𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀�...

By amiieya

300K 15.2K 588

"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan k... More

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 2
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 3
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 4
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 5
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 6
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 7
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 8
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 9
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 10
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 11
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 12
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 13
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 14
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 15
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 16
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 17
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 18
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 19
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 20
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 21
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 22
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 23
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 24
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 25
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 26
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 27
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 28
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 29
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 30
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 31
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 32
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 33
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 34
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 35
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 36
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 37

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 1

25.3K 693 7
By amiieya

"EXCUSE me, miss? Saya dulu yang dapatkan kerusi ni."

"Aku tengah malas nak speaking ni! Kau ambil pulak tempat duduk aku!" marahnya. Sudahlah penat kejar musuh daripada tadi dan sekarang baru dia ada masa berehat tetapi tempat duduk pula di ambil.

Gadis yang menggunakan pakaian serba hitam itu hanya dijelingnya. Secara perlahan gadis tadi mengangkatkan kepalanya untuk melihat rupa lelaki yang berani menegurnya itu.

"Erm, are you talking with me?" tanya Qaira dengan polos.

"Did you see I'm talking with someone else here?" senyuman tawar diberikan.

"Awak orang Malaysia ke?", tanyanya lagi.

"Takdelah, saya ni dari Pluto! Boleh tak kau pergi cari tempat lain? Tak nampak ke barang aku ada dekat situ" jawab Izrail dan tangannya menunjuk ke arah meja.

"Buta? Dah buta?", sambungnya kembali.

"Eleh, ada hati nak marah pula! Ingat handsome sangat ke? Cakap elok-elok boleh kan?", jawab Qaira lalu bangun daripada tempat duduk itu.

Itulah perempuan semua benda dia nak betul. Haa, memang akulah yang salah!

"Harap modal muka yang kacak tapi mulut macam mulut murai banyak cakap!" bebel Qaira.

"Saya memang kacak pun. Kenapa ? Tak puas hati?"

Izrail menatap Qaira daripada atas sampai bawah. Semua pakaian gadis di hadapannya kini serba hitam. Baru lepas berkabung ke?

"Dah kenapa? Tak pernah tengok perempuan secantik saya ke?" balas Qaira kembali apabila melihat lelaki yang badan bermaskulin itu hanya diam menatapnya. Tadi bukan main marah orang.

Muka tu memang dah handsome pun. Tapi sayang perangai tak sekacak orangnya. But kalau dia ada anak dengan aku mesti anak aku kacak macam dia haraplah perangai je tak sama.

"Helloo ??????"

Jari-jemari Izrail memetik beberapa kali dihadapan Qaira dan membuatkannya terhenti melamun dari angan-angannya. Sempat pula dia berangan.

"Saya macam pernah nampaklah muka awak ni tapi dekat mana eh? Awak ni ex boyfriend saya ke?" tanya Qaira melulu. Izrail menarik nafas sedalam-dalamnya. Kalau bukan perempuan dah lama makan kaki! Ikut suka dia je nak kata aku ni ex-boyfriend dia!

"Ah, biarlah! Tak payah peduli, saya pun tak pasti!"

"Dah habis bercakap? Sekarang kau cari tempat duduk lain" , halau Izrail.

Wah, kerek aa mamat ni! Untung kau jantan kalau perempuan memang dah lama aku tarik tudung kau!

"Aku ni handsome sangat ke sampai mata kau tak henti nak tatap aku?" Qaira mencebik. Perasan! Sebenarnya dia sedang memerhati kumpulan lelaki yang berada di sudut meja paling hujung dari belakang Izrail.

Kenapa pula dengan minah ni? Muka berkerut semacam.

"Encik, encik ada senjata ke?" bisik Qaira secara perlahan.

Izrail yang mendengar kata-kata Qaira itu hanya diam membatu. Dia tahu apa yang gadis di hadapannya itu cuba sampaikan namun dia berpura-pura untuk tidak tahu.

"Awak ni dah kenapa berbisik?"

"Senjata apa pula? Kalau ada dari tadi aku pakai untuk pukul kepala kau ni biar sambung sikit saraf-saraf otak kau" sambung Izrail kembali lalu melonggarkan sedikit tali leher yang sedang dia gunakan itu.

"Saya ni tanya betul-betul! Orang tua ni main-main pula" Qaira geram. Orang tengah serius boleh pula dibawa bergurau macam tu.

Ish, orang tua kau panggil aku! Nasib baik kau ni comel!

"Janganlah berangan! Memang macam ni ke bercakap dengan orang pekak? Pak cik tak pekak kan?"

"Amboi, sedap kau panggil aku pak cik? Handsome macam ni pak cik?"

"Dah tu saya ni cakap elok-elok dari tadi tak pandai nak dengar lebih baik saya panggil pak cik!". Mereka berdua mulai beradu mulut di situ.

"Malas aku layan perempuan gila macam kau!", kata Izrail dan cuba untuk duduk di sofa tempat dia tadi.

"Don't move". Lengan Izrail ditahan daripada untuk duduk di situ. Izrail menaikkan keningnya.

"Kau ni dah kenapa? Aku ni penat tahu?" marah Izrail.

"Belakang. Jarak tiga meja dari belakang encik."

"Kau cakap betul-betul boleh tak?"

"Eish, lembab betullah encik ni! Muka handsome dah siap saya jadikan calon suami tapi lembab! Belakang encik ada lelaki yang sekarang ni tengah pegang senjata!"

"Kalau tak tahu senjata , pistol nama dia!". Tanpa dia sedari hanya suara dia sahaja kedengaran di dalam kafe itu.

Semua mata hanya tertumpu kepada mereka berdua beruntung sahaja kerana mereka berada di Turki sekarang kalau tidak mahunya menggelupur semua orang berada dekat situ. Segera dia menutup mulutnya sendiri dengan dua tangannya.

Aduh, kau dah kenapa minah! Kenapa aku cakap kuat-kuat! Semua sebab mamat ni tak pasal-pasal aku marah!

Izrail segera menarik tangan Qaira untuk beredar dari situ.

Not here , Cobra!

Qaira hanya diam mengikuti Izrail walaupun dalam hatinya mempunyai seribu satu tanda tanya mengapa lelaki itu membawanya pergi. Kenapa pula dia perlu ikut lelaki tu padahal bukan dia yang dalam bahaya.

Iphone 13 Pro Max milik Izrail yang berada di dalam saku seluarnya dikeluarkan. Nama "Raffael" di ketik pada skrin. Kini mereka berada di satu lorong yang tiada satu pun orang lalu-lalang.

Ya Allah, ini kalau dekat Malaysia dah kena tangkap basah dah tempat gelap macam ni. Qaira berbicara di dalam hati.

"Raffael, dove sei ( kau dekat mana )?"

Wow, perfect! Memang asal Itali ke? Bukan main lancar. Dia hanya diam kerana dia tidak tahu apa yang tengah berlaku sekarang.

Con il tuo bambino Hayder ( dengan anak kau Hayder)

I nostri nemici qui ( musuh kita ada dekat sini )

Whatt!!!!! Ma dobbiamo tenere al sicuro Hayder in questo momento. La nostra gente li ha detti anche qui ( Aku rasa kita patut selamatkan Hayder dulu sekarang. Budak-budak kata mereka ada dekat sini)

Merda. Do what you need to do! Do not let anything happened to him! Panggilan diletakkan. Izrail menatap gadis itu dengan lama. Seram sejuk pula Qaira dibuatnya.

"Kau ada kereta?"

"Eh dah kenapa encik tanya kereta saya? Nak curi kereta saya ke?"

"Kau ni ingat aku miskin! Driver aku ada hal aku nak pinjam kereta kau"

Wah macam tu jer dia minta pinjam. Izrail dijelingnya sekilas.

"Ada tapi kereta saya tak speed laju"

"Asalkan bukan kereta sorong itu pun dah okay"

Qaira hanya menjeling sekilas ke arah lelaki itu sebelum dia menyambung kembali perbualan mereka.

"Calar kereta saya siap!" . Kunci kereta dikeluarkan sampai sahaja mereka berada dihadapan kereta miliknya itu. Honda Civic berwarna putih itu ditatap lama oleh Izrail.

Not bad.

Qaira tahu di dalam hatinya mesti lelaki tu nak cakap bukan-bukan tentang kereta dia.

Tengok mengata aku lagi laa tu.Matanya dikecilkan.

"Cantik kereta kau tapi warna-warni dalam dia", perli Izrail.

"Diamlah! Haa sekarang encik nak bawa saya pergi mana?"

"Run from enemies darling"

Membulat mata Qaira dibuatnya. Apalagi dah macam kerang busuk lah si Qaira.

Darlinggg?? Dia panggil aku darlingg! Tak ini pasti salah dengar ni.

Honda Civic milik Qaira itu dipecut dengan laju. Qaira yang berada disebelah hanya mengucap sambil memegang erat tali pinggang yang digunakan.

"Ya Allah, kau panjangkanlah umur aku. Aku belum kahwin, ya Allah."

Izrail tersenyum nakal mendengar doa Qaira yang dia ucapkan itu. Anak mata Izrail masih lagi memerhati kereta yang mengikuti mereka daripada belakang. Sungguh tak terduga jika dia akan membawa gadis ini dalam bahaya.

"Encik kalau encik nak mati encik pergi sendiri boleh tak? Jangan bawa sayang saya ni dengan saya sekali ke alam barzakh!"

"Just shh girl"

"ENCIK!", teriak Qaira yang melihat ada sebuah lori yang datang dari arah bertentangan mereka. Izrail berjaya menghindar daripada lori tersebut tetapi sayangnya kereta yang dipandu tersasar ke arah hutan. Sehingga menyebabkan mereka melanggar sebuah pokok besar.

ARGHHHHHHH!

Qaira tersedar daripada pengsan akibat hentakan daripada kemalangan itu. Perlahan matanya dibuka. Kepalanya yang berdarah sedikit itu pegangnya, sakit sungguh yang dia rasakan.

Matanya tertumpu ke arah Izrail.

"Encik! Encik! Bangun!"

Badan Izrail digoncang berkali-kali namun tiada tindak balas daripadanya. Segera dia meletakkan jari telunjuk tepat pada hidung Izrail untuk memastikan bahawa lelaki itu masih bernyawa ataupun tidak.

"Alhamdulillah dia masih hidup"

Lega hatinya setelah memeriksa keadaan lelaki itu. Namun ada sesuatu yang membuatkan dia tiba-tiba sesak untuk bernafas.Segera langkah kaki Qaira keluar daripada kereta.

Sebaik sahaja dia keluar daripada kereta itu, kelihatan asap tebal menyeliputi kereta miliknya. Satu percikan api mulai terlihat. Secara perlahan merebak ke seluruh kawasan kereta itu.

"Ya Allah, encik!"

Segera dia berlari ke arah pintu kereta yang berada di sebelah Izrail. Namun sayangnya pintu tersebut tidak dapat di buka kerana terkunci dari dalam.

"Arghh!!"

Sebuah batu besar itu dihempaskan ke arah cermin kereta. Cermin kaca itu pecah dan sisanya terjatuh ke atas tanah. Tangannya tergapai-gapai untuk membuka kunci pintu meskipun lengannya sendiri terluka.

Badan sasa Izrail itu ditarik dengan sekuat tenaganya sebelum di papah keluar. Tidak selang dua minit kemudian kedengaran bunyi dentuman yang kuat daripada arah belakang mereka. Kejadian itu menyebabkan mereka berdua tercampak jauh hingga hampir ke jalan raya. Beberapa kereta yang lalu-lalang di situ segera menghentikan kenderaan masing-masing.

"Encik!" Qaira berlari ke arah Izrail. Keadaan Izrail sangat kritikal ketika itu. Dia cuba untuk meminta tolong dengan beberapa orang yang berada di situ dan segera ke hospital berdekatan.





"Ma'am? Your husband totally critical right now. He lost lot of blood and we need someone to donate it", kata doktor yang baru sahaja keluar daripada wad kecemasan di mana tempat Izrail sedang di rawat.

"May I know what type of blood that you need?"

"We need blood type O"

"I will donate it for him please save him"

"Okay, follow me"

Qaira mengikuti doktor yang merawat Izrail untuk mendermakan darahnya.Dia tidak ragu-ragu untuk berbuat tindakan itu. Alhamdulillah, oleh kerana tindakan Qaira yang baik hati itu dia dapat diselamatkan.

Semenjak daripada kejadian itu gadis tersebut tidak pernah lagi untuk muncul dihadapannya. Belum sempat dia mengenali gadis itu lebih dalam kini dia menghilang tanpa khabar.

Seluruh tempat dia mencari kehadiran Qaira namun tiada satu pun anak buahnya mengetahui keberadaan gadis yang menjadi penyelamat hidupnya.

"I will remember that beautiful eyes ever and your voices, dear angel. See you when I see you again, principessa". Selimut ditarik meliputi tubuhnya. Dia hanya ingin merehatkan dirinya sekarang.

Continue Reading

You'll Also Like

160K 10.2K 32
Adam Hirdy | Azalea
57.8K 3.8K 49
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
88.6K 7.4K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
367K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...