikasi. Kau dengan dia..." balas Atasha. Dia tidak habiskan ayatnya. Hanya kedua-dua jari telunjuknya saja bersatu seakan memberi petunjuk.

Qis faham apa yang Atasha cuba katakan.

"Tak adalah. Dia saja chatlah. Kan aku dah kata kitaorang kawan je. Jarang mesej-mesej. Besok dua tiga hari lagi dia hilanglah tu," jelas Qis. Tahu sangat dah dengan perangai Hirzan.

"Dia ada cakap apa-apa ke? Macam... Dia suka kau lagi ke? Dia nak getback dengan kau ke?"

Qis berkerut lalu menoleh pada kawan baiknya.

"Kalau dia nak getback pun, aku takkan terima. No second chance," tegas Qis. Bagi dia, buat apa bagi peluang kedua untuk orang yang tak tahu menghargai sewaktu yang pertama kali.

Orang kata, peluang kedua kerana sudah belajar dari kesilapan lalu. Ya, belajar dari kesilapan untuk tak melukai hati sesiapa dan hargai siapa di depan mata. Tapi carilah orang lain asalkan bukan dia.

"Tapi kau masih suka dia kan? Even masa dengan Helmi pun kau masih dihantui bayang-bayang Hirzan," tebak Atasha dan pandang Qis untuk dapatkan jawapan. Sebab ada beberapa kali Qis mengadu rindu terhadap Hirzan.

Qis diam seketika. Tak dinafikan. Red flag kan? Silap dia kerana terima Helmi padahal belum move on. Kadang terasa macam dia gunakan Helmi untuk lupakan Hirzan. Jadi tak layak sebenarnya kalau dia nak terlalu marahkan Helmi sebab putuskan hubungan.

"Suka... Kadang-kadang masih rindu. Tapi tetap tak ada peluang kedua untuk sesiapa pun. Kau juga yang cakapkan... Jangan terlibat dah dengan lelaki." Akhirnya Qis jawab.

Atasha muncung sedikit. Sedar kut yang dia terlupa dengan kata-kata sendiri.

"Dahlah jom solat. Dah lambat ni,"


***


ENTAH kali ke berapa dia menguap besar. Badan dan kepalanya disandar  ke belakang pada kerusi. Mata dipejam. Letih tengok skrin komputer apatah lagi waktu petang begini. Malas nak mengantuk.

Hirzan kemudian mencapai telefon dan menyentuh skrin telefonnya dua kali untuk menghidupkan. Hanya untuk lihat kalau Qis sudah membalas mesejnya tapi hampa.

Mungkin masih sibuk dengan Pesta Buku hari ini.

"Pergh! Berita dah sampai luar negara."

Hirzan lantas mengerling ke arah seorang lelaki tegap yang berjalan ke tempat duduknya bersebelahan dengan Hirzan. Sebaik saja lelaki itu duduk, terus tablet diletak atas meja Hirzan.

"Berita apa?" tanya Hirzan dan capai tablet yang diberikan.

"Bacalah. Kau tahu apa aku fikir?" soal Qarizh.

Hirzan diam sejenak untuk membaca apa yang terpapar di skrin. Tentang rumor orang ternama dari Malaysia juga terlibat dalam kes Tatiana, anak jutawan Rusia.

"Kau fikir apa?" soal Hirzan balik.

"Next mission. Aku confirm Jeneral akan panggil kau balik,"

Hirzan menggeleng dan pulangkan tablet di meja Qarizh.

"Tak nak."

"Apesal? Dulu kau yang beria. Sampai tembus pasukan elit. Sekarang tak nak pula." Diam-diam Qarizh menghela nafas.

Bukan apa, dia nampak Hirzan ada kebolehan untuk kerja macam ini. Jangan kata dia, semua orang pun nampak. Tapi mungkin lelaki itu ada sebab sendiri, siapalah dia nak pertikai.

Tapi Jeneral Ghaz hanya benarkan Hirzan tukar ke unit pasukan khas sahaja. Sama saja dengan kerja kumpulan elit tapi tidak berat.

Hirzan tetap menggeleng dan berpura-pura menghadap skrin untuk sambung selesaikan kerjanya.

Terlayar di matanya tentang apa yang berlaku. Dirinya hampir tertikam dengan anak panah yang datang entah dari mana.

Di ekor panah itu ada gulungan kertas berupa nota.

𝑩𝒂𝒄𝒌 𝒐𝒇𝒇 𝒐𝒓 𝑸𝒊𝒔

Tak apalah kalau dianggap pengecut. Tapi jangan libatkan orang yang dia sayang.

Dahi Hirzan berkerut. Ada sesuatu yang mengganggunya. Kepalanya digeleng untuk menepis rasa itu.

"Apa yang kau fikir weh?"

Hirzan menarik laci di sisinya dan mengeluarkan kertas kecil dari ekor anak panah dulu. Dia berikan kepada Qarizh.

"Uish! Berat ni. Qis ni bukan ke..." Ayat Qarizh tergantung lalu pandang kawannya. Hirzan mengangguk mengiyakan telahan Qarizh.

"Takkan sebab ni kau keluar Elit?"

"Sebab itu juga, aku terpaksa putus dengan Qis."

"What!" Qarizh menjerit dan cepat-cepat tersedar kerana menarik perhatian ejen lain yang ada dalam pejabat itu.

"Tiga tahun aku fikir pasal benda ni. Entahlah... Tapi tu tulisan tangan. Aku nak hantar ke makmal untuk diorang periksa. Nanti bagi cap jari kau semua sebab kau dah sentuh kertas tu," ujar Hirzan dan menyimpan semula kertas itu.

"Kau nak buat apa? Kau nak cari orang tu?"

"Tak ada siapa tahu pasal Qis kecuali geng kita. Takkan la penculik-penculik Tatiana tu tahu pasal hidup aku dan Qis," kata Hirzan.

"Tapi kitakan baru tahu ada VVIP Malaysia yang terlibat sekali. Macam mana kalau penggodaman dulu tu... Ada kena mengena? Data kau bocor dan diorang tahu maklumat pasal kau?" Qarizh cuba buat telahan.

"Tak mungkin. Masa sistem kena godam, Ops Tatiana dah selesai. Lepas tu ada Operasi lain. Itu last mission aku sebelum pindah masuk Special Team balik. Kalau kena godam sebelum Ops Tatiana pun, bukan ada apa-apa info pasal Qis pun," jelas Hirzan pula buatkan Qarizh diam.

Lelaki itu mengangguk. Ada betul juga.

"Itu yang aku pelik. Pasal Qis yang tahu cuma family aku dan geng kita."

"Bahaya ni. Kalau kau nak hantar ke makmal analisis... Hantar kat Aidid. Jangan orang lain," suruh Qarizh.

Hirzan angguk perlahan.

Continue Reading

You'll Also Like

207K 8.8K 81
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
33.8K 3.4K 38
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...
1M 36.2K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
36.1K 1.7K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...