Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.3K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 30

399 23 4
By EiSeoya

LUKA tikaman masih ditekan menggunakan tali lehernya. Darah makin melimpah keluar. Nawwar sedaya upaya bertahan, sudahnya dia tumbang.

Mata kuyu. Pucat lesi. Nasib baik ada makcik cleaner kebetulan terserempak dengan mereka. Lincah tangannya membawa keluar telefon bimbit dari poket. Nombor kecemasan didail segera.

Sementara menunggu bantuan hadir, Emara menampar wajah jejaka itu banyak kali. Kepalanya dipangku atas paha. Nawwar berusaha menahan matanya daripada terpejam.

"C... Cinta..."

"Nawwar... Please stay with me. Don't close your eyes... Please..." rintih Emara bersama juraian air mata. Nawwar baru saja melafazkan rasa cinta kepadanya. Kini, Allah menurunkan ujian buat mereka berdua.

"D-don't cry... Emara... If... You scared... Hold... These roses..."

Jambangan bunga ros diambil sebelah Emara lalu diberi padanya. Emara tahu Nawwar sedang bertarung nyawa. Ya Allah cepat lah sikit bantuan sampai. He's dying in her arms!

"Jangan tinggalkan saya, Nawwar. Saya nak awak... Saya sayang awak... Please..." Memorinya memutarkan kembali kisah silam Nawwar kemarin. Kedua-dua wanita itu meninggal dalam pangkuannya.

Takkanlah benda sama akan terjadi pada Emara. Oh tak mungkin!

"Don't close your eyes... Look at me..." Mata mereka bersabung sesaat. Kelopak mata Nawwar terasa berat. Tangannya tidak berdaya menekan luka tikaman untuk memperlahankan pendarahan.

"Adik! Bantuan sudah sampai!" Makcik cleaner menyedarkan Emara dari jauh.

Terkalih pandangan Emara melihat sekumpulan jururawat dengan katil beroda dibawa bersama. Tubuh lemah Nawwar dipindahkan ke atas katil. Banyak titisan darah merah pekat bocor atas lantai.

"Tak apa. Nanti saya cuci. Sekarang kamu teman dia pergi wad kecemasan, okey?" Makcik cleaner mengusap bahu Emara, cuba tenangkan dia. Nasib akademi lenggang pada waktu malam. Mahunya dia dituduh buat kes pembunuhan, tak ke naya?

Serasa marathon. Berlari 500m tanpa henti demi menyelamatkan nyawa seseorang. Nawwar dikejarkan ke wad kecemasan setelah dilaporkan dia kehilangan banyak darah dalam badan.

"Adik tunggu luar tau." Salah seorang daripada jururawat itu bersuara. Emara mengangguk faham.

Gadis itu jatuh melutut sebaik pintu wad kecemasan ditutup. Pedihnya hati tak terkata. Jambangan bunga dipeluk erat, bibirnya diketap kuat. Emara terus menangis dan menangis biar sampai bengkak mata dua hari!

Ya Allah semoga dia baik-baik sahaja. Panjangkanlah umur dia.

"Awak menangis ke?" suara garau menyapa dia.

Wajah sembabnya didongak. Melihat siapa gerangan depan matanya, terus dia bangun. Lengan sebelah telah dibalut dengan pembalut dimana kesan hirisan terukir. Emara memasang wajah bengis kepadanya. Sakitnya hati aku!

"Awak... Pembunuh!"

Pak! Tamparan kuat mendarat hebat di pipi Fariz. Berdengung kepalanya. Tak pernah melihat tindakan spontan Emara sehingga menyentuh fizikal orang.

"Sampai hati awak tampar pipi saya, cinta," adu Fariz mengusap pipinya yang serasa terbakar. Pedih gila.

"Your father head! Nawwar seorang aje boleh panggil saya cinta!"

Fariz menghela nafas ringan. "Yelah, baby. I'm sorry."

"Baby ke babi? Sorry naik lori!"

Pak! Tamparan kedua agak kuat dari sebelumnya. Ouch... Kemarahan dia tahap kemuncak.

Sudah lama dia menahan sabar. Emara ditolak kasar hingga berlaga dengan dinding. Kedua-dua tangannya memerangkap tubuh mungil itu. Fariz rindukan gadis ini. Haruman minyak wangi menusuk masuk ke hidungnya.

"Oh baby... I've missed you so much..." Tangan dilarikan ke sisi kepala Emara kemudian dilarikan ke bahunya.

"Apa awak cuba buat!? Awak nak sentuh saya lagi ke!?" tengking Emara takut. Masa inilah Nawwar tiada melindunginya.

Emara gentar tetapi tetap kuatkan diri untuk lawan balik. Dia tak boleh tampak lemah!

"Saya doakan awak mati pucuk, Fariz! Berambus dari sini!"

"Eh awak... Tak elok doakan benda tak elok dekat orang lain." Fariz merapatinya tetapi ditepis kasar. Kesal hatinya diperlakukan sebegitu.

"Balik Fariz! Tak malu ke jadi orang ketiga? Berambus!" Makin dihalau makin dekat. Serupa nyamuk!

Fariz menolak lidah ke isi pipi. Tahan geram. Ruginya dia tidak tikam tepat di jantung selain abdomen. Dia gagal lagi.

"Okay fine. You will regret it one day." Jejaka itu membawa tubuhnya pergi dengan rasa kecewa.

Rasa kecewa bertukar dendam.

Emara bersandar lemah pada kerusi menunggu. Jambangan rosnya dipeluk semula. Dia baru tersedar sesuatu di sebalik jambangan bunga tersebut.

Sampul berwarna putih ditarik keluar dan dibuka isinya. Emara menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum muka membaca warkat dari Nawwar.



Assalamualaikum, cinta. Awak sihat ke? Jangan menangis baca surat ni tau. Ikhlas dari hati saya sendiri.

Macam mana eh nak mula. Hm... Ingat tak first time kita bertembung depan bilik loker? Mesti ingat kan, awak dulu yang ingatkan saya hari itu. Hahaha. Masa bertembung tu kan, Ya Allah comelnya cinta menggelabah! Gagap pun comel. Tapi iyelah, saya ni jenis confuse dengan perasaan sendiri. Lepas itu saya terus lupakan awak sebab rasa awak ni dah berpunya.

Masa kali kedua kita bertembung. Saya tak ada niat nak rosakkan maruah awak ke apa. Jujur saya kata, saya nak selamatkan awak daripada kena hempap batu konkrit. Guess what? Saya tak tahu Tuan Ibrahim ada anak perempuan. And when you said your name is Emara Iris, I think I started to have this odd feelings for you.

Sepanjang kita bersama sampai bandar Yhvetz, makin lama makin suka pula dekat awak. Hehehe. Tapi saya tak handsome macam orang lain. Saya kurang keyakinan diri, cinta. Saya tak layak untuk awak masa tu.

Yang buat saya happy, bila awak bagitahu awak single. Saya macam ada peluang ke awak jadi milik saya? Nak ke awak dekat saya? Saya pun biarlah, selagi awak ada depan mata saya, saya suka. Yang masa kita semua bermalam dekat hotel pula, saya merajuk dengan awak Emara! Awak kata awak akan buktikan cinta tulus dekat saya. Kena halau sikit terus pergi balik masuk bilik. Merajuk saya!



Emara tergelak kecil bila baca perkataan 'merajuk'. Dalam diam Nawwar soft orangnya cuma tak ditunjuk. Allahu. Kini, dia tiba di perenggan terakhir.



Bila kita kahwin kelak, saya nak minta maaf awal-awal. Saya mungkin tak dapat jadi suami yang terbaik untuk awak atas faktor kesihatan merosot sejak akhir-akhir ini. Kalau awak lemah, saya lagi lemah. Saya sedaya upaya jadi kuat demi awak. Nyawa saya tak panjang, cinta. Tak panjang. Lepas kahwin, saya nak kita luangkan masa bersama untuk cipta memori terindah. Saya tak boleh pegang prinsip 'sehidup semati'. Andaikata satu hari nanti saya pergi dulu, maafkan saya, cinta. Saya tak sanggup tinggalkan awak sendiri atas dunia penuh kekejaman. Tapi setiap yang hidup pasti akan mati. Itu sebabnya kenapa saya taknak luahkan rasa cinta saya dekat sesiapa. Ambang kematian saya semakin hampir. Paling lama bersama mungkin... Lima tahun? Wallahua'lam.

Last but not least, you've won my heart, Emara. I'm sorry If I failed to protect you. I'm sorry If I can't give you happiness. I'm sorry for everything. Forgive me, cinta.

You're my healer, cinta.
- N.I



"Nawwar... Ya Allah..." Setitis demi setitis air matanya membasahi surat itu. Mendalam sungguh makna setiap bait-bait ayat ditulisnya. Cincin di jari manisnya diusap. Rasa macam Nawwar dekat bersamanya.

"Cinta..."

Sekilas Emara menoleh ke pemilik suara. Nawwar sudah sedar? Luka di perut sudah dirawat. Girang hatinya melihat buah hati muncul depan mata.

"Nawwar! Alhamdulillah awak-"

"Zachary! Zachary?"

"Doktor Rais?" sapa Emara keliru. Tuan Zachary tiada di sini. Sontak kelibat Doktor Rais muncul depan pintu was. Sibuk mencari kelibat master Thunder sekitarnya.

Ternyata bayangan Nawwar hanyalah ilusi.

"Oh kamu kawan Nawwar kan? Mana Tuan Zachary?" Doktor Rais menyoal lagi.

"Err... Tuan tak ikut. Saya dan Nawwar saja tadi." Menggigil Emara memandang wajah dingin Doktor Rais.

"Oh ya ka? Maaf, saya ingat dia ada sekali. Saya call jelah dia." Doktor Rais menarik keluar telefon berjenama Vivo dari poket kot putihnya. Jarinya menarik dari bawah ke atas mencari kontak nama Tuan Zachary. Telefonnya singgah ke tepi telinga.

"Doktor... Nawwar okey ke?"

"Tak. Ada racun masuk dalam badan dia. Eh, tuan! Helo!" Doktor Rais berlalu pergi masuk semula ke dalam wad. Sibuk dengan panggilan dalam talian.

"R-racun? Tapi... Tadi... Nawwar..." Otaknya serabut. Bukankah dia sudah buang racun dekat pisau itu? Bagaimana boleh masuk lagi dalam badannya?

Astaghfirullah. Mesti Fariz simpan spare lebihan sebagai backup. Racun apa pula Fariz pakai? Jantan itu psiko!

Bzz! Bzz! Deringan telefon dalam beg clutch miliknya mengejutkan Emara. Tertera nama Hadeena pada skrin. Pasti Kak Deena menunggu kepulangan dia.

"Assalamualaikum kak..."

"Waalaikumsalam. Mana awak dan Nawwar? Aryan call Nawwar tak dijawab." kata Hadeena risau.

"Akak... Nawwar..." Tangisannya meletus tidak sengaja. Esakan didengar Hadeena dalam panggilan mereka.

"Emara... Kenapa ni? Jangan buat akak dan Aryan risau," pujuk Hadeena lembut. Dia juga ingin tahu apa sebenarnya telah terjadi kepada dua pasangan ini. Tengah malam hampir tiba dan mereka masih tidak pulang ke bilik masing-masing.

"Akak... N-Nawwar... Kena tikam... Fariz... Lepas tu... Hm... A-ada... Racun dalam badan dia..."

Emara jatuh melutut atas lantai. Berat hatinya ingin menyampaikan berita buruk. Hati dia masih tidak redha dengan perbuatan Fariz.

"What!? That idiot?? Hold on, I'll go there with Aryan. Where are you? Emara?"

"Emergency..." Hanya sepatah sahaja Hadeena terus faham. Talian dimatikan. Bergetar bibirnya disertai air mata merembes kembali.

Ujian apa ini Ya Allah?

"Ya Allah... Hati aku sakit... Aku tak bersedia kehilangan dia... Engkau... Engkau berikanlah kesembuhan untuk dia..." Tangan yang ditadah meraup wajah sembapnya.

Nawwar... Bertahanlah demi Emara.



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ



Insya Allah mungkin 25 bab lagi habislah cerita Takdir I.

Continue Reading

You'll Also Like

61K 7.5K 14
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
17.5K 1.7K 40
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...
283K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
5.7K 544 10
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...