FARREL'S BOO©️

Autorstwa nabilllss

4.1M 227K 23.2K

KF SERIES VOL 1 [ karya pertama yang mengandungi banyak kesalahan & takkan di-edit semula sebabnya malas ] ↳... Więcej

𝐅𝐚𝐫𝐫𝐞𝐥'𝐬 𝐁𝐨𝐨
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°
°∘∘51∘∘°
°∘∘52∘∘°
°∘∘53∘∘°
°∘∘54∘∘°
°∘∘55∘∘°
°∘∘56∘∘°
°∘∘57∘∘°
°∘∘58∘∘°
The End | 59
°∘ Special chapter∘°

°∘∘28∘∘°

65.9K 3.4K 167
Autorstwa nabilllss

Ada dua lelaki yang bertubuh tegap serta berpakaian serba hitam di antara kiri dan kanan pintu masuk besar markas.

Takut-takut Aisy apabila langkahnya semakin dekat ke arah sana. Lengan kiri Khalaf, dia pegang erat. Hanya mengikut setiap langkah suaminya.

"Tuan Muda Khalaf." Jelas suara itu berpunca dari salah seorang lelaki berdua tadi. Apabila Aisy dan Khalaf hendak melangkah masuk kedalam, kedua-duanya menundukkan sedikit wajah.

Apa yang buatkan Aisy lebih tergamam adalah, tempat itu sangat besar baginya. Sungguh besar. Mahupun diluar sudah megah dipandang. Apatah lagi apabila kaki gadis itu melangkah masuk kedalam. Tiada warna selain hitam dan putih setiap ruangan yang yang dilihat.

Sehinggalah Khalaf membawa Aisy lalu dihadapan beberapa gadis yang turut berpakaian serba hitam. Semua mata memandang ke arah mereka berdua.

Memang sudah sedia maklum perkahwinan Tuan Muda mereka tidak diketahui oleh semua unit. Jadi tidak hairan mereka terkejut melihat kedatangan Aisy.

"Itu girlfriend atau isteri Tuan Muda Khalaf?"

Entah dari arah mana asalnya soalan itu dilontarkan. Berdebar Aisy. Sedaya upaya anak mata ditahan agar kelihatan tidak berkelip, nampak sangat pula karang tak pernah masuk tempat besar macamni.

"Fa-Farrel..." Lagi gerun Aisy melihat setiap anak buah Khalaf yang berada disitu sekarang semuanya memegang GLOCK. Ada yang setengah dari mereka letakkan senjata itu pada pinggang.

"Hm?" Tersenyum nipis Khalaf melihat wajah terkebil-kebil isterinya. Langkah diteruskan sehingga tiba dihadapan satu pintu kaca yang di dalamnya boleh dilihat dari luar.

Pintu tersebut kemudian dibuka oleh seseorang, pantas menerima kehadiran Khalaf dan Aisy.

"Ramai-nya, Aisy takut.." Bisik Aisy pada telinga Khalaf.

"Welcome Cik Aisy." Fareez menyapa. Dialah yang bantu bukakan pintu kaca tersebut buat mereka.

"Nothing gonna happen, sayang." Khalaf menyedapkan hati isterinya, lalu membawa gadis itu mendekati ke arah dua kerusi baldu bewarna hitam. Tersedia khas di suatu sudut.

Aisy menyelesakan kedudukannya di atas kerusi. Hanya memasang telinga mendengar Khalaf bertutur dalam bahasa asing bersama Fareez.

"Bring sie rein, versammel dich hier." (Get them in, gather here) Arah Khalaf. Usai itu, terus Fareez beredar keluar.

"Farrel kenapa ramai sangat ni?--" Terus Aisy menyoal apabila matanya jelas melihat Fareez membawa beberapa orang lelaki dan perempuan ke arah mereka berdua.

"Takda apa. Aku ada hal nak bincang sikit." Perlahan Khalaf menjawab.

"Ini saja yang sesuai Tuan Muda Khalaf." Fareez bariskan mereka yang lain, agar menghadap berhadapan dengan Khalaf.

"Two boys, two girl." Sambungnya lagi. Kemudian berdiri di tepi kerusi Tuan Mudanya pula.

"Nama?"

"Emir, Adriel, Zerina and Warda." Jelas Fareez.

"Dua ni suruh Aaren bawa pergi jumpa Della. Aku nak yang lelaki je--" Khalaf perhatikan dua perempuan itu sedang berbisik sesama sendiri. Ada kalanya Aisy menjadi tumpuan mereka.

"Emir dengan Adriel mulai besok tempat korang bukan disini. Tapi dekat rumah Ku Ros."

"Boleh aku tahu, kenapa kami kena tukar tugas?" Soal Adriel ingin tahu.

"Psst. Jangan tanya apa yang Tuan Muda arah--" Emir bisik di telinga sahabatnya, memotong. Takut pula Khalaf dengar.

Dari tadi Tuan Muda mereka menyepi. Anak mata dia pula merenung tajam ke arah Zerina dan Warda.

"Dia isteri aku. Aku tengah bercakap ni, boleh pula kau pandang tempat lain?" Tegas nada suara lelaki itu. Terus dua perempuan tadi terdiam, sambil wajah mereka tertunduk-tunduk.

"Ma-maaf Tuan Muda Khalaf."

"Cantik isteri Tuan Muda--" Warda menyambung maaf si Zerina pula.

"Diam. Pergi jumpa Aaren sekarang." Khalaf menegakkan sedikit tubuhnya kehadapan.

Warda dan Zerina kemudiannya terus mengatur langkah keluar dari bilik tersebut. Mahu menjawab? Itu cara paling awal hendak mendekatkan diri dengan balasan.

Aisy yang dari tidak senang duduk, terus diam. Tidak pernah dia lihat Khalaf tampak sangat tegas seperti itu. Maklumlah, suaminya tidak pernah sekalipun berkasar sebelum ini.

"Farrel--" Aisy menyapa Khalaf yang sedang memandu.

"Ya sayang.." Perlahan saja lelaki itu menjawab.

Kenapa perlu sekarang suaminya itu panggil sayang? Tengok susah nak sambung ayat. Jangan tergagap sudah.

"Aa-Aisy taknak balik rumah Farrel---"Akhirnya tergagap jua gadis itu.

"Kenapa?" Khalaf mengalihkan pandangannya seketika ke wajah Aisy.

"Saya takut. Rumah Farrel besar sangat. Kita dua orang je duduk. Nanti kalau awak takda, ada orang jahat masuk."

Tawa besar yang dikeluarkan oleh Khalaf, buatkan Aisy hembuskan nafas beratnya. Geram.

"Farrel gelak!" Aisy sandarkan tubuhnya keberlakang. Kedua-dua kaki pula dia naikkan, ubah cara duduk secara bersila.

"Rumah mama tu lagi besar, nak takut duduk rumah aku buat apa? Aku ni kan penyelamat kau? Suami Aisy. Your Farrel." Khalaf menghabiskan sisa tawanya sebelum kepala Aisy yang berlapikkan tudung itu diusap lembut.

"Tapi Farrel kena janji--"

"Apa dia?" Terangkat kening lelaki itu cuba memahami.

"Farrel tak boleh tinggalkan Aisy sorang-sorang dekat rumah." Aisy masih mengawal anak matanya dari menatap wajah selamba Khalaf. Masih belum habis marah.

"Before that, you promise that you would love me the way I love you." Khalaf cuba memujuk. Masih dia teruskan usapan pada kepala gadis itu.

"Taknak--"

"I see. Tunggu balik nanti."

"Farrel nak buat apa?" Aisy mula alihkan pandangan ke arah Khalaf.

"We'll see later. Taknak sayang aku kan? Aku akan buat kau, supaya kau sayang aku." Penuh makna ayat Khalaf. Sengaja dia lontarkan senyuman sinisnya.

Lama gadis itu menatap wajah kacak suaminya. Tiada jawapan bagi pernyataan yang baru dia dengar kejap tadi. Selalu saja Aisy kalah, tapi Khalaf yang menang.

"Sayang.." Selesai dari solat isyak bersama, terus mereka berehat. Berbaring bersama di atas katil.

"Boleh aku tahu kenapa ayah dan ibu kau meninggal dunia?" Khalaf mengiring menghadap isterinya.

"Sa-saya.." Tergugup seketika Aisy apabila disoal tentang ibu ayahnya.

"No, it's okay if you're not ready sayang." Dari pandangan tepi, wajah polos isterinya direnung penuh sayang.

"Ibu meninggal sebab dilanggar dengan kereta. Ayah pula asyik demam panas lepas dari hari kematian ibu. Aisy balik dari ambil keputusan SPM, tahu-tahu ayah meninggal kena serangan jantung." Sayu saja nada suara gadis itu menjelaskan. Masih terngiang-ngiang keadaan dirinya selepas mendengar berita tentang kematian mengejut si ayah.

Pantas Khalaf menarik tubuh kecil Aisy sebelum dia rapatkan ke dada. Tidak mahu isterinya bersedih.

"Yang hidup pasti akan mati. Kau perempuan kuat, sebab mampu jaga Harizz dengan Sumayyah." Khalaf menarik pula selimut tebal lalu ditarik sehingga paras bahu gadis itu.

"Ta-tapi Sumayyah dah tak ada..." Aisy mengiringkan tubuh. Dia menekup muka disebalik leher suaminya.

"Shh don't cry babygirl.."

"You're a responsible sister, and a perfect wife for me. Now and forever." Kepala Aisy diusap. Khalaf tidak mahu mengalih muka isterinya yang sedang berada di leher. Dapat dia rasa air mata gadis itu menitik di kulit.

Selepas beberapa minit usapan pada kepala, membuatkan Aisy berasa sedikit tenang. Air mata dibiar tanpa diseka. Selesa rasanya apabila hidu haruman yang terhasil pada leher Khalaf.

"Sleep comfortably here okay?" Khalaf menyelesakan baringannya bersama Aisy.

"Okey.."

Semakin Aisy berasa selesa setelah dia mengenali diri Khalaf selepas berkahwin. Tenang. Itulah satu-satunya sikap dalaman suaminya yang paling dia gemar.

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

108K 3.8K 74
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
548K 30.2K 45
⚠️ WARNING ⚠️ - CERITA INI TIDAK SESUAI UNTUK BUDAK BAWAH UMUR SEBAB DALAM STORY NI ADA SCENE YANG TIDAK ELOK! *BUKAN SCENE L*CAH YA 🥹* - KALAU AWAK...
819K 33K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
28.2K 1.1K 13
"KAU SIAPA NAK KONGKONG AKU?" "AKU KAU PUNYAA......." " tolong aku dah tak larat" epsido:10/10 Status Story: Complete Idea by : Kookie_knin Edit by...