His Return

By Shieyruna

8.1K 812 25

š€š©šš š¤ššš® ššš¤ššš§ š›š®ššš­ š¤ššš„ššš® š’š¢ šƒš¢šš š¤šžš¦š›ššš„š¢ š®š§š­š®š¤ šššš©ššš­š¤ššš§ š¬šžš¦š®š„ļæ½... More

Dear Readers šŸ’•
HR 1
HR 3
HR 4
HR 5
HR 6
HR 7
HR 8
HR 9
HR 10
HR 11
HR 12
HR 13
HR 14
HR 15
HR 16
HR 17
HR 18
HR 19
HR 20
HR 21
HR 22
HR 23
HR 24
HR 25

HR 2

577 63 3
By Shieyruna

TURUN saja di tingkat bawah, Qis pergi ke dapur untuk minum air. Telefonnya diletak atas meja makan dan mendapatkan cawan untuk isi air sejuk coway. Bunyi detingan tanda mesej masuk buatkan kepala Qis laju menoleh.

Qis senyum. Selesai isi air bagi penuh satu cawan, Qis duduk di kerusi meja makan. Dia tangguh dulu minum semata-mata nak lihat mesej itu.

Sejak balik dari keluar dengan Atasha petang tadi, baru Qis balas mesej daripada Hirzan. Seharian juga dia biarkan tidak berjawab. Barulah tak nampak macam teruja sangat nak balas, kan?

Sudahnya sampai ke malam dia dengan Hirzan masih berbalas mesej.



Qis berkerut baca. Aih... Dah nak pukul 10 malam takkan tak makan lagi kut. Dulu bukan main setiap kali buat panggilan video, ada saja makanan dia nak kunyah.

Tapi tetap juga makan lewat dari waktu yang sepatutnya.

Jari-jarinya menaip untuk membalas.



Terus Qis letak telefon atas meja dan menyisip air sejuk tadi. Tak boleh nak kawal bibir dengan pipi ni mesti nak senyum juga.

Lemah dia setiap kali Hirzan panggilnya dengan panggilan keramat itu sejak mereka ada hubungan dulu. Dia tak kisah dengan panggilan lain. Sayang, bidadari, tuan puteri dan yang lain-lain. Kalau orang lain panggil pun perasaannya biasa saja. Tak rasa istimewa tapi Manja daripada Hirzan... Jangan kata ada rama-rama terbang dalam dada atau perut. Dengan dia sekali rasa nak terbang.

Okay rileks Qis! Dia tarik nafas dan hembus perlahan untuk kawal diri. Jangan suka sangat Qis Arlynna.

Qis balas. Tunjuk dia tak cair pun dengan Hirzan. Selesai balas. Kepalanya ditongkat dengan tangan sambil pandang nama Hirzan pada skrin itu.

Hirzan Daniq. Nama sesedap mata memandang wajahnya. Secara peribadi, dia lebih suka Hirzan berbanding bekas teman lelakinya yang lain.

Kenapa? Sebab Hirzan ada aura sendiri yang dia susah untuk ungkap. Ada pendirian dan humoris. Mulut manis tak payah cakaplah. Entah berapa buah lori penuh dengan air gula dia telan. Caranya... Sangat bersahaja, tak melebih-lebih tapi sampai ke hati Qis Arlynna.

Encik Perfect 10 yang dia mahukan selama ni tapi hubungan dulu tak bertahan lama. Hirzan minta putus. Alasannya, komitmen belajar dan kerja yang semakin buat Hirzan rasa tak ada masa untuk beri perhatian.

Waktu itu pun dia malas nak merayu atau apa walaupun dia boleh saja faham Hirzan yang sibuk sebab dia juga begitu. Tapi nampak lelaki itu berkeras jadi Qis terpaksa.

Maafkan Hirz. Kita kawan je dulu. Okay?

Oh sakitnya hati setiap kali teringat bait-bait mesej Hirzan dulu. Disebalik jawapan setujunya, jauh di sudut hati dia menangis.

Qis mengeluh. Terkadang ada hari yang dia dapat mesej Hirzan, hatinya galau. Sakitnya perbualan atas dasar persahabatan. Perlu nampak tepis rasa rindu dan nampak baik saja.

Tapi Hirzan? Selamba macam tak ada apa berlaku.

"Nak tidur dekat atas ya makcik. Bukan kat sini,"

Qis tersentak. Terus dia pandang emaknya yang sedang cari sesuatu dalam peti sejuk. Teruk betul termenungnya ni sampai emak masuk dapur pun dia tak sedar.

"Minum air kejap," jawab Qis lalu meneguk airnya lagi hingga tinggal separuh dalam cawan.

"Iyalah tu. Termenung sampai tak sedar mak masuk dapur. Nasib baik mak kalau pencuri yang masuk dapur? Nak jadi apa engkau?" kata Puan Jannah dan berlalu ke sinki untuk membasuh buah jambu batu.

Qis berkerut.

"Kenapa pula pencuri nak masuk dapur?" tanya Qis blur.

Kerja membasuh Puan Jannah terhenti. Dia   menoleh.

"Tu contoh. Nama je penulis novel bahasa kiasan pun tak tahu. Baling dengan jambu batu ni kang." Puan Jannah mengacah untuk baling buah di tangannya.

Qis buat muka seposen. Tu pun nak marah.

"Ni... Buah ni kalau aku tak keluarkan dari peti sejuk, tak potong takde siapa nak makan kan? Sampai ke sudah membusuk dalam peti tu," bebel Puan Jannah tiba-tiba. Dia ambil pinggan dan pisau kemudian ambil tempat duduk berhadapan dengan anak gadisnya.

"Mana orang tahu mak beli buah. Pastu letak tempat tersorok dalam peti tu," balas Qis sambil pandang emak yang mula duduk di kerusi.

Puan Jannah pandang Qis dengan muka pasrah, "Habis nak aku paku dekat dinding ruang tamu tu ke bagi semua orang nampak?"

Qis diam tahan gelak dengar jawapan emaknya.

"Kau baru lepas putus eh dengan Helmi?"

Qis yang baru nak suap potongan buah jambu ke mulut terus terhenti.

"Ni mesti Tasha bagitahu kan?" tekanya.

"Haha siapa lagi."

Qis menghela. Perempuan ni tak boleh kunci mulut langsung. Ceritalah pasal benda lain. Rambut Pak Menteri ke? Pagar rumah jiran ke?

"Asyik putus je. Bila nak kahwin macam ni. Umur dah 26 tahun depan. Tu... Hirzan siapa pula. Pengganti ke. Laju betul?" gasak Puan Jannah dengan bermacam soalan sebelum menjuih bibir ke arah skrin yang masih terbuka.

"Ish! Bukanlah. Dia kawan je. Saja-saja chat." Laju Qis membalas dan terus pegang telefonnya. Tak pasal-pasal si Hirzan ni hantar emoji love-love... Tak ke mampus dia nak jawab?

"Mak nak cakap ni, biar banyak kali putus tak apa. Asalkan jangan salah pilih. Lelaki ni kalau betul dia nak kita, dia akan cari jalan. Dia boleh fikir apa yang dia kena buat. Faham maksud mak?"

Qis mengangguk. "Faham."


***


DIA bangun dari kerusi dan berjalan ke arah katil. Terus badan direbahkan lalu membalas mesej itu. Seketika dia merenung siling biliknya. Kadang serba salah juga sebab menipu tapi dia belum bersedia untuk jelaskan apa-apa.

Apatah lagi buat keputusan untuk dapatkan Qis Arlynna semula selepas tiga tahun putuskan hubungan.

Walaupun wanita itu setuju jadi kawan selepas putus tapi tak mungkin tak ada rasa kecewa.

Keputusan ini pun dia buat selepas terlibat dengan misi terakhirnya. Menyesal pula libatkan diri dalam kerja begitu. Risiko tinggi apatah lagi ada data dikhabarkan bocor disebabkan penggodaman. Dia tak kisah tentang dirinya tapi keselamatan keluarganya.

"Jangan risau dengan data bocor. Penggodaman gagal dibuat. Kita dah tingkatkan kod keselamatan. Semua data ejen-ejen kita padam dari rekod."

"Jeneral, saya harap Jeneral boleh luluskan permintaan saya..."

Nampak Jeneral menghela.

"Niq, kamu bukan ejen biasa. Kamu dalam kumpulan elit. Sepatutnya kamu lebih profesional bukannya takut bila jadi kes data bocor macam ni. Ini risiko setiap ejen perlu maklum dari awal,"

"Saya tahu. Tapi saya ada sebab lain..."

Jeneral hanya diam dengan pandangan tajam.

"Selesaikan kerja awak. Jadikan misi ni... Misi akhir awak,"

Habis itu, dia ditukarkan department lain. Asalkan dia tidak terikat dan tak letakkan sesiapa dalam risiko apatah lagi Manjanya.

Ahh... Rindu dengan manja Qis Arlynna. Sekarang misi memikat pula. Lantaklah Qis menolak seribu kali pun nanti.

Continue Reading

You'll Also Like

931K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
118K 2.7K 36
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...