𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥'𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫...

By Missliluna

245K 4.7K 241

[TERBIT DI BAWAH FAJAR PAKEER] Ditikam belakang, dimanipulasi, diperdaya. Dunia ini sebuah lakonan. Tiada keb... More

BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 1

13.3K 640 41
By Missliluna

Beberapa tahun lalu...

BIBIR melorek senyuman sinis. Telatah riuh rendah beberapa orang remaja 17 tahun membuat dirinya terhibur. Botol arak yang berwarna merah dibawa rapat ke bibir, lalu diteguk dengan rakus. Sudah meraikan kejayaan atas kejatuhan pesaingnya biarpun peperangan masih belum berakhir. Dia belum mengangkat piala sepenuhnya. Tetapi, dia yakin seratus peratus bahawa dia memperoleh kemenangan dalam peperangan tersebut.

Mustahil dia akan kalah. Lawannya hanya ejen rahsia muda yang bodoh. Bagai langit dan bumi jika ingin dibandingkan dengan dirinya yang jauh lebih kuat. Kata orang, sudah makan garam. Sedangkan mereka, baru ingin mengenal dunia.

"Bèn. Orang tua tak sedar diri. Kau sepatutnya beri legasi kau pada aku dari dulu. I give you choices, but you choose to sacrifice. Kau terlalu percayakan cucu kesayangan kau sedangkan dia tidak sekuat seperti dalam bayangan kau," katanya sendiri. Kemudian, tawa terletus dari bibir membuat koncokonco di sekelilingnya meneguk payah liur, takut. Senyuman psiko itu memberi petanda buruk.

"Farewell, Tengku Zaria." Tubuh menyandar di kerusi.

Sepasang iris hijaunya terkunci pada skrin komputer. Sedang menonton 'drama aksi' yang menarik. Hiburan waktu lapang. Dia sering menantikan tayangan drama tersebut. Dan akhirnya, waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba...

Bersama revolver yang disisipkan di belakang poket seluar, mereka bersama-sama berpecah ke beberapa tempat. Ada beberapa halangan yang mereka lalui untuk melepasi ruangan bawah tanah vila mewah itu.

Sekarang, setiap orang memasang mata dan telinga dari posisi masing-masing. Rancangan ringkas daripada ketua unit mereka, Quinn Isabella telah meletakkan mereka di posisi yang jauh tersorok dan sukar bagi konco-konco si penculik mengesyaki keberadaan mereka.

"Felix, Starla! Jangan bergerak!" Jeritan daripada rakan di hujung talian menghentikan langkah mereka berdua. Spontan kaki pasangan itu brek dari terus melangkah.

Tubuh menyandar dengan statik ke dinding. Bernafas perlahan-lahan, tidak mahu musuh dengari deruan nafas mereka.

Pada waktu yang sama, datang dua orang lelaki bertopeng melintas di sebelah bersama senjata.

Begitu kucar-kacir di ruang kolam renang. Apabila kedengaran tembakan dilepaskan dari arah sana, dengan pantas lelaki-lelaki bertopeng tadi bergerak turun ke tingkat bawah. Tanpa sedar, sebenarnya ada dua remaja asing berdiri di sebalik dinding yang sama.

Felix dan Starla melepaskan nafas lega.

"Nenda tiada di dalam mana-mana bilik." Nafas Ryan Lovis termengah-mengah menyampaikan maklumat. Kepala dipusingkan ke kiri, kanan. Clear.

Sebelum konco-konco penculik itu menangkapnya, pantas dia bergerak ke tingkat dua. Dia belum semak di sana. Sedikit jauh dari posisi sepatutnya tetapi tidak mengapa. Tubuhnya bergerak mengikut firasat hati.

"Ryan, aku akan tunjukkan arah," celah lagi seorang penggodam daripada unit mereka, Adrian.

"Tak apa. Kau bantu Bella." Dia percaya dengan kebolehan dirinya. Umur mereka yang berusia 17 tahun tidak menjadi halangan. Mereka kini merupakan ejen rahsia muda yang profesional. Dia tahu apa yang patut dia lakukan.

"Jangan sibuk tentang aku." Datang suara garang Isabella menyergah di gegendang telinga. Perlahan tetapi cukup tegas untuk membuat mereka mengikuti arahan wanita itu. Dia merupakan ketua bagi operasi ini.

Dan operasi sulit ini bagaikan nyawa kepada mereka. Kerana jantung mereka berada dalam posisi bahaya. Ada nyawa yang perlu diselamatkan oleh remaja seperti mereka.

"Kalau susah sangat, kau bantu aku ajelah, Ad!" Darren di sini bermati-matian mempertahankan diri, boleh pula mereka di sana bertengkar.

Bang!

Tembakan dilepaskan tepat kepada dua, tiga musuh di sekeliling kawasan kolam renang. Satu demi satu mangsanya jatuh tatkala mengenai das tembakan yang tidak tahu datang dari mana.

Tercari-cari dari mana datangnya serangan tersebut. Tembakan ada, tetapi penyerang tiada.

Segera Rose menundukkan kepala. Bersembunyi daripada ditangkap oleh musuh setelah melepaskan serangan. Dia dan Darren membuat serangan dari bumbung rumah stor berhampiran kawasan kolam renang tersebut.

Deruan nafas rakan setugasnya kedengaran bergetar apabila pandangan terkunci pada satu sosok tubuh wanita tua yang diikat kemas pada kerusi. Buat seketika, jantung Isabella luruh melihat itu.

"Agents. Aku dah..." Tidak gagah lidah Isabella untuk menyempurnakan ayat.

"Jumpa nenda." Jantung mula berdegup laju. Perasaan sedih dan marah bercampur baur sebaik saja dia memandang tepat ke arah figura nendanya dari tempat penyembunyian. Sebelah tangan mengempal buku lima.

"Bangun!" Satu jerkahan kuat menggamit perhatian mereka semula. Kerusi Tengku Zaria ditendang. Dengan sisa tenaga yang ada, wanita tua itu perlahan-lahan mendongak, memandang empunya suara.

Bagai dipanah oleh petir. Tubuh terkaku. Anak matanya dan si penculik itu bertemu. Tanpa sedar, air matanya gugur. Enggan percaya.

"A... Aurora?" Betapa hancurnya hati Tengku Zaria apabila mendapat tahu syaitan yang menculiknya merupakan cucunya sendiri.

"Ah, so you do remember me?" soal wanita itu sinis. Quinn Aurora. Cucu sulung kepada Tengku Zaria. Dan kakak sulung kepada Quinn Isabella.

"Kenapa..." Rasa sakit di badan tidak dapat menandingi rasa sakit di hati. Dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini, mengapa harus cucunya? Mengapa harus Aurora? Mengapa?

"Rara nak apa lagi? tak cukup Rara seksa nenda hidup-hidup?!" jerit Tengku Zaria dengan berani bersama nafas yang tersekat-sekat. Linangan air mata jatuh ke pipi.

"Dasar binatang!" jerit Tengku Zaria lagi mempertahankan diri. Aurora memandangnya dengan tatapan tidak berminat sebelum hujung bibir itu terangkat sinis.

Setapak dia merapati sosok tubuh lemah Tengku Zaria.

Nafas nendanya yang mula terputus-putus, tidak dia endahkan. Sudah separuh nyawa pun masih bertegas? Nenda hanya merisikokan dirinya dengan tindakan bodoh seperti itu.

"Dan binatang ini yang akan bawa kau masuk ke dalam kubur." Serentak itu belakang kepala Tengku Zaria dicengkam, membuat kelopak mata wanita itu terpejam. Bibir mendesis, menahan sakit. Kemudian, kepala Tengku Zaria dibawa rapat ke wajahnya.

"Bunuh nenda, Rara..." Bergetar nada Tengku Zaria memohon. Makin kuat cengkaman pada kepalanya. Jeritannya bergema tatkala menerima serangan spontan itu. Mereka melawan tatapan. Tajam.

"Jangan risau. Aku pasti akan bunuh kau, tapi bukan sekarang. Aku nak cucu-cucu kau sendiri tengok detik kematian kau. Terutamanya cucu kesayangan kau, Isabel." Penuh keji kata-kata Aurora.

"I wonder what does it feels like to see the death of their beloved person?" Selepas itu, bawah rahang Tengku Zaria dicekak sekali gus membuat kepala wanita itu separa dongak, memandang tepat ke dalam mata Aurora. Seakan-akan ada bara api di sebalik tatapan hitam itu. Pandangan yang penuh kebencian.

Dari sudut jauh, Isabella mula panas punggung. Tidak dapat mengawal diri apabila nendanya dilayan sebegitu rupa dengan kakak sulungnya sendiri.

Sejak kecil, Aurora benci keluarga mereka. Dia dilayan seperti sampah dan semua orang mengagungkan setiap kejayaan Isabella seolah-olah Aurora bukan daripada keluarga itu.

Dituduh menjadi pelacur, sedangkan dia seorang mangsa kejadian. Sejauh mana dia mempertahankan diri, pada akhirnya dia akan jatuh ke tanah juga. Dia akan sentiasa mejadi yang terburuk di mata mereka.

"Apa yang Rara nak dari nenda, sayang?" Tengku Zaria menayang senyuman perit. Dia tidak mampu melawan Aurora yang jauh lebih kuat berbanding dirinya.

"Silap nenda tak beri NSA kepada Quilong." Tegas penjelasan Aurora.

Kata-kata dari bibir Aurora menjelaskan bahawa dia merupakan sebahagian daripada The Quilong.

Merujuk carta organisasi jenayah, The Quilong merupakan kumpulan gengster Cina terbesar di Asia Tenggara. Bukan gengster tahi kucing, tetapi gangster berkelas tinggi.

"Separuh jiwa nenda ada dalam NSA. Langkah mayat nenda dulu sebelum rampas NSA dari kawalan nenda." Mata Tengku Zaria merah. Bukan kerana menangis, tetapi menahan amarah. Dia kacip rapat gigi.

Dia sanggup dibunuh jika itu dapat menyelamatkan bahtera berharganya. Neith Secret Agency. Satu-satunya legasi yang dijayakan oleh dirinya dan arwah suaminya.

Manakala, The Quilong. Musuh ketat Neith Secret Agency sejak ia ditubuhkan. Ahli kongsi gelap itu memerlukan mereka sebagai pembekal maklumat supaya dapat terus melakukan jenayah yang membabitkan hal luar negara. Enggan berbohong, tetapi gabungan antara The Quilong dan Neith Secret Agency dapat menjadikan The Quilong dua kali ganda lebih kuat berbanding sekarang. Kerana itu, The Quilong sering menginginkan khidmatan Neith Secret Agency di bawah mereka.

"A... apa dosa Bella kepada Rara sampai Rara sanggup buat nenda macam ni?" Tubir mata Tengku Zaria masih hangat. Seketika dia mencelik mata, menahan kesakitan yang luar biasa.

Tiada nenek yang menginginkan cucu-cucunya bermusuhan. Apatah lagi apabila mereka ada pertalian darah. Sebelum Tengku Zaria menghembuskan nafas terakhir, bukan pertama kali, dia mahu melihat Quinn Aurora dan Quinn Isabella berbaik seperti dahulu. Tanpa hasrat dengki, tanpa salah faham, tanpa dipisahkan.

Belum sempat Aurora mengeluarkan kata, tiba-tiba ada satu suara menghentikan mereka. Sebelah kening terangkat sinis melihat gerangan tersebut di hadapan mereka.

Isabella datang rapat. Dengan itu, Aurora terus menukar posisi. Dia kini berdiri di belakang kerusi Tengku Zaria. Melekapkan revolver pada sisi kepala, membuat bibir Tengku Zaria menggigil hebat.

"As your sister, I love you Rara. But as your enemy, I fucking hate you. Now I choose you as my enemy, not my sister." Isabella mengemam rapat bibir, menahan rasa. Tidak mahu menangis disebabkan oleh seorang wanita yang kejam dan keji. Tajam panahan buat wanita itu. Rasa marah dan kecewa bercampur baur.

"Welcome, Isabel. Tak sangka kau dah ada di sini." Jelasjelas nada Aurora mengejek Isabella. Walhal dia tahu Isabella sedang bersembunyi, memantau gerak-gerinya dari jauh.

"Don't touch her with your dirty hand Rara." Keras amaran buat Aurora.

"Oh. Macam ni, ke?" Alora menekan lebih rapat picu revolver.

"Quinn Aurora."

"Kenapa aku perlu ikut arahan kau? Kau... Siapa? Aku tiada adik," provok Aurora lagi sinis.

"Jika begitu, aku tiada kakak seperti kau." Isabella tidak gentar.

"Bella, bawa Aurora jauh daripada nenda. Aku ada di belakang pintu. Biar aku seludup masuk." Ryan kini berdiri benar-benar di belakang pintu bilik bawah tanah itu. Dari sudut pandangan Isabella, dia dapat lihat separuh wajah Ryan yang membelakangi Aurora.

Sekilas Isabella mengalihkan pandangan. Bukan jawapan diberi. Sebaliknya, earbud yang dipasang ke telinga itu, Isabella campak ke tepi. Membulat luas biji mata Ryan melihat tindakan luar jangkaan tersebut.

"Ah, Bella!" Bibir mendecik geram. Jika tidak keras kepala, bukan Quinn Isabella namanya.

"Kenapa, Ryan?" Nada mereka di hujung talian penuh kerisauan.

"Bella. Dia tak dapat dengar kita lagi. I got bad feelings over this." Tergamam mereka dibuatnya. Nak kata terkejut sangat, tidak juga. Kerana ketua pasukan mereka itu sering bertindak luar kawalan.

Hanya Isabella seorang sahaja boleh bertindak sebegitu. Jika sesiapa di antara mereka melakukan perkara sama, hukuman bakal menanti mereka.

"Turunkan senjata kau, Rara. Lepaskan nenda dan bunuh aku." Wajah Isabella merah, antara marah dan kecewa. Isabella turut menurunkan revolver dalam pegangannya ke bawah.

"Bella jangan..."

"Nenda. Lima minit lalu Bella kehilangan mommy daddy. Nenda satu-satunya keluarga yang Bella ada sekarang. I really meant it when I said I will take a bullet for you. Just don't leave me." Bibir Isabella bergetar hebat. Tetapi tiada air yang mengalir keluar dari tubir mata.

Seketika tadi, Aurora telah membunuh ibu bapanya. Dia tidak sanggup untuk menerima satu lagi kematian yang akan mematikannya. Dia gagal mempertahankan kedua-dua ibu bapanya dan sekarang dia tidak mahu mengulangi perkara yang sama. Untuk nenda, dia akan berjuang habis-habisan.

"Aw, cute. But cringe." Sesaat Aurora menayang senyuman sebelum ia mati.

Bang!

"Nenda!" Spontan peluru dilepaskan ke sisi perut Aurora yang memegang pistol itu. Terus dia bergerak mendapatkan Tengku Zaria apabila Aurora merengang kesakitan.

"Bella!" Tepat pada masanya, Ryan berlari menuju ke Isabella. Dia cuba mencempung tubuh wanita tua itu.

"Argh!" Tidak henti-henti darah mengalir dari tangan. Tubuh terjatuh ke lantai. Kedudukan pistolnya yang jatuh tadi tidak jauh daripadanya.

"Ryan, A... Aku nak bawa nenda keluar." Debar Isabella sambil meleraikan ikatan ketat pada pergelangan tangan dan kaki Tengku Zaria. Menggigil tangan itu melepaskan satu per satu. Jantung dapat bertenang. Dia terlalu takut.

Takut kehilangan...

"You're shaking." Mata Ryan tidak lepas dari terus memandang Isabella yang dihanyuti dengan rasa takut.

Menggunakan sisa tenaga yang ada, kaki direnggangkan ke sana. Hujung kaki menguis senjata itu ke arahnya. Sementara sebelah tangan menggenggam kawasan pendarahan dari terus memancut keluar. Peluh menitik ke dahi, menahan kesakitan.

"Adrian, Angelina, beritahu aku sekarang sama ada jalan keluar selamat atau tak?" Ryan cuba berkomunikasi dengan dua orang penggodam dari unit mereka.

Jeda.

Pada masa yang sama, Isabella berlari sambil mencempung keluar Tengku Zaria dari ruangan itu tanpa perasaan takut. Otaknya hanya memikirkan satu perkara. Menyelamatkan nenda.

"Isy, Bella! Tunggu..."

Bang!

"Ark!!!" Dengan itu, kedua-dua belah kepala lutut Ryan jatuh.

Campuran darah dan kahak diludah. Bibir itu kemudiannya, menyinis. Nafas termengah-mengah. Ya, Aurora sempat melepaskan tembakan sebelum Ryan sempat mengejar langkah pantas Isabella yang kian hilang dari radar.

"Kau nak ke mana, hah?" Aurora tertawa psiko.

"Da... Datang ke bilik bawah tanah sekarang!" arah Ryan. Sebelah kakinya yang mengenai peluru dibawa rapat ke dada.

Sekali lagi, tiada sahutan. Berkerut dahi Ryan.

Pada masa yang sama...

"Aku kata tak boleh, tak bolehlah!" Geram Angelina Theodora bersama jemari yang menari di atas papan kekunci.

"Cuba lagi, Ann! Kita tak tahu apa sedang terjadi di sana!" desak Adrian Evander yang juga bertungkus lumus mendapatkan semula sistem mereka. Hubungan mereka terputus dengan rakan-rakan mereka di sana.

Berkemungkinan besar mereka telah digodam oleh penggodam lain tetapi individu itu bukan mereka berdua.

"Argh, si bodoh mana yang ganggu kita ni!?" Mahu nangis Angelina dibuatnya memikirkan keadaan rakan-rakannya di sana. Sudahlah operasi ini dijalankan secara rahsia. Nahas mereka jika misi ini gagal.

Dan pada masa yang sama juga...

"Rose, bangun!"

"Rose!"

Jerit Darren sekuat hati. Berkali-kali nama itu dilaung ke figura yang tidak meyedarkan diri di bilik sebelah. Ada palang besi memisahkan mereka berdua. Kedua-dua belah tangan digari kemas. Darren dapat rasakan bahawa mereka dikurung di dalam sel rahsia vila ini.

"Macam mana kita boleh terperangkap dalam ni!?" Felix menendang dinding, melepaskan rasa marah.

"Ryan? Bella? Ad? Ann?" Semua nama diseru melalui earbud di telinga Starla. Setelah beberapa kali cubaan, tiada jawapan diterima sebagai balasan.

Mereka berempat disumbat ke dalam satu bilik yang sama tetapi sel yang berbeza. Kali terakhir mereka ingat, mereka dipengsankan. Apabila kembali mencelikkan mata, mereka sudah terikat oleh siapa, mereka sendiri pun tidak pasti.

Sedangkan mereka sudah berjaya menumpaskan semua anak-anak buah Aurora. Tiada baki tersisa. Kecuali...

"Lucas!"

"Lucas..."

"Lucas."

"Lucas."

Sebaris nama itu disebut dengan serentak. Mereka memandang sesama sendiri. Bagaimana mereka boleh terlepas pandang satu-satunya orang penting Quinn Aurora iaitu Lucas.

"Show them no mercy, Luc. Show them." Suara garau itu tertawa psiko. Akhirnya, ejen-ejen muda itu masuk ke dalam perangkap. Tayangan aksi ini semakin menghiburkan.

"Nenda, Bella tolong Ryan kejap aje. Nenda tolong bertahan sikit, boleh? Bella janji..."

"Shhh, Bella. Just go." Bibir itu masih mengulum senyuman sedangkan tubuh dipenuhi luka dan parut.

Bawah bibir diketap, rasa gelisah. Patutkah dia meninggalkan wanita itu sendirian di dalam keretanya? Tetapi, nampaknya semua anak-anak buah Quinn Aurora telah ditumpaskan. Jadi, tidak mengapa jika Tengku Zaria dibiarkan buat seketika waktu.

"Nenda ambil ni, dan bila Ad dan Ann dapat hubungi kita semula, nenda beritahu mereka nenda ada di dalam kereta. I trust you, nenda." Isabella menggenggam tapak tangan Tengku Zaria yang disembunyikan earbud miliknya.

Anggukan lemah diberi. "Jangan risaukan, nenda. Pergi selamatkan Ryan." Pipi lembut Isabella diusap lembut seakanakan menyalurkan kekuatan buat wanita itu.

Isabella menghela nafas berat. Setelah memberi wanita itu kucupan di pipi, Isabella pantas berlari masuk ke dalam vila semula.

Tolong bertahan, nenda.

"Ryan!" Jeritan Isabella bergema tatkala dapati Ryan dan Aurora saling mengacu pistol. Secepat itu, hujung kakinya naik lalu menendang belakang leher kakaknya membuat wanita itu tersungkur ke hadapan. Jatuh melutut.

Terus, tubuh Ryan terseret sama ke tepi dan terhempas ke dinding. Tubuh menindih Aurora. Sebelah tangan naik, mencengkam leher Aurora dengan sisa tenaga yang ada. Adikberadik itu termengah-mengah, mencari nafas.

Wajah Isabella di atasnya membuat dia menghamburkan tawa kecil biarpun dalam keadaan seperti itu. Lidah menolak dinding pipi. Bibir terjongket sinis, meneliti wajah 'suci' si adik.

"Menyerah saja, Rara. Sekarang hanya tinggal kau dan aku." Semakin lama, semakin kuat cengkaman.

"Kau terlalu naif, Isabel. Ka... Kau tak nampak nenda hanya perlukan kau untuk mewarisi legasi dia? Dia tak takut mati sebabkan kau. Kalau kau tiada, siapa yang akan jaga NSA? Sia-sia kau pertahankan dia. Lebih baik kau ikut aku. Kau ma... masih muda, Isabel. Rugi kalau kebolehan kau tak digunakan dengan betul. Uhuk!" Aurora tetap menggigihkan diri. Sedangkan nafasnya saat ini sudah tersekat kerana kekuatan fizikal Isabella.

"Dan apa? Jadi jahat macam kau? Bunuh orang awam tanpa sebab? Demi kepentingan diri?" Bertubi-tubi Isabella mendesak Aurora. Sinar mata itu dihiasi tatapan kemarahan.

"Aku dah kata, kau memang naif. Kau masih belum tahu sisi gelap NSA, Isabel. Kalau kau rasa aku dah teruk, kau akan jadi lebih teruk daripada aku. Agensi itu bukan un... untuk mempertahankan, tetapi menghancurkan."

"Ingat, dunia ini panggung sandiwara. Jangan mudah tertipu."

Prang!

"Cukup!" Tertoleh ke tepi wajah Aurora tatkala tamparan menghinggap pipi.

"Hah, kau memang takkan percayakan aku. Percayalah, kau akan menyesal satu hari nanti. Don't said I didn't warn you, my sister."

"I won't hesitate, Rara. Jangan. Cabar. Aku." Picu pistol dibawa ke bawah rahang Aurora yang mendongakkan kepala.

"Do it." Sedikit pun Aurora tidak gentar.

"Helo? Ryan? Bella? Kau orang dengar aku, tak?" Akhirnya, suara Adrian muncul di hujung talian. Cepat-cepat Ryan membetulkan earbud.

"Ad! Mana kau pergi tadi!?" Nada Ryan meningkat seoktaf. Dia memerlukan bantuan secepat mungkin. Masa semakin suntuk. Pada bila-bila masa sahaja salah seorang daripada adikberadik itu akan mati.

"Sistem kita kena curi. Ann baru dapatkan tadi." Adrian

di sana sedang menyambungkan kamera sekuriti semula ke komputer riba.

"Ad! Tolong keluarkan kita orang!" jerit Darren di hujung talian.

"Cepat! Panas gila dalam ni!" Mereka kini dibanjiri peluh.

"Kejap." Respons Adrian ringkas.

"Eh, mana nenda?" celah Angelina yang tidak nampak kelibatan Tengku Zaria di mana-mana.

"Bella dah bawa nenda keluar." Terangkat sebelah kening Angelina.

"Keluar?" Seketika, Angelina menunjukkan skrin komputer ribanya kepada Adrian. Mereka sedang lihat satu situasi yang agak mengelirukan.

"Ryan, Bella bawa nenda ke mana?" tanya Adrian. Sekarang dia rasa tidak sedap hati.

"Aku tak pasti."

"Ad kau tolong..."

"Ryan! Kau keluarkan nenda dari kereta itu sekarang! Ada bom di belakang bonet kereta Bella! Cepat!" Membulat luas biji mata Ryan. Dengan cemas kaki diseret, bergerak pantas keluar pintu.

"Ann, kau cari Lucas! Dia belum mati!" Sergah Starla di hujung talian.

"Apa!? Bukan semua dah mati, ke!?" Cepat-cepat jemari Angelina bergerak meneliti satu per satu kamera litar.

"Nampak? Aku dah pesan, tetapi kau keras kepala. Tiada sesiapa dalam keluarga kita akan hidup lama, Isabel. Dan masa nenda dah tiba." Serentak Aurora menghamburkan tawa. Jelasjelas berasa puas dengan kejayaan rancangannya.

"Kau masih nak bunuh aku atau selamatkan nenda kesayangan kau?" provok Aurora lagi. "Kau memang bodoh!" Bang!

Bang!

Bang!

Tanpa berfikir jauh, tembakan dilepaskan berterusan. Sama ada darah daging atau tidak, itu bukan kepentingan sekarang. Musuh tetap musuh. Dan musuhnya itu, sudah jatuh ke tangannya disebabkan oleh tindakan melurunya.

Bom!

Tubuh lemah Isabella langsung terjatuh tatkala merasakan getaran tanah. Saat itu, jantung berhenti berdegup sama.

"Nenda!" Pantas Isabella menggagahkan kaki, berlari keluar. Tempat keretanya dituju.

Dunia bagaikan berhenti berputar. Keretanya...Terbakar.

Isabella terjelepok sekali lagi di atas tanah. Anak mata tidak lepas daripada memandang keretanya bersama linangan air mata. Bibir bergetar menyeru sebaris nama. "Nen... Nenda." Dia masih terkejut.

"Nenda!" Tidak dapat diselamatkan lagi. Tangisan berubah raungan. Memanggil-manggil nama yang tidak akan kembali.

Rumput kehijauan tadi menjadi hitam. Sebelah serpihan pintu kereta terpelanting jauh. Kabus asap semakin tebal. Bara api membesar. Di sebalik tatapan kabur, hanya sipi-sipi kelihatan tubuh Tengku Zaria di dalam.

Hatinya terlalu hancur. Dia tidak pernah sangka dia akan menjadi punca kematian nenda. Bertambah hancur apabila melihat kedutan kulit Tengku Zaria berubah rentung akibat kebakaran mengejut tersebut.

"Bella." Rintihan kesakitan Ryan mengembalikan Isabella ke realiti. Belum sempat Isabella mengalihkan wajah, tubuhnya dipeluk erat.

Tubuh Isabella kejung seketika. Lama-kelamaan, terasa baju Ryan dibasahi air mata Isabella. Teresak-esak Isabella menghamburkan tangisan di bahu Ryan. Dadanya terlalu sempit, tidak dapat menerima kenyataan.

"Salah aku, Ryan. Salah a... aku." Semakin kuat pelukan diberikan. Seluruh tubuh Isabella menggigil.

"Bukan salah kau, Bella." Air mata Ryan jatuh ke batang hidung Isabella. Kepergian wanita itu turut dirasai.

Tengku Zaria satu-satunya tempat Isabella bergantung. Dialah ibu, dialah ayah, dialah rumah. Dan kini, Isabella kehilangan rumahnya.

"Bella!" Mereka sama-sama tertampar dengan kenyataann. Terlalu terkejut untuk melepaskan tangisan serta-merta. Nenda... sudah tiada? Tidak. Tidak. Tidak.

Ya. Nenda sudah tiada. Kerana mereka sedang melihat Quinn Isabella merangkap wanita tanpa emosi, menghamburkan tangisan buat pertama kali di hadapan mereka.

"Agents, mission...Fail." Berat Adrian merasmikan kenyataan pahit itu. Dia dan Angelina dari jauh, turut berduka atas kehilangan Tengku Zaria.

Gerak tubuh Isabella terhenti. Ryan mengangkat kepala Isabella di bahunya. "Bella?" Tubuh itu digoncang. Wajah ditepuk-tepuk perlahan.

Mereka yang lain menatap bingung ke arah Ryan. "Bella!" Lantas mereka merapati Ryan.

Kelopak Isabella tertutup. Dia kehilangan tenaga dan pengsan di atas pangkuan Ryan.

Bang!

Bunyi tembakan mencelah dari dalam. Spontan Felix, Starla, Darren dan Rose berlari masuk mencari punca tembakan. Sebaik saja kaki melangkah, kedua-dua belah kaki terhenti. Sekujur tubuh yang terdampar di atas lantai diteliti.

Lucas. Tubuh itu milik Lucas. Lelaki yang mereka cari selama ini. Malangnya, lelaki itu terlebih dahulu membunuh dirinya.

"What a happy ending." Sangat memuaskan. Tidak sia-sia dia menonton tayangan istimewa ini. Kot ditubuh dibetulkan lalu kaki diorak keluar dari 'panggung wayang' tersebut.

Kini, hanya berbaki Quinn Isabella sebagai pewaris Neith Secret Agency. Dan dia akan menakluki agensi itu tidak lama lagi. Membiarkan Isabella membesar menjadi seorang wanita sebelum dia kembali dan mencetuskan satu lagi peperangan setelah anak gadis itu menjadi lebih matang.

Neith Secret Agency akan menjadi miliknya.

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 21 1
KNOWN AS KODAWARI. AKAN DATANG 2025.
1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
1.2M 62K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
34K 328 2
𝐂𝐄𝐎'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 ✧*:・゚ [ badboy x goodgirl trope ] 𝐀𝐫𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐫𝐞𝐥 𝐇𝐨𝐰𝐚𝐫𝐝 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐃𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐲𝐥𝐚𝐧𝐚...