MAFIA GAME

By kenhendri

11.1K 2.2K 560

Tanpa sedar, mereka telah memilih untuk bertarung nyawa dalam permainan maut MAFIA GAME demi memenangi wang k... More

MAFIA GAME'S RULES
Prolog: Enter
Jilid 1: Detektif
Bab 1: The Key
Bab 2: Trust
Bab 3: No One
Bab 4: Traitor
Interlude Chapter: Begin
Jilid 2: Mayor
Bab 6: Revenge (Part 1)
CHARACTERS POSTER
Bab 6: Revenge (Part 2)
Bab 7: The Other Roles
Bab 8: Promise
Bab 9: The Lost Leader (Part 1)
Bab 9: The Lost Leader (Part 2)
Bab 9: The Lost Leader (Part 3)
Bab 10: One Night Long (Part 1)
Bab 10: One Night Long (Part 2)
Bab 10: One Night Long (Part 3)
Jilid 3: The Joker
Bab 11: Kill Or Be Killed
Bab 12: The Only Wish (Part 1)
Bab 12: The Only Wish (Part 2)
Bab 13: "Ash Kill" (Part 1)
Bab 13: "Ash Kill" (Part 2)
Bab 14: Jester
Bab 15: No More Dream
Interlude Chapter: End
Jilid 4: The Eyes Of Truth

Bab 5: Among Us

359 81 31
By kenhendri

Jam tangan digital ditatap. Sudah masuk pukul sepuluh pagi. Ivan menghembuskan nafas berat. Pandangannya kembali beralih ke arah Fiqa yang duduk di hadapan. Mereka berdua duduk semeja menghadap antara satu sama lain di Kafeteria. Wajah gadis itu nampak keliru dan pucat tatkala dipaksa membuyka mulut tentang surat maklumat yang dijumpai oleh Mikhail.

"Dah masuk setengah jam aku tanya tapi kau masih tak jawab. Kenapa kau bodoh sangat bazirkan butang kecemasan kau kalau kau sendiri tak tahu maksud 'antipalos' dalam surat tu?"

"A-Aku dah jawab tadi! Aku tak tahu kenapa! Aku hanya nak singkirkan Mafia! Aku tak nak mati!"

"Itu je? Itu je jawapan kau?"

"Ya! Aku hanya nak singkirkan Mafia! Sebab tu aku syak Yuri! Kau tak faham bahasa ke? Kalaulah aku..."

"Kalau kau apa? Kalau kau Mafia, kau nak bunuh aku? Kesian. Sekarang ni pagi. Mafia hanya bunuh orang waktu malam. Kau kata kau syak Yuri sebagai Mafia. Tapi, kau tuduh dia macam dia betul-betul Mafia."

"Aku dah cakap! Aku tak tahu! Aku terlalu takut sampai terikut-ikut perasaan aku!"

Ivan menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dada. Pandangannya yang nampak tajam ditatap oleh Fiqa, jelas dilihat melalui topeng matanya. "Hey, ni ialah permainan realiti. Orang akan mati kalau tersalah undi. Kau ingat kau seorang saja ke yang nak hidup? Kalau kau Villager sekalipun, tindakan kau bahayakan orang lain termasuk aku."

Fiqa terdiam. Wajahnya tertunduk. Tiada kata yang keluar daripada mulutnya.

"Ada empat orang yang undi Yuri. Aku yakin dia bukan Mafia. Eden pula mengaku sebagai Detektif selepas Yuri mengaku. Anggap saja Eden ialah Mafia. Aku undi langkau. Aku yakin, Harisya, Xin, Mikhail dan Yuri pun undi langkau sebab mereka nampak macam pertahankan Yuri. Kau pula dah tentu undi Yuri kan?"

Fiqa hanya menggangguk sebagai balasan.

"Empat undian kepada Yuri. Kau, Eden, Lutfi dan Irene. Dah tentu, dalam kalangan empat orang ni, salah seorang ataupun dua orang ialah Mafia. Kelakuan Eden terlalu curiga sebab tiba-tiba sahaja dia mengaku sebagai Detektif. Aku rasa, Eden ialah Mafia. Jadi, masih ada seorang Mafia yang tersisa. Sama ada kau, Lutfi ataupun Irene."

"Kau bercakap macam tahu semuanya," perlahan Fiqa meluahkan kata-kata.

"Huh?"

"Kau macam tahu semua identiti kita orang! Kenapa kau tak letak diri kau sebagai Mafia?" Fiqa membentak.

"Sebab aku kenal diri aku. Aku bukan Mafia. Aku ialah Villager atau ... mungkin lebih penting daripada Villager. Aku ada identiti aku sendiri. Yang pasti, aku takkan biarkan Mafia menang."

Fiqa berdecit geram seraya menatap tajam wajah Ivan. Kemarahannya berbuak-buak, mendidih dalam hatinya yang panas. Tidak puas hati apabila Ivan mencurigainya. Lelaki itu pula tersenyum licik. Bagaikan percaya bahawa semua tekaannya benar.

Pada masa yang sama, Lutfi melangkah masuk ke dalam Kafeteria. Pandangan Ivan dan Fiqa beralih ke arah lelaki yang berpakaian serba hitam itu. Rambutnya nampak lembap seperti baru sahaja usai mandi. Langkah kakinya menuju ke arah rak yang tersusun beberapa jenis bungkusan roti berperisa.

Tatkala sedang memilih perisa roti yang dimahukan, Lutfi sedar bahawa dirinya sedang diperhati. Laju dia berpaling ke arah Ivan dan Fiqa. "Kau orang dah kenapa pandang aku? Tak puas hati?"

"Tak ada apa. Kau baru bangun?" soal Ivan

Bungkusan roti berperisa coklat diambil. Lutfi berjalan ke arah meja Ivan dan Fiqa seraya membuka bungkusan roti itu. Dia duduk di atas kerusi di sebelah Ivan. Roti itu dicarik, dimasukkan ke dalam mulut. Wajahnya nampak tenang dengan situasi. Bagaikan tidak peduli dengan dunia biarpun dia berada dalam permainan maut.

"Kau orang berdua berbual pasal apa?" tanya Lutfi.

"Kau nampak tenang. Tak takut mati ke?" soal Fiqa.

"Kenapa aku nak takut? Aku dah tak kisah. Kalau aku hidup sekalipun, aku tetap akan mati. Cuma masa saja yang berbeza."

"Kami berbincang pasal undian dalam sesi perbincangan pagi tadi. Ada empat orang yang undi Yuri dan lima orang yang undi langkau," celah Ivan.

"Jadi?"

"Dah tentu ada dua orang Mafia yang undi Yuri. Kalau kau Villager, kau akan pandang serius pasal semua benda ni."

"Dua orang huh? Apa yang aku ingat, Eden nampak macam tuduh Yuri bermati-matian. Jadi, dia salah seorangnya. Irene pula macam dah terpengaruh dengan Surat Maklumat yang kau jumpa. Jadi, di situ dah ada tiga undian. Aku undi langkau sebab aku tak tahu apa-apa," balas Lutif seraya memandang ke arah Fiqa tatkala tiga ayat terakhir keluar daripada mulutnya.

Namun, jawapan daripada Lutfi membuatkan Ivan dan Fiqa keliru. Berkerut dahi Ivan tatkala mendengar jawapan itu. "Tunggu sekejap! Kau kata, kau undi langkau?"

"Ya, kenapa? Aku malas nak fikir apa-apa. Aku dah tak kisah siapa yang menang dan siapa yang kalah. Tapi, aku rasa kesian pula dengan Yuri jadi aku undi langkau."

"Huh? Kalau kau undi langkau maknanya ... tunggu! Ini tak masuk akal." Ivan keliru.

"Apa yang tak masuk akal?"

"Kalau kau undi langkau, maknanya antara Harisya, Mikhail dan Xin ... salah seorang daripada mereka ada yang undi Yuri? Tapi, mereka pertahankan Yuri!" bingung pula Fiqa memikirkannya.

"Apa pula yang kau orang fikirkan ni, huh?"

"Tak masuk akal. Yuri kata dia dah siasat identiti Harisya dan dia kata Harisya ialah Villager. Jadi ... Xin dan Mikhail? Mereka berdua pun pertahankan Yuri. Takkan Yuri undi diri sendiri?" fikir Ivan lagi.

"Aku tak faham apa yang kau orang bincangkan. Lantaklah. Aku nak tingkat empat. Bye," ucap Lutfi sebelum bangun dari tempat duduk. Langkahnya diperhatikan oleh Fiqa sehingga dia keluar dari Kafeteria. Ivan pula masih lagi bingung dengan situasi.

"Ada dua orang Mafia. Orang yang undi Yuri ialah aku, Eden, Irene dan seorang lagi misteri. Aku bukan Mafia. Antara Eden, Irene dan seorang lagi ialah Mafia. Kalau Irene hanya terikut-ikut dengan tindakan aku maknanya, antara Xin, Harisya dan Mikhail ... salah seorang ialah Mafia?" soal Fiqa.

"Ada sesuatu yang pelik. Aku yakin Yuri dan Harisya undi langkau termasuklah aku. Kalau Lutfi pun undi langkau ... antara Xin dan Mikhail. Salah seorang daripada mereka ... undi Yuri? Tapi kenapa?"

*****

Harisya, Mikhail, Xin dan Yuri kini berada di perpustakaan. Mereka duduk semeja, menghadap satu sama lain. Kamus bahasa Greek yang ditemui oleh Mikhail, Surat Petunjuk dan Surat Maklumat yang dijumpai oleh Harisya dan juga Yuri diletakkan di atas meja bersama dengan gugusan kunci untuk ke tingkat tiga.

"Tak sangka kau orang berdua jumpa kunci untuk ke tingkat tiga lebih awal. Tak beritahu aku pula," kata Xin. Dia dan Mikhail duduk menghadap Harisya dan Yuri.

"Kami jumpa pagi tadi. Kalau kami beritahu semua orang sebelum sesi perbincangan, kami yang akan mati. Kami tak tahu siapa menyebelahi siapa sehinggalah sesi perbincangan. Aku beritahu kau orang pun sebab aku percaya yang kau orang Villager," balas Harisya.

"Sekarang ni, apa yang kau orang dah dapat?" tanya Mikhail pula.

"Kami ada jumpa Surat Maklumat dalam beg plastik yang sama dengan kunci. Kau orang nampak sendiri kan apa yang tertulis? Mafia bermula dengan huruf 'E'. Sudah tentu orangnya Eden," balas Yuri seraya menunjukkan kad yang terkandung maklumat penting itu kepada Xin dan Mikhail.

"Eden juga mengaku sebagai Detektif tapi Detektif yang sebenar ialah Yuri. Dah jelas yang dia ialah Mafia," tambah Harisya.

"Macam mana kalau ada dua Detektif? Tekaan kau mungkin salah." Mikhail mempersoal.

"Betul apa yang kau cakap tapi surat ni takkan menipu. Siapa lagi yang bermula dengan huruf 'E'?" balas Yuri lagi.

"Kalau kau yakin. Ini masa yang sesuai untuk tekan butang kecemasan," cadang Mikhail.

"Betul apa yang Mikhail cakap. Kita dah ada bukti yang kukuh untuk tuduh Eden. Cuma ... aku rasa lebih baik kau sorokkan kunci-kunci tu. Kalau Mafia tahu, dia akan bunuh kau dan dapatkan kunci tu," tambah Xin.

Harisya mengangguk faham. Gugusan kunci itu dimasukkan ke dalam kantung hoodie. Yuri pula mengambil surat petunjuk dan surat maklumat. Xin dan Mikhail sudah bangun dari kerusi. Mereka mula berjalan menuju ke arah pintu keluar.

Selangkah sahaja Xin keluar, dia terkejut besar melihat Irene yang sudah berdiri, bersandar pada dinding di sebelah pintu. Gadis itu sudah mendengar segala-galanya. Sudah mengetahui apa yang dibincangkan oleh mereka di dalam perpustakaan. Harisya pula mengetap gigi. Dia tahu bahawa Irene ialah salah seorang yang mengundi Yuri dalam sesi perbincangan.

"Irene?"

"Tahniah sebab kau orang dah bersepakat untuk singkirkan Eden," kata Irene.

"Apa yang kau buat dekat sini? Kau ... dah dengar semuanya kan?" soal Harisya pula.

"Ni kali pertama aku turun ke tingkat ni. Aku ternampak kau orang dalam perpustakaan dan ... aku dah dengar semuanya."

"Kau ..."

"Jangan risau. Aku tak sebodoh yang kau orang sangka. Kalau aku Mafia sekalipun, aku takkan tunjuk yang aku ialah Mafia. Sayangnya, aku hanya seorang Villager yang dah keliru dengan situasi. Eden mengaku sebagai Detektif dan dia kata dia dah siasat Yuri sebagai Mafia. Boleh jadi tu semuanya tipu. Tapi, kalau betullah dia Detektif dan Yuri menipu, kita semua akan kalah nanti."

"Aku tak menipu! Dah jelas yang Eden ialah Mafia! Kalau kau dengar perbualan kami tadi, kau mesti dah tahu kenapa kan? Kami dah jumpa surat maklumat yang penting untuk tuduh Eden!" lantang Yuri bersuara. Roman wajahnya berubah marah.

"Baguslah kalau macam tu. Jangan risau ... aku takkan beritahu sesiapa pasal kunci tu. Kalau kau orang semua nak undi Eden, ini waktu yang sesuai. Aku yakin ... kau orang akan menang. Aku akan menyebelahi pihak yang aku rasa betul."

"Kau orang semua boleh ke tingkat atas untuk tekan butang kecemasan? Aku ada sesuatu yang nak dibualkan dengan Irene," kata Mikhail secara tiba-tiba membuatkan semua orang bingung termasuklah Irene.

"Apa yang kau nak bualkan?" soal Xin yang musykil.

Mikhail berjalan ke arah Irene. Dia menatap tajam gadis itu. "Ini hal antara aku dengan dia. Tak perlu takut, aku hanya nak tanya beberapa soalan yang penting. Ini semua demi keselamatan permainan maut ni."

"Sekarang kau buat aku curiga dengan identiti kau."

"Pergi jelah. Aku akan beritahu kau nanti bila aku dah dapat jawapan."

"Lantak kau," balas Xin. Dia mula mengatur langkah menuju ke tangga naik ke tingkat lima. Yuri pula mengikuti langkah kaki Xin manakala Harisya yang berada di paling belakang sempat menjeling ke arah Mikhail dan Irene. Tertanya-tanya apa yang cuba dilakukan oleh Mikhail.

Tatkala mendaki tangga, mereka terserampak dengan Lutfi yang melangkah turun, ingin ke tingkat empat. Lelaki yang masih ada roti di tangannya itu terkejut. "Eh ... apa yang kau orang buat kat bawah ramai-ramai ni?"

"Tak payah turun. Aku nak tekan butang kecemasan," balas Yuri.

"Wah ... yakin betul kau. Siapa yang kau nak tuduh? Tunggu! Aku dah tahu. Eden kan?"

"Macam mana kau ..."

"Aku baru saja ke Kafeteria. Ivan dan Fiqa berbincang pasal benda yang sama."

"Kalau mereka pun yakin yang Eden ialah Mafia, kita akan menang! Mari pergi Yuri!" langkah Harisya makin laju. Yuri dan Xin mengikuti gadis itu dari belakang. Lutfi pula berbelah bagi ingin turun ke tingkat empat ataupun mengikuti Harisya. Dia mengeluh seketika sebelum mengatur langkah mengikuti gadis itu.

Tiba di hadapan pintu Bilik Mesyuarat. Harisya memegang tombol pintu. Nafasnya ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Cuba menenangkan hati. Takut, jika keputusan yang dibuat oleh mereka ini akan memakan nyawa Yuri. Namun, mereka sudah mempunyai bukti yang kukuh untuk menuduh Eden.

Tombol pintu dipulas, buka. Mereka terkejut melihat Eden yang sudah berada di kerusinya. Lelaki itu seperti sudah menunggu kedatangan mereka di Bilik Mesyuarat.

"Nampaknya tekaan dia betul. Kau orang memang datang ke sini untuk singkirkan aku," kata Eden. Terlihat beberapa surat pada tangannya.

Dengan berani Yuri melangkah ke arah tempat duduknya, mahu menekan butang kecemasan. Harisya, Xin dan Lutfi pula berjalan ke arah kerusi mereka. Ketika itu juga, Ivan dan Fiqa melangkah masuk ke dalam Bilik Mesyuarat, berjalan ke arah tempat duduk.

"Aku dan Fiqa nampak kau orang dari Kafeteria. Kau yakin, nak mulakan sesi perbicangan?" soal Ivan kepada Yuri. Lelaki itu baru sahaja melabuhkan bokong di kerusinya.

"Aku yakin!" balas Yuri dengan nada serius.

"Kau tahu? Kalau apa-apa yang terjadi, pukul lapan malam nanti, sesi perbincangan tetap akan terjadi. Kenapa tak tunggu malam ni?" Benar juga kata Ivan. Namun, Yuri dan Harisya sudah yakin bahawa mereka akan menang. Semua bukti sudah ada dalam tangan mereka untuk menuduh Eden.

"Aku tak boleh tunggu. Kalau kau orang tak datang, aku yang akan tekan butang kecemasan ni. Aku dah ada bukti untuk tuduh setiap orang dalam permainan ni," kata Eden seraya menunjukkan surat-surat maklumat pada tangannya.

Harisya mengetap gigi. Xin pula tertanya-tanya akan surat yang berada pada tangan Eden. Adakah itu surat yang sama dengan surat yang dijumpai oleh Harisya dan Yuri?

"Aku dah tak ada pilihan lain!" laju tangan Yuri menekan butang kecemasan. Siren mula kedengaran, menggegarkan ruang bangunan. Mikhail dan Irene yang masih berada di tingkat empat sudah mengetahui akan hal itu. Mereka mula berjalan ke arah Bilik Mesyuarat.

Eden memandang tajam ke arah Yuri. Dia tersenyum licik seperti sudah ada rancangan. "Mari kita lihat, siapa yang akan menang."

*****

Sesi perbincangan buat kali kedua telah bermula. Kiraan menurun masa dalam tujuh minit terpapar pada skrin televisyen. Semua pemain sudah berada di kerusi. Wajah mereka terlihat serius. Hanya Eden yang tersenyum licik. Beberapa surat pada tangannya diperhati ramai.

"Surat apa kat tangan kau tu?" tanya Ivan yang sudah lama menatap surat maklumat pada tangan Eden.

"Kau akan tahu nanti. Sekarang ni, aku serahkan kepada Yuri untuk jelaskan sebab kenapa dia tekan butang kecemasan."

Yuri memandang tajam ke arah Eden sebelum membuka mulut, "Aku panggil kau orang semua dalam sesi ni untuk berbincang pasal tuduhan pagi tadi. Fiqa, kau tahu apa maksud 'antipalos' yang ada dalam surat maklumat sebelum ni?"

Terasa berat hati ingin menjawab, Fiqa sekadar menggeleng kepalanya.

"Dia sendiri tak tahu maksud perkataan tu dan terburu-buru tekan butang kecemasan. Aku pula yang jadi mangsa tuduhan. Tapi, sebaik saja aku mengaku sebagai Detektif, Eden bersuara dan tuduh aku bermati-matian. Kenapa waktu tu kau mengaku sebagai Detektif?"

"Sebab aku ialah Detektif dan kau ialah Mafia," balas Eden dengan ringkas.

"Aku dah jumpa maksud di sebalik perkataan 'antipalos'. Maksudnya adalah lawan. Kalau dalam surat yang aku jumpa pagi tadi cakap Mafia ialah perempuan, bermakna ... identiti sebenar Mafia ialah lelaki," balas Mikhail.

"Kau tuduh Yuri dan ambil identiti Yuri untuk tutup identiti sebenar kau. Tu satu tindakan yang bodoh. Dah jelas, kau bukan Detektif. Kau ialah Mafia!" lantang Harisya bersuara.

Tenang, Eden menongkat dagu dengan tangan kirinya. "Macam mana kalau ada dua orang Detektif? Aku dan Yuri ialah Detektif? Lagipun, kita tak tahu berapa jumlah Mafia, Doktor dan Detektif dalam permainan ni."

"Betul apa yang kau cakap tapi dalam sesi perbincangan sebelum ni, kau kata kau dah siasat Yuri dan tuduh dia sebagai Mafia. Sekarang kau cuba nak cakap yang Yuri ialah Detektif pula?" soal Ivan.

"Dengar apa yang aku nak cakap. Kita tak tahu siapa Detektif yang sebenar. Dalam situasi ni, hanya bukti saja yang dapat dedahkan identiti kita. Aku ialah Detektif. Orang yang aku dah siasat ialah Yuri dan identiti dia ... Mafia. Itu saja yang aku tahu."

Yuri mengeluarkan kad berwarna hitam. Ditunjukkannya maklumat yang tertulis dengan tulisan berwarna putih pada kad maklumat itu kepada semua orang. "Aku ada jumpa surat maklumat. Dalam surat ni cakap Mafia bermula dengan huruf 'E'. Nama kau saja yang bermula dengan huruf 'E'. Dah tak ada orang lain."

Keadaan menjadi senyap. Semua mata sudah tertumpu ke arah Eden. Namun, lelaki itu masih tersenyum licik. Seperti tidak gentar dengan bukti yang ditunjukkan. Bahkan, dia sudah mengetahui bahawa Yuri akan menunjukkan kad seperti itu kepadanya.

"Surat Maklumat yang kau jumpa tak salah. Tapi, kau fikir tak? Ada orang dah cat tag nama kita kat belakang kerusi ni. Sebab apa dia buat macam tu? Sebab nak sorokkan nama sebenar. Boleh jadi, bukan nama aku seorang saja yang bermula dengan huruf 'E'. Mungkin, ada orang lain. Boleh jadi juga kau," bijak Eden membalas membuatkan semua pemain berfikir.

Lidah Yuri bagaikan terkelu. Tidak terfikir akan hal itu. Malah, dia seperti menggali kubur sendiri tatkala mendedahkan kad tersebut. Jantungnya mula berdegup kencang. Nafasnya naik turun. Otaknya sudah buntu memikirkan cara untuk membuktikan identiti sebenar Eden.

"Betul apa yang dia cakap. Tapi, yang pastinya ... salah seorang daripada kau orang ialah Mafia. Sama ada Yuri bercakap benar ataupun semua tuduhan Eden yang nampak kejam sebelum ini adalah betul," kata Irene.

"Hey, Mikhail ... apa maksud 'antipalos' tadi?" tanya Eden.

"Lawan."

"Aku tak nak cakap yang semua Surat Maklumat yang kau jumpa tu tipu. Mustahil semuanya tipu. Tapi, kau fikir tak? Adakah surat tu hanya tuju kepada seorang Mafia atau semua? Kita tak tahu berapa jumlah Mafia. Katakan ... dua orang. Adakah dua-dua lelaki atau seorang lelaki dan seorang perempuan? Boleh jadi surat tu hanya tuju kepada seorang Mafia ... bukan semua," tambah Eden lagi. Kali ini dia benar-benar tuju ke arah Yuri.

Kata-kata Eden ada benarnya. Hati Ivan yang pada mulanya menuduh lelaki itu mula berbelah bagi. Lelaki itu berfikir panjang. Cuba memahami setiap kata yang dikeluarkan oleh Yuri dan Eden. Cuba mencari kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Yuri terlihat gelisah. Dia sudah tiada kata. Peluh dingin mula membasahi dahinya. Dia menundukkan wajah. Sudah buntu mahu melawan tuduhan Eden. Semua ucapan yang dikeluarkan daripada mulut lelaki itu tampak benar belaka.

Lutfi pula terlihat tenang. Rotinya yang dibawa bersama sudah habis dimakan. Dia tidak ingin terpengaruh dengan kata-kata pemain lain. Apa yang dia lakukan, hanya ikut kata hati. Selagi dia tidak dituduh, dia tidak akan membuka mulut.

"Hanya ada kurang dua minit. Kita kena buat sesuatu," kata Xin kepada Harisya.

Harisya yang sudah mati akal cuba memaksa lidahnya berkata-kata, "T-Tunggu! Ini semua tak betul! Maksud aku ... mungkin betul apa yang kau cakap tapi tu tak buktikan yang kau bukan Mafia! Kau hanya berlagak seperti seorang Villager dan tuduh Yuri sebagai Mafia sebab kau tahu, Yuri ialah Detektif. Dalam permainan Mafia, selalunya Detektif akan jadi sasaran Mafia. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk bunuh Detektif sebab mereka takut identiti mereka akan terbongkar! Sebab tulah, kau tuduh Yuri!"

Tangan Eden mula mengoyakkan tiga sampul surat berwarna putih yang dipegangnya dari tadi. Dikeluarkannya kad berwarna putih, terpapar tulisan hitam lalu ditayang ke arah Harisya. Semua pandangan mula beralih ke arah kad-kad itu.

"Ini Surat Maklumat yang aku jumpa. Surat yang pertama tulis, ada dua orang Mafia. Surat yang kedua pula kata Mafia ialah seorang lelaki dan seorang perempuan. Surat yang ketiga ... hanya ada seorang Detektif."

"Tipu! Aku tak percaya dengan surat-surat tu! Aku tak nampak kau keluar cari surat maklumat di tingkat empat! Hanya aku, Harisya, Xin dan Mikhail saja ke sana dari pagi lagi!" laju Yuri bersuara. Dia yang sudah berdiri dari kerusi mengetap gigi, menatap tajam wajah Eden.

Pantas Eden berdiri seraya membaling kad-kad maklumat ke wajah Yuri, "Kau baca semua maklumat ni! Dah jelas yang kau ialah Mafia!"

"Aku bukan Mafia! Aku ialah Detektif! Xin, Harisya dan Mikhail pun percayakan aku!"

"Kau tak ada bukti untuk mengaku sebagai Detektif!"

Keadaan menjadi semakin huru-hara tatkala Harisya pula berdiri, melantunkan suaranya dengan kuat. "Kau pun sama! Kau tak ada bukti untuk mengaku sebagai Detektif! Aku percayakan Yuri! Dia dah siasat identiti sebenar aku sebagai Villager!"

"Kita dah tak ada masa! Sesi undian dah bermula!" celah Xin dengan nada yang kuat.

Jelas terpapar pada skrin televisyen, kiraan menurun untuk sesi undian. Semua pemain mula mengeluarkan telefon pintar mereka. Terketar-ketar tangan Yuri menekan gambar Eden. Bahkan, dahinya sudah dipenuhi peluh dingin. Matanya berair. Takut sudah menyelubungi jiwa.

"Kau orang! Undi Eden! Dia ialah Mafia!" lantang Harisya bersuara.

"Kalau kau orang semua undi aku, kita akan kalah!" balas Eden pula.

"Lantak kau orang. Aku akan undi siapa yang aku nak," kata Lutfi seraya menekan gambar seorang pemain pada skrin telefon pintar miliknya.

"Ah! Aku tak tahu! Aku tak tahu!" cemas Fiqa sebelum membuat undian.

Nafas Ivan pula tercungap-cungap. Dia mengetap gigi. Masih cuba memikirkan keputusan yang tepat sebelum membuang undi. Berkerut dahinya memikirkan akan hal itu. Hatinya sudah meronta cuba memikirkan siapa yang menipu. Akhirnya, dua kali skrin telefon itu ditekan. Undiannya telah dibuat. Sesi undian sudahpun berakhir.

Yuri duduk dengan lemah. Wajahnya yang pucat tertunduk ke bawah. Akur dengan keputusan yang bakal menimpanya mahupun dia ingin terselamat dalam sesi undian itu. Harisya pula memejamkan mata. Berdoa agar Yuri akan terselamat. Eden juga turut gementar.

Tiba-tiba, skrin televisyen mula memaparkan tiga baris perkataan yang mendapat undian. Dua nama pemain dan satu lagi pilihan langkau. Semua mata tertumpu ke arah televisyen besar itu. Nama Eden yang berada di paling atas, menunggu jumlah undian yang bakal ditayangkan.

Lelaki itu menarik nafas dalam sebelum menghembuskan nafas perlahan. Cuba bertenang walaupun jiwanya sudah tidak tenang. Roman wajahnya bagaikan dapat berbicara akan keadaannya sekarang. Jelas, dia gemuruh menunggu undian.

Tiba-tiba, jumlah undian yang ditunggu sudahpun muncul. Eden mendapat tiga undian. Lelaki itu menarik nafas lega sebelum tersenyum sinis. Sudah mengetahui bahawa dia terselamat. Xin terkejut besar tatkala mengetahui jumlah undian yang diterima oleh Eden.

Jumlah undian pada nama Yuri pula dipaparkan. Luas mata Harisya memandang skrin televisyen. Dia mula mengalirkan air mata. Mula mengetap gigi bagaikan tidak dapat menerima takdir. Kepala Ivan pula tertunduk, tidak percaya. Fiqa pula menekup kepala. Dia menangis teresak-esak.

Yuri pula lemah. Air matanya mengalir perlahan dari pipi, jatuh ke riba. Tubuhnya terasa sejuk. Nafasnya terasa berat. Rintihannya mula kedengaran. Sekali lagi skrin televisyen itu dilihatnya. Masih tidak percaya yang namanya mendapat empat undian.

Tiga undian untuk pilihan langkau pula dipaparkan. Tidak peduli dengan tayangan itu, Harisya lantas bangun dari kerusinya. Laju tubuh Yuri yang berada di sebelah Ivan dipeluk erat. Dia menangis tersedu-sedu. Eden yang juga berada di sebelah Yuri mula bangun dari kerusi. Dia berjalan menuju ke arah pintu keluar diperhati tajam oleh Xin.

"Maafkan aku, Yuri! Aku tak dapat lindungi kau! Maafkan aku!"

"Harisya ... kau dah buat yang terbaik. Terima kasih sebab percayakan aku," suara Yuri yang sebelum ini periang, kini kedengaran tidak bermaya.

"Tolong maafkan aku! Maafkan aku, Yuri!"

Ivan mengetap gigi. Cuba menahan geram. Fiqa pula sudah teresak-esak menangis seraya menekup wajahnya.

"Harisya ... aku tak nak mati! Aku tak nak mati! Aku perlu bayar hutang rawatan adik aku! Harisya! Aku tak nak mati! Tolong aku!"

Tiada jawapan yang mampu dibalas oleh Harisya. Tubuh Yuri dipeluk erat. Hanya tangisan yang mampu diluahkan. Dia tahu, sudah tiada lagi harapan buat Yuri. Sudah tiada lagi cara untuk menyelamatkan gadis itu.

"Harisya, tolong aku! Aku tak nak mati! Aku tak..."

Bom!

Kolar besi pada leher Yuri meledak, membunuhnya. Semua mata beralih ke arah Harisya. Mereka terkelu, terpaku tidak terkata. Kerusi dan meja Bilik Mesyuarat dipenuhi percikan darah. Lutfi pula kaku. Wajahnya dipenuhi titisan-titisan darah. Bahu kiri juga Ivan dipenuhi percikan. Perlahan-lahan matanya beralih ke arah Harisya. Harisya masih lagi memeluk tubuh Yuri. Tubuh yang sudah tidak bernyawa.

"Ah!" Fiqa menjerit ketakutan. Dia berlari keluar dari Bilik Menyuarat dengan wajah yang terkena percikan darah.

"I-Itu ke nasib orang yang dah disingkirkan?" soal Irene tergagap-gagap.

"Aku nak keluar. Kau orang buat apa yang patut," kata Lutfi sebelum berjalan keluar dari Bilik Mesyuarat diikuti oleh Eden dan Irene. Ivan juga mengatur langkah perlahan, keluar dari bilik mesyuarat.

Xin dan Mikhail serentak bangun dari kerusi. Mereka berjalan menuju ke arah Harisya yang masih menangis, memeluk tubuh Yuri.

"Harisya ... aku juga rasa kesal tapi ni hanya permulaan. Kita tak boleh kalah lagi. Aku rasa pelik dengan undian tadi. Eden dapat tiga undian. Yuri dapat empat dan ada tiga undian lagi yang langkau," kata Mikhail.

"Apa yang pelik?" soal Xin pula.

"Ada sepuluh undian sedangkan kita hanya ada sembilan orang pemain."

"Bila kau cakap macam tu, baru aku perasan. Tapi, macam mana boleh ada sepuluh undian?" balas Xin dengan soalan.

Mikhail tidak mahu berbahas panjang. Masih ada satu soalan yang bermain di fikirannya. "Hey, Harisya ... jawab soalan aku. Kau ... pernah Mafia Game sebelum ni kan?"

















Among us: Revenge

Tamat untuk Jilid 1: Detektif.

Continue Reading

You'll Also Like

184K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐑𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐑𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐑𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐑�...
1.1M 59.1K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejΓ‘ vu. Setiap kali...
881K 115K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
74.8K 2.6K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] ‼️WARNING ‼️ (rajinkan diri anda untuk membaca) πŸ“’Sinopsis ada di dalam. πŸ“’...