Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]

By inspectoside

655 10 0

Kehidupan Hannah berubah 180 darjah apabila hari yang tidak pernah dia nantikan telah tiba. Pertemuan dengan... More

DEDIKASI
PROLOG
1- PAGI
3- AIDAN
4- HILANG
5 - KEMBALI
6 - DANI
7- PERTEMUAN
8 - JANJI
9 - SISI
10 - SERUPA
11 - PUNCA
12 - DOSA
13 - INDAH
14 - JUMPA
15 - KEBENARAN
16 - MASIH
17 - DALANG
18 - BOSS
19 - RAHSIA
20 - MIMPI
21 - INARA
22 - ASAL
23 - LOKET
24 - SELESAI
25 - MR. BOO
EPILOG

2- SYAH

31 1 0
By inspectoside

MATA Hannah meliar memandang setiap inci biliknya. Agak pelik, jejaka yang dia nampak malam tadi sudah tidak kelihatan. Kedua belah tangan mengosok sepasang mata untuk menjelaskan lagi pandangannya. Betullah tiada. Barangkali apa yang berlaku semalam cuma mimpi.

Tanpa berlengah Hannah bangkit dari katil dan menuju terus ke tandas. Tuala biru cair yang tersidai di sebelah tandas dicapai.

"Haih..." Kedengaran suara yang serak basah dari dalam tandas. Aneh.

"Ya Allah, rezekikanlah aku bernafas lagi hari ni," doa Hannah di dalam hatinya. Risau perkara buruk akan terjadi kepada dirinya.

Dia memberanikan diri menolak pintu tandas sedikit demi sedikit. Hannah mengintai pantulan cermin yang ada di dalam tandas. Malangnya tiada sebarang pantulan manusia pun. Hannah menarik nafas lebih dalam mengumpul keberanian. Hannah menolak kuat pintu tersebut, besar bukaan pintu cukup untuk segala isi di dalam tandas kelihatan.

"Eh mak kau siapa buka pintu ni ayam." Suara tadi kedengaran melatah apabila pintu dibuka seluasnya.

"Eh kau lah siapa ?" soal Hannah kepada lelaki tersebut.

"Aku pun tak tahu aku siapa. Lagi satu kau tak ingat aku ke? Malam tadi, siap bertanya khabar." Kepala digaru cuba memikirkan siapa sebenarnya diri dia.

"Malam tadi?" Hannah berjeda seketika. Dahinya dikerut sedikit cuba mengingati apa yang berlaku malam tadi.

Mata Hannah terpandang kaki jejaka dihadapannya. Tanah tak dijejak. Dia terapung. Satu mentol lampu menyala di atas kepala Hannah dalam imaginasinya.

"Hai, apa khabar?" Tegur jejaka itu bersahaja dengan senyuman semanis gula.

"Hai, khabar baik. Apa nama kau?".

"Nama? Tak, aku tak rasa aku ada nama."

"Pelik. Macam ni lah, apa kata kau fikir dulu nama kau. Aku kena tidur awal, esok sekolah." Tanpa segan Hannah menyelubung dirinya dengan selimut membiarkan makhluk tadi berfikir seorang diri.

"Ohh, ingat!"

"Tepi sikit, bagi aku mandi siap nak sekolah dulu baru kita settlekan problem kau ni." Tangan Hannah yang cuba menolak bahu makhluk tersebut menembusi badanya.

Makhluk itu hanya mengangguk perlahan. Tak pasti sama ada dia sudah ada atau tidak idea untuk namanya.


"SYAH. Aku rasa nama aku Syah," beritahu Syah kepada Hannah yang sedang tekun membetulkan tudungnya di hadapan cermin.

"Kenapa? Yakin itu nama kau?" soal Hannah ragu-ragu.

Bagi Hannah nama Syah dan rupa makhluk itu tak seiring. Dia pun tidak tahu kenapa. Tapi dia yakin yang Syah bukan nama sebenar milik makhluk itu.

"Tak yakin. Tapi nama ni aje ada dalam fikiran aku. Lagi satu sebab nama ni rasa dekat dengan aku. Macam ada satu bond yang kuat. Aku positif rasa nama aku memang Syah," balas Syah sambil mendekatkan kedua-dua tangannya yang digenggam.

"Okay then. Hai Syah, aku Hannah. Selamat berkenalan." Tangan dihulur untuk bersalam.

"Kau tahu kan tak function pun." Mata Syah mencerun memandang tangan Hannah.

Apa masalah budak ini. Ada mana-mana suis otak dia tak terpasang ke pagi ni.

Hannah hanya tersenyum memandang Syah. Dia memang sengaja nak uji Syah pagi itu.


"MORNING, Sunshine," tegur Fateen riang.

"Morning," balas Hannah kepada Fateen dengan senyuman tak lekang di wajahnya.

"Kau tahu kan hari ni sir nak rombak balik tempat duduk."

Hannah menggeleng. Malas Hannah hanya Tuhan yang tahu. Sudahlah buku banyak dibiarkan di bawah meja. Mejanya itu bagaikan loker peribadi dia, segala buku yang malas dibawa pulang diletakkan di situ. Dia juga malas mahu letakkan buku-bukunya di loker peribadi setiap pelajar yang disediakan pihak sekolah. Baginya bawah meja dah ada ruang buat apa mahu pergi loker hujung dunia itu.

"Cis, tak baca Whatsapp ke? Alasan sir,"

Fateen berdehem sedikit cuba meniru lagak Sir Ahmad, guru kelas mereka itu.

"Kamu semua ni berbulu je sir tengok, orang mengajar dekat depan kamu bersembang. Lepas ini sir nak rombak, biar kamu semua duduk dengan member yang tak boleh kamu bawa sembang." Tangan Fateen rancak bergerak ke sana-sini. Betul-betul tekun meniru gaya Sir Ahmad.

"Tapi aku tak borak pun dalam kelas sir." Hannah mendengus kecil

"Ada nampak sir kisah cik Hannah. Okay kelas, sir nak rombak tempat kamu. Semua minta berdiri ya."

Terjungkit bahu Hannah dan Fateen mendengar suara Sir Ahmad di belakang mereka. Sejak tadi lagi Sir Ahmad memerhati mereka. Seronok gosip fasal aku ya.

"Hannah, kamu sebelah Aidan."  Tangan Sir Ahmad menunjukkan tempat sebelah tingkap kiri kelas.

"Tapi sir, tak nak sebelah Hannah-"

"No, no. Tak ada tapi-tapi. Silakan ke tempat yang ditetapkan cik Aidan."

Mata Hannah sekilas memandang Syah yang hanya berdiri tegak bersebelahan Sir Ahmad. Wajah berkerut sungguh. Tak tahu apa yang difikirkan dibenak fikirannya.

"Okay siap. Ha, kan sunyi sikit kelas, kalau tak macam world war dah kelas kamu ini. Sir minta diri dulu." Sir Ahmad terus keluar dari kelas dengan hati yang gembira. InshaAllah selepas ini tiada guru yang akan mengadu kepadanya tentang kelas jagaan dia.


"HAI," ucap Hannah cuba berbasa basi dengan Aidan.

Sunyi tanpa balasan.

Kalau ya pun benci sangat dengan aku, at least balas lah sikit kebaikan aku.

Aidan masih tidak memberi sebarang reaksi positif. Dia meneruskan latihan yang tertangguh tadi.

"Kenapa dia tu?" soal Syah.

Hannah hanya menjungkit bahu. Dia juga tak tahu kenapa dengan mamat di sebelahnya ini.

Nak kata sombong, itu bukan perkataan yang sesuai untuk mendefinisikan seorang Aidan Naim. Malah dia merupakan orang yang paling ramah Hannah pernah lihat sepanjang hidupnya.Bukan setakat kesukaan cikgu-cikgu, mak cik jual keropok depan sekolah itu pun pelawa Aidan menjadi menantunya. Begitulah tahap keramahan Aidan.

Cuma Hannah dan Aidan mempunyai sedikit kisah silam. Mungkin Aidan masih tak melupakannya. Ataupun Aidan masih tidak selesa dengan hal tersebut.


"HANNAH..." panggil Aidan sebelum Hannah bergegas menuju ke kantin. Takut donut lobak merah kesukaannya direbut pelajar lain. Donut lobak merah kantin sekolahnya merupakan donut yang paling sedap Hannah pernah rasa sepanjang hidupnya.

Hannah hanya membalas panggilan Aidan tadi dengan mengangkat kepala sedikit kemudian kembali ke posisi asal. Hairan. Tadi tak dan pula mamat ini mengeluarkan walau sepatah kata dengan dia.

"Kau tak rasa ada something wrong somewhere ke dekat kau punya sekeliling?" soal Aidan.

"Apa maksud kau dengan something wrong somewhere?" Hannah rasa dia tak ada berasa cukup malang lagi hari ini selain penampakkan Syah dalam hidup dia. Kalau boleh dia itu sahajalah malang yang dia mahukan hari ini. Cukup hanya satu. Takut tak mampu dikawal emosinya nanti.

"Erm tak ada apa lah kalau macam itu. Pergilah rebut kau punya donut itu. Kang nanti habis pula." Sempat mata Aidan menjeling susuk tubuh lelaki di sebelah Hannah yang dari tadi berusaha menarik lengan bajunya.

Hannah hanya mengangguk dan pergi meninggalkan Aidan di dalam kelas. Syah di sebelah sudah tidak sabar mahu menceritakan sesuatu pada Hannah. Mungkin dengan cerita ini Hannah dapat membantunya merungkai siapa diri dia yang sebenarnya.


"HAN HAN..." Ya benar. Han Han merupakan panggilan baru untuk Hannah. Istimewa daripada Syah.

"Bila kau nak balik ini? Aku nak cerita panjang lebar apa aku dapat harini," rengek Syah yang dari tadi berada di depan meja Hannah. Sesekali Hannah rasa mahu tampar si Syah ini laju-laju ataupun gam mulutnya dengan gam gajah. Biar dia tahu erti senyap untuk seketika.

Hannah menulis sesuatu di atas kertas cuba berinteraksi dengan Syah tanpa mengundang spekulasi rakan sekelas dan gurunya.

Pukul 1.30 aku balik lah. Kau boleh sabar sikit tak. Bagi aku fokus belajar. Kalau aku fail paper math nanti aku salahkan kau.

Setiap bait tulisan Hannah yang kemas itu dibaca tekun oleh Syah. Kepala menoleh memandang jam di hadapan kelas. Baru pukul 11.30 pagi. Ahh lama lagi! Hatinya sudah membuak-buak mahu menceritakan semuanya pada Hannah.

"Okaylah kalau macam tu. Aku jalan-jalan makan angin dululah. Ta ta." Syah melambai Hannah dan terus terbang pergi dari kelasnya.

"Senyap pun," getus hati Hannah sedikit gembira dengan ketiadaan Syah yang asyik menganggu tumpuannya.

Tiba-tiba terasa tangannya ditolak lembut dengan buku. Hannah menoleh ke kiri melihat Aidan yang memberikan isyarat mata untuk dia membaca isi kandungan buku tersebut.

Kau boleh cakap dengan makhluk tadi ke? I mean laki kat depan kau tadi. Kau nampak dia ke? Kau ada deria lain ke ?

Ahh kantoi sudah.

Selama 16 tahun berkawan dengan Aidan dia berjaya menyimpan rahsia dirinya. Benarlah kata orang malang tak berbau. Kalau berbau Hannah mesti sudah dapat mengagak perkara ini akan terjadi. Maka bertambah satu lagi malang kepada dirinya. Hadap sajalah Hannah kau yang pilih untuk berdiam diri dengan Aidan.

Aidan mengetuk sedikit meja Hannah menyedarkan dia daripada terus mengelamun jauh hingga hilang dari realiti.

"Nanti aku cerita," bisik Hannah jelas untuk Aidan seorang yang mendengar. Aidan hanya mengangguk dan kembalikan pandangannya pada papan putih.

Rasanya sekejap sahaja perbualan mereka tapi papan putih yang memenuhi tiga per empat dinding depan kelas sudah penuh dengan pelbagai nombor. Satu apa pun mereka tak faham.

Bertambahlah satu lagi malang mereka pada hari ini.


note : hai semua, terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya. Jika ada cadangan untuk menambahbaik penulisan saya anda semua dialu-alukan untuk terus memberitahu saya. Segala kesalahan bahasa dan ejaan adalah tidak disengajakan.

Yang menulis,
Side



Continue Reading

You'll Also Like

1.3K 69 7
SETELAH beberapa tahun tidak bersua muka, Elnaura Faiha dipertemukan kembali dengan crush lamanya, iaitu Thaqif Mikael yang juga merupakan rakan seke...
11.9K 631 25
"Forever and ever Haura Melyna..no matter what happened.." "Cinta Ayden Fariz hanya untuk Nur Haura Melyna" "Macam mana Haura nak tahu cinta abang ke...
13.6K 422 39
"Please comeback to me Maira. Aku tak boleh tanpa kau" kasih isterinya cuba ditagih. Dia hanya mampu memujuk gadis itu melalui telefon sahaja. Kesala...
4.2K 109 19
BOOK | 1 Raykal Iskandar sangat obsessed dengan seorang gadis bernama Wan Nurul Medinna. Mereka pernah satu sekolah and Iskandar menyukainya walaupun...