๐“๐ก๐ž ๐ƒ๐ž๐š๐๐ฅ๐ฒ ๐๐š๐ซ๐ญ๏ฟฝ...

By meowngiiee

4.9K 783 751

" The most dangerous married couple yang aku pernah jumpa " Started: June 11, 2022 Ended: July 3, 2022 More

ใ€Ž 1 ใ€
ใ€Ž 2 ใ€
ใ€Ž 3 ใ€
ใ€Ž 4 ใ€
ใ€Ž 5 ใ€
ใ€Ž 6 ใ€
ใ€Ž 7 ใ€
ใ€Ž 9 ใ€
ใ€Ž 10 ใ€
ใ€Ž 11 ใ€
ใ€Ž 12 ใ€
ใ€Ž 13 ใ€
ใ€Ž 14 ใ€
ใ€Ž 15 ใ€
ใ€Ž 16 ใ€
ใ€Ž 17 ใ€
ใ€Ž 18 ใ€
ใ€Ž 19 ใ€
ใ€Ž 20 ใ€
ใ€Ž 21 ใ€
ใ€Ž 22 ใ€
ใ€Ž 23 ใ€
ใ€Ž 24 ใ€
ใ€Ž 25 ใ€
ใ€Ž 26 ใ€
ใ€Ž ๐“”๐“ท๐“ญ ใ€
ใ€Ž ๐“ข๐“น๐“ฎ๐“ฌ๐“ฒ๐“ช๐“ต ๐“’๐“ฑ๐“ช๐“น๐“ฝ๐“ฎ๐“ป I ใ€
ใ€Ž๐“ข๐“น๐“ฎ๐“ฌ๐“ฒ๐“ช๐“ต ๐“’๐“ฑ๐“ช๐“น๐“ฝ๐“ฎ๐“ป II ใ€
ใ€Ž ๐“ข๐“น๐“ฎ๐“ฌ๐“ฒ๐“ช๐“ต ๐“’๐“ฑ๐“ช๐“น๐“ฝ๐“ฎ๐“ป III ใ€

ใ€Ž 8 ใ€

183 31 12
By meowngiiee

: ̗̀➛minju's pov

"Awak"

Wajah Sunwoo menghadap aku, namun anak matanya langsung tak beralih daripada tv

"Kenapa?"

"Saya nak tanya sesuatu boleh?"

"Tak" Laju Sunwoo menjawab dengan tegas sebelum menghadap semula kearah tv

"O-okay... sorry..." Aku tunduk bermain dengan jari jemari

Sejak tengahari, sehingga sekarang sudah 8 malam. Sunwoo mengekalkan wajah ketat dia. Semua sebab perempuan pelik tadi

Aku nak tahu jugak siapa dia. Kenapa Sunwoo marah sangat dengan dia tu

Pandangan aku hanya tertumpu pada tv. Langsung tak fokus dengan berita yang disiarkan. Fikiran aku hanya memikir cara untuk bertanya Sunwoo tanpa buat dia marah atau tak selesa

"Malam ni nak ribut petir lah" Beritahu Sunwoo tiba tiba

"Yeke?"

Sunwoo ketawa sinis lalu memandang aku

"Kau tengok tv, tapi kenapa kau tak dengar apa yang pemberita tu cakap?" Sunwoo menggeleng kepala tidak percaya

"Tapi... betul ke malam ni nak ribut petir?"

KRAK BAM!

Serentak itu bunyi petir tiba tiba menyambar. Aku tersentak dan dengan refleksnya aku melompat hingga merapati Sunwoo

Jantung sudah berdegup dengan kencang. Aku tak suka petir. Bukan sebab takut akan bunyinya

Tapi disebabkan suatu kejadian semasa aku masih berada di sekolah menangah. Aku dan kawan kawan menyertai camping yang dianjurkan oleh sekolah lain. Kami mewakili sekolah kami

Malam itu, ribut petir dan hujan lebat tidak henti. Kami diculik oleh beberapa fasilitator lelaki dan diheret ke hutan. Ketika hujan membasahi tanah, aku terpaksa menjadi saksi rakan rakan aku dirogol dan dibunuh dengan kejam

Mereka meronta ronta untuk dilepaskan namun lelaki lelaki tak guna itu galak melepaskan nafsu gila masing masing. Sebelum sempat mereka hendak menyentuh aku sebagai mangsa terakhir, polis dan appa datang bersama Hyunjae

Kawan kawan aku mati. Kecuali aku. Disebabkan itu aku trauma. Setiap kali hujan lebat dan ribut petir, aku akan teringat kejadian itu

"Kau okay tak ni?" Aku pandang kearah Sunwoo

Kedudukan kami yang melaga bahu antara satu sama lain buatkan wajahnya lebih dekat dengan aku. Terpegun aku dengan visual dan pandangan redupnya

Namun seketika kemudian, aku kembali pada realiti

Cepat cepat aku menjarakkan tubuh. Kusyen dicapai dan aku peluk dengan erat

"S-sorry" Ujar aku perlahan

"Astraphobia" Sebut Sunwoo tiba tiba

"M-mana ada..."

"Tak payah tipu. Aku tahu. Sebab tu kau selalu reject job kalau masa tu tengah ribut atau tengah petir, kan?" Teka Sunwoo lagi lalu ketawa kecil

Aku diam sejenak. Takkan nak tipu. Betullah tu. Aku akan reject dan menyendiri dalam bilik sampai hujan reda dan tak ada bunyi petir

"Kau nak tidur dengan aku tak malam ni?" Pelawa Sunwoo tiba tiba

Lambat aku hendak memikirkan jawapannya

Teragak agak aku menggeleng

"T-taknak..."

"Yeke taknak? Ribut petir kalini lagi kuat daripada biasa. Mungkin berlarutan sampai esok pagi"

Air liur ditelan terasa kelat. Kalau dekat rumah dulu boleh lagi aku nak menyorok di ruang bawah tanah yang kedap bunyi. Appa yang cipta bilik tu khas untuk aku

Tapi di rumah Sunwoo, mana ada tempat macam tu

"Erm..."

"Aku ajak sekali je. Nak atau taknak?" Aku pandang Sunwoo

Perlahan sahaja aku menggeleng kepala walaupun sebenarnya tak rela

Sunwoo senyum sengit dan mengangguk lalu bangun daripada sofa

"Aku nak tidur dah. Bubye. Goodnight~" Dia melambai kecil pada aku dan menuju ke tangga

Ternganga aku dibuatnya. Rasa macam nak tahan dia supaya jangan pergi pun ada

Buat kedua kali kilat menyambar. Laju aku menggunakan kusyen sebagai penutup telinga

Tubuh dibaringkan pada sofa sambil menutup mata dengan rapat

Bunyi hujan lebat dan petir membuatkan semua jeritan mendiang rakan rakan aku dahulu kembali terimbas

"Arkh t-tolong! hiks s-sakit!! AARGHH!"

"Hentikan! hiks tolong berhenti! S-sakit arkhh!!! tolongg!!! hiks hiks"

Air mata mengalir sambil mengetap bibir menahan diri daripada meraung. Degupan jantung sudah mula meningkat buatkan aku semakin takut

"A-appa... hiks... musseoweo..."

Tiba tiba kusyen yang menutup telinga dialihkan. Sunwoo menarik tubuh aku supaya kembali duduk

Laju aku memeluk Sunwoo kerana ketakutan. Teragak agak dia hendak membalas. Namun beberapa ketika kemudian, Sunwoo mengusap belakang badan aku perlahan

"Jangan nangis. Aku ada" Pujuk Sunwoo

Sebelum aku sedar, sepasang headset sunwoo pakaikan menutup telinga aku dengan melodi lagu yang cukup menenangkan

Sunwoo tarik aku perlahan supaya baring bersebelahan diatas sofa

Memandangkan sofa ini ruangnya luas, ia dapat memuatkan kami berdua

Tangisan aku mula reda kerana musik yang Sunwoo pasang. Dia tidak henti mengusap belakang badan aku untuk memujuk

Sesekali, air mata yang membasahi wajah aku dikesat Sunwoo menggunakan lengan baju dia

"Tidur okay? Jangan takut, aku ada dengan kau"

Lembut dan tenang suara Sunwoo buat aku mengangguk. Dia mengeratkan lagi dakapan hingga wajah aku terperosok diceruk lehernya

Cuba untuk menenangkan diri dengan lagu yang Sunwoo pasang

Hug - Seventeen

Walaupun maksud lagunya sungguh mendalam, namun melodi lagu ini sungguh lembut. Tambahan Sunwoo seolah olah sedang mendodoikan aku buat aku makin selesa

Tidak lama kemudian, rasa takut aku hilang dan aku terus terlena di dalam dakapan Kim Sunwoo. Langsung tidak sedar apa yang berlaku selepas itu

"Goodnight princess"

"I love you..."

≪•◦ ❈ ◦•≫

Continue Reading

You'll Also Like

58.9K 4.7K 87
Sambungan kehidupan sekawan berempat selepas berkahwin, adakah mereka akan gembira menjalani kehidupan mereka yang baru sahaja berumah tangga? Note :...
128K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
8.6K 794 15
Draco Malfoy asyik menangisi nasibnya di tepi tasik yang bernama Black Lake. Hujan lebat yang turun seakan menangisi nasibnya. Lelaki itu bermandi hu...
5.5K 625 34
๐”—๐”ž๐”ข๐”ซ๐”ซ๐”ฆ๐”ข ๐”ฑ๐”ฅ๐”ข ๐”ช๐”ž๐”ฆ๐”ซ !! "๐”…๐”ข ๐” ๐”ž๐”ฏ๐”ข๐”ฃ๐”ฒ๐”ฉ ๐”ด๐”ฆ๐”ฑ๐”ฅ ๐”ถ๐”ฌ๐”ฒ๐”ฏ ๐”ด๐”ฌ๐”ฏ๐”ก๐”ฐ. ๐”’๐”ซ๐” ๐”ข ๐”ฆ๐”ฑ'๐”ฐ ๐”ฐ๐”ž๐”ฆ๐”ก, ๐”ฑ๐”ฅ๐”ข๐”ถ ๐” ๐”ž๐”ซ ๐”Ÿ๐”ข ๐”ฃ๐”ฌ๐”ฏ๐”ค๐”ฆ๐”ณ๐”ข๐”ซ...