Pengantin Last Minute

De rubydheo

26K 1K 191

Dari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Ade... Mais

πŸ™‚
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 28.5
BAB 29
BAB 30 (Tamat)

BAB 10

725 35 6
De rubydheo

SUDAH sejam lebih Aiden cuba melelapkan mata tapi tidak dapat. Berkali-kali juga dia mengubah posisi baringnya supaya terlelap tetapi gagal. Matanya degil masih mahu berjaga. Akhirnya dia hanya membiarkan matanya terbuka. Dia toleh ke sebelah memandang Adella.

"Awak, dah tidur ke?" entah mengapa dia bertanya soalan itu sedangkan dia lihat wajah Adella yang lena tadi.

Adella membuka mata dan memandang Aiden di sebelahnya.

"Belum."

"Sorry. Saya kacau awak tidur ke?" tanya Aiden. Mungkin sebab dia terlalu banyak bergerak tadi sehingga mengganggu tidur wanita itu.

"Tak. Aku memang belum tidur. Kau kenapa tak tidur lagi? Panas ke? Rasanya Aircon dah cukup kuat dah tu. Ke nak tambah? Atau kau tak selesa, nak tidor sorang-sorang?"

Haa... Ambik kau. Sekali Adella bangun, mulut macam mesin rumput. Cepat-cepat Aiden menggeleng menafikan semua itu. Panas? Dah tentu tidak. Tak selesa? Lagilah bukan. Takkan lah dia nak tidur sorang-sorang bila dah ada isteri. Orang gila ja buat macam tu.

"Dah tu?" Adella mengiring menghadap Aiden. Satu tangan menongkat kepalanya.

"Saya... Nak tanya something boleh?" Aiden turut mengiring menghadap Adella.

"Apa?"

"Err... Awak tak sukakan mak tiri awak tu ke?"

"Tak, aku ok je. Kenapa kau tanya macam tu?" balas Adella.

"Sebab tadi, waktu papa sebut nama Puan Sri Tiara, awak terus bangun dari meja makan."

Adella tergelak kecil. Aigoo... Jangan salah faham. Dia bangun dari meja makan tadi bukan sebab dia tidak suka mendengar nama Puan Sri Tiara, tetapi sebab topik 'anak' yang Tengku Adyan sebut. Memanglah bukan ditujukan pada dia, tapi kalau dia tak lari awal-awal boleh jadi topik tu terbang ke mukanya. Maklumlah... pengantin baru. Haa... Dia cuma sediakan payung sebelum hujan ja.

"Adella?" Panggil Aiden setelah lama Adella mendiamkan diri.

"Eh, sorry. Apa kau cakap tadi? Oh! Aku ok dengan mak tiri aku. Aku dah habis makan waktu tu, so taknak berlama aku pun pergilah dapur cuci tangan," Adella melentokkan semula kepalanya di bantal dan memejamkan mata. Aiden hanya mengangguk mendengar penjelasan Adella. Jadi jelas sudah semua pertanyaan di kepalanya.

"Ada apa-apa lagi nak cakap?" Adella membuka sebelah matanya sesaat. Aiden tidak melepaskan peluang dan terus bersuara lagi.

"Saya nak cakap pasal kita," ujar Aiden perlahan. Dia mahu membicarakan soal hubungan mereka. Biarpun baru tiga hari mereka bergelar suami isteri, kalau tidak sekarang bila lagi dia dapat peluang untuk bercakap dengan Adella soal itu? Dia pun belum pasti bagaimana perjalanan hubungan mereka di masa akan datang. Adakah bahagia atau sebaliknya. Dia juga mahu tahu apa pandangan Adella terhadapnya dan hubungan mereka ini. Adella masih diam menunggu Aiden untuk meneruskan kata.

"Saya tahu, perkahwinan kita... bukan atas dasar cinta dan kemahuan awak. Kalau awak... nak putuskan perkahwinan ni dan berpisah dengan saya, you can just tell me. But, honestly... Saya dah mula sukakan awak. Saya harap, kita ada peluang untuk teruskan hubungan yang halal ni," tutur Aiden perlahan-lahan. Dia masih menatap sisi wajah Adella.

Apa yang dia katakan memang betul. Jika Adella mahu berpisah dengannya, dia mahu dengar sendiri dari mulut wanita itu. Tapi sejujurnya, dia mahu hubungan mereka sebagai suami isteri kekal hingga ke syurga. Jika Adella tidak minta untuk berpisah, dia akan mulakan dari sekarang untuk merebut hati wanita itu. Tapi jika sebaliknya...

"Adella?" panggilnya apabila Adella hanya mendiamkan diri.

"Kau ni tiberr betullah. Masih... awal sangat... kau... cakap macam tu. Kau... belum kenal aku lagi. Tak sampai... Seminggu pun... kita... Kita..." Adella tiba-tiba berhenti bercakap di tengah ayatnya. Aiden mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat wajah penuh Adella.

"Kita...?" dia menanti Adella menyambung ayat yang tergantung itu. Senyap. Langsung tiada kata-kata lagi yang keluar dari mulut Adella. Hanya dengkuran halus yang kedengaran. Aiden rasa sekejap nak gelak, sekejap nak nangis. Dah tidur rupanya. Takpelah, selamat malam isteri ku. Aiden kembali melelapkan mata, dan kali ini dia berjaya tertidur.

Continue lendo

VocΓͺ tambΓ©m vai gostar

264K 17.3K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
2M 89.8K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
135K 6.1K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...
876K 35.3K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...