Magnetic Love [C]

By qeination

217K 12.5K 522

โ†ณ *๐๐จ๐œ๐ญ๐จ๐ซ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐ฏ๐จ๐ฅ ๐Ÿ* เผ‰โ€งโ‚Šหšโœง Prinsip Puan Soraya hanyalah satu. Dia mahu melihat anak-anakn... More

ML : 1
ML : 2
ML : 3
ML : 4
ML : 5
ML : 6
ML : 7
ML : 8
ML : 9
ML : 10
ML : 11
ML : 12
ML : 13
ML : 14
ML : 15
ML : 16
ML : 17
ML : 18
ML : 20
ML : 21
ML : 22
ML : 23
ML : 24
ML : 25
ML : 26
ML : 27
ML : 28
ML : 29
ML : 30
ML : 31
ML : 32
ML : 33
ML : 34
ML : 35
ML : 36
ML : 37
ML : 38
ML : 39
ML : 40
ML : 41
ML : 42
ML : 43
ML : 44
ML : 45
ML : 46
ML : 47
ML : 48
ML : 49
ML : 50
ML : 51
ML : 52
ML : 53
ML : 54
ML : 55
ML : 56
ML : Epilog

ML : 19

2.8K 191 6
By qeination

Izaan menarik nafas dalam. Tayar depan kanan yang sudah terkoyak besar direnung lama. Dugaan apa pula hari ini. Mujur sahaja dia perasan sebelum menghidupkan enjin kereta.

Pinggang dicekak, otak pula ligat memikir apa yang perlu dilakukan sekarang.

"Iz, kenapa tak balik lagi?" Tubuh berpusing ke belakang memandang si empunya suara.

"Kau tengoklah ni." Jari telunjuk menunjuk tepat ke arah kesan koyakan di tayar keretanya.

"Uish! Ini macam sengaja je." Membulat besar anak mata Lixin. Lingkaran koyakan itu diusap-usap.

"Sengaja?" Kening sebelah dijongketkan. Cuba mentafsir semula ayat yang keluar dari mulut Lixin. Lixin berpaling ke arah Izaan.

"Iz, aku tengok sekilas pun dah tahu. Lagipun boleh fikir logiklah. Kau pergi kerja pagi tadi, kesan koyak ni ada ke?"

Izaan terdiam. Betul juga, semasa dia dalam perjalanan ke hospital, keempat-empat tayar keretanya berada dalam keadaan baik sahaja.

"Nampak sangat dia sengaja ni." Ujar Lixin lagi dengan mata masih tertatap pada kesan koyakan di tayar kereta Izaan. Ukirannya kelihatan senget-benget menandakan si pelaku begitu sukar ketika melakukan 'kerjanya'.

"Takkanlah? Kulit tayar ni kan tebal." Izaan masih tidak dapat menerima kenyataan itu. Pusing kepalanya memikirkan hal itu.

"Haih, kau ni. Orang kalau nak buat jahat, dia buat juga sampai berjaya. Kau ni ada bermusuhan dengan siapa-siapa ke?"

Izaan memandang Lixin lama, sebelum kepalanya menggeleng perlahan. Setahunya, dia berkawan sahaja dengan semua. Tak tahu pula kalau di antara mereka merupakan musuh dalam selimut.

"Bangang betul. Kereta orang pun nak diusik." Tempias Lixin perlahan. Nafasnya mendengus kasar.

"Tapi, aku masih tak boleh percayalah. Macam mana dia buat semua ni? Yang peliknya, macam mana dia tahu ni kereta aku." Penuh tanda tanya di dalam fikirannya. Lixin dipandang mahukan penjelasan lelaki itu.

"Dia main orang dalam la tu."

"Boleh ke macam tu?"

"Iz... Haih, kau ni, geram aku. Cuba buka sikit minda tu. Zaman moden ni semua benda boleh dapat. Entah-entah lepas ni dia tahu rumah kau pula, kita manalah tahu. Dah kereta kau dia boleh jumpa, takkan benda lain tak boleh jumpa pula." Pap! Selamat tangan Izaan mendarat pada lengan Lixin.

"Cakap yang baik-baik ajelah." Riak wajah dicemberutkan. Lixin tersengih.

"Okaylah sorry, aku gurau je. Ni kau nak balik macam mana? Kalau nak tumpang aku, aku tak terus balik. Aku nak singgah-menyinggah banyak tempat ni." Tutur Lixin.

"Hmm... Fad mana?"

"Dia tak balik. Ada appointment katanya. Ala, kau call El. Mesti dia suka kalau kau nak tumpang dia." Cadang Lixin sambil tersenyum.

"Tak nak susahkan dia." Balas Izaan perlahan.

"Susahkan apa bendanya. El tu siapa? Awek kau kan? Bukan ke in relationship ni kena susah senang bersama? Tolong-menolong antara satu sama lain. Kau tolong dia, dia tolong kau. Lagipun kau kan dah banyak berkorban untuk dia. Now, apa salahnya bagi dia yang berkorban untuk kau pula. El pun mesti nak rasa juga semua tu." Wajah Izaan dipandang. Berharap lelaki itu termakan dengan kata-katanya. Punyalah panjang dia berleter.

"Tak apalah. Aku tak jadilah nak balik. Sekarang, mesti dia tengah sibuk jaga kedai dia." Serentak itu, Lixin menepuk kuat dahinya. Sukar ingin mempercayai dengan ayat yang keluar dari bibir lelaki itu. Kenapa insan di hadapannya ini begitu baik?

"Peliklah kau ni. Masa orang dah bagi balik, kau tak nak balik. Masa tak bagi balik, sibuk pula nak balik." Izaan tersengih. Betullah tu, dia selalu minta 'keluar' waktu bekerja, walaupun sudah dihalang sekeras-kerasnya oleh Dr. Shah. Namun, dia tetap berdegil. Malah, waktu dibenarkan balik, tidak mahu pula. Macam sekarang nilah.

"Kau balik jelah dengan El. Apa masalahnya? Takkan El tu belum terpujuk-pujuk?" Kening yang tidak gatal digarunya. Payah betul nak suruh dia tumpang Ellie. Padahal bukan siapa-siapapun, teman wanitanya juga.

"Tak. Aku takut dia sibuk je sekarang." Kalau ikutkan, sekarang jam telah menunjukkan pada pukul 5.20p.m.. Apa yang dia tahu, gadis itu masih bekerja. Tak sampai hati pula mahu mengganggu.

"Cuba kau call dulu, baru tahu dia sibuk ke tak. Ke nak aku call?" Soal Lixin geram. Tangannya sudah berura-ura ingin mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluarnya.

"Eh, jangan. Okey-okey aku call." Pantas Izaan menghalang kelakuan Lixin itu. Setelah itu, kedengaran nafasnya dikeluh perlahahan.

"Bagus. Balik jangan tak balik. Busuk!" Tangan dikibaskan-kibaskan di hadapan hidung mancungnya. Seolah menghalang bau badan Izaan dari memasuki rongga hidungnya. Sengaja ingin mengusik Izaan. Asyik usik Fadhil aje, usik Izaan lah pula.

"Memandai je kau." Ujar Izaan setelah kepalanya terteleng ke kiri dan kanan tubuhnya, menghidu tubuh sendiri. Tetapi, langsung tidak berbau busuk seperti yang dikatakan oleh Lixin.

Lixin tersengih.

"Okay aku dah lambat. Aku nak kena pergi rumah nenek aku, rumah parents aku. Banyaklah tempat yang aku nak singgah. Aku gerak dulu. Kau tumpang El, jangan tumpang perempuan lain pula." Lixin memandang tajam ke arah lelaki itu. Jari terlunjuk menunding tepat ke arah lelaki itu. Memberi amaran kepada Izaan.

"Yelah. Dah kau pergi balik sana." Usir Izaan

"Okay, cau." Kaki Lixin mula berlalu pergi beredar meninggalkan Izaan. Setelah bayang Lixin sudah mula hilang, Izaan mengeluarkan telefon pintarnya. Nafas sempat dikeluh. Nombor Ellie didail. Selang beberapa minit kemudian, talian itu dijawab.

"Iz, kenapa?" Kedengaran nada teruja bertambah risau pada suara Ellie.

"El... You kat mana? Tengah buat apa sekarang?" Takut-takut Izaan menyoal gadis itu. Nada suaranya juga perlahan. Khuatir jika dia mengganggu gadis itu.

"I on the way ambil Elisha kat sekolah. Dia ada kelas tambahan. Kenapa?" Nada kerisauan masih sama.

"Ermm... You busy ke? Lepas ambil Elisha, you balik semula ke kedai you ke?"

"Haah, macam biasa. I belum tutup kedai lagi. kenapa ni, Iz?"

Izaan menarik nafas. Bibirnya dikemam. Serba salah ingin menyatakan hasratnya itu.

"Sayang? What's wrong?" Kedengaran suara Ellie di hujung talian menyetakkan Izaan.

"I nak balik. Boleh tak you datang sini ambil I? I nak tumpang you."

"Ya Allah, ya tuhanku. Boleh Iz, boleh. I ingat apalah tadi. Tapi, mana kereta you?"

"Nanti I cerita."

"Okaylah kalau macam tu. See you..."

Setelah itu, talian diputuskan.

***

Sejak Elisha melangkah keluar dari pagar sekolahnya, Ellie sibuk perhatikan langkah adiknya. Keningnya berkerut seribu melihat tingkah aneh adiknya.

"Kenapa selekeh sangat baju kau ni?" Terus soalan itu dilontarkan sebaik sahaja tubuh Elisha membolos masuk ke dalam keretanya. Elisha langsung tidak beriak apa-apa. Hanya riak wajah sepuluh sen dipamerkan.

"Okay tak ni?" Soal Ellie lagi. Mata ralit menilik pakaian sekolah Elisha yang sudah comot itu. Baju sekolahnya sudah dipenuhi dengan tomopokan berwarna coklat. Tudungnya pula sudah tidak terurus, anak rambut hampir terkeluar dari anak tudung.

Apa yang Ellie perasan, setiap kali adik perempuannya pulang dari sekolah, pasti pakaiannya sudah kotor dengan tompokan-tompokan yang pelbagai coraknya. Entah dari mana datangnya pun tak tahulah. Elisha tidak pernah mengulaskan hal itu.

"Okay je." Elisha menjawab perlahan. Ellie menghela nafasnya berat.

"Kita pergi hospital abang Iz kejap." Ellie terus mengubah topik. Malas mahu panjangkan cerita. Kereta Myvi Ellie sudah mulai bergerak keluar dari parkir meninggalkan perkarangan sekolah Elisha.

"Kenapa?" Elisha tersenyum riang mendengar nama lelaki itu meniti di bibir kakaknya.

"Abang Iz nak tumpang balik." Sebaris ayat itu sahaja sudah cukup menggembirakan sekeping hati milik Elisha. Tangannya sudah menepuk perlahan. Tak sabar mahu berjumpa dengan abang Iz.

***

Peha Elisha lantas ditepuk-tepuk tatkala matanya mula memandang ke arah Izaan yang sedang melangkah mendekati keretanya.

"Duduk belakanglah." Arahnya keras.

Namun, tangan Ellie pula yang ditolak menjauh. Ellie terus mendengus tatkala langkah Izaan terus menuju ke tempat duduk belakang.

Pap! Peha Elisha dipukul kuat. Geram sahaja dengan adiknya itu. Elisha hanya menayangkan senyuman tak bersalahnya. Punggungnya masih statik di tempat sebelah pemandu, langsung tidak bergerak.

"Hi, sayang." Sapa Ellie tatkala pintu belakang dibuka oleh Izaan lalu terus membolos diri ke dalam kereta itu.

"Hi, princess." Ellie tersenyum.

"Hi, little bear." Pandangan lelaki itu terhala pula ke arah Elisha yang sedang tersenyum-senyum itu. Manakala, Ellie pula sudah menjeling ke arah dua insan itu. Depan makwe sendiri, boleh pula panggil perempuan lain dengan panggilan manja. Walaupun, adik sendiri tetap cemburu.

"Lama tak jumpa abang Iz." Ungkap Elisha teruja. Gembira hatinya dapat berjumpa dengan lelaki itu. Satu-satu lelaki yang melayan dia baik seperti arwah ayahnya dahulu.

"Itulah. Rindu dengan adik beruang abang ni." Balas Izaan mesra. Tercebik-cebik bibir Ellie. Seolah-olah menganggap dia tidak wujud di situ pula. Bermesra-mesraan. Menyesal pula tak menghantar adiknya pulang ke rumah terlebih dahulu tadi.

***

"Apa?! Tayar kereta you koyak?"

Izaan teguk liur. Perlahan-lahan kepalanya mengangguk. Ellie mendengus perlahan.

"Siapa yang buat, abang Iz?" Soal Elisha pula. Kuah mihun sup dihirup perlahan. Saat itu, mereka sedang menjamu selera di sebuah restoran. Awalnya, Izaan menolak kerana tidak mahu menyusahkan Ellie, namun apa kudratnya untuk menolak? Ellie yang memandu, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Dia tetap memandu ke restoran berdekatan.

"Entah la, little bear. Abang pun tak tahu. Dia tak sengaja kot."

"Tak sengaja apanya? Tak mungkinlah tak sengaja. Mesti ada orang dengki dengan you ni." Ellie mula berhujah. Raut wajah serius terpamer.

Izaan diam. Mula memikirkan sesuatu. Hujahnya sama dengan Lixin tadi. Benarkah? Persoalannya, siapa punya angkara? Musuh pun tiada.

"So, macam mana dengan kereta you nanti?"

"I dah call mekanik uncle Shah." Kebetulan bapanya ada kenalan yang bekerja sebagai mekanik. Mereka berdua juga agak rapat.

"Nanti you nak pergi kerja macam mana pula?"

Ya, perkara itulah yang dia fikirkan dari tadi. Kemungkinan esok barulah tayar keretanya siap diganti. Jadi, macam mana dia mahu ke hospital semula malam nanti? Aduh, pening. Rasa menyesal balik pun ada. Dah nak kena fikir benda alah tu.

"Ke you nak tumpang I?"

"Eh, no no. Tak apa." Laju Izaan menolak pelawaan teman wanitanya. Cukuplah, dia tidak mahu menyusahkan gadis itu lagi.

"Habis tu macam mana you nak pergi kerja?" Sekali lagi soalan itu diajukan kepada Izaan.

"Haah, abang Iz. Abang Iz tumpang ajelah Kak Rish. Kesian abang, kereta tengah tak sihat." Izaan tersenyum nipis memandang Elisha. Kemudian, pandangannya beralih semula ke arah Ellie. Sedia untuk menjawab pertanyaan gadis itu tadi.

"I... I boleh naik Grab je." Grab sahajalah yang terlintas di dalam fikirannya. Mujur selepas itu Ellie sudah tidak bertanya lebih-lebih. Hanya mengangguk.

"Cepat Lisha makannya tu." Elisha yang sedang menikmati mihun supnya menoleh memandang kakaknya. Hampir tersedak juga tatkala ditegur begitu tiba-tiba. Mana taknya, tinggal dia sahaja yang belum selesai makan. Ellie dan Izaan sudah lama selesai.

Izaan tertawa kecil melihat tingkah Elisha.

Continue Reading

You'll Also Like

610K 18.4K 75
[COMPLETE โœ”] ๐Ÿ”ฑSecond Winner White Diamond Award - Romance Genre Orang kata, kalau kita terlampau sayang dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi...
32.6K 1.5K 46
~Karya pertama MissAnnieizah~ ๐๐ฎ๐ซ ๐ƒ๐ก๐ข๐ฒ๐š ๐€๐Ÿ๐ข๐ช๐š๐ก ร— ๐‘๐ฒ๐ค๐š๐ซ๐ฅ ๐ƒ๐š๐ซ๐ฐ๐ข๐ฌ๐ก โ๐Š๐ž๐ก๐š๐๐ข๐ซ๐š๐ง๐ค๐ฎ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐ž๐ซ๐ญ๐ข ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ง...
884K 35.8K 98
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
280K 19.1K 53
Highest rank : #1 action Note : Cerita ni sedikit cringe as it is my first book series. EMIR ADDEN FATTAH - Seorang lelaki melayu kacukan korea. Dia...